f Secubit Garam: October 2012

N3 Terkini

Wednesday, October 31, 2012

SIRA UBI KAYU

ASSALAMUALAIKUM..

Last dish yg bakal disubmitkan ke MFF spt yg K.Nor mention dlm entri sebelum ni, SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI. Hari ni hari terakhir utk event MALAYSIAN FOOD FEST, yg jatuh kepada Negeri Terengganu. Kalau diikutkan ada banyak lagi Trg Local Dishes yg boleh diperkenalkan tp masa dah sampai ke penghujung, tak perlah.. ada masa nanti akan K.Nor usahakan utk buat mana yg mampu ya.. :)


Selalunya kalau sebut ubi kayu rebus, pasti ada yg bayangkan gandingannya... sambal tumis, sambal ikan bilis, sambal cili api dan kalau sebelah Terengganu ni, ubi kayu rebus biasanya dimakan dgn kelapa parut. Selain dari tu ianya juga dibuat sira. Sira ubi kayu yg sedap pastinya menggunakan gula nisan. Pasti lebih umpphhh... 

Bila beli ubi kayu, K.Nor suka beli ubi yg berwarna kuning atau juga dipanggil ubi mentega.. Suka dgn rasanya dan juga warnanya tu .. ai kan peminat kuning hehe.. Jangan lupa sediakan kopi O panas masa menikmati SIRA UBI KAYU ni ya...

K.Nor mmg suka masak ubi kayu sampai betul2 empuk, tu yg nampak cam hancur sket kan..  :)

SIRA UBI KAYU
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
500gm ubi kayu
1/3 cawan gula nisan ~ ikut kemanisan yg disukai
2 helai daun pandan
secubit garam
air secukupnya

Cara:
Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih).
Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
Angkat dan hidangkan.

* boleh gantikan gula nisan dgn gula pasir atau gula melaka..


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana LENA of FROZENWING yg menjadi hostnya..

SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI

ASSALAMUALAIKUM..

Bagi warga Pantai Timur terutamanya Tganu pasti ramai yg tau dgn masakan lama ni kan. Biasanya kat area kampung2 selalunya buat masakan ni dan selalu gak dibuat time kenduri kecilan spt kenduri arwah dan sbgnya.. Memang sedap masakan tradsional kan, tambah lagi kalau kena dgn partnernya. Kalau utk menu  SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI ni, selalunya digandingkan dgn ikan goreng/panggang, sambal belacan, ikan kering/masin. Tu dah cukup menyelerakan, pekena lak dgn nasi putih panas2.. ermm... org lalu belakang gerenti tak sedar.. hehe


Kebetulan duk cakap hal Sayur Lemak Kulit Rambai ni kat group MFF di fb (masa tu ada yg post menu yg lebih kurang dgn Sayur Kolok) baru2 ni. Masa K.Nor ke pasar 3 hari lepas, ada sorang makcik tu jual buah rambai.. nampak besar2 dan elok jer buah rambainya tu. Terus teringat tang Sayur Lemak Kulit Rambai. Apa lagi, rembat la sedikit buah rambai semata2 nak buat menu tradsional dr Tganu ni. Tak banyak yg K.Nor beli, sekadar 1/2kg jer.. Tak perlu banyak2, bukannya ramai yg nak makan pun..

Menu ni sebenarnya dimasak semalam tp tak sempat nak post. Hari ni dah 31 Okt, hari terakhir utk submit post yg berkaitan Tganu dishes ke MFF. So kena la cpt2 masukkan entri ni. Insyaallah petang ni satu lagi menu akan dipost yg mana juga berkaitan dgn MFF. Seronok pulak join MFF ni yg mana dapat mengetengahkan masakan tradisional dr negeri penyu bertelur hehee


Ok lah.. dah panjang lebat pot pet arini.. Jom kita tengok resipi bg yg nak mencuba Sayur Lemak Kulit Rambai ni. Bahan2nya tak banyak berbeza dgn masak lemak yg biasa dibuat tu cuma ikan tu dilebihkan sedikit dan perlu dicelur dulu kulit rambai utk menghilangkan rasa masam.. Try la ya, masakan ni sangat sedap, lemak dari santan dan masam2 dr kulit rambai.. pekena dgn sambal belacan.. mmm.. mmg tak toleh kiri kanan lagi dah.. duk nyuappp jer hehhe


SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Buah rambai ~ ambil kulitnya sahaja
petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula

Cara:
Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya utk membuang rasa masam.
Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai kedalam periuk.
Masak hingga mendidih dan masukkan santan fresh/pekat.
Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana Lena of FrozenWing yg jadi hostnya...

Tuesday, October 30, 2012

WATERMELON SMOOTHIE

ASSALAMUALAIKUM...

Di kala matahari memancar dgn terik nih.. jom sejukkan anak tekak dgn WATERMELON SMOOTHIE.... perghhhh.. nyaman anak tekak u !!! ^___^


WATERMELON SMOOTHIE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 cawan potongan tembikai ~ buang bj jika tak guna yg seedless
1/2 cawan plain yogurt
1 atau 2 sudu besar gula ~ ikut kemanisan yg disukai
1 sudu besar jus limau nipis
1 cawan ais ~ hancurkan sedikit
coklat rice utk hiasan

Cara :
Masukkan potongan tembikat ke dalam freezer dan biarkan membeku seketika.
Bila dah beku, keluarkan dari freezer dan masukkan ke dalam blender.
Masukkan juga yogurt, gula, jus limau nipis dan ais.
Blend sehingga hancur.
Tuang ke dalam gelas dan tabur dgn sedikit coklat rice.
Sedia utk dinikmati...


* k.nor hancurkan dulu ais tu supaya lebih mudah hancur masa blend (utk menjamin ketahanan blender supaya tak cpt rosak hehe)

Monday, October 29, 2012

MINI SOSEJ BUN

ASSALAMUALAIKUM...

Dgn menggunakan Basic Dough, pelbagai roti boleh dihasilkan.. Bergantung kepada kreativiti masing2... Insyaallah.. roti yg dihasilkan, lembut, gebus dan sedap, walau tanpa penggunaan pelembut roti. Apa yg membuat roti ni lembut dah gebus, adalah dgn penggunaan water roux. Bagi yg tak pernah mencuba lg water roux dlm doh roti.. dipersilakan menerai adunan roti ni.. Sekali dah cuba, insyaallah akan jatuh cinta dgn kesedapan roti yg dihasilkan ^__^


Untuk menghasilkan MINI SOSEJ BUN spt yg K.Nor buat ni, cuma gunakan sosej dan rebus dulu sekejap sosej tu dan bolehlah dibelikan doh pada sosej. Mudah aje membuatnya, jadi K.Nor letak resipi doh aje kat bawah ya.. Mcm K.Nor kata di atas, terpulanglah pada masing2 utk membentuk dan menghasilkan pelbagai roti mengikut kegemaran masing2.. Kalau nak cari idea roti/bun yg nak dibuat,  cari jer kat label roti, insyaallah pelbagai roti/doh yg telah K.Nor buat dan boleh dijadikan panduan.. :)


BASIC DOUGH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Thursday, October 25, 2012

NASI TOMATO SERAI

ASSALAMUALAIKUM..

Ada yg berpuasa hari ni? Selamat berpuasa ya.. semoga ibadah kita diterima oleh Allah.. K.Nor nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua teman2 pengunjung beragama Islam. Ampun dan maaf andai ada silap tutur kata, terlebih gurau senda yg tak disedari menyentuh hati dan perasaan sapa2 aje.. semoga esok dan hari2 mendatang adalah yg lebih baik dr yg semalam dan sebelumnya.. 


NASI TOMATO SERAI & The Gang ni sebenarnya dah lama K.Nor buat, tak perasan pun masih ada tercongok dlm fail, tanpa diedit pun lagi. Jadi K.Nor amik kesempatan tayang set nasi hari ni sekurang2nya boleh dijadikan idea utk dimasak pada hari raya nanti ya.. 

Mekasih pada Kak Pah @ Ibundo yg sudi berkongsi resipi ni. Memang banyak resipi2 yg menarik dan menyelerakan kat blog Kak Pah.. Insyaallah ada masa akan dicuba lagi pelbagai resipi yg K.Nor post kat sana.. ^__^

Kebetulan masa nak buat nasi ni baru perasan tak ada stok tomato puree jadi K.Nor gunakan tomato sos jer sebagai pengganti. Sebab tu warnanya pucat sket.. :)

NASI TOMATO SERAI
resipi : K.Pah@Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
5 cawan (cawan rice cooker) beras basmati
1/2 tin kecil tomato puri
3 sudu besar butter/majerin
2 biji bawang besar bersaiz kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia muda, hiris nipis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang serai dipotong dua dan dititik
1 genggam kismis
1 cawan susu cair
3 cawan santan cair
air secukupnya
1 cube stok ayam
1 sudu kecil garam

Cara:
Panaskan butter/majerin. Tumis bawang merah,putih, halia dan rempah penumis. Goreng sehingga berbau wangi dan kekuningan. Masukkan tomato puri dan goreng sekejap. Masukkan ke dalam rice cooker bersama beras yang telah dicuci.
Masukkan susu cair dan santan ke dalam beras. Tambah air secukupnya.
Masukkan serai, garam dan cube stok ayam.
Apabila nasi hampir kering airnya, masukkan kismis.
Gaul perlahan-lahan apabila nasi telah masak supaya beras tidak patah.



KERABU EPAL HIJAU
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

Bahan:
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.



AYAM MASAK KANDAR
Resipi : Nieza
Sumber : K.Nor

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil
1/2 cawan kicap pekat
1 s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
3 s/b rempah kari ayam
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 sudu mkn sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
1 kiub ayam
garam secukup rasa

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering- Yatie guna 1/2 cwn cili kisar
3 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/kjintan manis
1 s/k jintan putih

Bahan Tumis
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manisMinyak masak..saya campurkan dengan mentega sikit
1 ulas bwng putih- hiris
2 ulas bwng merah hiris

Cara-cara masak:
Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.

Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya.
Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.

Wednesday, October 24, 2012

KUIH QASIDAH/HASIDAH

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. panas terang benderang lg hari ni.. Tapi hari ni tak basuh kain baju, smlm dah amik peluang clearkan bakul baju dan comforter. Walaupun matahari memancar terik, nampak ada gak awan2 gelap tu.. Mungkin kejap lagi akan turun hujan panas mcm ptg smlm.. wallahua'lam...

Kuih Qasidah yg ni K.Nor beli kat Pasar Tani.
Ni gambar yg dah lama dlm simpanan... Kalau yg versi dulu2 tak dibuat sebijik gedabak gini ya.. hehe
 Hari ni K.Nor amik peluang utk tayang satu lagi kuih tradisional negeri Tganu yg dah berzaman K.Nor tak buat walhal mmg suka sgt dgn kuih ni. Pernah masa zaman anak dara dan baru2 kawin jer buat kuih ni tp disebabkan cuma K.Nor dan Cik Abe jer yg suka, kalau nak makan tu, main tunjuk2 aje la.. Tak worth org kata kalau nak buat kan, lagipun resipi org dulu2 semua dlm sukatan yg banyak. (Teringat zaman anak dara dulu, K.Nor kacau kuih ni (kalau tak silap masa tu buat 1 kati tepung) dlm kuali tembaga dan masak atas dapur kayu jer.. Dapur tu pulak terletak kat belakang rumah, atas bangsal kayu. Walaupun penat tp seronok sbb hasilnya sangat memuaskan... :)  ) Nak buat tu mula la terbantuk en mood.  Tapi disebabkan nak masukkan entri kuin tradisional Tganu ni ke MFF, K.Nor telah 'mencari en mood' ptg smlm dgn menggodek KUIH QASIDAH atau ada yg panggil HASIDAH dan ada juga yg sebut KHASIDAH. Yg pasti, ianya kuih yg sama, yg dibuat menggunakan bahan2 yg simple cuma part yg bercinta sket tu bila nak membentuk kuih tu pada peringkat akhirnya.

Kalau ikut versi tradisional, kuih ni dibentukkan seperti sekuntum bunga ros, menggunakan penyepit khas yg kebiasaanya dibuat dari tembaga. Masa K.Nor buat dulu pun K.Nor gunakan penyepit tembaga tu, tp sejak dah pindah randah ni dan arwah ayah dah tak lagi tinggal di rumah lama kami, tak dapat lah nak selongkar balik kat mana khazanah2 lama ni spt acuan SAWA yg K.Nor sebutkan baru2 dlm proses membuat KUIH BELIMBING. Masa tu tak terfikir nak angkut barang2 lama ni jadi bila nak guna, tak ada lah benda tu.. 

Ni lah rupa Kuih Qasidah yg sebenarnya, spt sekuntum bunga ros kan.. 
Gambar dr dapur MADIHA@RATNA

Jadi, utk tontonan org yg tak tau rupa kuih Qasidah ni yg real, K.Nor dah google dan sekeping gambar kat rumah MADIHA@RATNA yg lebih real rupa Kuih Qasidahnya. Izinkan K.Nor share kat sini ya Ratna .. Tq .. :)
Gambar penyepit tembaga ni dari dapur CIKADAKBIRU
Dan utk gambar penyepit yg digunakan pula, hanya ada satu jer gambar yg K.Nor jumpa iaitu kat rumah Dina@CikadakBiru. Penyepit yg digunakan tu sama jer mcm yg pernah K.Nor guna masa kat rumah lama. Mintak izin gak ya Dina, K.Nor nak share gambar penyepit tu kat sini.. TQ ... :)

Minta maaflah ya, K.Nor tak dapat nak bentukkan Kuih Qasidah yg ori, iaitu berbentuk bunga ros disebabkan tak ada penyepit spt yg dlm gambar di atas. Sebagai alternatif utk membentuk kuih ni K.Nor terpaksa menggunakan silicone mould berbentuk bunga ros. Jadi lah kan.. asal bentuk bunga ros gak kan.. hehe Bukan niat nak menderhaka tp dah tak ada penyepit tu, nak buat macamana kan. Utk rujukan, bolehlah pandu pada gambar dr blog Madiha@Ratna tu ya...


Kuih Qasidah ni, teksturenya lembut dan wangi dgn bau minyak sapi dan juga bawang goreng. Amat sesuai utk org tua yg tak ada gigi hehe..


Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul
Apabila adunan dah menjadi seketul dan tidak melekat pada kuali baru masukkan minyak sapi..

KUIH QASIDAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Bawang Goreng:
5 - 7 biji bawang merah
minyak

~ bawang dihiris nipis dan goreng hingga keperangan.
~ angkat dan ketepikan.

~ Adunan tepung:
2 cawan tepung gandum
2/3 cawan santan pekat/santan fresh
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
2 biji telur A
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning
3 sudu besar minyak sapi

Cara:
Bancuh kesemua bahan2 kecuali daun pandan dan minyak sapi hingga sebati.
Tapis dan masukkan ke dalam kuali bersama daun pandan.
Masaklah dgn menggunakan api sederhana hingga tidak melekat pada kuali.(hendaklah sentiasa dikacau)
Masukkan minyak sapi dan kacau lagi lebih kurang 10 min.
Tutup api dan alihkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk sebentar.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat.
Kemudian bentukkan menjadi bunga ros dgn menggunakan penyepit. (atau boleh menggunakan mould yg sesuai)
Susun atas pinggan dan tabur sedikit bawang goreng dan juga titiskan sedikit minyak goreng bawang tadi ke atas kuih yg dah dibentukkan.


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana Lena@FrozenWing menjadi hostnya..

Tuesday, October 23, 2012

IKAN GORENG CILI API

ASSALAMUALAIKUM....

K.Nor mmg penggemar ikan aya @ tongkol. Buat la apa saja dgn ikan ni, semua sedap kat anak tekak. Tak kiralah, goreng biasa jer atau panggang bodo2/tawar pun best tambah lagi kalau digandingkan dgn budu.. perghhh.. mmg tak pandang lauk lain dah.... hehe



Resipi ni dah lama K.Nor save cuma tunggu masa beli ikan aya jer. K.Nor mmg jarang sgt beli ikan tenggiri, lebih suka ikan aya. Tak kisahlah nak guna ikan tenggiri atau aya pun, terpulang pada citarasa masing2. Mekasih pada K.Pah@Ibundo yg dah share resipi yg sedap ni. Izinkan Nor panjang2kan kat sini lak ya..


IKAN GORENG CILI API
resipi : Ibundo
Bahan:
4 keping ikan tenggiri . Setiap keping dipotong dua.
2 biji bawang merah dihiris bulat
2 biji bawang putih dihiris nipis
10-15 biji cili api dihiris menyerong (boleh tambah dan kurang ikut suka)
2 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 biji buah keras ditumbuk halus
1 cm halia dihiris mancis
1 sudu kecil cuka

Cara:
Lumurkan ikan dengan sedikit kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan sedikit di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk halus bersama bawang putih dan halia.
Apabila naik bau, masukkan bawang besar dan cili api. Goreng sebentar. Masukkan cuka dan garam.
Akhir sekali masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan angkat.

Monday, October 22, 2012

KUIH BELIMBING

ASSALAMUALAIKUM...

Sejuk, dingin.. nyaman.. semua ada... dah 2 hari hujan manjang kat Tganu ni.. (kecuali Sabtu, hujan stop utk 1 hari kebetulan pulak masa tu ada Bengkel Fotografi Xpress yg berjalan kat rumah K.Nor, alhamdulillah..) Maklum lah kan, dah masuk musim tengkujuh atau dgn kata lain musim sidai/jemur baju dlm rumah bawah kipas hehe

ermmm... ada yg rindu dgn pot pet K.Nor ya.. adik NikJa yg dulunya pernah pemes dgn panggil Mokwo dan Hasue.. tak yah nak heran la ya.. mmg lately no pot pet2 sgt lg dah kat SG ni.. sesekali jer kalau terasa teringin nak pot pet, maka adalah pot pet tu.. mcm hari ni.. Silap haribulan, pot pet ku penuh 2 helai kertas kajang kang.. hehehe...


Ok.. kita berbalik pd tayangan amal pd hari ni.. Kuih yg dah lama nak buat tp asyik tertangguh jer. Kebetulan bulan Oktober ni ada event Malaysian Food Fest (MFF) dan negeri yg terpilih adalah negeri Terengganu jadi K.Nor duk gali2 la resipi apa nak dikongsikan bersama dlm MFF yg mana Lena@Frozen Wings menjadi hostnya. Menu pertama dr K.Nor telah K.Nor post minggu lepas iaitu MEE REBUS Trg Style. Bila tengok kat fb MFF, tak ada lg yg menghantar resipi kuih yg best ni, jadi K.Nor pun merajinkan diri, selongkar kotak2 yg bersusun semata2 nak cari buku resipi lama dan juga acuan yg perlu digunakan. Dan kebetulan pulak masa nak buat petang semalam, sorang member lama dr zaman forum MyResipi yg tinggal di Kijal, Kemaman call nak datang rumah. Nak jadi rezeki Suha, suami dan anak bongsu dia serta sorang lagi kawan Suha yg ikut sama dtg rumah K.Nor smlm (siap buat 2 adunan lg tu).... Dapat lah dia org merasa KUIH BELIMBING, kuih lama Terengganu ni ya...

Kuih ni mmg asalnya dari Terengganu dan K.Nor pernah buat masa masih anak dara dulu hehe.. K.Nor belajar dgn cikgu KEMAS sebelah rumah. Kuih ni selain dipanggil KUIH BELIMBING, ianya juga dipanggil KUIH TEREMBAT.. Jgn tanya la ya, K.Nor mmg tak tau kenapa dipanggil KUIH TEREMBAT, kalau KUIH BELIMBING tu, boleh la jawab sbb rupanya yg seakan buah belimbing. Kuih ni sebenarnya kalau diikutkan kaedah yg asli, selepas digoreng hingga masak, ianya dicelup/disira kedalam air gula. Tapi.. hehe ada tapinya tu.. skrg ni dah dipermudahkan atau dgn kata lain dah dipermodenkan, dgn menabur gula castor. Lebih cepat siap dan lebih sedap. Kalau kita celup dlm air gula, ianya akan mengembang sket (sket jer sbb air gula meresap ke dalam kuih) dan kuih jd lembut tp tak la lembik ya.. Manakala kalau kita tabur dgn gula kastor, kuih ni maintain rangup bahagian luarnya tu dan dalamnya soft/lembut.. Jadi pilihan ditangan masing2, nak versi celup dlm air gula atau tabur dgn gula castor. Disebabkan nak cepat sbb Suha dah on the way ke rumah K.Nor, jadi K.Nor hanya tabur/salutkan dgn gula castor jer. Lagipun, lebih sedap gitu sbb bahagian luar tu still rangup..

Kalau nak tengok acuan sawa yg ori, yg K.Nor dn org dulu2 guna klik kat  SINI..
Plate yg digunakan utk kuih ni, adalah plate berbentuk bintang..

Utk menghasilkan Kuih Belimbing ni, perlu digunakan acuan kukis atau dulu lebih dikenali dgn acuan SAWA. Kalau yg dulu2 acuan ni dibuat dr besi tp dah tak ada lg yg jual jenis gitu, sebaliknya skrg ni semuanya dr jenis plastik. Yg selalu K.Nor guna dulu mmg dr besi, ntah kat mana acuan tu, tinggal kat rumah lama arwah ayah K.Nor rasanya.. Disebabkan nak buatnya Kuih Belimbing ni, K.Nor pernah beli 2 acuan  ni. Malangnya acuan yg pertama beli tu, K.Nor tak belek betul2, time nak guna baru perasan, tak ada piring/plate yg berbentuk bintang, yg sepatutnya digunakan utk membuat Kuih Belimbing. Lama gak la lepas tu, sambar yg lain pulak, semata2 kerana KUIH BELIMBING tau.. hehe.. Kali ni, buka kotak dan check betul2 ada ke tidak plate bintang.. Bila ada, baru beli.. baru lah boleh on projek KUIH BELIMBING hehe...

Bagi yg tak ada acuan kukis ni, boleh gak kalau guna seperti yg Ina Hana guna tu (tp siksa sket la nak siapkan satu adunan hehe). Dan kalau tak ada jugak boleh jer guna nozzle yg berbentuk star dan masukkan doh ke dalam piping bag. Cuma ianya agak kecik dan halus la, tak menyerupai Kuih Belimbing tp lebih kepada CHURROS hehe..



Utk resipi KUIH BELIMBING ni, K.Nor tak guna resipi yg K.Nor belajar kat kelas KEMAS tu, sbb resipi asalnya tu dlm bentuk kati dan adunan yg digunakan pulak banyak, sampai 7bj telur. Nak convert sukatan agak makan masa, kang silap convert tak menjadi. Dah la Suha dlm perjalanan, so K.Nor ikut jer resipi yg Ina Hana pernah buat. Lebih kurang gak la resipi yg Ina guna tu, cuma kalau ikutkan resipi asal Kuih Belimbing, tak diletakkan gula dlm adunanya. Tapi yg Ina letak tu pun sikit jer, tak kisah la.. Mekasih Ina share resipi Kuih Belimbing tu, K.Nor share kat sini lak ya...

KUIH BELIMBING
sumber : Hana Memories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna telur A
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara:
Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tu, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Taburkan gula. Sedia utk dmakan!

*kaedah resipi asal yg K.Nor belajar, telur tak perlu dipukul terlebih dahulu, terus jer masukkan sebiji demi sebiji ke dalam adunan (kalau buat lebih dr 1 adunan). pastikan adunan dah cukup sebati baru dimasukkan telur yg seterusnya.
** boleh juga menggunakan mixer utk memudahkan kerja mengadun adunan tepung dgn telur tadi.
*** yg paling penting, adunan tepung PERLU DISEJUKKAN terlebih dahulu sebelum dimasukkan telur. ini utk memastikan telur td tak masak masa kita kacau ke dalam adunan tepung sbb adunan tepung amik masa yg lama sket utk sejuk.


Post ni K.Nor nak submitkan ke MALAYSIAN FOOD FEST, yg mana LENA menjadi hosnya. Tq Lena..

Friday, October 19, 2012

HATI LEMBU MASAK LEMPAP

ASSALAMUALAIKUM...

Simple bahan2, mudah dimasak dan sedap dimakan ^__^

HATI LEMBU MASAK LEMPAP
resipi : CMG@TiffinBiru

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram hati lembu
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Kicap cair secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh lada hitam biji*
Sedikit gula
2 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai, hiris
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup


CARA MEMBUATNYA :-)

Hati lembu dihiris nipis dan lebar2. Gaul dengan tepung gandum dan perap sekejap, kemudian cuci bersih dan toskan. Sangrai atau goreng tanpa minyak bahan2 bertanda (*) hingga harum, kemudian kisar hingga halus, gunakan kisar bahan kering. Ketepikan.
Masukkan hati lembu tadi dalam satu bekas, tambah bahan kisar halus dan rempah yang dikisar kering tadi. Masukkan sedikit garam dan gaul rata. Perap sekurang2nya 1 jam atau semalaman untuk lebih berperisa.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih cincang hingga harum. Masukkan no. 2, gaul rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan terus memasak hingga pekat. Masukkan kicap cair secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata.
Tambah bawang besar dan gaul rata. Masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi panas...

Thursday, October 18, 2012

SAMBAL UDANG BERPETAI

ASSALAMUALAIKUM....


SAMBAL UDANG BERPETAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
400 gm udang
petai ~ dibuang kulit
2 sudu besar cili mesin 
1 labu bawang besar ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 in halia ~ dikisar
1 batang serai ~ diketuk
2 sudu besar kicap
air asam jawa secukupnya
air
garam dan gula 
minyak

Cara:
Panaskan minyak,masukkan cili mesin dan tumis hingga garing.
Masukkan bahan yg dikisar dan serai.
Bila bahan tumisan hampir kering, masukkan 1/4 cawan air.
Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, garam, dan gula.
Biarkan garing sedikit dan masukkan air asam jawa dan 1/2 cawan air.
Biarkan merenih dan kuah hampir pekat.
Masukkan udang dan petai.
Kacau dan biarkan udang masak (bertukar warna kemerahan) dan kuah sedikit pekat/kering.
Angkat dan sedia utk dihidangkan.

Wednesday, October 17, 2012

CHILLED FRUTTI CHOCOLATE CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM....


Dah lama nak buat ni, sejak Mas tayang yg dia punya tp sbb nak buat sedikit kelainan, kena KIV manjang. Nak buat camana, nak gi petik stoberi dgn kiwi agar payah skrg ni.. Tak macam dulu, kebun sebelah pagar jer hehe..


Ana, jgn marah ek.. K.Nor upgradekan sket ciskek Ana ni, kasi lebih menarik di pandangan mata, lebih memukau tarikan selera dan memantopkan keenakkan rasa.... dgn taburan potongan stoberi dan kiwi.... lemak, manis, masammmm.....ermmmmmmmm.. asyiikkkkkkkkkk.. ^_________^


CHILLED (frutti) CHOCOLATE CHEESECAKE in jar
Olahan Resepi : Anna Qawina
sumber : Mas & K.Nor

Bahan ~ Chocolate Ganache : 
200 grm coklat masakan@compound Choc.
100 ml susu cair
1 sdt butter

Cara:
Cairkan dan biarkan menyejuk pada suhu bilik sebelum digunakan
cara k.nor :
panaskan susu cara double boiler.
bila susu dah panas, padamkan api dan masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2.
kacau hingga coklat cair sepenuhnya dan masukkan butter.
kacau lg sehingga butter cair dan sebati dgn adunan coklat.
ketepikan.

Bahan ~ cheese :
125 g cream cheese, suhu bilik
137 g @ 1 bekas kecil yogurt
30 g gula kastor
125 g whipping cream Brand Vivo, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak )
1/2 sdb + 1/2 st gelatin Halagel
2 sdb air hangat
strawberi & kiwi  ~ k.nor tambah

Cara :
Pukul cream cheese, gula kastor hingga sebati.
Masukkan yogurt, gaul rata.
Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata).
Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yogurt cheese. Gaul rata.
Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream yg telah dipukul kental tadi ke dalam adunan.
NOTE:  Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi. 
Kaup balik rata-rata, sedia untuk digunakan.

Cara assemble cheesecake:
Sediakan jar @ bekas pilihan, paipkan@sudukan adunan cheesecake tadi ke dalam jar, lebih kurang 3@4 sudu besar, kemudian paipkan choc.ganache@apa2 filling kesukaan, seterusnya paipkan adunan cheese sekali lagi, buat sampai hampir penuh jar anda.
Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.


nota utk rujukan k.nor di masa akan datang:
buat 1 adunan ganache aje dah memadai utk 2 adunan cheese (250gm cheese) sbb 1 adunan bg ganache dh mencukupi utk 2 adunan cheese

Tuesday, October 16, 2012

MEE REBUS Trg Style.... & MFF


ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni bersiaran awal sket sbb lepas ni ada banyak kerja yg perlu diuruskan. Kepada yg setia mengunjungi SecubitGaram, jutaan terima kasih diucapkan. Alhamdulillah.. walau tuan rumah hanya post gambar dan tak ada pot pet langsung, sekadar bagi salam jer, masih ada yg setia meninggalkan jejak. hehehe.. maaf lah ya.. sejak akhir2 ni tak tau nak cakap apa, selalu kebuntuan idea, blurrrrr gitu (bila gi BW pun gitu gak, masuk baca dan gi ke blog lain..maaflah pada geng masak2, bukan K.Nor tak berkunjung ke blog anda, cuma K.Nor tak tau nak ngomen apa .. masuk baca dn senyum sorang hehe ) Last2, masukkan gambar dan resipi aje, ok la kan dr blog tak berupdate. Mungkin lepas ni akan berulang gitu lagi cuma sesekali jer bila terasa nak pot pet baru ada karangannya nanti .. (kalau panjang berjela, jangan marah ya.. hehe)


Kalau di negeri2 lain, ada mee rebus masing2 yg pemes kan. Ada Mee Rebus Muar, Jawa, Mee Rebus Udang, Mee Racun, Mee Rebus Utara dan bermacam lagi lah.. Sebenarnya di Terengganu pun ada Mee Rebus yg tersendiri, yg tak sama dgn Mee Rebus yg pemes yg lain. Dari segi gravy/kuahnya tu, ianya jernih dan tak berempah mcm mee rebus lain2 tu. Yg utama dlm gravynya tu adalah kehadiran serbuk lada hitam (yg baru ditumbuk lagi best, juga jgn ditumbuk terlalu halus). Bila makan kuah gini, badan cepat hangat dan makan banyak pun tak muak sbb jenisnya kuahnya yg tak pekat berempah tu. Ada keenakkan yg tersendiri pada kuah Mee Rebus gini. Hanya org2 Trg yg selalu makan dan juga outsider yg juga dah biasa makan yg tau keenakkannya. Mee Rebus Trg Style gini, mmg menyelerakan terutamanya pada org yg demam atau tak ada selera makan. Memang layanaaan sgt time tu, bermangkuk pun boleh habis. Utk menambahkan keenakkannya, selalunya K.Nor sediakan Sambal kicap cili, iaitu cili merah/api yg dihiris dan dicampurkan kicap manis dan sedikit cuka. Kalau nak makan dgn sambal kicap (spt sambal kicap yg dimakan bersama mihun soto) pun boleh. Kalau kat kedai2 makan/warung2 selalunya disediakan cili jeruk, tu pun syok tau bila makan dgn Mee Rebus ni. Pedas lada hitam bergabung dgn kepedasan sambal kicap cili atau cili jeruk ... fuhhh mmg berpeluh satu badan. Yg demam pun kejap jer kebah hehehe

Jom lah mencuba Mee Rebus yg cukup mudah tapi menyelerakan ni.. Semoga kena pada selera anak tekak masing2 ya..  ^__^


MEE REBUS Trg Style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bungkus mee kuning
200gm daging/isi ayam
5 bj bawang merah ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam - sebaiknya yg baru ditumbuk
2 liter air
Bebola ikan/sotong
2 - 3 bj telur
Lobak merah
Sawi/kobis secukupnya
2 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
1 biji cili merah ~ dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Daun saderi ~ dihiris
Minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga layu.
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan hirisan daging dan goreng hingga daging berubah warna.
Kemudian masukkan lada hitam,goreng seketika dan masukkan air secukupnya.
Masak hingga mendidih dan daging empuk, kemudian masukkan bebola ikan/sotong.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah (JANGAN dikacau), biarkan telur masak kemudian masukkan lobak merah yg dihiris.
Masukkan pula sawi/kobis serta garam dan sedikit gula.
Kemudian masukkan mee, tomato dan hirisan cili merah. Kacau perlahan-lahan.
Masak sekejap hingga kuah mendidih (mee masak/kembang sedikit).
Angkat dan hidangkan.
Taburkan hirisan daun saderi dan hidangkan bersama Sambal Kicap Cili.


SAMBAL KICAP CILI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah atau 9 biji padi
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar cuka
secubit gula

Cara:
Hiris cili merah atau cili padi.
Campurkan kesemua bahan termasuk cili kedalam sebuah bekas.
Gaul sebati.
Biarkan 15 - 30 min, kemudian bolehlah dihidangkan.


Terengganu Month

Mungkin ada yg tak tau mengenai MALAYSIAN FOOD FEST yg diadakan dikalangan blogger2 masakan. Sila klik link utk mengetahui detail mengenainya. Kebetulan bulan ni, menu bagi bulan ni jatuh pada negeri Terengganu dan host bagi bulan ni pula adalah LENA of  FROZEN WING. Sebelum ni K.Nor dah tau hal ni dari Gert (bila Gert duk tanya apa menu2 dr Trg yg fames dan mudah disediakan) dan bila Lena maklumkan yg dia guna gambar Laksa Kuah Putih dlm entri pengenalannya tu dan mengajak K.Nor join sama, terasa terseru la pulak nak join sama. Seronok tengok ramai blogger2 yg amik bahagian (Wendy, Gert, Phong Hong, Lena dan lain2),walaupun ada yg tak pernah makan masakan tu, tp dgn sportingnya turut sama amik bahagian dan masak menu2 yg femes di Trg ni.. Ada yg buat Nasi Dagang, Roti Paung, Laksam, Nasi Minyak Trg Style, masakan ayam chinese style dan ada yg buat Ketupat Sotong dan Rojak Betik pun ada. Bila dah ramai buat masakan yg mmg pemes di Trg tu, K.Nor rasa nak buat yg org luar kurang kenal la.. tapi tetap pemes bagi anak Trg.. MEE REBUS Trg Style..

Jadi K.Nor nak submit post ni ke MALAYSIAN FOOD FEST yg mana LENA of Frozen Wing menjadi hostnya..


Monday, October 15, 2012

GULAI LEMAK UDANG DGN NENAS & CENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM...


GULAI LEMAK UDANG DGN CENDAWAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300gm udang ~ dibersihkan
3/4 cawan santan pekat
3 cawan air
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in kunyit ~ ditumbuk
sedikit belacan
1 sudu besar cili mesin
2 batang serai ~ diketuk
3 - 5 bj cili api ~ diketuk/belah dua
1/4 bj nenas ~ dipotong kecil
cendawan tiram secukupnya
garam
sedikit gula ~ jika suka

Cara:
Masukkan 1 cawan air dgn sedikit santan pekat bersama nenas ke dalam periuk dan masak hingga nenas lembut.
Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali cendawan kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Masakan hendaklah sentiasa dikacau supaya tak naik kepala.
Masukkan cendawan dan biarkan seketika barulah dipadamkan api.
Angkat dan hidangkan.

Saturday, October 13, 2012

BUBUR KACANG SPECIAL

ASSALAMUALAIKUM..


Kalau Bubur kacang dgn durian mmg dah biasa sgt kan. Apakata kita cuba sesuatu yg berlainan, timur bertemu dengan barat.. BUBUR KACANG WITH ICE CREAM.. Lebih sedap dr Bubur Kacang dgn durian. Ni diakui oleh cik abe K.Nor yg sememangnya antu Bubur Kacang dgn Durian. Kena ingat ya, kalau nak makan dgn aiskrim, kurangkan sket sukatan gula nisan/gula melaka/gula pasir yg nak dimasukkan ke dalam bubur kacang sbb ice cream sememangnya dah manis kan.. So nanti tak la jd double manis.. ^__^

JANGAN LUPA!! Sejukkan dulu Bubur Kacang yg dah dimasak supaya bila kita masukkan aiskrim nanti, ianya tak cepat cair.. (lagi elok kalau bubur kacang tu dah disejukkan dlm peti ais) SELAMAT MENCUBA ^___^

* sori, k.nor tak letak resipi Bubur Kacang sbb pastinya masing2 dah tau cara masak Bubur Kacang dan dah ada resipi kegemaran masing2 :)

Friday, October 12, 2012

APAM KENTANG

ASSALAMUALAIKUM...


APAM KENTANG
Sumber : Seri
Sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
 3/4 cwn gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan
2 cwn tepung beras
1 cwn kentang rebus
3/4 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sk yeast
1 sk b.powder
pewarna hijau/pandan paste
250 ml santan



Cara-cara:
Kentang rebus di blend bersama dgn santan (biarkan sebentar)
Masak gula bersama air dan daun pandan.
Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut.

Thursday, October 11, 2012

IKAN GRG PEDAS ALA NIARA

ASSALAMUALAIKUM..

SANGAT SEDAP!! 

IKAN GRG PEDAS ALA NIARA
resipi : Liza@IntaiDapur
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bhn2:
1 ekor ikan siakap / kerapu /kembong besar - gaul dgn garam dan grg hingga masak
1 btg serai - dihiris
5 helai daun limau purut - koyakkan
1 biji bwg besar - potong dadu
3 ulas bwg pth - potong dadu
1/2 kiub perencah tomyam
Sdkt kicap manis
5 biji cili padi - hiris
2-3 s/b cili mesin
1 bj limau kasturi ~ k.nor tambah
Sdkt minyak masak

- panaskan minyak bekas gorengan ikan td dan masukkan semua bwg dan bhn hiris, cili mesin dan daun limau purut.
- bila dah naik bau, masukkan perencah tomyam dan sedikit air.
- bila dah agak kering, tambahkan kicap manis, perahan limau kasturi dan ikan yg telah digoreng td..
- gaul sebati dan angkat..


Wednesday, October 10, 2012

PACERI NENAS

ASSALAMUALAIKUM....



PACERI NENAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bj nenas ~ dibuang kulit dan hiris membulat
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1 sudu besar udang kering *
1 sudu kecil cili mesin
2 sudu besar rempah kari (daging)
1 sudu kecil rempah gulai
3/4 cawan santan fresh@pekat (kotak)
2 cawan air
5 bj  cengkih
3 bj buah pelaga
1 btg kulit kulit kayu manis
1/2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar kerisik
garam, gula
minyak


Cara:
Kisar bahan2 bertanda * dan ketepikan.
Bancuh rempah kari bersama rempah gulai bersama sedikit air hingga menjadi paste.
Panaskan kuali dan masukkan bahan2 penumis (cengkih, pelaga, kayu manis dan bunga lawang).
Bila wangi masukkan bahan2 yg dikisar tadi. Tumis sehingga kering sedikit dan masukkan rempah tadi.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan nenas.
Kacau seketika dan masukkan santan fresh dan air.
Masukkan juga kerisik, garam dan gula.
Biarkan mendidih dan masaklah sehingga kuah pekat dan nenas menjadi lembut.
Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

* paceri biasanya dibuat manis2 sedikit utk seimbangkan rasa nenas yg masam2..
* jika tiada rempah gulai boleh digunakan rempah kari sepenuhnya..


Monday, October 8, 2012

SHEPHERDS (COTTAGE) PIE

ASSALAMUALAIKUM..

Kenapa ada cottage dlm bracket kat tajuk? Kalau ikutkan K.Nor guna resipi SHEPHERDS PIE yg K.Nor ambik kat rumah AYU S'Pore tp spt kata Ayu, kalau kita guna daging kambing baru kita boleh panggil sheperd pie dan kalau kita guna daging lembu sepatutnya kita panggil cottage pie. (boleh refer entry Ayu utk sahihkan info ni) Sebelum ni K.Nor pun pernah buat COTTAGE PIE, nak resipi sila klik kat SINI..  Menang K.Nor dah lama baca kisah nama yg sepatutnya bg dish ni tp tu la kan, dah penggunaan namanya dah jd kebiasaan kat mana2, walau guna daging lembu pun disebut Shepherds Pie..Tak kisahlah nak panggil apa pun tp rasanya tak salah kalau kita perbetulkan dan tak salah juga kalau kita tak nak ikut pun.. terpulang pada diri masing2. 


Okay lah ya.. kita balik pd menu kali ni.. Seperti yg K.Nor bagi tau awal2 tadi, resipi ni K.Nor ambil kat rumah Ayu S'pore. Bila tengok Ayu post kat FB terus start enjin jet ke dapur dia.. dan terus save resipi hehe.. Memang sangat2 tirguda nak buat tp disebabkan tak ada keju mozarella dlm stok, terpaksa ku pendamkan hajat. Ingat nak ke gergasi nak cari cik moza tu tp sejak duk jauh sket ni, payah betul nak gi rembat itu ini kat gergasi nun. Kalau dulu masa duk sebelah gergasi, rasa nak buat apa2 terus jer start enjin keter.. skrg ni, fikir seploh kali kalau nak buat apa2.. ermmm.... nasib la kan..

Bila dah teringin sangat nak buat, K.Nor tak peduli dah tak ada cik moza pun, K.Nor gantikan aje dgn keju parmesan yg masih ada kat esbok. Keju gak kan.. hehe.. dan K.Nor skip kacang peas sbb tak ada stok lagipun anak2 kurang suka sket bila letak kekacang ni.. Bila dah masak tu, makan masa suam2 panas.. pergghhhhhhhhhh... mmg sedap sungguh! Along ngap hampir setengah mangkuk tu.. Memang sedap katanya.. K.Nor suka rasa daging tu, cukup sedap! (cuma next time kalau nak buat K.Nor nak skip part white sauce sbb rasa cam muak sket hehe) Mekasih Ayu sudi menggoda diriku dgn SHEPERDS PIE tempohari. Memang berbaloi membuatnya.. Cuma Nor kurangkan sket penggunaan cili serbuk (letak 1 sudu besar pun dah cukup pedas!!) dan ada bahan yg Nor gantikan dgn bahan yg ada kat dapur dan ada yg Nor skip. Biasalah tu kan.. hehe  Thank u for sharing ya Ayu! opss... Mekasih juga buat K.Liza sbb resipi utk bahagian topping tu asalnya dr dapur K.Liza :)



SHEPHERDS PIE
Sources Adapted from:-Hanieliza's Cooking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Source : K.Nor@SecubitGaram


Bahan Kentang 
1.5 kg kentang potong dadu direbus bersama sedikit garam
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah

Cara:-
Rebus kentang dulu dengan sedikit garam. Bila dah empuk, buang airnya, toskan dan lecek kentang bersama dengan mentega, serbuk lada sulah, garam dan susu, hingga sebati. Bila adunan dah sebati ketepikan-(Ayu siapkan yang ini dulu supaya senang nak pipe nanti sebab dah sejuk)

Bahan Inti
500 gm daging kisar(lembu)
1 botol kecil prego sos (tomatoes/mushrooms) ~ k.nor guna kimball (mushrooms)
2 labu bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih cincang halus
1 tin kecil kacang peas ~ k.nor tak letak
1 tin kecil cendawan butang dihiris ~ k.nor tak letak
3 biji buah tomato masak dipotong dadu
1 batang lobak potong dadu
1 biji lada merah dipotong dadu
1-2 sudu besar cili serbuk ~ k.nor guna 1sb jer
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 kiub stok ayam
1/2 botol air dari botol sos pregos(selepas tuang isi kandungan gunakan botol tu untuk menyukat air)
2 s/b tepung gandum
garam + perasa secukupnya

Mozarella cheese untuk taburan ~ k.nor guna parmesan cheese

Cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Masukkan lada merah, serbuk cili. lada sulah, lobak merah, tomato dadu, daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak. Masukkan sos pregos, kiub ayam, kacang peas, garam & perasa dan air. Biarkan ia masak seterusnya. Agak2 daging dah masak dan sebati dengan bahan2, masukkan tepung gandum. Gaul rata adunan jangan pekat sangat atau cair sangat Siap untuk dibuat filling sheperd pie.
Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil, atau aluminium foil.

Bahan Sos Putih(White Sauce)
1 cawan susu segar, atau ikut kepekatan yang sesuai atau ikut suka nak cair atau pekat macam mana.
60g mentega
60 tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar
sedikit italian herbs

Cara:-
Panaskan mentega dalam kuali dan biarkan ia cair. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kacau rata, hingga sebati dan tepung tak berketul. Masukkan susu, sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar serta sedikit italian herbs, kacau hingga sebati dan ikut consistency yang disukai.Matikan api dan siap untuk curahkan atas inti shepherd pie.

Cara Assembling Shepherd Pie:-
Inti dimasukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas(bakeable) atau mangkuk aluminium foil.
Curahkan white sauce diatas. Taburkan mozarella cheese. Pipekan kentang yang telah dilecek dan digaul tadi diatas inti, ikut suka pattern macam mana atau kalau tak nak pipe just ratakan aje pun boleh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, selama 30 minit at 200C atau sehingga kentang nya dah nampak golden yellow.. Serve hot.

Saturday, October 6, 2012

FLUFFY CAPPUCCINO PANCAKE

ASSALAMUALAIKUM....

Quick update ya.. Banyak kerja yg perlu disettle hari ni. Dah dua hari tak bersiaran, hari ni kena merajinkan diri dan meluangkan masa sekejap utk menghapdet. Dan jangan marah ya, sbb pancake ni sebenarnya dibuat minggu lepas. Lupa nak update jd K.Nor pilih pancake ni utk dijadikan entri arini. 

Makan dgn susu pekat manis.. emmmm best!!

Sebab nak cepat, gambar pun sempat edit sekeping jer. Resipi pulak copy paste dr resipi yg lepas2. Apapun disyorkan sgt utk mencuba resipi pancake yg paling sedap yg pernah K.Nor cuba. Boleh guna resipi resipi yg basic, FLUFFY PANCAKE (resipi dr Allrecipes) kalau tak nak letak paste cappuccino. Dari resipi yg basic ni, kita boleh pelbagaikan menggunakan bahan2 lain utk menghasilkan pelbagai pancake yg yummy.. Taip jer kat kotak search box tu fluffy pancake, insyaallah akan keluar resipi2 yg berkaitan yg pernah K.Nor cuba.. 

FLUFFY CAPPUCCINO PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 1/2 cawan susu
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
1 sudu besar cappuccino paste ~ boleh dibeli di kedai bakeri
4 sudu besar butter ~ dicairkan

Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan cappuccino paste. Kacau. 
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati. * Perapkan adunan 10 - 15 min ut mendapatkan hasil pancake yg cantik dan gebu
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai. (K.Nor suka makan dgn susu pekat hehe)