f Secubit Garam: BUAH MELAKA @ ONDE2

Friday, July 26, 2013

BUAH MELAKA @ ONDE2

ASSALAMUALAIKUM...

Kuih ni hero bongsu yg request masa balik minggu lepas. Kalau ikutkan nak beli jer kat Pasar Ramadhan tp nak ke PR kalau setakat nak beli 1 benda jer rasanya baik takyah gi. Nanti banyak pulak yg ikut balik hehe.. Lagipun kalau beli, belum tentu dpt yg kena dgn selera kita kan. Dan kalau buat sendiri boleh buat lebih sket, anak2 puas hati ngap. 

Masa menggugel cari resipi Onde2, terjumpa resipi kat dapur Yatie Memories tp menggunakan nama Buah Melaka. Sama jer tu bendanya atau kuihnya cuma panggilan jer berbeza di setengah2 tempat. Yati dpt resipi dari Dapur Lovely Kitchen milik Ena. Sebelum ni Ena, stay Jepun, bila balik Malaysia suka tengok dia update kisah dia berkebun dan citer terbaru, dia baru melahirkan anak ke 4, seorang puteri pada bulan Mei baru2 ni.. Tahniah Ena.. 



Kalau ikutkan resipi Ena ni, diberi nama BUAH MELAKA PANCAWARNA sbb Ena buat Buah Melaka dgn pelbagai warna. Yatie pun buat pelbgai warna gak tp K.Nor kurang kerajinan nak buat banyak2 warna ni. K.Nor hanya guna pewarna hijau dan blend pandan yg tumbuh merimbun tu utk dptkan air dan perisa pandan ori. Alhamdulillah.. mmg sedap Buah Melaka yg dihasilkan menggunakan resipi Ena ni. 

Kepada Ena dan Yatie, mekasih banyak2 ya, K.Nor share resipi tu kat sini lak utk rujukan di masa depan.. 


BUAH MELAKA PANCAWARNA 
sumber : YatieMemories & K.Nor

Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
sehelai daun pandan
Pewarna hijau, kuning dan merah ~ k.nor hanya buat 1 warna jer (hijau)
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam

Cara memasak :
Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

TIPS
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...