f Secubit Garam: PIZZA MUFFIN

Thursday, April 11, 2013

PIZZA MUFFIN

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama sorang teman di fb (Siti Aisya) inbox K.Nor utk tunjukkan satu resipi kat blog omputih yg mana dia amat tertarik dgn STUFFED PIZZA MUFFIN yg dihasilkan. Bila K.Nor tengok resipinya, blogger tu menggunakan bahan readymade yg kat pasaraya. Pada pendapat K.Nor, tak susah nak buatnya cuma kita perlukan resipi doh pizza dan juga perlu ada sos utk pizza tu. Bagi yg nak amik jalan mudah boleh aje cari sos pizza yg readymade dlm botol, banyak dipasaran nun. Tapi bagi K.Nor, lebih suka buat sos sendiri sbb sebelum2 ni kalau K.Nor nak buat pizza, mmg K.Nor buat sendiri jer sos pizza tu.. Lebih berbaloi org kata :)


Setelah hampir 3 bulan baru dapat K.Nor godek2 resipi utk menunaikan hajat Siti Aisya tu (sebenarnya K.Nor pun terliur gak tengok pizza muffin yg dihasilkan hehe). K.Nor ada resipi doh pizza yg selalu K.Nor guna sebelum ni tp sbb sukatannya agak banyak, jadi K.Nor gugel la utk cari resipi yg sukatannya ngam2 utk K.Nor sekeluarga. K.Nor terjumpa dgn 2 resipi doh pizza dr Dayang Jack dan K.Nor guna salah satunya. Manakala utk sosnya K.Nor buat menggunakan resipi yg selalu K.Nor guna. 


Alhamdulillah.. mmg enak sekali bila ngap pizza simple gini. Elok kalau nak jamu anak2, angkut sorang seketul dua.. tak perlu potong2 lagi dah.. Nak buat pizza ni pun mudah jer sebenarnya. Dan kalau nak tukar sosej tu kepada hirisan ayam atau tak nak letak apa2 kecuali sos pizza dan cheese aje pun tak per.. Terpulang pd selera masing2 ya.. KITA YG BUAT DIA KAN.... ^___^

K.Nor mintak izin nak share resipi doh pizza Dayang ya.. Mekasih... Dan kepada Siti Aisya, semoga berpuas hati dan selamat mencuba :)




PIZZA MUFFIN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Doh pizza secukupnya
3 batang sosej ~ k.nor guna Ramly
sos pizza
parutan keju mozzarella
parutan keju cheddar

Cara membuat pizza muffin:
Sapu loyang muffin dgn mentega (lebihkan sedikit supaya pizza tak melekat bila masak nanti) dan taburkan sedikit tepung.
Bahagi dua doh pizza kemudian canai di atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung hingga nipis (jangan terlalu nipis) dan membentuk segiempat bujur.
Sapu dgn sos pizza hingga rata (tinggalkan sedikit bahagian tepi doh utk memudahkan proses menggulung)
Kemudian letakkan separuh dr sosej yg dihiris nipis di atasnya dan taburkan dgn parutan keju mozzarella.
Kemudian gulung doh kemas2.
Potong kepada 10 - 12 bahagian dgn pisau tajam.
Letakkan dlm loyang muffin yg dah digris tadi.
Ulang proses diatas kepada 1/2 bahagian doh lagi.
Biarkan pizza muffin tadi naik sekali ganda.
Tabukan parutan keju cheddar di atasnya sebelum dibakar dlm oven dgn kepanasan 190C selama 15 - 20 min atau sehingga masak
Hidangkan panas2.. 


Doh Pizza (by Dayang Jack)

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair

Cara-cara :
Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.

* k.nor lebihkan sket sukatan air sbb doh yg mula2 dihasilkan menggunakan sukatan air mengikut resipi agak keras. bukan salah resipi ya.. tp mungkin disebabkan kualiti tepung yg digunakan.. 


SOS PIZZA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 :
1 labu bawang besar (holand) ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 cawan sos tomato
3 sudu besar cawan sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk oregano
garam
gula
minyak ~ sebaiknya minyak zaitun

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, garam dan gula.
Renih hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan serbuk oregano dan kacau.
Masak seketika dan padamkan api.
Biarkan sejuk sebelum digunakan.




Thanks Moni, Candy :)

Nak selitkan di sini, award yg K.Nor terima dari dapur nasya.. lama tak main dgn award2 nih.. Mekasih nasya ya..