f Secubit Garam: May 2012

N3 Terkini

Wednesday, May 30, 2012

JEMPUT PISANG BERDURIAN

ASSALAMUALAIKUM...

Quick update ya.. bz.. bz.... bzzzzzzzzzzzzzzzzz more than a bee nih... Hari ni kena settle semua.. Semoga segalanya dipermudahkan.. amin... 


Jom layan JEMPUT PISANG BERDURIAN. Pasal apa panggil jemput? Apasal tak panggil cekodok? Sebabnya kat Tganu ni org dok panggil cekodok tp org panggil jemput pisang atau lebih tepat lagi Jepput Pisang (ni pengguaan slang Tganu, kalau tak percaya tanya Datin Chah atau nama glamornya Cik Embun dan satu lg Neelofa.. ermmm.. mmg banyak sungguh gelaran cik puan sorang ni kan hehe)


Sapa2 yg ada stok durian boleh la try resipi ni ya..  Sedap tau.. (biasanya bila beli durian pd musim durian, K.Nor akan perisikan sedikit duiran dan lecek2kan pastu masukkan dlm plastik bersih dan seal. buat 2 lapis supaya bau durian tak keluardan masukkan dlm freezer. insyaallah stok durian ni akan tahan lama dan bolehlah kita gunakan bila2 masa terutamanya di luar musim durian) Selain ada rasa pisang, ada juga rasa durian tp mcm biasa penggunaan gula tu kena pandai2 la ejjas ya sbb dah ada rasa manis dr pisang dan durian. Selamat mencuba ya.. JUMPA LAGI......  ^__^

JEMPUT PISANG BERDURIAN
resepi : K.Nor@SecubitGaram
olahan dari resipi : K.Besah @MyR
sumber : Izah Daud

Bahan:
1 1/2 cawan pisang yg dilecek
1/2 cawan isi durian yg dilecek
2 1/4 caw tepung gandum
3/4 cawan gula pasir ~ boleh dikurangkan atau ditambah mengikut kemanisan yg disukai
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
minyak secukupnya utk menggoreng

Cara:
Bancuh kesemua bahan kecuali minyak hingga sebati dan biarkan seketika.
Panaskan minyak dalam kuali dan biarkan hingga minyak betul2 panas barulah digoreng adunan cekodok tadi (gunakan api yg sederhana kuat)
Jemputkan adunan menggunakan hujung jari sambil membuat putaran pada bahagian dalam mangkuk (supaya adunan lebih membulat) dan masukkan ke dalam minyak yg panas secara berhati2.
Golek2kan cekodok tadi dgn menggunakan sudip supaya terhasil cekodok yg membulat.
Goreng sehingga masak dan bolehlah dihidangkan.


(boleh refer pada tip yg HANA kongsikan cara2 menghasilkan cekodok @ jemput pisang yg bulat2)

Monday, May 28, 2012

BLUEBERRY TIRAMISU

ASSALAMUALAIKUM..

Nak mintak ampun sangat2 ya.. dessert hari ni sebenarnya dah lama K.Nor buat. Memang betul2 lama kali ni, akhir tahun lepas tau.. Masa K.Nor buat ni Along masih ada kat rumah, masa tu dia balik bercuti time winter 2011. Punya la lama duk terperam dlm external hard disc, sekali simpan gambar2 baru dlm external hard disc tu sekali terpandang, nak amik dan tayang, terlupa lagi.. ermmm.. Bila dah amik, selalu jer kena potong que di masakan yg lain.. Macam2 alasan kan.. Sekali tu tengok Mekna tayang Blueberry Tiramisu dia kat fb baru teringat nak post yg belum diupdate ni, pastu lupa balik.. dah makin tuo ni makin hilang memori kan.. sedih betul... 


Takper lah.. kali ni kena buat gak entri yg dah 6 bulan lebih terperam ni. Along pun dah nak balik, kali ni balik for good. Insyaallah awal bulan Julai dia akan balik kerana dah tamat pun pengajian dia kat Jordan. Yer.. dah 5 tahun dah.. sekejap jer masa berlalu kan. Alhamdulillah.. dah bergelar doktor gigi sekarang ni, cuma tak secara official jer lagi :) 5 tahun skrg ni tak mcm 5 tahun dulu2, pejam celik pejam celik dah 5 tahun. Masa dia mula2 ke Jordan dulu K.Nor masih aktif dlm forum Myresipi. Masih terbayang suasana menghantar dia kat KLIA dulu.. cepat sungguh masa berlalu kan... Ok lah.. kita berbalik pd entri hari ni.. tak leh nak pot pet banyak2.. cuti sekolah ni jadual ku tersangat padat. Ni pun mencuri masa sekejap nak menyiapkan entri setelah 2 hari menyepikan diri. Komen2 kat entri lain pun tak sempat nak dibalas.. haihhhh... 


BLUEBERRY TIRAMISU, resipi tiramisu kesukaan K.Nor dan anak2. Resipi asal milik Rabiatun, K.Nor dah pernah buat dulu, kat SINI dan kat SINUN tapi dlm versi strawberi la.. Memang sedap layan tiramisu sejuk2 ni tp lemak2 pun bergendang gendut gak dalam body.. Diet?  no diet2 dah.. wat derk jer skrg ni, diet ke tak diet ke, sama jer.. Jarum penimbang dah rosak agaknya, tak nak bergerak ke kiri, duk ke kanan jer.. Tak kuasa dah nak melayan diet2 nih.. 

Yg ni versi guna biskut marie perisa kopi. Disebabkan masa tu nak buat sgt2 tiramisu tp stok biskut lady's finger hanya ada sket jer, jadi K.Nor gunakan biskut marie sebagai ganti. Biskut tu K.Nor celup kejap dalam air bancuhan nescafe utk melembutkannya.. K.Nor gunakan plastik keras yg biasanya anak2 buat buku scrap tu dan K.Nor buat bentuk bulat mengikut saiz biskut marie.. ishh.. sori sgt, lupa nak snap gambar step by step.. insyaallah lain kali kalau K.Nor buat, K.Nor akan tayang ya.. tu pun kalau ada permintaan ^__^
* kalau nak buat versi mcm yg K.Nor buat ni, guna plastik gini kena masukkan sedikit serbuk agar2 dalam sirap blueberry supaya ia dpt shape up dan tak meleleh.. tp kalau nak versi letak dlm cup atau bekas, tak perlu letak serbuk agar2.. agar2 tu lebih kurang 1/3 sudu teh dan dipanaskan dgn air hingga larut baru dicampurkan filling.



STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry/strawberry segar

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup

Friday, May 25, 2012

NASI KOMOK

ASSALAMUALAIKUM...

Bermula sudah cuti persekolahan bagi negeri Terengganu dan Kelantan. Rasanya Kedah pun dah start cuti hari ni gak kan sbb persekolahan bermula pd Ahad dan bukannya Isnin. Bila bermula cuti sekolah, bermulalah tugas2 yg extra dr biasa. Semua dah maklum hal tu kan.. jadi peluang nak menggunakan PC akan terbatas bila anak2 ada kat rumah time cuti sekolah panjang ni. Jadi kalau lepas ni nanti banyak entri wordless atau pot pet yg pendek2 atau pun entri yg kejap timbul kejap tenggelam tu..  harap maaf la ya.. Dan kalau K.Nor tak reply komen2 kat entri2 seterusnya pun harap bersabar gak tau.. Mana2 yg perlukan penjelasan lebih lanjut tentang menu yg dipostkan, insyaallah K.Nor akan reply secepat mungkin. Bagi yg tak sempat K.Nor reply tu, insyaallah komen2 akan direply cuma lewat sket la.. harap maklum ya.. :)


Dah lama betul K.Nor nak buat Nasi Komok ni. Sana sinun org duk menerai Nasi Komok, dalam hati tu bukan main nak buat gak tp biasanya, kalau setakat dua mulut nak diisi, mana syok buat nasi gini kan. So kena lah tunggu anak2 ada baru best. Nasi Komok ni mula2 sekali K.Nor tengok Azian post kat blog dia. Masa tu masih wat derk lg, tak tergoda sgt nak buat tp bila Ayu S'pore tayang kat blog dia. haaa.. siap! Makin meruap2 nafsu nak mencuba.. Tapi.. anak2 masih kat asrama masing2.. huhu.. Lepas tu berderet pintu rumah GMM duk mencuba Nasi Komok ni kan.. Nampak gak Ijah buat tp versi sos cili @ air asam yg berlainan dan resipi nasi pun lain dr yg geng2 lain buat. Bila K.Nor buat Nasi Komok ni, K.Nor combine dua resipi yg berlainan, utk nasinya K.Nor guna resipi yg Azian post dan utk air asam K.Nor guna air asam kat dapur Ijah. Memang betul kata Ijah@Ika, nasi ni ada iras2 Nasi Ayam Goreng...  Alhamdulillah.. mmg sedap nasi ni spt kata teman2 lain tp rasanya Nasi Ayam Goreng masih mengatasi rasa Nasi Komok ni.. Jgn marah ya Azian.. selera anak tekak masing2 berbeza kan.. Apapun mekasih K.Nor ucapkan pada Azian dan juga Ayu yg berjaya menggoda diriku dan tak lupa mekasih pd mek siam yg promote air asam yg best tu :)


NASI KOMOK @ KHAO MOK GAI @ NASI BERIANI SIAM
Sources;-From Azian @Aziancollection
Sources;-From Ayu@curlybabesatisfaction

For the Spice Mix-(REMPAH KOMOK)
2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder)-(Ayu terlupa letak ni!!)
1 tsp ground turmeric(serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander-(serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin-(serbuk jintan putih)(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
1/2 tsp fennel-(serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder-(serbuk kayu manis)-(Ayu gunakan 1/4 sudu kecil aje)
1 tsp salt-(garam)
1 tbsp sugar- (gula)(Ayu gunakan perasa sedikit)

BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar-(Ayu gunakan batang yang bawah sekali yang tak berdaun atas akar)
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.-(Ayu gunakan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*)


CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit(Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.


BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.



(utk sos K.Nor guna sos/air cuka Ijah)

SAUCE (Sos/Air Cuka)
sumber : Ijayuji

Ingredients: (Bahan-bahan)>>kita buat stgh adunan ajer
2 green chilies (3 tangkai lada hijau>>kita guna cili merah )
5 cm knob of ginger (5 cm halia)
3 stalks of coriander (3 tangkai daun ketumbar)
3 spring onion (3 tangkai daun bwg)
1/3 cup of castor sugar (1/3 cwn gula kaster)
1/3 cup of white vinegar (1/3 cwn cuka)
salt to taste (garam secukup rasa)
1 tbs of water (1sb air)

Method:
Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings. (Cincangkan halus semua bhn2 kecuali air, gula, grm dan cuka. Masukkan gula kaster dan air di dalam mangkuk tahan panas, masukkan dalam microwave lebih kurang 2 minit dan masukkan cuka. Kemudian masukkan pula bahan2 yang telah di cincang halus tadi kedalam cecair cuka dan gula tadi, gaul dan perasakan)



Thursday, May 24, 2012

ASAM PEDAS AYAM

ASSALAMUALAIKUM..

Maaf ya K.Noor, Nor derhaka kat resipi asam pedas K.Noor ni.. ( k.noor, nor.. dekat2 sgt dah tu.. jgn terkeliru dah la bila baca hehe) Ikut resipi asal, K.Noor guna ikan terubuk sbb tu K.Noor bagi nama ASAM PEDAS TERUBUK tp sbb K.Nor guna ayam jer jadi kena tukar la nama masakan, ASAM PEDAS AYAM.



Rasa, tak tau camna tp ikut kata si anak teruna sedap.. :) Mekasih K.Noor, sudi berkongsi resipi asam pedas menggunakan rempah ketumbar dlm masakan ni. Memang wangi bau ketumbar tu tp rasanya lagi wangi bila guna halba ..  Setiap masakan ada keunikannya dan keistimewaannya yg tersendiri. Jadi apa salahnya kita mencuba resipi yg berbeza dr yg kita selalu buat kan.. I




ASAM PEDAS AYAM
dr resipi ASAM PEDAS TERUBUK 
Bahan2
1 ekor terubok dibersihkan dan perahkan sedikit lemon utk wangi
# 3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 sudu cili kisar
3 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
2 batang serai *
1 inci lengkuas *
1 sudu ketumbar goreng tanpa minyak dan di mesin
2 keping asam keping
beberapa biji bendi dan tomato
bunga kantan dan daun kesum secukupnya
garam dan gula

Caranya
Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga halus
Panaskan kuali dan tumislah bahan kisar sehingga wangi dan masukan cili kisar,kalau perlu tambah sedikit air masukan ketumbar dan asam keping
tambah air ikut selera masing2 nak pekat2 kurangkan air lah tapi akak suka yg sedang2 lah tak lah pekat sangat supaya dapat hirup kuah nya nyaman bahhhhh .....
tambahkan bunga kantan dan daun kesum jugak ikan ayam,garam dan gula dan tomato
BILA MENDIDIH TU dah dapat tercium wangi nya asam pedas ni sebab ada ketumbar tu
lepas tu dah masak boleh lah dihidangkan dengan nasi panas ~ panas ~


Wednesday, May 23, 2012

TAUHU POKET

ASSALAMUALAIKUM...

Ampun ya, tak leh nak pot pet panjang2.. Nak keluar ke sekolah anak dara nih.. Dia dah janji nak tunggu pukul 5ptg. So layan gambar jer ya... TAUHU POKET, resipi Che'Iza yg dulunya menetap di Perlis sekarang duk di Melaka nun. Skrg ni Iza masih dalam pantang, selepas selamat melahirkan anak yg ke 4 pada 1 Mei baru2 ni..


Tauhu Poket, yg sangat sedap, di ratah begitu aje... ^___^

TAIUHU POKET
sumber: K.Nor

Bahan-bahan ( 10 biji )
5 kpg tauhu
50 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus
1 inci lobak merah diracik halus
2 helai daun ketumbar dihiris halus
2 sb telur (dlm 1/2 biji)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
sedikit garam

Cara-cara
Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....

Tuesday, May 22, 2012

AYAM BERMAYONIS

ASSALAMUALAIKUM...

AYAM BERMAYONIS... resipi olahan dari resipi AYAM MAYONIS yg pernah dicuba dulu, resipi asalnya dari Saji Online......


Sori.. tak ada pot pet panjang arini, tuan rumah kepenatan dicampur dgn kemengantukan yg amat nih.. nak zzzzzzz tapi dah lewat  :(

AYAM BERMAYONIS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
700gm ayam ~ dipotong kecil dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
~~~~

5 bj bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1in halia ~ dihiris batang mancis
3 sudu besar cili mesin
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ seeloknya yg baru ditumbuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar mayonis
daun limau purut/daun ketumbar
1/2 batang lobak merah ~ dipotong ikut citarasa masing2
capsicum hijau dan merah ~ dipotong panjang
1/2 cawan air
1 sudu besar perahan limau nipis
garam dan gula secukup rasa
minyak 

Cara Menyediakan:
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng 1/2 masak. Ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan2 yg dihiris tadi hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng hingga cili garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam, serbuk lada hitam, sos cili, mayonis, garam, gula dan kacau hingga sebati.
Masukkan air dan biarkan kuah hampir pekat. 
Masukkan pula lobak merah, capsicum hijau dan merah serta daun limau purut yg dicarikkan (boleh guna daun ketumbar bg menggantikan daun limau purut)
Goreng lagi hingga ayam masak dan kepekatan kuah/gravy yg dikehendaki.
Masukkan jus limau dan kacau hingga rata.
Padamkan api dan bolehlah dihidangkan panas2.

Monday, May 21, 2012

AGAR-AGAR NATA DE COCO

ASSALAMUALAIKUM...

Ku lihat ijauuuuuuuuuuuuuuuu... ijau kan.. (tu.. kat bawah tu.. hehe..) sejuk mata memandang kaler ijau ni.. Org kata nak bg fresh kan mata yg penat atau nak bg mata terang, kena amalkan tengok warna hijau seperti rumput hijau, sawah hijau, dedaun hijau.. apa aje la ya yg hijau2 tu.. insyaallah.. terang dan hilang penat mata kita tu.. Jgn lak gi pandang yg kaler merah ya... merah tu boleh sakitkan mata kalau pandang lama2.. pandang kejap pun dah naik silau mata.. ni bukan adegan sindir menyindir ya.. ni kenyataan.. acu pandang atau renung baju ke kain ke atau apa aje dlm masa lebih dr seminit.. Gerenti blur atau berpinar mata lepas tu kan.. hehe


Ok lah .. berbalik pd entri hari ni.. AGAR-AGAR NATA DE COCO, projek tergempar hasil godaan CMG kat fb ptg tadi. Bukak jer fb lepas seharian keluar dari awal pagi, (pukul 2 lebih baru balik rumah, duk main tengah panas kat tengah padang sampai dah sunburn muka ku.) tup2 terpandang AGAR-AGAR KELAPA PANDAN CMG yg sangat mengoda jiwa anak tekak. Ingatkan nak wat derk jer tp org kata nafsu org berpuasa ni mmg tak leh nak kontrol tambah lagi dgn perit anak tekak duk main tengah panas. Tengok kehijauan agar-agar CMG tu.. ish... akhirnya ku godek gak agar-agar utk berbuka puasa. Bila tengok resipi AGAR-AGAR KELAPA PANDAN semua bahan2 simple jer, terus zaaaaaasss ku masuk dapur. Memang lah tak ada kelapa pandan mcm CMG guna tu, kita guna jer la benda lain sebagai alternatif. Kiranya versi derhaka la ni ya.. Sebab tak ada kelapa pandan, K.Nor gantikan dgn nata d'coco yg ada 1/2 bekas dlm esbok, lebihan buat konyakku jelly baru2 ni. Jadi bila dah guna nata d'coco kena la tukar nama agar-agar tu kan, dah jadi AGAR-AGAR NATA DE COCO la.. Dah beritau CMG tadi masa tanya sukatan air yg K.Nor nak derhakakan resipi dia ni.. heeee.... Kalau nak tau, K.Nor sempat cuit CMG kat YM jap tadi sbb nak tau tekstur Agar-Agar Kepala Pandan dia tu camna, jenis pejal atau jenis gedik. CMG jawab agar2 dia tu jenis pejal. Disebabkan K.Nor dan ahli dlm rumah ni suka jenis atau versi gedik2 jadi K.Nor tambah lah sukatan air yg digunakan. CMG cadangkan tambah 50 - 60ml air tp sbb K.Nor buat 2 adunan (mmg dah tau agar2 versi kosong gini mmg kegemaran Naim, jd K.Nor buat 2 adunan terus.. disamping males nak sukat agar2 sebanyak 5gm hehe... Dan Naim mmg suka nata d'coco ni, tu yg K.Nor buat 2 adunan terus. Tapi kan.. masa masak agar2 tu, K.Nor tengok cam pekat gak lg adunan agar2 tu, so K.Nor tambah lagi sukatan air. Bila dah dibedah siasat masa berbuka tadi hasil agar2 versi edit tu masih kurang menepati kegedikan yg diingini, masih agak pejal. Rasanya lepas ni kala nak buat lagi K.Nor nak upkan lagi sukatan air supaya dapat menggedikkan lagi agar2 yg terhasil.. ermm panjang pulak kisah agar2 ni ya.. 

Ok lah.. Mintak izin ya Che Mat, K.Nor nak share resipi Agar-Agar Kelapa Pandan tu kat sini lak. Maaf la ya, sbb dah mengedit resipi asal serta cara membuatnya tu. Dek penat sgt dan tak larat dah nak main layer melayer mcm yg Che Mat buat. K.Nor main campak semua sekali dgn warna hijau. Mekasih sekali lg... Ehh.. lupa nak cakap, agar2 ni sedap! Cuma kalau lebih gedik lagi, insyaallah lebih sedap lagi.. agar2 gedik tak per, jgn tuan over gedik ^__^

AGAR-AGAR KELAPA PANDAN
resip asal : CMG@Tiffinbiru

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk agar2 (mat guna cap swallow)
60 gram isi kelapa muda
500 ml air kelapa muda
50 gram gula atau secukup rasa
1 helai daun pandan, simpul
3/4 camca teh pandan pes @ pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan serbuk agar2, gula, daun pandan dan air kelapa muda, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Sementara itu kelapa muda dihiris halus memanjang dan bahagi kepada 4 bahagian sama banyak.
Keluarkan daun pandan dari agar2 tadi, bahagi kepada dua (250ml setiap satu). Satu bahagian biar warna asal dan satu lagi letak pes pandan atau pewarna hijau, kacau rata.
Sediakan bekas agar, letak 1 bahagian kelapa muda dalam bekas agar2. Tuang 1/4 bahagian warna hijau. Biar ia sedikit mengeras, toreh2kan permukaannya dengan pisau dan tuang 1/4 bahagian yang tanpa warna, biar mengeras dan toreh2 permukaanya. Tabur 1 bahagian lagi kelapa muda dan tuang warna hijau, dan lapisan terakhir warna putih. Lakukan kaedah sama untuk satu bahagian lagi (mat buat guna 2 bekas yang sama). Akan dapat 4 lapisan, hijau ada hirisan kelapa + putih jernih + hijau ada hirisan kelapa + putih jernih..
Biar mengeras sedikit dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 keras. Keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk...


Yg K.Nor buat dan olah (versi org kurang rajin nak melayer mcm yg Che Mat buat :)




AGAR-AGAR NATA D'COCO
resipi asal : CMGebu (Agar-Agar Kepala Pandan)
resipi olahan: K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
10gm serbuk agar2
1200ml air ( air biasa + jus nata d'coco)
gula secukupnya (sbb dah ada rasa manis dr jus nata, jadi kena ikut citarasa masing2)
nata d'coco secukupnya
1 helai daun pandan
sedikit paste pandan dan pewarna hijau

Cara2:
Masak air (air biasa + jus nata d'coco), serbuk agar2, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Masukkan paste pandan dan pewarna dan kacau hingga sebati.
Masukkan nata dan biarkan sebentar barulah dipadamkan api.
Basahkan acuan/mould yg akan digunakan.
Tuang adunan agar2 kedalam bekas dan biarkan sejuk.
Bila agar2 dah hilang panasnya barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Hidangkan bila agar2 dah betul2 sejuk.

Sunday, May 20, 2012

AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN

ASSALAMUALAIKUM..

Dari resipi2 Ayam Panggang Rosemary yg dah pernah K.Nor cuba sebelum ni, K.Nor olah situ sini mengikut citarasa anak tekak, terhasilkan AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN. Not bad! Sedap gak kata Cik Abg dan Naim masa meratah ayam ni. 


Dengan aroma rosemary dan jugak rempah cajun tu, menambahkan kesedapan ayam panggang ni. K.Nor lebihkan satu bahagian dada utk buat sandwich keesokkan harinya tapi tak sempat, semua abis diratah 2 beranak tu :)

K.Nor lebih suka ratah kentang dan carrot tu ^__^

Jom semak resipi ayam panggang hasil olahan dari resipi AYAM PANGGANG ROSEMARY dan SLOW ROASTED ROSEMARY CHICKEN yg pernah K.Nor try sebelum ni...

AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4
1 sudu besar daun rosemary kering
5 ulas bawang putih
1inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil lada serbuk
1 sudu kecil cajun
1 sudu besar kicap
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu kecil jus lemon
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
3 sudu besar butter
1 biji bawang besar ~ dipotong 4
ubi kentang, carrot dan tomato secukupnya

Cara
Ayam yg dah dipotong, dibersihkan dan toskan airnya.
Potong ubi kentang dan carrot, kemudian rebus setengah masak. Ketepikan.
Tumbuk daun rosemary, bawang putih, halia dan lada hitam dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
Masukkan bahan2 lain seperti daun rosemary, lada serbuk, cajun, kicap, minyak zaitun, jus lemon, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati. 
Lumurkan kepada ayam hingga rata.
Gaulkan lebihan rempah kepada bawang besar, ubi kentang dan carrot tadi.
Masukkan dalam sebuah bekas dan tutup dgn plastik cling. Perap dalam peti ais selama 1 - 2 jam.
Panaskan oven 180 - 200C.
Susun atur ayam atas dulang/tray yg dialas dgn aluminium foil bersama bahan2 lain.
Taburkan sedikit daun rosemary kering keatas ayam.
Letakkan juga butter diserata bahagian atas ayam.
Bakar ayam selama 1/2 jam.
Keluarkan tray dan asingkan air/jus yg keluar dari ayam tadi ke dalam periuk kecil.
Letakkan pula tomato bersama ayam dan bahan2 lain.
Bakar lagi 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Keluarkan.
Sementara itu,  lebihan rempah yg digaul pada ayam dimasukkan sekali dalam periuk berisi air bakaran ayam tadi.
Panaskan sehingga sedikit pekat.
Susun atur ayam ke dalam pinggan bersama ubi kentang, carrot dan tomato .
Tuang air lebihan ayam yg dimasak tadi keatas ayam.
Sedia utk dihidangkan.


Friday, May 18, 2012

BINGKA LABU LEMAK MANIS

ASSALAMUALAIKUM..

Dah lama tak bersiaran di awal pagi, tambah lagi di hari Jumaat penghulu segala hari nih. Disebabkan projek dah dijalankan lewat petang semalam jadi tak sempat nak posing smlm (lagipun smlm masih panas2 tak leh nak potong lagi walaupun ramai adik2 duk tiup kat fb supaya kuih ku sejuk dan cepat2 boleh potong hehehe)..jadi boleh lah ditayang awal sket arini :)


Dua hari lepas Rima tayang kuih bingka dia yg hasilnya saaaaaaaaaangat cantik, tak ada gelombang tinggi dan rendah bila lepas bakar tu. Cam biasalah K.Nor pun tanya la berapa suhu dia guna utk bakar sbb biasanya yg menyebabkan kuih yg tak sekata ni disebabkan suhu yg digunakan (masih banyak yg kita perlu belajar walau dipandangan mata org lain kita dah terror dan jangan sekali2 segan utk bertanya. tak jatuh air muka kita kalau kita bertanya apa yg kita tak tau dari menahan ego yg kununnya kita dah teror sgt.. ermm tazkirah di pg Jumaat yg redup dan indah ni.. hehe) Pastu Rima cakap dia guna suhu 165C sbb oven dia kuat panasnya. Sama lah cam oven K.Nor, mmg kuat gak panasnya. Kalau dlm resipi kata guna 180C K.Nor hanya set pada 170C utk pembakaran 1/2 jam yg pertama lepas tu kena turunkan sket suhu kalau tidak mmg crack la kek yg K.Nor bakar tp kalau utk buat muffin yg vulcano mmg elok bila oven kuat panasnya tp kena pandai la jugak control suhu... (Mekasih Rima for the tips). Berbalik pd bingka labu ni, pastu Jun pulak membako diriku, supaya buat gak kuih bako/bingka yg sedap sgt katanya tu... Adehhhh... kebetulan K.Nor ada beli labu (1/4 bj) dan duk landing elok2 dlm esbok, plannya nak buat donut labu lagi hari ni tp dek dibako oleh Jun tu, ku usahakan jugak mencari santan fresh kat pasar tani smlm.


Akhirnya lewat petang smlm baru lah K.Nor godek kuih bingka ni. Alhamdulillah.. cantik jer hasilnya bila K.Nor guna suhu 160C. Naiknya pun agak sekata dan bila dikeluarkan dr oven, hasilnya pun cantik. Terus K.Nor share kat fb, tu la ramai yg duk suruh potong sbb nak tengok kejadian bahagian dalam kuih. Tapi kuih gini tak leh potong time panas2, tak elok nanti potongannya tu. Kena tunggu betul2 sejuk baru cun (kalau sekadar nak ngap mmg dah ku potong masa suam panas tp sbb nak shooting mmg kena tunggu sejuk dulu la.. kalau tak sememehnyer nanti kuih ku hehe)

Gambar yg k.nor share kat fb smlm (shoot guna henpon jer hehe)

Alhamdulillah.. memang sedap dan enak bagai dikata Jun tentang kuih ni. (tak sia2 Jun membako K.Nor kan hehe) K.Nor tak pasti Rima guna resipi mana sbb smlm Rima masih belum post lagi entri berkaitan dgn kuih bingkanya tu. K.Nor ikut resipi yg Jun guna sbb Jun dah pun post entri kuih bingka yg dibuatnya. Jun guna resipi dari Yatie dan K.Nor pun ikut resipi yg Jun guna gak lah.. Mekasih buat kesemua mak dara pingitan ni Rima, Jun dan Yatie dan izinkan K.Nor share resipi Yatie tu kat sini gak ya... 

BINGKA LABU LEMAK MANIS
sumber : Yatie & Jun
sumber : K.Nor

BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
2 biji telur
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.


*K.Nor buat 1/2 adunan dan bakar dgn suhu 160C selama 1 jam

Wednesday, May 16, 2012

LAMA TAK MEMUDING...

ASSALAMUALAIKUM...

Rosak bahasa kan, mana lah ada perkataan memuding, meroti, mengekek dan lain2 yg berkaitan dgn masak2 ni. Perkataan ni hanya ada dalam Kamus Dewan Makan jer dan hanya org2 yg berkait dgn makan2 jer yg tau perkataan ni hehehe...Jgn sampai org Dewan Bahasa marah sudahhh.. hehe..

Betul la tu.. mmg dah lama sangat K.Nor tak buat puding, almaklumlah duk berdua2an nih. Mood nak membaking, nak memuding mmg lesap entah kemana. Tengok org mengekekdan memuding terasa nak menggodek gak terutamanya yg letak cheese. Sangat2 menggoda jiwa ragaku tp apakan daya, kena tahan jer nafsu yg dah tirguda tu. Kena tunggu anak2 balik dulu baru boleh buat. Tak perlah.. cuti sekolah tak lama lg kan, tak sampai 2 minggu pun lagi tp K.Nor tak dpt spend time lama dgn dia org kali ni.. dalam seminggu jer kut.. :(  Dah.. tutup buku hal tu.. kita cakap bab puding lak ya..


Baru2 ni masa anak dara balik cuti hujung minggu 2 minggu lepas, dia ada cakap lama tak makan puding (tengok, anak dara sendiri pun dah cakap benda yg sama.. mmg dah lama sgt K.Nor tak memuding). K.Nor ingat nak buat la sebelum dia balik ke asrama tp disebabkan ada hal yg terpaksa diuruskan tak sempat nak memuding hari tu. Kebetulan hari Sabtu baru2 ni K.Nor plan nak jenguk dia sambil hantar barang yg dia pesan,  K.Nor pun buat lah puding kesukaan dia ni. PUDING MANGGA KRISTAL ni K.Nor dah pernah tayang dulu. Kali ni kalernya tak seberapa menarik sbb mangga yg K.Nor guna tu bukan mangga mas hitam yg kaler dia oren2. Mangga yg digunakan ni jenis yg kaler kuning, tu pun tak seberapa kuning sgt, kuning pucat jer. Utk menaikkan seri puding K.Nor tambah sedikit potongan ceri merah dan hijau. Alhamdulillah.. berseri2 la pulak jadinya bila kalerful gitu... hehe


Sudi2kan lah mencuba resipi PUDING MANGGA KRISTAL ni ya... Sedikit info yg ingin K.Nor kongsikan.. K.Noorsafone pernah buat beberapa kali puding ni dan anak dara dia pernah masuk pertandingan memasak kat skolahnya dan PUDING MANGGA KRISTAL yg dibawa ke pertandingan tu telah berjaya memenangi tempat pertama. K.Nor tumpang seronok bila tau hal ni.. sapa tak seronok kan.. hasil perkongsian kita membuahkan kejayaan buat org lain. Terasa indahnya nikmat berkongsi ilmu yg Allah pinjamkan ... Alhamdulillah....

PUDING MANGGA KRISTAL
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
Lapisan berkaca (atas)
5gm serbuk agar2
600ml air
5 sudu besar gula
buah mangga ~ dipotong kiub

Lapisan puding (bawah)
5gm serbuk agar2
500ml air
1/2 cawan susu cair
5 sudu besar gula ~ bergantung pd manis mangga
120ml puree mangga

Cara :
Lapisan berkaca (atas)
Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
Masak lagi hingga mendidih. Padamkan api
Ketepikan.

Lapisan puding (bawah)

Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
Masak hingga mendidih dan masukkan susu cair.
Bila aduann puding hampir mendidih padamkan api dan masukkan puree mangga.

Utk membuat puding mangga kristal:
Basahkan mould yg akan digunakan.
Tuangkan adunan atas (berkaca) ke dalamnya dan tabur potongan mangga.
Biarkan mengeras bahagian atasnya.
Kemudian kelar2kan sedikit dgn garfu.
Tuangkan pula adunan puding dgn perlahan2 hingga habis.
Biarkan seketika hingga hilang panasnya dan sejukkan dlm peti ais.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Ni kerja cik abe ku yg sedang kemaruk bermain dgn toys terbarunya tu... Layan jer la ya.. hehe

 

Jom makan ^__^

Tuesday, May 15, 2012

SAMBAL DAGING UDANG KERING

ASSALAMUALAIKUM...

Jom layan SAMBAL DAGING UDANG KERING, resipi Diana@Skyblue Kitchen ni. SEDAP!! nak2 bila diratah gitu aje. Naim pun kata sedap ni, tak caya tanya dia ^___^


Izinkan K.Nor share resipi Sambal Daging ni kat sini ya D.. TQ ..  <pendek dah la bicara arini ya... kehilangan modal nak berkata2, kalau ikutkan hati nak buat worldless jer tadi tu :) >


SAMBAL DAGING UDANG KERING
resipi : Diana@ Skyblue Kitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan²
800 gm daging _ dihiris nipis
1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah _ dicincang
3 ulas bawang putih _ dicincang
1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
2 batang serai _ dititik
2 biji cili merah _ dibuang bijinya dan hiris menyerong ~ k.nor guna capsicum merah dan hijau
3 tbsp cili kering kisar
1 tsp perencah pati ayam Tumix ~ k.nor skip
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan² Perap
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi
1 tsp garam
1 tsp gula
1 1/2 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk cili
1 1/2 tbsp tepung jagung
2 cubit soda bikarbonat
1/2 tsp kicap cair Loon Kee

Cara²
Perap daging bersama bahan perap selama 30 minit - 1 jam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging seketika ( jangan goreng daging terlalu lama sebab ia akan menyebabkan daging tersebut liat ). Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
Masukkan serai dan tumis lagi hingga terbit aromanya.
Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika.
Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging goreng dan gaul rata.
Tambahkan air, air asam jawa dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu.
Setelah kuahnya pekat bolehlah masukkan bawang besar dan hirisan cili merah. Masak seketika.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.


Monday, May 14, 2012

CHOCOLATE MADELINES

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. diberikan kesempatana lagi utk terus menghidupkan blog yg dah suam2 kuku ni hehe.. Takper lah.. asal tak terbenam di dasar laut sudah... kan :)


Dah lama betul K.Nor simpan resipi madelines yg K.Nor dpt dari Shidah ni. Laaaaaaaagi la lama K.Nor simpan mould madelines pemberian hero tersayang masa dia round2 Europe tahun lepas. erkkk tahun lepas ke Along, mak pun dah tak ingat hehe.. Punya lah semangat nak buat madelines bila tengok Shidah buat tp tak terbuat2 gak. Ada beberapa resipi madelines yg dah K.Nor save tp disebabkan resipi yg ni agak mudah dari segi pembuatannnya (bahan2 pun tak banyak) jd K.Nor pilih utk buat resipi ni dulu lah.. Yg lain2 tu KIV dulu.. tunggu semangat ghajin datang balik hehe..

 Sebelum dan selepas adegan berbedak ^__^

K.Nor buat cik madelines ni hari Sabtu ya.. so sorry lah.. tak leh nak ngendeng2... kehekut betul kan lately ngeee....  Sebenarnya petang Sabtu tu, K.Nor nak gi jenguk anak dara kat asrama jadi tengahari tu K.Nor godek2 la cik madelines ni. Sedang elok jer satu siap masak satu adunan tu, terus bawak ke asrama dia. Alhamdulillah.. sedap cik madelines ni. Agaknya kalau nak digambarkan mungkin madelines ni ibarat bahulu versi omputih la.. Tapi rasanya yg chocolatey dan lebih terasa lemak sbb adanya penggunaan butter yg dicairkan tak seperti bahulu yg hanya ada diperbuat dari tepung, telur dan gula semata2. Sedap tau cik madelines ni tambah lagi bila dimakan suam2 panas. Bagi yg tak ada mould khas utk madelines boleh aje guna mould bahulu atau silicone mould yg kecik2 tu tp kalau guna mould bahulu pastikan utk menyapu/gris dgn butter dan tabur dgn sedikit tepung ya sbb dr apa yg K.Nor baca/tengok cik madelines ni agak sticky pd mould. Alhamdulillah, disebabkan K.Nor guna silicone mould jadi ia mudah dikeluarkan dan tak melekat pun pd mould. 


Kata Makcik Martha, madelines ni sedap dimakan pada hari yg sama dibuat tp K.Nor simpan 2 biji dan ok jer bila makan keesokkan harinya, cuma bahagian atas (bukan yg beralur tu) madelines jadi lembab2 sket gitu. Bagi org yg tak suka manis cam K.Nor, bolehlah nak ikut versi edit yg K.Nor buat tu sbb bg K.Nor dan suami, ianya sedang elok jer atau just nice kata org kampung sebelah kannnnnnnnnn ^___^

CHOCOLATE MADELINES
makes 2 dozen
resipi : Martha Steward
source : Shidah & K.Nor

Ingredients
1/2 cup, plus 4 tablespoons unsalted butter softened, for buttering madeleine molds ~ 113gm butter 
3 large eggs
1/2 cup granulated sugar ~ k.nor guna 1/2 cawan jer
2 tablespoons packed dark-brown sugar ~ k.nor tambah 1 sudu besar
1 cup cake flour (not self-rising) ~ k.nor guna tepung gandum biasa
1/4 cup cocoa powder, preferably Dutch-processed ~ k.nor guna valrhona
1 1/2 teaspoons baking powder
1/8 teaspoon salt
1/4 teaspoon pure vanilla extract ~ k.nor guna esen vanila biasa


hasil yg cukup cantik kan, tak melekat kat mould pun 
Directions
Preheat oven to 325 degrees. Brush madeleine pans well with 4 tablespoons softened butter; refrigerate 5 minutes. (k.nor guna silicone mould, jd k.nor cuma sapu dgn butter tp tak masukkan dlm peti ais pun)
In a small heavy-bottomed saucepan, melt remaining 1/2 cup butter over medium heat. Continue to cook until butter turns golden brown, being careful not to let the butter burn. Remove from heat and strain through a fine mesh sieve into a small bowl; set aside.
In the bowl of an electric mixer fitted with the whisk attachment, whip eggs with granulated and brown sugars until light and thickened, 3 to 5 minutes. Add flour, cocoa powder, baking powder, and salt, and stir on low speed until combined. Add vanilla and reserved browned butter; mix just until blended.
Insert a 1/2-inch plain tip into a pastry bag and fill with batter. Pipe mounds of batter into prepared pans until each mold is full, mounding batter in the center of the molds but not filling to the edge. Alternatively, you can use a teaspoon to fill the molds with batter. Bake until madeleines are firm and a little mound is puffed up in the middle, 10 to 12 minutes. Madeleines are best eaten the same day they are baked.

Friday, May 11, 2012

IKAN TONGKOL PANGGANG BERSAMBAL TOMYAM & Award Dari SHA

ASSALAMUALAIKUM..

Panjangnyer nama masakan ni kan, tak perlah.. panjang pun panjang lah.. Bukan nama anak2 jer skrg ni yg panjang bermeter2 (dolu2 org sebut panjang berjela2 kan, kita tukar ke ukuran metrik sket hehe), nama masakan pun apa kurangnya. Sampaikan nak menaip berulangkali kena main shortform. Dah lama K.Nor tak main shortform rasanya, teringat lagi CBBS, SMECC, CPAB yg menjadi fofular lepas K.Nor bg nama ringkas gitu, akhirnya org lain pun ikut guna nama yg sama gak hehe


Sebelum ni K.Nor pernah buat TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM, resipi yg datang sepontan masa time nak masak dulu tu kan. Dengan menggunakan resipi sambal yg sama K.Nor tukar bahan utamanya dari terung kepada ikan tongkol. perrrrhhhh... mmg enak sih... Pekena dgn nasi putih panas2, dah tak pandang lauk lain. ehhhhh.. perlu ada ulam2 sket lagi syok. Bagi yg tak mau panggang ikan tu boleh aje kalau nak goreng ikan yg akan digunakan. Gaul ikan dgn sedikit garam dan serbuk kunyit pastu goreng tp jgn goreng terlampau garing, nanti manis ikan hilang pulak. Selain guna ikan tongkol boleh juga nak guna ikan kembung, ikan tenggiri atau ikan selar, terpulang pd citarasa masing2 atau apa yg ada dlm esbok anda ^___^ 


psst!! menu ni kan, kalau dibuat masa bulan puasa nanti, mmg best sgt2.. insyaallah berselera jer time makan tu terutamanya time sahur :)

IKAN TONGKOL PANGGANG BERSAMBAL TOMYAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 keping ikan tongkol 
secubit garam halus
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
2 btg serai ~ dihiris serong
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar pes tomyam
1/2 sudu kecil gula
daun ketumbar
1/4 cawan air
minyak

Cara:
Ikan dibersihkan dan ditabur dgn sedikit garam halus. Biarkan seketika.
Panggang ikan hingga masak.
Letakkan ikan ke dalam pinggan dan ketepikan.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serai dan goreng lagi hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng hingga sedikit garing dan masukkan pes tomyam.
Kacau goreng dan biarkan seketika dan masukkan gula dan air.
Masak hingga kering sedikit dan padamkan api.
Maukkan daun ketumbar yg dihiris dan kacau rata.
Tuangkan ke atas ikan yg telah dipanggang tadi dan sedia utk dihidangkan panas2 bersama nasi putih.


~~~~~~~~~  x O x ~~~~~~~~~

oPPssss... terlupa sudahhhh... sebenarnya nak masukkan sekali award pemberian blogger masterchef yg semakin terkenal nih, sapa lagi kalau bukan SHAHRIAH ABDULLAH, salah sorang peserta Masterchef Malaysia hari tu. Rupanya Sha adalah sorang blogger jugak. Selain tu dia juga sorang penulis novel yg semakin meningkat naik dan baru2 telah mengeluarkan buku masakan sendiri. Maaf ya Sha, lambat sket angkut award Sha tu.. Mekasih ya, cantik Sha dlm cover buku masakan tu :)

click to enlarge the pic, tq

Wednesday, May 9, 2012

CRANBERRY YOGURT CHIFFON CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Sooooooooooooooo YUMMY!!!! Haaaa.. tu yg boleh K.Nor describe perihal kek chiffon yg K.Nor tayang nih. Nak K.Nor citer lagi??? Beres ajer... Kek chiffon yg super moist, gebus gebas, tak manis sgt (sbb dah kurangkan sket sukatan gula, cam biasa lah.. hehe) dgn ada rasa masam2 dari buah cranberry kering tu.. fuhhhhhhhh... lepas sefotong, sefotong masuk mulut ku yg sememangnya antu kek cipon! hehee... Satu lg yg boleh K.Nor kata, ni lah kek chiffon terbaik dan paling cantik kejadiannya yg pernah K.Nor buat. Mula2 bakar dlm masa 15 min tu rasa cam tak seronok jer sbb nampak tak naik sgt kek tu, tp dlm hati kata tak perlah.. sbb adunan tu mmg dah fluffy masa masukkan dlm loyang, asalkan tak drop atau bantat dah.. Lepas dah abis basuh alatan yg digunakan dan kemas dapur, K.Nor masuk lepak dlm rumah. Sampailah bunyi kriinggggg timer ku kat dapur baru lah K.Nor jenguk kek dlm oven. Subhanallah!!! naik betul kek tu, sampai lebih tinggi dari bulatan tengahnya tu. Nasib baik K.Nor guna loyang yg stail lama tu, yg kat tepi loyang tu ada lubang holder tu (tengok kat SINI .. ni loyang kek chiffon atau nama lainnya angel cake pan) dan ia tinggi sket dr bahagian tengah loyang, kalau tak, masa nak tonggengkan kek tu sementara sejuk mmg payah sket la sbb kek tu naik dah lebih tinggi dr loyang.. gerenti lepek kek chiffon ku hehe.. (kalau nak tau, dulu2 K.Nor guna loyang ni la buat kek chiffon oren dan pandan, dah lama berjasa loyang ni, umurnya pun dah sebaya dgn Along kut hehe)


Bila dah masak biasanya bimbang pulak kalau kek ni drop atau mendap banyak. Biasanya kek chiffon kalau tak guna Cream of Tartar mmg tak fluffy sgt. Masa siap bakar tu mmg elok jer naiknya, pastu bila dah sejuk kek tu akan mendap gak la. Tapi alhamdulillah, kali ni tak mendap sgt sbb K.Nor guna lebih sket perahan lemon. K.Nor mmg dah lama tak guna COT ni, dulu kan heboh kata COT ni tak halal. Kejap kata halal, so jalan terbaik bila dah timbul kes gini, K.Nor tak guna terus. Biarlah org kata halal pun, K.Nor mmg tak akan guna dah. Kalau dah ada benda lain yg kita boleh sub, dan yakin benda tu insyaallah halal, guna jer la. Tak payah lah nak berpaling lg. Tapi kalau dah yakin more than 200% yg benda tadi tu halal, terpulanglah pd diri masing2 nak guna atau tidak kan. Gitu gak bab butter golden churn. Kejap halal kejap haram pastu halal balik.. hishhh.. benda halal haram ni jangan lah dibuat main2. Sanggup ke nak tanggung dosa org yg lain yg yakin dgn kata2 kita tu dan guna balik benda tu kan.. Dosa yg kita sendiri buat pun dah tak terbilang banyaknya, ni nak tanggung dosa org lain lak.. nauzubillah.. opssss... dah lari dari citer kek cipon.. tp tak per kan.. saling mengingatkan sesama kita, lagi pun masih dlm bab makanan kan.. hehe


Ok lah.. balik pada citer kek chiffon ni. Pada antu2 kek cipon, resipi ni mmg sangat2 direkomenkan utk dibuat. Memang tak sia2 cuba resipi yg dah agak lama K.Nor simpan dlm draf. Sejak Anncoo tayang kat blog dia, K.Nor terus copy dan save resipi ni. Ann buat dlm bentuk cupcake tp K.Nor buat dlm bentuk sebiji kek chiffon biasa. Bila tengok Rima tayang kek chiffon bluberry oreo ke apa baru2 ni tu, teringat lagi kat kek chiffon ni. Kalau mula2 dulu tertangguh sbb tak ada dried cranberry tp hari tu tertangguh sbb anak2 tak ada kat rumah. Kalau buat tak seronok la sbb masih dlm mood hanimun yg tak berkesudahan kan hehee...  Jadi K.Nor tunggu anak2 ada dulu la baru nak buat. Memang boleh sgt buat kalau anak2 tak ada tp nanti yg tukang pulun habis2an sapa lagi kalau bukan K.Nor hehe.. Jadi baru2 ni anak dara balik bercuti hujung minggu dan Naim pun ada kat rumah sementara cuti akhir sem, K.Nor godek la kek ni... kasih sorang ibu khaaaaaaaa... hehe


Memang puas hati betul bila ngap kek ni tau. Lembut dan gebus kek ni mmg lebih dari kek ciffon biasa. Terasa mcm makan ciskek pulak sbb rasa moistnya tu. Yogurt mmg memainkan peranan dlm melembabkan kek ni. Cranberry lak bg rasa masam2 yg menambahkan keenakkan kek.. fuhhhhhhhhhh... dah la tu.. nak tau rasa camna? Gi godek sendiri nun.. (nak offer pun dah abis sbb kek ni K.Nor buat hari Khamis mnggu lepas hehehe) Tak ada dried cranberry? Cari kat 'gergasi' atau tesco ke kedai bahan2 bakeri ke, insyaallah ada. Maaf ya tak leh nak tayang paketnya tu sebab dah buang dah. Kalau nak buat jugak rasanya boleh aje sub kepada dried fruit lain tp cari yg jenis masam2 sket spt strawberi, dried plum atau boleh gak guna dried roselle. alaaaaaaaaa.... kita yg buat dia kan........... ^__^


To Ann, thank u for sharing the wonderful recipe. Hope u get better soon & miss yr entries :)

CRANBERRY YOGURT CHIFFON CAKE
source : Anncoo Journal
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients: makes 14 (k.nor guna angel cake pan saiz 23cm)
5 Egg yolks
40g Caster sugar ~ k.nor guna 30gm
65g Canola oil/salad oil
2 tsp Lemon juice ~ yg ni k.nor campur ke dalam bancuhan telur putih
130g Natural yogurt
130g Plain flour (sifted) ~ k.nor guna tepung superfine
lemon zest from one lemon

7 Egg whites
90g Caster sugar
95g Dried cranberries (cut to small pieces & sprinkle with 1/2 tbsp flour)

Method:
In a large bowl, mix egg yolks, sugar and oil well with a hand whisk. Add lemon juice (k.nor skip part ni), lemon zest and yogurt into it, mix well again.
Whisk egg whites till frothy, gradually add in the sugar in batches, mix well. Continue beating till egg whites are stiff but not dry (kemudian masukkan lemon juice)
Use a hand whisk to mix 1/3 egg whites with mixture.
Gently fold in the rest with a rubber spatula till well combined.
Lastly gently fold in the cranberries pieces into mixture.
Spoon batter into cupcake liners up to 3/4 full evenly and bake at 180C for 15 mins, then lower temperature to 160 for another 20 mins or skewer comes out clean. (k.nor bakar dgn suhu 180C utk 20 min pertama kemudian turunkan suhu kepada 170C dan bakar lagi sehingga masak - lebih kurang 20 - 25min)
Invert cake immediately on a wire rack to cool completely before unmoulding.

Tuesday, May 8, 2012

UDANG GORENG DAUN KUNYIT CILI API

ETERNITY FOOD REVIEW 3

ASSALAMUALAIKUM..

Kembali bersiaran dgn satu lagi masakan yg tampil dlm majalah online ETERNITY MEI 2012 baru2 ni, UDANG GORENG DAUN KUNYIT CILI API. Masakan yg ringkas tp insyaallah menyelerakan. Dengan wangi daun kunyit dan rasa pedas yg membangkitkan selera serta rasa udang yg sememangnya keenakkannya tak dapat digambarkan, pasti kepuasan bagi yg sendang menjamu selera.. 


UDANG GORENG DAUN KUNYIT CILI API
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
350 gm udang saiz sederhana
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
5 - 7 biji cili api merah dan hijau ~ dihiris
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
2 biji limau kasturi ~ diambil air
sedikit garam
sedikit gula
minyak secukupnya

Cara membuatnya:
Gaulkan udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga bertukar warna dan hampir masak.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan lebih kurang 3sudu besar minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili api dan hirisan daun kunyit. Kacau.
Masukkan pula udang yg dah digoreng tadi, garam dan sedikit gula.
Kacau hingga sebati.
Biarkan masak sekejap dan masukkan perahan limau kasturi.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Monday, May 7, 2012

CUCUR JEJARI KETAM

ASSALAMUALAIKUM..

Seronoknyer org 'belah sana', cuti sakan ya... hari ni pun masih cuti lagi kan. Org belah sini cuti 3 hari jer, hari ni dah start kerja balik. Bukan org jer cuti tp blog pun nak ikut bercuti gak, sampai banyak betul blog yg tak berhapdet (terutamanya SG ni ler..) Kalau boleh cuti lama2 lagi best kan.. Tapi sebetulnya kalau dah lama sgt bercuti tak best gak, ada rasa serba tak kena jer. Rindu nak berblogging balik cuma 'M' yg menebal dan idea nak mengarang jd terbantut. Takper lah.. kita update gak, slow2 jer la tak spt dolu2.. 2 - 3 entri utk sehari. Sekarang ni jd terbalik sket, 2 - 3 hari baru keluar 1 entri hehe.. Asal ada sudahhhhhh... kan :)


Jom bersarapan dgn CUCUR JEJARI KETAM, idea asal dpt dari dapur tokey mapin yg dah jadi tokey dot dot. Kencang skrg tokey mapin ni, rezeki tempahan cistat, apam dot dot dan mapin makin mencurah.. Alhamdulillah.. rezeki dr Allah kan Jah.. Demam ke Jah, senyap jer 2 - 3 hari ni...  

CUCUR JEJARI KETAM ni hasil olahan dr resipi CUCUR KETAM dr Izah Daud (K.Nor bg nama lain sket ya Jah, supaya dpt membezakan antara resipi Jah dgn resipi K.Nor), yg mana Izah pun olah gak dari resipi asal CUCUR KUCAI, resipi dr Quinnie. Tengok tu, dari 1 resipi asal dah diolahkan menghasilkan 2 resipi yg lebih kurang serupa tp tak sama. Di sinilah keunikan satu2 resipi, bila dikongsi dapat menghasilkan resipi2 lain dan dipanjangkan lagi agar dapat berkongsi bersama semua ilmu yg Allah pinjamkan ni. Macam skim MLM gak kan, dari atas spread ke bawah dan seterusnya. Insyaallah, 'saham' yg dikumpulkan akan bertambah2 jumlah dan keberkatannya. Jadi jgn lah timbul rasa yg tak elok bila org mengolahkan resipi kita dan yg lebih baik lagi, jgn la sembunyikan dr org lain yg kita dah olah resipi hasil skodeng kat blog org lain. Nyatakan aje yg resipi yg kita cuba tu asalnya dr sipolan sipolan atau dari hasil dr blog org lain yg mencuba. Berlaku JUJUR lah pada diri sendiri, hari ni kita boleh menipu pengunjung ke blog kita tp satu masa nanti org akan dapat tahu gak yg resipi kita buat tu bukan resipi kita sendiri. Banyak sgt yg K.Nor 'terserempak' masa BW, yg mencuba resipi org lain tp sikitpun tak mention tuan asal resipi (ni bukan aje pada resipi2 K.Nor tp resipi org lain juga, yg pernah K.Nor cuba dan yg kawan2 blogger lain cuba). Memang seronok bila org yg dtg ke blog kita, memberi pujian yg melambung tp bila akhirnya satu masa org tau yg tu bukan resipi asal kita, kita akan terasa gak tamparannya tu nanti. Kata org sepandai tupai melompat kan.. ermmm.. sambung sendiri la ya ayat tu... ^__^  


Jom lah cuba resipi cucur yg sedap ni, mekasih Q dan Izah ya...

CUCUR JEJARI KETAM
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
dr resipi : Quinnie & Izah

Bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
10 batang jejari ketam ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 biji cili merah ~ dipotong dadu
daun saderi ~ dihiris
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
minyak untuk menggoreng

Cara:
Campurkan kesemua bahan2 kecuali minyak dalam sebuah mangkuk dan gaul sebati.
Biarkan seketika (lebih kurang 10 - 15 min).
Panaskan minyak dan gorenglah cucur tadi sehingga masak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.


Thursday, May 3, 2012

LOKAN GORENG ALA THAI

ASSALAMUALAIKUM..

LOKAN ya.. bukan LONGKANG tau.. Longkang tempat yg busk2 tu, ke ada longkang yg berbau wangi? hehehee..   errmm.... ada gak yg mengandaikan seseorang yg mulutnya suka bercakap perkara yg tak elok atau selalu mengeluarkan kata2 yg tak senonoh atau kata2 kesat atau kata2 yg suka mengeji org lain dikatakan sebagai seorang yg 'bermulut longkang'  Maaf ya kata2 ni tidak K.Nor tujukan pada sesiapa yg masih hidup atau yg dah tiada dan tak ada niat nak mengecikkan hati sesiapa. Kalau diri sendiri rasa selalu mengeluarkan kata2 yg tak elok tu atau selalu menggunakan ayat2 yg tak sepatutnya sebagai seorang Islam apatah lagi kalau kita seorang perempuan (org perempuan tak sepatutnya bersifat demikian, kan.. kalau org lelaki ni lain sket kut, dah sifat org lelaki lebih tough, agaknya laaa...), ubah2lah ya.. Kadang2 cara percakapan mencerminkan dalaman atau keperibadian seseorang.. wallahua'lam..


Jom balik ke entri LOKAN ^__^ Menu dan gambar yg dah agak lama terperam dlm folder. Rasanya tak boleh kalahkan Ayu S'pore kut sbb Ayu masih ada lagi peraman yg dari tahun lepas kan Ayu.. hehehe K.Nor beli lokan ni masa menghantar Luqman balik ke asrama masa cuti bulan Mac aritu.. (ni dah masuk Mei! hehe) Kebetulan cik abg nak ronda2 sambil shooting suasana perkampungan nelayan kat Tok Bali, Kelantan. Masa lalu kat area tu ada org jual lokan di tepi jalan. K.Nor amik kesempatan beli lokan sebanyak 3kg,bukannya banyak sgt pun isi dia bila dah direbus/masak nanti tu. Kulit jer besor dan berat, tp isi ciput jer. Lepas direbus dpt la semangkuk plastik yg biasa org isi taufu fa tu.. Alhamdulillah.. cukup lah utk 3 mulut yg makan (Naim ada  kat rumah masa tu).


Saja dibuat goreng pedas gini dari masak lemak atau cili api. Naim bukannya suka dgn masakan bersantan ni, sbb tu kena buat stail goreng pedas. Alhamdulillah.. sedap! K.Nor gunakan resipi Kerang Ala Thai (asalnya dr resipi Daging Merah Ala Thai), masa tu males ler nak menggugel cari resipi lain ( ada part yg K.Nor dah olah dlm resipi tu) Bagi yg pernah cuba Kerang Ala Thai mesti dah tau keenakkan masakan tu kan.. Resipi yg pernah keluar dlm Majalah Jelita dulu nun :)

LOKAN GORENG ALA THAI
resipi olahan  : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
3 kg lokan
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos cili 
5 bj cili padi ~ dipotong serong
1 sudu kecil perahan limau kasturi/nipis
daun ketumbar ~ dihiris
sedikit gula
minyak

Cara-cara
Rendam lokan seketika dan basuh hingga bersih. Toskan.
Masukkan lokan, serai dan 1/2 cawan air ke dalam periuk dan tutup dgn penutup periuk.
Masak sehingga keluar wap/mendidih. (tak perlu letak air yg banyak kerana nanti lokan akan mengeluarkan airnya)
Padamkan api dan toskan lokam. Biarkan seketika dan perisikan isi lokan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Tumis hingga cili garing dan masukkan sos tiram, sos ikan dan sos cili. Kacau hingga sebati.
Masukkan pula cili padi, sedikit gula dan isi lokan (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr sos tiram dan sos ikan). Kacau.
Masukkan bawang besar, cili padi, perahan limau dan daun ketumbar.
Kacau hingga sebati dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tuesday, May 1, 2012

SUPER FUDGY BROWNIES

ETERNITY FOOD REVIEW 2

ASSALAMUALAIKUM..

Selamat hari pekerja buat semua yg bekerja terutamanya surirumah sepenuh masa. Sudah pastinya hari ni kita tetap bekerja, tak diberi cuti pun kan spt pekerja2 lain yg makan gaji. Memang tak leh amik cuti pun, batang penyapu tetap nak kena pegang dan hayun, sponge kat sink dapur tetap nak kena tenyeh2 kat pinggan mangkuk. Kain baju tetap nak kena basuh, jemur dah lipat. Sememangnya surirumah tetap perlu bekerja walau di Hari Pekerja.. hehe.. agak2 kalau kita claim triple pay, 'majikan' kita bayar tak? Lumayan gak tu kalau betul2 diberi kan.. hehe

Untuk para pekerja tak kira lah bekerja dgn org lain ke, kerja sendiri ke... KERJA LAH DGN AMANAH DAN JUJUR. Dan paling penting kerjalah kerana ALLAH, insyaallah berkat segala apa usaha kita dan rezeki yg kita dapat utk menyara keluarga. Dengan rezeki yg berkat ni lah dapat mendidik anak2 agar menjadi anak yg soleh dan solehah, baik akhlak dan pergaulan.. serta menyejukkan hati kita sebagai ibubapa...


Berbalik pd entri hari ni, ingin K.Nor kongsikan satu lagi resipi yg telah dimuatkan dlm ETERNITY, MEI 2012 yg cover depannya si Arun anak Pak Ajis yg menjadi pujaan ramai kaum wanita akhir2 ni kan (ermmm.... tak termasuk K.Nor tau.. hehe). SUPER FUDGY BROWNIES ni pernah K.Nor post sekali sebelum ni, resipi hasil terjemahan dan olahan CT Delima ( tq ya.. ) yg semakin fofular tu, baru jer keluar majalah AROMA, tahniah CT :)  Kebetulan K.Nor ada buat brownies ni utk Aisyah bawak balik ke asrama masa tu, jadi K.Nor sempat lah posing sket brownies ni dan pilih ia sebagai salah satu resipi yg akan diberikan pada Eternity. Memang sedap brownies ni.. chewwy dan juga yummy! Nak buat pun mudah pulak tu. Pada sapa2 yg belum mencuba resipi brownies ni, jom la buat.. Insyaallah sedap :)





SUPER FUDGY BROWNIES
sumber : CT Delima
resipi olahan : K.Nor

Bahan-bahan:
120 gm mentega
220 gm coklat masakan
190 gm gula perang
130 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko
3/4 cawan coklat chip
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh coffee/mocha emulco

Bahan untuk ditabur:
kepingan badam dan coklat chip secukupnya

Cara-cara:
Alaskan loyang 10" x 10" dengan baking paper dan lebihkan bahagian tepi bagi memudahkan kita mengeluarkan brownies nanti.
Gris/sapukan baking paper dgn sedikit mentega. Ketepikan.
Panaskan oven dengan suhu 180C.
Tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan coklat chip diayak bersama.
Asingkan coklat chip tadi ke dalam bekas yg lain.
Carikan coklat masakan bersama mentega dengan menggunakan kaedah double boiler. Padamkan api.
Kemudian masukkan gula perang dan kacau dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Masukkan pula esen vanila dan coffee/mocha emulco (boleh digantikan dengan serbuk kopi segera) dan kacau lagi.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau hingga rata secara perlahan-lahan.
Seterusnya masukkan bahan-bahan yg diayak tadi sedikit demi sedikit.
Kacau hingga rata dan kemudian masukkan coklat chip.
Jangan kacau terlalu lama, sekadar coklat chip bercampur dan tiada nampak kesan tepung lagi.
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.
Taburkan kepingan badam dan coklat chip.
Bakar sehingga masak, lebih kurang 45 - 50 minit.
Keluarkan dari oven dan biarkan selama 30 minit, barulah diangkat keluar dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan sejuk dahulu barulah dipotong.
Hiaskan mengikut kesukaan masing-masing atau boleh juga dimakan begitu saja.