f Secubit Garam: PUDING MANGGA

Monday, April 22, 2013

PUDING MANGGA

ASALAMUALAIKUM....

Puding yg terhasil dek nak perhabiskan 2bj mangga sebelum ia menopos hehe..  K.Nor jumpa resipi asalnya kat dapur MYKITCHEN SNIPPETS, owner dia Gertrude Wan. Mesti ramai yg kenal kan .. Resipi asal dlm BI, sukatannya pun sedikit, kalau buat rasanya sikit jer yg dapat, tak cukup utk K.Nor sekeluarga. So K.Nor double up adunan yg digunakan dan tambah lebih air sbb K.Nor suka tekstur jelly/puding yg lebih lembut gitu..


Nak tengok resipi asal boleh ke dapur GERT ni ya.. Thanks Gert, for sharing the recipe :)



PUDING MANGGA
resipi asal : Gert@MyKitchenSnippets
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
10gm agar2 serbuk
6 cawan air ~ cawan metrik
7 - 9 sudu besar gula ~ ikut kemanisan yg disukai/bergantung pd tahap kemanisan buah mangga
1 cawan susu segar
1 cawan isi mangga yg dikisar
1 helai daun pandan

Cara:
Masak air bersama agar2 serbuk hingga larut dan masukkan gula dan daun pandan.
Masak lagi hingga mendidih dan masukkan susu segar.
Biarkan ia hampir mendidih dan masukkan mangga yg dikisar tadi.
Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit dan tuangkan ke dalam acuan yg disukai (basahkan sedikit mould utk memudahkan utk mengeluarkan puding. sekiranya menggunakan silicone mould tak perlu dibasahkan mould)
Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.