f Secubit Garam: July 2012

N3 Terkini

Tuesday, July 31, 2012

AIR KELAPA WANGI

ASSALAMUALAIKUM..

Mimpi apa hari ni ada 2 entri ya..  takper lah.. tengah ada mood ni.. Kang kalau mood ke laut, dua tiga hari tak ada entri.. hehe


Entri ke dua utk hari ni, nak tayang air kelapa yg menjadi penyejuk anak tekak time berbuka.  Tak susah mana nak buat pun, mudah sgt2.. Kenapa ada wangi di tajuk resipi? Jawapanya ... sebab ada wangi daun pandan kat isi kelapa tu.. :) Jom tengok resipi kalau ada sapa2 nak cuba....

AIR KELAPA WANGI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 biji kelapa muda
2 - 3 sudu besar gula pasir ~ ikut kemanisan yg disukai
sedikit biji selasih ~ rendam hingga kembang
sedikit paste/perisa pandan
pewarna hijau ~ optional
ais ketul secukupnya

Cara:
Asingkan air kelapa dr isinya.
Masukkan gula ke dalam bekas berisi air kelapa dan kacau hingga gula larut sepenuhnya. Ketepikan.
Masukkan isi kelapa dlm satu bekas dan masukkan beberapa titik paste/perisa pandan. Kacau rata.
Kalau yg menggunakan paste pandan (biasanya paste ni mmg dah tersedia warna hijau melainkan yg menggunakan perisa/esen pandan) tak perlu diletakkan pewarna hijau tapi kalau guna perisa/esen pandan (biasanya clear colour), masukkan setitik dua pewarna hijau pd pada isi kelapa tadi dan kacau sebati.
Biarkan seketika.

Utk menghidang :
Masukkan isi kelapa ke dalam gelas.
Letakkan beberapa ketul ais kiub dan masukkan 2 - 3 sudu besar biji selasih yg dah kembang
Tuangkan air kelapa tadi.
Sedia utk dinikmati.. Nyamannnnnnn.......

FRENCH LOAF WITH CHEESE AND MINCE MEAT & CKT!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Menu ulangtayang ya, kegemaran Cik Abe nih.. Memang best pekena time panas2 tu.. krup krap jer tambah pulak dgn inti daging yg digandingkan. Pastu ada pulak cik cheese.. mana boleh kata tak sedap! Kan K.Anim kan.. hehe Hero sulung pun suka gak nih...

uishhh.. lupa nak picitkan sos cili sebelum snap..

Resipi dr rumah K.Nor Aznim, tuan kebun doyan dan tokey tempoyak. Mekasih K.Nim sudi kongsi resipi ni.. Ai tempek sekali lg resipi tu kat sini ya... ^__^

FRENCH LOAF WITH CHEESE AND MINCE MEAT
by- anymz-mykitchen
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
1 batang french loaf(ala yg jual kat supermarket,roti panjang yg keras kematu tu)
1 tin tuna/sardin ~ k.nor guna inti daging homemade
1 biji buah tomato di hiris bulat2 nipis ~ tak letak
1 sudu teh lada putih/lada hitam
beberapa keping cheese-kali ni akak guna mozarella cheese ~ k.nor slice cheese
butter

Cara:
French loaf di potong bulat2 atau menyerong
Tuna atau sardin di lenyek hancur
Ambil sekeping french loaf yang sudah di potong
Sapu butter di atasnya dan letak tomato
Letak tuna/sardin yang sudah di hancurkan di atas tomato
Tabur serbuk lada putih/hitam
Akhir sekali letak cheese yang sudah di potong kecil2
Sedia untuk di bakar.
Bakar hingga keperang2an.
Dah siap..


* inti tu terpulang pd citarasa masing2 ya.. nak letak sosej, inti ayam atau sardin pun boleh.. 


Yg kat atas ni cuma side dish aje.. Kalau nak tau , main dish utk berbuka smlm adalaaaaaaaahhhhhhhh....... 

pasti tau apa tu kan.. Penang CKT!!

CKT yg tak perlu dipertikaikan.. mmg sangat sedap! Dah ramai yg mencuba resipi Che'Iza ni.. Bagi penggemar CKT dan tak pernah cuba lg resipi ni.. Jom.. cuba buat.. insyaallah tidak akan mengecewakan.. 

PENANG CHAR KUEY TIAW
resipi : Che'iza
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara:
UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

oppppsssss!! ada lg nih... Kalau makan CKT wajib ada benda nih.. Kalau tak ada rasa cam kurang nikmat jer kaaaannnn... ^__^


CILI JERUK
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
7 -8 bj cili hijau ~ boleh guna cili merah/hijau
1 cawan air
1 cawan cuka
2 -3 sudu besar gula

Cara :
Basuh cili dan toskan.
Kemudian hiris tp jangan terlalu nipis.
Masak air bersama cuka dan gula hingga mendidih. Biarkan hingga sejuk.
Masukkan cili ke dalam botol yg bersih dan tuangkan air cuka yg dimasak tadi.
Tutup botol dan biarkan sehingga 2 - 3 hari baru lah sedap dimakan bersama mee rebus/goreng dan sebagainya.

Monday, July 30, 2012

DAGING CILI PADI & KACANG PANJANG GORENG

ASSALAMUALAIKUM.. 


Kita cakap short2 ya.. 

Menu berbuka smlm, DAGING CILI PADI, resipi hasil skodeng kat dapur org S'pore. Tq Ayu for sharing & tq to the owner of the recipe too.. Selamat berpuasa :)

Ratah aje pon sodap ^__^


DAGING CILI PADI
sumber : Ayu S'pore & Nor Emilia Amran@resipi.net

Bahan2:
500g daging
10 biji cili padi ~  7bj
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 cm halia
2 sudu makan sos tiram
2 biji bawang besar ~ potong bulat ~  1bj
2 biji limau kasturi ~ diperah ambil jusnya ~ 1bj
5 biji cili merah ~ 3bj
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ~ k.nor tambah
garam dan gula secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut dan ketepikan (k.nor rebus dulu utk melembutkan daging)
Masukkan halia, cili padi, bawang putih dan bawang merah kedalam pengisar dan kisar. 
Panaskan minyak semula (gunakan minyak goreng daging tadi) dan tumiskan bahan2 yang telah dikisar tadi. 
Tumiskan sehingga kekuningan kemudian masukkan sos tiram, garam dan bawang besar (juga serbuk lada hitam). Apabila baunya mulai naik, masukkan jus limau kasturi. Masukkan daging dan gaul sehingga rata. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.


Menu sayur mmg tak miss kat rumah ni. Kalau tak ada sayur yg dimasak, mesti ada ulam-ulaman. Menu sayur yg digandingkan dgn Daging Cili Api, KACANG PANJANG GORENG HATI & PEDAL. Syok meratah gitu ajer kalau sayur goreng gini..


KACANG PANJANG GORENG HATI & PEDAL

Bahan:
5 urat kacang panjang ~ dipotong
5 ketul hati + pedal ayam ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ dicincang 
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu (wedges)
1 bj cili merah ~ dipotong serong
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ seeloknya yg baru ditumbuk
sedikit air
garam dan sedikit gula
minyak

Cara: 
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga layu dan masukkan hati dan pedal ayam.
Masukkan pula kicap manis, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.
Goreng seketika dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) .
Bila hati dan pedal ayam telah masak (dan air sedikit kering) masukkan kacang panjang, cili merah, garam dan sedikit gula. Kacau rata.
Goreng sehingga kacang lembut sedikit tp jgn terlalu lama.
Angkat dan hidangkan.. 


Sunday, July 29, 2012

SOTONG MEKAR BERSOS PLUM

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni satu entri jer ya.. Kebetulan ada lebihan 2 cup PUDING COKLAT BERSOS KASTARD, jadi K.Nor tak buat lah dessert utk berbuka ptg semalam. Kita habiskan dulu yg tu, kalau tak membazir jer kan. Bukan tak boleh buat dessert lain, tp kalau buat, kesian kat yg 2 cup tu, tak ada yg nak perabiskan. Anak dara dan hero bongsu dah pun balik ke asrama masing2 ptg semalam, so tinggal lah K.Nor bertiga jer berbuka puasa di rumah ni. Insyaallah petang ni lah kalau nak godek dessert lain lak .... :)


Ok kita balik ke menu hari ni, eh ni menu berbuka petang semalam. Sempat K.Nor post gambar sotong yg baru masak ke fb. Ada mcm2 jawapan yg diberikan bila disuruh teka apa masakan ni. Yg paling best adalah jawapan Azita (Ita) "Sotong kembang Magrib namanya ni...instead of bunga kembang pagi..." betul gak kan, bunga yg mekar di waktu Maghrib sbb biasanya bunga kembang waktu pagi jer.. so dr jawapan Ita tu, K.Nor bg nama resipi ni SOTONG MEKAR BERSOS PLUM (sib baik tak bg nama sotong mekar maghrib hehe) Ikhlas K.Nor beritau, resipi ni hasil adaptasi dr UDANG BERSOS PLUM, resipi dr Tiffin Biru milik CMGebu yg dah acapkali K.Nor buat. Pernah buat dgn udang, sotong, udang + sotong dan juga dgn ikan. Memang K.Nor suka dgn keenakkan rasa masakan ni. 


Masa mula2 nak masak sotong ni, K.Nor plan nak merendang tp rasa cam lambat la pulak nak siap. Dah masuk blog Ayu Singapore sebelum tu dan jumpa resipi Rendang Sotong tp pusing stereng dan buat yg bersos plum. Lebih mudah dan cpt rasanya buat yg bersos plum ni, kejap jer siap masak. Masa duk baca entri Ayu berkaitan petua utk elakkan sotong mengecut lepas masak, buat K.Nor tertarik hati nak mencuba. Kata Ayu, dia ambil petua tu dr dapur Cida@Denuanza. Menurut petua Cida, sotong tu perlu direndam dlm air cuka lebih kurang 10 min, bila dah masak nanti sotong tu takkan mengecut. Ayu kata bila dia buat, menjadi dan sotong tak mengecut pun. So K.Nor pun cuba gak la ikut petua Cida tu, ALHAMDULILLAH.. mmg menjadi petua tu. Sotong yg K.Nor masak ni mmg tak mengecut, terasa juicy dan manis sotong tu.. Mekasih Cida kerana berkongsi petua yg baik tu dan mekasih juga pada Ayu yg menguar2kannya.. Eh.. tak lupa juga mekasih pada CMGebu atas resipi Udang Sos Plumnya tu, maafkan K.Nor sbb dah mengolahnya menjadi nama lain sbb K.Nor dah tambah sedikit bahan2 lain dlm resipi tu. Harap halalkan ya.. 


SOTONG MEKAR BERSOS PLUM
resipi : K.Nor@SecubitGaram
olahan dr resipi : Udang Bersos Plum CMG

Bahan2:
5 ekor sotong ~ saiz sejengkal (ambil badannya sahaja)
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang halus
1 biji bawang besar ~ didotong dadu
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos plum ~ k.nor guna brand Life
capsicum merah ~ dipotong dadu, didadu
capsicum hijau ~ dipotong dadu
5 - 7 bj cili padi ~ dipotong serong
3 tangkai daun ketumbar ~ dihiris
sedikit garam dan gula

Cara:
Bersihkan sotong dan hiris selebar 1 in. Gunting/potong dgn pisau disatu bahagian (jgn sampai putus) hingga keliling sotong tadi. Buat hingga habis dan toskan.
Masukkan sotong kedalam kuali kecil dan panaskan dgn api sederhana.
Kacau2 dan biarkan sotong hingga setengah masak.
Tak perlu dimasukkan air kerana nanti sotong tu sendiri akan mengeluarkan airnya (airnya jgn dibuang)
Tutup api dan ketepikan. (jgn masak lama, cuma lebih kurang 2 minit jer)

Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar. 
Tumis hingga layu dan masukkan bawang putih yg dicincang tadi. 
Goreng lagi hingga bawang kekuningan.
Masukkan sos cili dan sos plum. Kacau rata.
Bila sos kelihatan pekat masukkan air sotong (air yg keluar masa goreng sotong tadi)
Masukkan juga garam dan juga sedikit gula (jika suka). Kacau dan goreng hingga sedikit pekat.
Masukkan capsicum merah, hijau dan cili padi. Kacau seketika.
Masukkan sotong dan kacau lagi.
Biarkan sotong masak lebih kurang 2 minit dan bila sos dah mesra dgn sotong, taburkan daun ketumbar. Kacau sebati dan bolehlah dihidangkan panas2.

* sekiranya tk nak potong bentuk bunga boleh jg dipotong mengikut citarasa sendiri tp tak leh panggil sotong mekar la nanti kat menu tu :)
** kaedah memasak dulu seketika sotong tu utk mengelakkan air sotong keluar dgn banyak kalau dimasukkan direct dlm sos masa memasaknya.
*** digalakkan ikut petua Cida utk mengelakkan sotong mengecut lepas dimasak.

Petua dr Cida:
Setelah sotong dicuci bersih dan dipotong, masukkan sotong ke dalam sebuah bekas dan masukkan air sekadar separas tenggelam sotong tersebut.
Masukkan cuka masakan dan kacau. 
Biarkan lebih kurang 10 min pastu keluarkan air tadi dan bilas dgn air biasa.
Toskan dan bolehlah digunakan utk memasak.

* utk 5 - 6 ekor sotong boleh lah diletakkan 3 sudu besar cuka

SET CORNINGWARE UTK DIMENANGI DLM PERADUAN "DETIK BERSAMA SUNLIGHT"

ASSALAMUALAIKUM...

Dah tengok entri STOK SUNLIGHT SETAHUN yg K.Nor post sebelum ni? Kalau belum sila scroll ke bawah ya..  Anda berpeluang memenangi stok sunlight sebanyak 12 botol sekiranya anda join Kempen ‘Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight’.  Jangan lepaskan peluang keemasan tu ok.. 

Dan bagi yg tinggal di flat, condo, apartment, rumah2 yg tak ada pintu pagar etc tu.. haa... ni la time nak join sama Kempen ‘Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight’ .. yer.. mmg kesian mereka2 yg berumah tanpa pagar yg nak join kempen ni kan.. Apa nak buat, dah mmg gitu syarat2 yg diberikan hehe... Meh pakat join contest ni utk meriahkannya... Caranya mudah aje.. 

Ehhh.. sebelum bagi tau syarat2 penyertaan kena la tayang hadiahnya dulu kan... Kita goda dulu dgn hadiahnya yg sangat menawan kalbu terutamanya kaum wanita/ibu.. (ai pun nak gak tp ni hanya utk pengunjung SecubitGaram jer.. huhu.. )

Set CORNINGWARE® bernilai RM429.00 utk sorang pemenang terpilih sahaja..
Tempoh peraduan: 30 Jun, 2012 - 29 Julai 2012 

* Untuk maklumat lanjut bagi produk CORNINGWARE®, sila klik http://www.worldkitchenasia.com/my/OurBrands/OurBrandInfo/tabid/1136/Default.aspx?brand=corningware
* Pemenang peraduan ini tidak tertakluk kepada jaminan yang terdapat pada link di tersebut.
* Corak pada produk mungkin berubah, bergantung pada stok

Okay.. dah tengok hadiah, terasa nak join? Kita tengok langkah2 yg perlu diambil jika nak join.. Ingat tau,  tarikh tutup pada 29 Julai 2012. 

LANGKAH PENYERTAAN:
* Langkah pertama: Ambil gambar yang bererti ‘Detik bersama Sunlight’ kepada anda.
Contohnya: Gambar makan bersama keluarga, gambar membasuh pinggan bersama anak anda, dan sebagainya. Gunakan kreativiti anda.
* Langkah kedua: Muat-naik gambar tersebut ke Facebook wall anda, dengan caption ‘Detik Saya bersama Sunlight’.
* Langkah ketiga: ‘Tag’ K.NOR sebagai cara memaklumkannya mengenai gambar tersebut selewat-lewatnya pada pukul 11.59 malam pada 29 Julai (kena frens dulu baru boleh tag, kalau boleh tinggalkan sedikit mssg kat inbox "Sy nak join contest Sunlight") Jangan lupa tag ai ya, tak taq, balik awal la jawabnya.. hehe

Pihak Sunlight akan menyenaraipendek lima (5) gambar yang terbaik bermula 30 Julai. Blogger akan memilih pemenang akhir dan akan mengumumkan pemenang di antara tarikh 6 - 12 Ogos, 2012Keputusan dari pihak Sunlight dan blogger adalah muktamad.

TERMA DAN SYARAT PERADUAN "DETIK BERSAMA SUNLIGHT" 
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, penduduk tetap atau yang bermastautin di Malaysia.
2. Peserta peraduan hanya boleh menyertakan SATU gambar sahaja.
3. Privasi gambar tersebut hendaklah diletakkan pada ‘public’ supaya pihak Sunlight dapat melihatnya bagi penghakiman.
4. Hadiah akan dihantar kepada pemenang sebulan selepas tarikh pengumuman pemenang.
5. Sunlight berhak menukar hadiah yang ditawarkan sekiranya kehabisan stok. Walaubagaimanapun, nilai hadiah yang ditawarkan akan bernilai RM429.00 atau lebih.
6. Keputusan dari pihak Sunlight dan blogger adalah muktamad.

Pengumuman pemenang akan dibuat melalui blog di antara 6 - 12 Ogos.


Saturday, July 28, 2012

PUDING COKLAT SOS KASTARD

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi tadi dah tayang JUS TEMBIKAI Ber'NATA' yg amat menyegarkan anak tekak, petang ni kita sajikan dgn pencuci mulut pulak. Dah lama tak buat puding kesukaan anak2 ni. Memang sedap puding hasil resipi Dayang Jack ni, sbb K.Nor mmg dah acapkali buat. Kali ni K.Nor buat guna versi yg dah diedit oleh Dayang sendiri, lebih kurang jer dgn resipi yg pertama tu cuma kuantiti yg dihasilkan lebih banyak lagi. 


Jom cuba PUDING COKLAT SOS KASTARD yg mabeles nih. Jgn lupa sejukkan dulu dlm peti ais sebelum dinikmati.. Insyaallah, nyaman anak tekak tu nanti :)

PUDING COKLAT SOS KASTARD
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan Sos :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.

JUS TEMBIKAI Ber'NATA'

ASSALAMUALAIKUM...

Cam pelik jer nama tajuk minuman ni kan.. hehe. lantak jer la.. Yg pelik tu kadang2 mudah org nak ingat, kan. hehee... 

Sebenarnya nak buat Jus Tembikai Laici. Gi pasar nak beli tembikai kuning tp terbeli yg merah.. Laici tak beli la ingatkan masih ada lagi 1 tin kat dapur. Tup2 bila time blend tembikai tu, dan nak bukak tin laici, duk selongkar, tak jumpa la pulak. Baru teringat yg sebelum ni dah guna laici yg 1 tin tu utk buat Puding Laici masa Majlis Solat Hajat naik rumah. Haishh.. 


Bila terpandang sebekas nata d'coco yg masih belum dibukak, terus datang idea nak gantikan laici dgn nata. Apa salahnya kan, KITA YG BUAT DIA.. So jadilah JUS TEMBIKAI Ber'NATA' ... Sedap jugak! Org kata tak ada rotan, akar pun berguna jugak, kan...

sori la ya, gambar kurang memuaskan.. bateri flash kering, cameraman dan males nak tukar2 sbb azan dan berbunyi hehe

Menu berbuka smlm adalah Nasi Ayam bersama Jus Tembikai Ber'nata' ni. Nasi Ayam yg K.Nor buat tu hasil campak2 cam biasa buat tp banyak dipengaruhi oleh resipi Nasi Ayam Ipoh yg femes oleh Quinnie tu .. So kalau nak resipi silakan klik di SINI..

Jom tengok resipi JUS TEMBIKAI Ber'NATA', kut2 ada yg teringin nak buat :)

JUS TEMBIKAI Ber'NATA'
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
tembikai merah/kuning
gula ~ secukup rasa manis yg disukai
nata ~ sebarang perisa
ais kiub secukupnya

Cara:
Blend/kisar tembikai yg dipotong hingga hancur bersama gula.
Masukkan nata ke dalam gelas dan diikuti dgn ais kiub.
Tuangkan tembikai tadi ke dalam gelas.
Sedia utk dinikmati.

* boleh juga jika nak blend tembikai bersama ais kiub. jus akan terasa lebih sejuk dan lebih nyaman ^__^

Friday, July 27, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH (5) ~ DJ

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran secara langsung di pagi Jumaat nan mulia lagi penuh baraqah setelah 3 hari pengunjung SecubitGaram disajikan dgn entri berjadual. Sebenarnya tuan rumah ke Kolumpo pada pg Selasa baru2 ni dan baru jer pulang ke rumah ptg semalam. Ada 2 agenda utama penyebab utama ke KL tu, salah satunya sbb Along perlu hadiri interview kat Putrajaya pada 25 Julai (Rabu) dan kebetulan pada hari yang sama gak K.Nor pun ada agenda tersendiri. Maaf lah ya, buat masa ni belum dapat diuar2kan lagi apakah agenda tersebut. Kena tunggu masa yg sesuai sampai dulu, insyaallah akan K.Nor uar2kan.. Biasalah.. org low profile tak suka kecoh2 atau heboh2kan.. Nanti org kata, hanya kes sebiji telur dah riuh cik yam sekampung.. ^__^

Sesampai jer kat rumah ptg smlm, azan Asar menyambut kita org (K.Nor, Cik Abg dan Along). Alhamdulillah, perjalanan di bulan puasa tak terasa sgt kepenatannya lagipun kali ni co-pilot dah ada pembantu. Bila dah ada 2nd co-pilot ni, co-pilot jd mem besar kat belakang hehee.. So mana la letih sgt kan.. Masa hampir sampai kat rumah, duk congok2 dlm kepala nak masak apa utk berbuka. Nak beli lauk2 kat Pasar Ramadhan, K.Nor kurang suka dan mmg jarang diamalkan pun. Perut kita org suami isteri ni agak sensitif, mudah nak cirit birit bila kena lauk2 tertentu. Memang selalunya K.Nor masak jer kalau di bulan Ramadhan kecuali, sesekali bila ada hal yg tak dapat dielakkan, terpaksa gak beli lauk segera. Tapi yg dibeli pun biasanya cam ikan bakar, ayam golek/ayam pusing.. atau mana2 lauk yg dimasak kat tempat tu. Chances nak CB tu kurang sket kan bila makan lauk panas2 gitu.


Bila pikir balik, kesian si hero bongsu yg kebetulan minggu ni pulang berbuka puasa kat rumah. Dah la jarang2 balik, bila balik, si emak hidangkan lauk masakan org lain kan. So K.Nor tak jadi la beli lauk luar. Sampai jer kat rumah terus keluarkan ayam dan udang yg kejung kat freezer dan masak nekbat utk dijadikan dessert. Nekbat mmg K.Nor baru jer beli sebelum ke KL (letak kat freezer supaya tahan lama) dan nekbat la pilihan terbaik utk buat dessert yg cepat dan yg menjadi kegemaran anak2. Utk ayamnya, K.Nor plan nak buat ayam goreng berempah dan dgn si udang, K.Nor buat tomyam udang. Pastu tumbuk lak durian yg mmg dah siap perisi (sebekas aiskrim cik abe ku perisi .. senang kerja ai hehe) utk dijadikan Sambal Tempoyak (Mentah). Tu jer la menu simple yg sempat disediakan utk dinikmati bersama keluarga tersayang.. Alhamdulillah.. syukur dgn rezeki Mu ya Allah.... 


Utk AYAM GORENG BEREMPAH, K.Nor cuba resipi terbaru dari Dayang ni. Dah pernah cuba beberapa resipi ayam goreng berempah Dayang.. Kebetulan semua bahan2 ada dlm esbok, senang jer la kerja kan.. Lagipun Ayam Goreng Berempah mmg senang dan cepat disediakan dan juga menjadi kegemaran anak2 K.Nor. Mekasih Dayang atas perkongsian resipi AGB ni ya.. K.Nor letak no 5 kat tepi tajuk tu utk membezakan antara resipi2 Ayam Goreng Berempah yg lain dlm peti resipi K.Nor tu ya.. 


AYAM GORENG BEREMPAH (5)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan tepung goreng serbaguna/ala KFC
2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
2 tangkai daun kari

Bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
8-10 batang serai ~ k.nor guna 5 btg jer
1 sudu besar biji ketumbar

Cara-cara : 
Satukan kesemua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati.
Kemudian diperap hingga 2-3 jam atau semalaman.
Sediakan minyak yang banyak untuk goreng terendam.
Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Selamat mencuba!


SAMBAL TEMPOYAK (Mentah)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Isi durian
cili padi ~ ikut kepedasan yg disukai
secubit garam kasar

Cara:
Tumbuk cili padi dan garam hingga lumat.
Masukkan isi durian dan tumbuk hingga sebati.
Sedia utk dihidangkan..


Thursday, July 26, 2012

BUTTER PRAWN

ASSALAMUALAIKUM..


Sesuatu yg disangka amat payah nak dibuat tapi sebenarnya mudah aje.. Gitu la cara masak Butter Prawn ni, mmg mudah jer cara memasaknya. Tentang jurai2 telur tu biasanya org yg tak biasa buat nampak payah nak buat kan. Tapi insyaallah.. jika diikut teknik yg betul, semua boleh buat sbb ia mudah sgt. Cara K.Nor buat, adalah menggunakan mould roti jala spt dlm gambar di bawah ni.. Kalau nak guna botol mayo yg muncung tiga tu pun boleh tp kena pastikan lubangnya tak terlalu halus, nanti telur tak leh nak turun dan jurai2 menjadi terlampau halus.. Kalau terlampau halus pun tak berapa cantik gak.. Kena jurai yg sedang2  jer baru cantik (ni pandangan mata K.Nor la ya. hehe)


Pastu cara mengacau telur yg dituangkan dlm kuali berisi campuran butter dan minyak tu pun kena betul. K.Nor selalunya guna 1 btg chocpstick kayu /buluh. Masa tangan kiri menuang telur dgn menggunakan mould roti jala tu, tangan kanan membuat putaran dgn menggunakan chopstick tadi dlm minyak. Jgn putar terlalu laju, biar putaran sedang2 jer kelajuannya. Bila telur dah habis dituang, kacau lagi seketika baru lah dipadamkan api. Angkat dan toskan atas jaringan besi supaya minyak tos ke bawahnya atau boleh gak ditoskan atas kitchen towel. Bila telur dah sejuk sket boleh lah dilerai2kan telur yg membentuk gulungan pada chopstick tu.. Insyaallah kalau diikut betul2 step ni, akan menghasilkan jurai2 telur yg cantik. Rasanya dah ramai yg mencuba tips yg K.Nor bagi tau ni dlm entri2 Butter Prawn yg sebelum ni, Alhamdulillah.. dah ramai yg berjaya menghasilkan jurai2 telur yg cantik. So yg belum mencubanya tu, silakan mencuba dan semoga berjaya ya.. :)


BUTTER PRAWN
resipi asal : Nita
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

Cara K.Nor:
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat sket jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya. Cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

Wednesday, July 25, 2012

UNGKEP AYAM STYLE JAWA

ASSALAMUALAIKUM..

Quick update ya.. Kali ni nak hidangkan menu ayam yg pertama kali dicuba. Menu hasil tayangan amal Mas di dapurnya minggu lepas. Menurut Mas, sebelum tu Yatie dah pun cuba resipi hero Sedenak ni. Memang sedap, lain kali boleh dibuat lagi tp kena lebihkan gravynya tu.. .. Mekasih Mas (K.Nor amik resipi kat dapur Mas) dan Yatie kerana mnguar2kan resipi ni dan juga pada empunya resipi CMGebu.. Selamat berpuasa semua ya.. :)


UNGKEP AYAM STYLE JAWA 
resepi : Dapur Tanpa Sempadan - CMG
sumber : MasYatie


Bahan :
600 gram ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf - Mas dan Kak Yatie guna yg kering je
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar Halus :
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 tangkai cili hijau
10 - 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup

Cara memasak :
Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam.
Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam).
Biar mendidih.
Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam.
Masak dengan api sederhana hingga kering.
Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.
Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..


Tuesday, July 24, 2012

SOTONG GORENG KARI & BENDI GORENG DGN TELUR

ASSALAMUALAIKUM..


Masakan sotong, menu febret si hero sulung. Memang dia penggemar seafood. Si tukang masak dah jemu duk buat Sotong Masak Sambal. Ni jer la dulu yg selalu duk buat tiap kali beli sotong sampai la sejak kenal dunia alam maya ni, mcm2 dah menu sotong yg K.Nor cuba dan pelbagaikan cara masaknya. Yg ni mmg simple tp insyaallah menyelerakan. Resipi ni K.Nor create secara spontan jer time nak masak tu, kali ni K.Nor tambah sket dgn kacang panjang jadi tak perlu lah kita masak lagi menu sayur utk yg nak cepat tu kan.. Tapi K.Nor tetap masak menu sayur lain yg digandingkan dgn sotong ni, iaitu Bendi Goreng Dgn Telur. Jom tengok resipi ya, kut2 ada yg teringin nak mencuba..


SOTONG GORENG KARI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
400gm sotong ~ dibersihkan dan dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
1/2 in halia ~ dihiris nipis
1 bj lada merah
2 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun kari
2 urat kacang panjang ~ dipotong
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
garam & sedikit gula
1/2 cawan air
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
minyak

Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan halia.
Bila tumisan dah berbau wangi, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun kari.
Goreng seketika.
Masukkan air dan kacau.
Masukkan separuh dari hirisan tomato dan biarkan ia menjadi lembut.
Tekan dgn belakang senduk/sudip sehingga tomato menjadi hancur/benyek.
Masaklah sehingga pecah minyak dan masukkan garam dan sedikit gula (jika suka).
Masukkan sotong dan masaklah hingga kuah agak pekat dan masukkan baki tomato, lada merah dan jus limau nipis.
Kacau2 sekejap dan boleh la diangkat.
Hidangkan panas2.


BENDI GORENG DGN TELUR
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
10 - 12 bj kacang bendi
3 bj bawang merah
1 bj cili merah
3 bj cili padi 
1 bj telur ~ dikocok sedikit
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam dan gula (jika suka)
minyak

Cara:
Basuh kacang bendi dan toskan. Biarkan kering atau boleh juga kalau nak dilap dgn kitchen towel.
Bila bendi dah kering baru dipotong serong. Ketepikan.
Tumbuk kasar bawang merah, cili merah dan cili padi  (tak perlu sampai lumat)
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg ditumbuk tadi.
Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan sos tiram, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan telur dan kacau hingga menjadi spt scramble egg.
Masukkan bendi dan kacau hingga sebati. Biarkan bendi masak sekejap kemudian boleh lah diangkat. (bendi tak perlu di goreng lama supaya ianya tak menjadi lembik)

* teknik memotong bendi bila ianya betul2 kering adalah utk mengelakkan ia mengeluarkan lendir semasa dlm proses memotong dan ini akan menyebabkan masakan bendi ni nanti akan menjadi berlendir.
** boleh juga dilapkan pisau selepas memotong 3 atau 4 bj bendi untuk mengelakkan bendi mengeluarkan lendir.

Monday, July 23, 2012

KITCHEN ONLINE ~ 1ST LAUNCH

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah dah masuk hari ke 3 umat Islam di Malaysia berpuasa tp sesetengah negara dah hari ke 4. Semoga kehadiran Ramadhan memberikan seribu keberkatan buat kita semua.. amin...

Hari ni nak tayang entri yg lain sket tp masih lagi berkisar tentang masakan. (Disebabkan kebizian yg melanda akhir2 ni dan ditambah lagi dgn line tenet yg baru jer dpt.. Pastu kena dahulukan yg Sunlight tu gak..tu yg tak dapat masukkan entri ni lebih awal lg..) Masakan yg K.Nor masak la.. bukan ceduk dari resipi org lain ya.. Kang ada pulak meriam buluh berdentum dentam di bulan puasa ni.. Eh. mmg meriam buluh aktif di bulan puasa kan.. Alhamdulillah.. sejak menetap di perkampungan ni, jarang sgt terdengar meriam buluh, mercun bola ke.. mercun roket ke.. mmg jarang.. aman jer duk kat kampung ni. Tak mcm duk tempat lama dulu, nama jer bersebelahan perumahan polis tp anak2 polis sendiri yg duk main berdentum dentam mercun, sampai terasa bergegar dada2.. Termasuk gak penduduk kampung sekitar, dia org ni bermain meriam buluh mcm main cabar sapa paling kuat.. Kadang2 lebih kurat dari bunyi bedil yg digunakan utk berbuka puasa dan imsahk.. Memang tak kira waktu, siang malam, sama jer.. Sampaikan nak solat tarawih pun rasa terkejut.. Semua tu dah jadi kenangan.. mudah2an anak2 yg bermain tu diberikan petunjuk dan kesedaran supaya tak meneruskan perbuatan yg merbahayakan diri sendiri atau org lain dan mengganggu kententeraman penduduk sekitar.. amin...

Pic credit to Media Glam (fb)
ehh.. melalut ke lain lak kan.. ok. kita balik ke pangkal jalan..  (Lieza mesti suka ayat nih.. hehe) Sebelum ni K.Nor dah diberi peluang untuk muncul dlm Majalah Online Eternity yg muka depannya hero idaman Malaya tu.. sapa lagi kalau bukan Aaron Aziz.. Alhamdulillah.. rezeki K.Nor tak berakhir di situ (rezeki tak bermakna diberikan bayaran ya.. sekadar berkongsi ilmu utk org ramai jer..) kali ni K.Nor di lamar pula oleh  satu lagi majalah online yg berada di bawah bumbung syarikat penerbitan yg sama "MEDIA GLAM"  Kalau Eternity banyak cerita digabungkan dlm satu majalah, tp yg KITCHEN ONLINE ni hanya berkisar tentang alam dapur. Bg K.Nor majalah ni mmg sangat bagus, bermacam resipi, tips dan petua Ni caption ttg Kitchen Online : Ilham dan inspirasi majalah Kitchen Online edisi pertama ini diharapkan dapat membantu anda untuk belajar memasak dan menyediakan pelbagai  jenis resipi yang popular di kalangan masyarakat tempatan. Melalui majalah ini, anda mampu memcuba variasi hidangan dengan cara langkah demi langkah begitu mudah. Anda cuma perlu menyediakan bahan-bahan mengikut sukatan dan masak dengan sempurna. Lebih istimewa, setiap resipi disediakan oleh beberapa blogger masakan popular yang mana mereka memang pakar dan kerap menyediakan resipi untuk banyak majalah terbitan tempatan.  (psst.. K.Nor masih bukan org yg pakar dlm masakan ya.. masih banyak yg perlu dipelajari.. hehe)

Alahai kali ni bersama Jamie la pulak hehe...

Terima kasih pada pihak Media Glam Effa Norzila yg menghubungi dan melamar K.Nor dan SecubitGaram utk menjadi tetamu di keluaran sulung Majalah 'KITCHEN ONLINE'. Terharu juga bila diberi penghargaan utk menjadi tetamu di edisi pertama tu.. Haaa.. ingat tak lagi yg K.Nor pernah uar2kan dlm entri AROMA baru2 ni yg mana K.Nor amat sibuk masa nak ke Jordan hari tu. Duk sibuk menyiapkan kelengkapan anak2 sebelum balik ke asrama, sibuk menyiapkan tugasan utk AROMA dan juga keran ada satu lagi majalah yg perlu K.Nor hantar resipi dan gambar.. Majalah ni lah yg K.Nor maksudkan tempohari. Semuanya perlu K.Nor siapkan dlm masa 2 hari sebelum bearngkat ke Jordan.. memang kelam kabut sungguh, sampai packing baju pun masuk waktu Maghrib sedangkan pukul 8pm dah nak bertolak ke airport. Nasib baik Effa memahami dan dia cuma minta K.Nor hantarkan gambar dan link resipi, tang resipinya dia sendiri yg edit utk penggunaan perkataan dan tatabahasa yg lebih tepat. Alhamdulillah.. semuanya dapat disempurnakan walau dlm kelam kabut sampai toothbrush pun tertinggal.. sampai sekarang tak tau kat mana toothbrush tu.. heheheh

Review
Ok lah.. dah panjang lebar ni.. banyak lagi tugasan yg perlu disettle hari ni. Insyaallah esok dan dua hari seterusnya K.Nor takkan bersiaran secara langsung. Ada tugasan lain yg lebih mendebarkan menanti.. Kalau berkesempatan K.Nor akan cuba utk buat entri berjadual supaya ada entri gak la kan kat SecubitGaram ni dan pengunjung2 boleh mendapatkan resipi2 untuk dijadikan menu berbuka puasa serta bersahur.. Insyaallah..

Sila klik pada gambar utk dapatkan paparan yg lebih jelas.. 

AYAM BERMAYONIS

DAGING GORENG HALIA DAN MINYAK BIJAN

SOTONG MASAK KICAP PEDAS

SOTONG GORENG BEREMPAH

LALA SOS PEDAS

Salah satu yg K.Nor suka ttg majalah ni, ada disertakan tip2 pemakanan, ttg proses memasak dan khasiat tentang bahan2 yg digunakan.. Baguskan ... 

Sunday, July 22, 2012

STRAWBERRY TIRAMISU..

ASSALAMUALAIKUM....

Mimpi apa agaknya ya hari ni, dpt hapdet 2 entri dlm sehari. ehh.. rasanya masa di bulan Ramadhan gak, 2 tahun lepas K.Nor  pernah buat posting 3x sehari.. berhari2 gak duk buat gitu.. tu dulu la.. org kata dulu lain, skrg lain.. skrg kelemauan sangat banyak .. ni dpt buat 2 entri pun dikira mujur kan.. Mau esok 1 entri jer, pastu selang dua tiga hari baru keluar 1 entri..  Nak buat camna, kehidupan alam nyata perlu diutamakan dulu kan.. 


 Ni menu dessert utk berbuka smlm.. (biru mata hitam ku hehe) STRAWBERRY TIRAMISU.. Memang dah lama plan nak buat tiramisu kes nak perabiskan cream cheese yg seketul duk bertapa dlm esbok tu.. Sedang elok jer dpt 4 cup, dpt lah satu sorang .. Alhamdulillah.. resipi tiramisu ni mmg terbaik. Cukup puas hati.. Mekasih sekali lg ya Tun :)

Eh.. dah meleleh filling tu.. cpt nganga mulut nak suap.. 
Opssss ... puasa kan.. jamu mata jer la ya... hehe

STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup



GULAI AYAM & IKAN PEKASAM GORENG FOR DAY 1

ASSALAMUALAIKUM...

Salam Ramadhan nan mulia dan selamat berpuasa bg mereka yg berpuasa. Bulan puasa ni kita cakap short2 dah la ek.. Direct pada menu lagi baik kan.. hehe..

Menu berbuka yg simple di hari pertama berpuasa bagti K.Nor sekeluarga, GULAI AYAM dan IKAN PEKASAM GORENG. Satu gandingan menu yg sangap mantop bg kami sekeluarga, mmg sangat menyelerakan.. Kalau dlm entri sebelum ni pun, mmg dua menu ni sentiasa bergandingan.. 



GULAI AYAM TRG STYLE

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai (boleh jg guna rempai gulai kawah) ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak

Bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara2:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.



IKAN PEKASAM GORENG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

2 ekor ikan pekasam ~ k.nor guna ikan sepat
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 bj cili api ~ dihiris halus
1 bj limau nipis atau 2 bj limau kasturi
minyak utk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan cili api yg dihiris hingga wangi. Angkat dan toskan.
Kemudian gorengkan ikan pekasam hingga masak/garing.
Angkat dan hidangkan dlm pinggan.
Tabukan bawang merah dan cli padi yg digoreng tadi ke atas ikan.
Dan perahkan limau nipis/limau kasturi.
Sedia utk dimakan..

* boleh juga jika nak goreng ikan  dahulu, angkat dan barulah  digoreng bawang dan cili padi.

Saturday, July 21, 2012

CRISPY ROTI POKET

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. bersua lagi dlm blog yg makin suam2 siku nih.. Bukan saja2 tak nak update tp lemau betul rasa nak mengupload gambar, nak mengedit dan mengarang tu.. Ni pun mengarang dlm mood kemengantukan yg amat.. Kalau dilayan mood lemau ni mmg parah kan.. haishhh...


Untuk hari ni K.Nor nak share satu resipi simple tapi sedap dan dlm masa yg sama dpt mengelakkan pembaziran roti sandwich (kiranya ada la kat dapur tu). Kalau nak beli roti baru utk nak buat menu ni tak jadi masalah. Kebiasaanya org buat puding roti dgn lebihan roti kan, kali ni kita buat menu yg juga sesuai dibuat berbuka puasa.. Walau ianya nampak menu yg ringan jer, tp cukup mengenyangkan dan juga berkhasiat. 
gambar pinjam dr pck google.. mekasih pd empunya gambar...


Opsss... sebelum terlupa, di kesempatan ni K.Nor nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pengunjung SecubitGaram yg beragama Islam. Alhamdulillah, Allah panjangkan usia kita utk bertemu lg dgn Ramadhan tahun ni. Semoga ia memberi keberkatan pada kita semua dan semoga kita dapat menjalani ibadah puasa, ibadah wajib serta yg sunat lain2nya dengan lebih baik lagi. Tak lupa juga K.Nor mohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita di alam maya maupun di alam realiti. Mungkin ada ayat2 yg terkasar atau pun gurau senda yg mengusik rasa di hati sesiapa yg berkenaan.. harap dpt maafkan K.Nor ya.. yg tak elok tu semuanya dr kelemahan K.Nor juga.. 


Berbalik pada entri kali ni, ilham membuat Crispy Roti Poket ni datangnya dari ROTI POKET, resipi Mamazieza yg pernah K.Nor cuba satu masa dulu. K.Nor edit sket nama resipi tu supaya dpt dibezakan dgn resipi yg asal. Jangan marah ya Ma, puasa ni tak baik marah2 tau.. kang kurus pahala puasa hehee...  Jom kita tengok resipi yg dah diolah ni.. Cubalah utk berbuka puasa nanti, insyaallah menyelerakan..

CRISPY ROTI POKET
resipi : K.Nor@SecubitGaram
idea resipi : MamaZieza

Bahan2 :
10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
1 biji telur
serbuk roti/breadcrumbs secukupnya ~ k.nor guna white breadcrumbs
sos cili
minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
2 keping daging burger oblong RAMLY ~ k.nor guna daging ayam
1/2 batang lobak merah ~ dihiris panjang spt bantang mancis
sedikit kobis ~ dihiris nipis
1/2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 biji cili merah ~ dicincang/hiris nipis
3 tangkai daun sup ~ dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam

Cara2:
Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak.
Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi.
Masukkan kedalam sebuah bekas/mangkuk besar.
Masukkan lobak merah, kobis, bawang besar, cili merah dan daun sup. Gaul.
Masukkan pula mayonis, serbuk lada hitam dan garam. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan

Canai/gelek roti dgn kayu penggelek/rolling pin (tanpa buang kulit tepi) hingga nipis hingga habis.
Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yg sepadan dgn saiz roti).  Buat hingga habis.
Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti.
Kemudian salutkan roti td dgn breadcrumbs hingga rata.
Goreng roti dlm minyak yg dah dipanaskan hingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika menggoreng.
Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi.
Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut.
Buatlah sehingga habis.
Hidangkan atas pinggan dan picitkan sedikit sos cili utk menambah keenakkannya..


* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur. (telur juga lebih jimat, tak abis 1 bj pun)
** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack).  Api biar sedang2 jer..
*** lebihan inti boleh dibuat sandwich atau dimakan dgn croissant.


Wednesday, July 18, 2012

STOK SUNLIGHT SETAHUN.. PREE!!

ASSALAMUALAIKUM...




Ada yg berminat nak dpt stok pencuci pinggan Sunlight secara percuma tak? Bukan sebotol, dan bukan 2 - 3 botol.. tapi berbotol2.. Bayangkan utk stok utk setahun tau.. ada 12 botol kesemuanya. Betul ni.. tak tipu punya.. K.Nor dah dapat pun.. tu tengok gambar kat bawah ni.. 


Haa.. kan! Sekotak besor tu dpt stok Sunlight.. Semuanya bermula pada 15 Jun baru2 ni, K.Nor dihubungi oleh pihak Sunlight melalui email, menyatakan yg K.Nor dan SecubitGaram terpilih utk sebagai salah sorang Mummy Bloggers yg menepati ciri2 bloggers utk kerjasama bg Kempen Bloggers Sunlight iaitu KEMPEN RIBUAN SENYUMAN DENGAN KUASA 100 LIMAU SUNLIGHT (hehe.. hebat tuh.. ) Kalau ikutkan sepatutnya Skuad Sunlight datang ke rumah K.Nor utk menunjukkan kaedah/demo mencuci pinggan mangkuk menggunakan Sunlight tapi disebabkan masa tu rumah K.Nor bersepah dgn barang2 yg sedang dipacking (kes pindah rumah) jadi Era bersetuju utk mengepos jer stok setahun Sunlight tu. (tq Era kerana sudi memahami situasi K.Nor) .. Alhamdulillah, parcel sunlight telah sampai pada 10 Jul, 2 hari lepas pindah masuk rumah baru. Kalau ikutkan K.Nor dah janji dgn Era nak buat entri ni sebaik parcel tu sampai tp dek kerana line internet yg ditunggu2 tak menjelma (pg smlm baru jer dpt line) terpaksalah K.Nor lewatkan entri ni. 

Jom kita tengok dulu kelebihan pencuci pinggan Sunlight yg sememangnya amat difemes dikalangan cecair pencuci pinggan manguk ni..


*Setiap botol Sunlight mempunyai kuasa menghilangkan minyak lebih daripada 100 limau.

*Hasilnya, kerja mencuci pinggan mangkuk boleh dimudahkan dengan usaha minima, prestasi maksima.
*Sunlight ingin membantu para ibu memudahkan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk supaya mereka dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga mereka.

*Pada 2011, Sunlight telah mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi bilangan pinggan terbanyak dicuci dalam satu acara; di mana sebotol Sunlight bersaiz satu liter telah digunakan untuk mencuci 10,365 pinggan semasa acara ‘Kecoh Kenduri bersama Sunlight’.

Ok lah.. kita direct pada citer Kempen Ribuan Senyuman dengan Kuasa 100 Limau Sunlight ni ya.. Ada yg nak join K.Nor dpt stok sunlight percuma ni tak? Caranya mudah aje.. 


Penanda Sunlight
# Kempen ‘Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight’ juga menyebarkan lagi kuasa 100 limaunya kepada rakyat Malaysia lain dengan peraduan yang berlangsung dari Mei 1 hingga Ogos 31, 2012 seluruh negara.

# Dengan sebarang pembelian botol atau pek isian semula Sunlight di kedai-kedai runcit yang terpilih, pelanggan akan menerima penanda Sunlight yang boleh digantung di pagar rumah.

#Rumah-rumah yang dilihat menggantung penanda Sunlight ini akan berpeluang memenangi bekalan setahun Sunlight. 

# Mudah jer kan? All the best !





Insyaallah lepas ni akan ada satu lagi contest, special utk pengunjung SecubitGaram... Hadiahnya sangatlah menarik.. so jgn lepaskan peluang ni.. tungguuuuuuu .. ^___^

Tuesday, July 17, 2012

AIM BEK!! ^__^

ASSALAMUALAIKUM...


ALHAMDULILLAH.. dapat kembali bersiaran lagi, setelah hampir 10 hari menyepikan diri. Terima kasih atas kunjungan dan sokongan yg diberikan walau tuan rumah duk sibuk mengemas, pack, moving, unpack dan mengemas tempat berteduh baru. Kalau dulu menjagi penduduk bandar K.Trg, kini dah jadi org kampung, luar dari bandar K.Trg..  Betul2 kampung ya.. (bg yg menjadi frens di fb pasti pernah tengok gambar2 suasana kampung yg pernah K.Nor post dari masa ke semasa, kan.. hehe.... di kelilingi padang nan luas (bekas bendang), kerbau, bangau, lembu, kambing dan angsa pun ada.. hehe.. termasuk mak nenek serangga spt cengkerik, belalang dan lain2.. Bila dah berpindah ni, problem yg paling utama yg menyebabkan lambat dapat online bila line tenet tak dapat disambungkan lagi. Akhirnya setelah berhari2 menunggu, tadi baru lah line dapat disambungkan kembali. Walaupun agak slow tak seperti masa di rumah lama dulu (4mb) skrg ni hanya dapat 1mg, tp bersyukur gak kan, dapat gaklah guna smula komputer, dapat kembali menghapdet dan dapat lah kembali blogwalking. Sepanjang tempoh bercuti baru2 ni, K.Nor langsung tak dapat BW.. semestinya banyak entri2 menarik kat blog teman2 yg dah K.Nor miss kan.. Insyaallah akan cuba utk BW dlm waktu terdekat..

JUMPA LAGI.... ^___^

Wednesday, July 4, 2012

BREAK TIME..

ASSALAMUALAIKUM...

Maaf kepada pengunjung SecubitGaram.. dah banyak hari entri AROMA ke udara tapi tuan rumah tak ada entri baru utk disiarkan. Sebenarnya dah cuma nak buatkan satu entri kesinambungan dr perjalanan ke Jordan, dah pilih gambar2 yg nak dimuatkan dlm entri tp terpaksa kensel, dek kerja2 yg perlu dibereskan kat rumah alam nyata ni. Komen kat entri2 lepas pun masih banyak yg belum dibalas, maaf sgt2 ya.. Insyaallah akan dibalas bila ada kelapangan waktu..

Gambar pinjam dr pakcik google..

Bila dlm keadaan sibuk yg teramat ni, K.Nor terpaksa rehatkan SecubitGaram dari ke udara. Masih banyak lg entri Jalan2 @ Jordan yg masih belum sempat disiapkan (3 - 4 entri lagi lebih kurang). Insyaallah akan disambung bila K.Nor dah settle kerja2 pemindahan nanti dan bila dah settle hal kat sana..  Insyaallah juga akan menyusul satu entri tajaan dan contest ( lebih kurang spt GA) bila K.Nor on air balik nanti.. hehe.. saja la buat gimik dulu kan.. hehe yg pastinya semua ni akan menysul bila K.Nor kembali on air, insyaallah di minggu hadapan.. Hadiahnya sangat manarik bagi Geng Masak2.. ai pun jeles tau tp ai tak leh dpt hadiah tu huhu..

Ok lah.. nak sambung kerja2 yg perlu dibereskan nih.. Insyaallah kita berjumpa lagi di minggu hadapan ya... ^___^