f Secubit Garam: FRUIT TART

Tuesday, March 12, 2013

FRUIT TART

ASSALAMUALAIKUM....

Salah satu resipi yg dah berzaman duk peram nak buat tp tak terbuat2.. ni la dia.. FRUIT TARTS.. Bukan aje Fruit Tart tp cheese tart pun sama. Tak punya kerajinan sungguh nak bermain dgn tart shell tu. Padahal, mould yg dlm saiz besar dan kecik mmg dah lama ada dlm simpanan. Akhirnya terpecah gak dara mould kecik bila ada yg menempah Fruit Tart minggu lepas.

 versi utk makan2 sendiri ^__^


Kalau sebut cistart/fruit tart mesti sinonim dgn tokeynya kan.. sapa lagi kalau bukan Azita Zain. Jd sebelum buat tu, K.Nor amik kesempatan belajar dulu dgn Ita, cara2 nak buat kat fb nun. Dalam masa yg sama ada gak bertanya dgn geng2 sekutu rapat kat wassap. Alhamdulillah.. berkat tunjuk ajar dia org ni, berjaya gak K.Nor buat fruit tart. Seronok bila punya teman2 yg tak lokek ilmu, bersedia utk menurunkan ilmu masing2 padahal fruit tart tu merupakan mata pencarian sampingan buat dia org ni. Buat apa nak kedekut ilmu, sedangkan ilmu tu milik Allah yg hanya dipinjamkan pd kita. DIA nak tarik balik ilmu dan keberkatanNya anytime. Makin kita berkongsi, makin ilmu tu tersebar. Bukan aje, ianya bertambah berkat, saham yg dikumpul pun berganda2 di atas sana. Itu la yg K.Nor pegang selama ni.. insyaallah.. Kepada Ita, Pia, Bee, Mimi dan teman2 lain yg sentiasa berkongsi ilmu yg dimiliki dgn hati yg ikhlas, semoga Allah berkati dan melimpahkan rezeki yg halal lg berkat kepada kita semua... aamiin.... Mekasih semua :)

 Yg ni juga utk makan2 sbb guna mould saiz besar, saja nak testing ^__^

Esoknya K.Nor buat 1 adunan lg, sementara mood buat shell masih ada, saja la nak standby utk buat cistart pulak hehe.. Tunggu anak dara balik hujung minggu ni, baru dibuat filling cheesenya tu.. Mekasih Ita, Nor panjangkan resipinya kat sini lak ya... :)

Posing dulu kejap sebelum dihantar kpd yg menempah ^_____^




FRUIT TART
resipi : Azita
sumber : K.Nor

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


#
k.nor buat dua adunan dan guna 1 bj telur A

Bahan2 Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair (saya guna susu rendah lemak)
2 cawan air
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
1 camca besar marjerin ~ k.nor guna butter

Cara2 :
Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.
Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.
Masukkan ke dalam piping bag.

Buah2an :
Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi
Potong mengikut citarasa masing2.

Cara Untuk Menghias :
Picitkan adunan kastad ke atas tart crust.
Susun buah2an pilihan.
Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

Nota :
Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.
Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang.