f Secubit Garam: SNOW CHEESE CUPCAKES

Thursday, February 14, 2013

SNOW CHEESE CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM...

Hari yg panas, terang benderang.. sesekali turun hujan, hujan panas.. Walaupun panas terik tp tak membahang sbb angin bertiup agak kencang.. Alhamdulillah.. segalanya nikmat dr Allah yg maha esa..

Meh nak tayang kapkek yg sedap nih.. Sebelum ni dah buat versi resipi asal, SNOW CHEESE CAKE @ KEK CHEESE BERSALJI. Memang syok kek tu, aritu dpt makan 2 potong jer, tu pun nipis2.. Menjadi santapan ramai tetamu yg berkunjung ke rumah pada hari tu. Anak2 pun mcm tak puas makan jer terutamanya Luqman.


Kebetulan duk sembang2 di mukabuku dgn K.Hanieliza kat post Ratna@Madihah berkaitan kek cheese ni, K.Liza bg idea yg mengkapkek kan snow cheese cake ni. Bagus idea K.Liza tu, terus K.Nor plan utk buat dlm versi  cupcake dan dijadikan hidangan utk tetamu jauh yg mengikut plannya nak dtg rumah sehari sebelum CNY. Tetamu dr Batu Pahat, Johor yg dah lama K.Nor kenal, sejak alam forum MyResipi lagi. Dah pernah gader2 di Pantai Batu Buruk dulu dgn beberapa org lagi geng forum bersama keluarga masing2. Orgnya tak lain tak bukan, Ana bini Wahid, atau kat myr dikenali dgn Waheedena yg manis senyumannya bak kata Love2cook hehe

Kalau ikut resipi asal, base kek tu menggunakan resipi kek sponge kan.. Jadi K.Nor sengaja guna resipi kek sponge yg dah beberapa kali K.Nor buat iaitu Kek Sponge resipi Sweet4ever ni. Terpulang pd citarasa masing2 nak guna resipi kek sponge yg mana.. Yg dah selalu guna pun tak jadi masalah, asalkan kek sponge :)


Kali ni mmg puas hati si hero bongsu ngap kapkek ni.. Duk ulang2 jer dia makan.. Jarang tengok dia ulang2 makan kek sbb dia ni picky eater sket.. :)

KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
k.nor letak 3/4 cawan jer

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

* utk menghasilkan SNOW CHEESE CUPCAKE spt yg K.Nor buat:

isikan adunan 3/4 penuh cup dan bakar selama 15 - 20 min bergantung pd saiz papercup yg digunakan.