f Secubit Garam: April 2012

N3 Terkini

Sunday, April 29, 2012

DONUT KELEDEK II

ASSALAMUALAIKUM..

Kalau dulu pernah buat dan pernah post resipi DONUT KELEDEK, resipi olahan dr resipi asal DONUT KENTANG Ros JintanManis yg sememangnya sedap, lembut dan gebus serta dah ramai yg turut mencubanya, kali ni K.Nor cuba lak resipi DONUT KELEDEK yg dikongsikan hasil olahan blogger yg mmg glamer sapa lagi kalau bukan ANJELINA JOLI aka CIK ANON (resipinya DONUT KELEDEK JEPUN). Tengok tu, sejak dua menjak ni kan, dah glamer sgt, nama pun dah tak pakai nama melayu dan tukar nama omputih gitu.. Sakan sungguh glamer cik adik sorang nih sampai blogger.com pun tak leh nak trace sama empunya blog pecinta mapin tu.. ehhh kalau tak silap dah tukar kan Chah, dah jd pecinta KASNUT kan.. heheheh.. ampun Jah, jgn berasap ya, jgn main kuntau2 ya.. kang kena lebih teruk dr blogger.com.. ngeeeeeeeee........

 Pestime buat donut tanpa guna mould.. 
tak berapa nak membulat dan montoks mcm donut Izah dan Ijah Siam :)

Memang rekomended la resipi ni.. lembut gebus jer donut, 3 hari pun masih lembut dan tak keras kekong (K.Nor mmg simpan sebiji dua sampai hari ke 3, saja nak buat eksperimen hehe.. anak dara pun suka sgt makan masa K.Nor bawak ke asrama dia hari tu.. geng2 dia yg tak pernah makan donut yg berasaskan ubi, yg mula2 takut nak makan pun cakap sedap sampai makan berulang2.. fuhhh... penangan donut AJ tuh... kembang si AJ hehe)

versi lap u lap me yg kurang nampak shapenyer ^__^

Mekasih Jah ya.. dan tak lupa mekasih pd empunya asal resipi iaitu Kak Wan. K.Nor letak no II pd resipi ni  supaya boleh bezakan antara resipi Donut Keledek versi Ros dgn yg versi Izah ni.. TQ :)

DONUT KELEDEK II
resipi asal : K.Wan
resipi olahah : Izah
sumber : K.Nor

Bahan:
200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi keledek
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

Friday, April 27, 2012

CHICKEN BOXING

ETERNITY FOOD REVIEW 1

ASSALAMUALAIKUM...

Kita mulakan food review yg pertama utk masakan K.Nor yg telah keluar dlm Majalah Online ETERNITY edisi Mei 2012 spt yg telah K.Nor tayangkan kat entri INI iaitu CHICKEN BOXING. Bukan org jer pandai main boxing dan bukan kangaroo jer yg pandai main boxing tau, cik yam pun pandai gak hehe


Bagi yg tak tau cara nak membentuk chicken boxing ni bolehlah tengok cara2 yg ditunjukkan di SINI atau di SINI. Ada ditunjukkan cara 'melondehkan' isi ayam pada drummet tu.. hehe sori ya kalau bahasa yg kurang enak sket digunakan tu.. hehehe Selamat Mencuba ^___^

BOXING CHICKEN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
8 - 10 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar akar ketumbar yg ditumbuk
sedikit garam
1 biji telur ~ dikocok
serbuk roti secukupnya
minyak


Cara-cara:
Kepak ayam dipotong, ambil bahagian atasnya sahaja iaitu bahagian yg banyak isi (boleh juga dibeli bahagian drummet yg telah siap dipotong).
Hiris sedikit bahagian hujungnya dan tarik isinya ke bawah (jangan sampai putus). Ketepikan.
Tumbuk bawang putih hingga lumat dan campurkan dengan kesemua bahan lain kecuali telur, serbuk roti dan minyak.
Gaulkan hingga sebati.
Perapkan ayam bersama bahan-bahan tadi lebih kurang 30 minit.
Celupkan ayam ke dalam telur dan golekkan ayam pada serbuk roti hingga rata.
Kemaskan sambil mengepal isi ayam tersebut. Buat hingga habis.
Kemudian goreng ayam tadi dalam minyak yg telah dipanaskan.
Goreng hingga masak dan keemasan warnanya.
Angkat dan toskan.
Hidangkan Boxing Chicken ini bersama sos cili thai atau sos cili kegemaran masing-masing.

Thursday, April 26, 2012

DAGING GORENG KENTANG

ASSALAMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH.. Jutaan terima kasih buat semua yg mengucapkan tahniah dan turut berkongsi kegembiraan dgn K.Nor dlm entri ETERNITY MEI 2012 smlm. Semua tu takkan terjadi tanpa izin Allah dan juga sokongan dan galakan dr semua yg menjadi pengunjung SecubitGaram. Terutamanya kepada cik abe dan juga anak2 yg sentiasa menjadi pendorong dan pemberi semangat utk K.Nor meneruskan berkarya di alam maya ni. Juga kepada teman2 blogger yg rapat dgn K.Nor, yg sentiasa bergurau senda, yg sentiasa memahami bila timbul masalah atau isu2 yg bersangkut paut dgn blog (u know who u are ^---^) Alhamdulillah.. ukhwah yg terjalin atas niat kerana Allah akan sentiasa terasa kemanisan dan keindahannya. Bila tak ada sifat dengki mendengki, busuk hati dan sifat suka menikam dari belakang maupun yg menjadi talam bermuka2 (kuih talam atau kuih serimuka tak per.. hehe), insyaallah.. ukhwah yg terbina akan terus mekar dan berkembang hingga peringkat anak2 dan seterusnya.. amin...

Insyaallah lepas ni akan ada lg blogger2 lain yg akan mengisi slot resipi di Eternity tu.. Kita tunggu aje lah ya, sapa lak yg akan keluar utk edisi June.. wink.. wink utk org tu.. hehe..


Berbalik pd entri hari ni.. dah lama betul berhajat nak mencuba resipi simple dari Wana Potret Kasih, ibu kepada sang puteri yg sangat comel, Sarah Marissa.. Masakan ni boleh dikatakan masakan 2 in 1 sbb dalam tu dimasukkan juga sayur2an. Memang memudahkan kerja memasak ni terutamanya buat ibu2/wanita yg bekerja. Kalau nak lg cepat, guna daging batang pinang. Pastu letak kentang lebih2.. perghhhh sangat sedap makan kentang yg kat dalam masakan ni. Kalau suka basah2 sket, boleh guna air rebusan daging masa memasak masakan ni nanti. Utk lebih sedap, K.Nor tambah sedikit serbuk lada hitam yg baru ditumbuk.. mmg syok abisssss... :)

Mekasih Wana kerana sudi berkongsi resipi yg mudah dan sedap ni. Izinkan K.Nor share kat sini lak ya.. TQ :)

DAGING GORENG KENTANG
resipi : Wana@PotretKasih
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2nya
250 g daging lembu
sedikit serbuk kunyit
secubit garam ( taknak letak pun tak pe sebab sos tiram dan kicap dah masin )
1 biji bawang besar ( dimayang/hiris )
3 ulas bawang putih ( dimayang/hiris )
1 hiris halia ( dimayang/ dihiris )
2 biji kentang ( kopek kulit, potong kecil2 dan digoreng kekuningan )
sepotong karot ( potong kecil2 )
sedikit kobis ( potong kecil2 )
sedikit kacang panjang ( saya tak letak- tak de )
Cili merah ( ikut byk mana suka )
sedikit kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit minyak masak
1 sudu kecil serbuk lada hitam (yg baru ditumbuk) ~ yg ni k.nor tambah

Cara Penyediaan
1. Letakkan daging dalam periuk/kuali, masak hingga airnya kering (jika daging belum empuk tambah sedikit air lagi kemudian masak hingga air daging kering lagi ).
2. Bila daging telah empuk angkat daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan sedikit minyak masak dalam kuali tadi. Tumis halia, bawang besar, bawang putih dan cili merah.
4. Kemudian masukkan daging tadi. kacau seketika baru masukkan sedikit kicap, sos tiram, sayur2an dan kentang.
5. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.....


* nota dr K.Nor
kalau guna daging biasa, rebus dulu daging, pastu baru hiris. air rebusan tu bolehlah digunakan dlm masakan bg yg suka basah2 sket

Wednesday, April 25, 2012

ETERNITY MEI 2012

ASSALAMUALAIKUM..

Disebalik kesedihan dan kedukaan yg melanda sebahagian warga blogger masakan dgn kes 'NEVER ENDING STORY', K.Nor nak kongsikan sedikit berita gembira. Bukanlah berita yg boleh gempak sgt pun, sekadar nak berkongsi rasa keseronokan bila hasil penat lelah menjadi blogger masakan diiktiraf oleh pihak media. Walaupun tanpa bayaran yg diterima, insyaallah kita org GMM sentiasa ikhlas berkongsi ilmu yg dipinjamkan dan TAK kedekut utk berkongsi apa jua andai cara yg digunakan adalah dgn betul dan berhemah. Jangan lah mengambil hak org lain dgn sewenang2nya pastu bila perbuatan tu diketahui dan dimaklumkan pd pembuat, kita pulak yg dicerca dan dihambur dgn kata2 yg menggambarkan kita org pulak yg bersalah dlm hal ni padahal dia yg mengambil hak org lain. Dimanakah keadilan dalam hal ni? Dimanakah keikhlasan dalam melakukan pekerjaan yg dikatakan hanya utk berkongsi dgn org lain. Kalau anda ikhlas kenapa perlu dicantas watermark yg tertera pada gambar milik kami? Kita GMM meletak watermark bukan sekadar saja2 nak tayang watermark lawo2 kat gambar tu tp nak maklumkan yg gambar tu milik kita org, hasil dari memasak, menghias, mengambil gambar, mengedit dll lagi. Kerja kita org sbb blogger masakan bukannya mudah, bukannya seperti anda sipencuri gambar yg hanya kerjanya di hujung jari jer. Klik situ klik sini, tekan key tu tekan key ni, siap satu gambar curi. Kerja blogger masakan ni makan masa, wang dan tenaga yg bukan sedikit atau sekejap. Cuba lah fahami situasi kita org ya.. Kalau payah sangat nak faham, cuba jd blogger masakan utk seminggu dua, rasakan camana kerja kita org utk menghasilkan satu entri masakan. Lepas tu baru lah tau rasa pedih dan keciwa bila hal mencuri gambar berlaku pada anda sendiri..

Dah terluah perasaan la pulak pagi ni, nak buat camana org kata sakit peha kanan yg dicubit, peha kiri pun terasa gak. Jom kita kembali ke entri K.Nor utk pagi ni...

~~~~~ X ~~~~~


Pernah dengar majalan online ETERNITY? Tak pernah? Sebelum ni K.Nor pun tak pernah gak! hehe Sehinggalah satu hari K.Nor terima email dari org yg yg incharge dlm ruangan masakan di Eternity tu dan beritau nak masukkan resipi serta gambar masakan dlm majalah online tu. Mula2 mmg rasa was2 gak, yer la sbb tak tau apa pun ttg majalah tu. Lepas bersoal jawab baru la yakin sket tp masa tu tak leh nak bg kata putus. Kalau ikutkan, kalau K.Nor setuju utk hantar resipi dan gambar pada masa tu, semuanya akan ditayangkan dlm edisi April. Tapi sbb K.Nor lambat bg keputusan jadi dia dah offer pada blogger lain. Yer la, camna nak bagi kata putus cepat2, dia nak gambar2 yg belum keluar kat blog, so K.Nor nak kena fikir resipi apa yg nak dibuat kan. Dalam masa seminggu rasanya tak sempat nak buat 4 resipi baru, kang kalau guna resipi org lain, kena kutuk lagi dan lagi dan lagi.. Tak abis2 dgn org yg hati perut tak bersih ni, kita buat elok2 pun jd tak elok di mata hati dia org. Masa tu pulak tengah kecoh kes guna resipi org lain pastu keluar majalah walaupun kita guna hasil gambar masaskan kita sendiri. Sebab tu nak kena cari idea nak create resipi baru. Alhamdulillah dapat gak siapkan 3 resipi baru dan 1 lg tu terpaksa amik resipi omputih yg dah diolah oleh CT (Super Fudgy Brownies). Kebetulan masa tu buatkan brownies tu utk anak dara nak bawak balik ke asrama. Harap CT halalkan ya.. :)



Sila klik gambar utk paparan yg lebih jelas

Ni lah sedikit sumbangan dr SECUBITGARAMNOR67 utk ETERNITY edisi Mei 2012 dan juga buat semua teman2, pengunjung dan peminat SecubitGaram (ada peminat ke? hehe) Terima kasih kepada Tina dan MEDIA GLAM kerana sudi menyiarkan beberapa resipi yg tak seberapa dr SecubitGaram. Insyaallah K.Nor akan letakkan semula (preview) resipi2 tersebut di entri yg akan datang. Terima kasih juga buat semua yg mengunjungi dan menjadi penyokong utk SecubitGaram terus berkarya di hari2 mendatang.. HIDUP GMM!  ^__^


errrkk... panjangnyer pot pet arini! hehe

Tuesday, April 24, 2012

SUPER MOIST CARAMEL BANANA CUPCAKE

ASSALAMUALAIKUM..

Dah jemu duk layan mata dgn ikan pari bakar kat bawah tu kan, meh layan yg lain pulak. SUPER MOIST CARAMEL BANANA CAKE, telah diberi rupa paras yg baru, versi cupcake setelah diolah oleh FnF pastu Izah Daud pun buat stail yg sama. Teringin merasa keharuman bau pisang dan camamel pd cupcake ni yg menyebabkan K.Nor ikut sema menerai resipi yg asalnya dlm bentuk kek oleh Kak Fida Myresipi ni. Memang benar bagai dikata, mmg wangi dan sedap cupcake ni. Rasa macam makan apam pisang pun ya jugak. hehe


Mekasih pd FnF dan Izah yg dah panjang2kan resipi cupcake ni. Pada penggemar kuih2 berasaskan pisang boleh la mencuba cupcake ni ya.. Kalau tak rajin nak buat cupcake, bakar jer dlm bentuk sebiji kek. ermmm kalau nak kukus pun boleh gak, Mas dah menerai versi kukus.. 

SUPER MOIST CARAMEL BANANA CAKE
resipi : K.Fida Myr
sumber olahan : FnF
sumber idea : Izah

Bahan2

Bahan A:
1 cawan pisang lecek (240 g) ~ k.nor guna 300gm
1 cawan gula halus (200 g) - FnF kurangkan 150g shj - pisang dah manis ~ k.nor guna 180gm gula castor
125 g mentega
1 sk bicarbonate soda
2 sb susu segar

~ ~ ~ ~ ~
2 biji telur saiz A - FnF guna 3 biji telur medium size
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) diayak
1sk ovalet (resepi asal tiada)
coklat chip secukupnya ~ yg ni K.Nor tambah

Cara2
Masak bahan A atas api hingga berkaramel. Sejukkan .
Pukul telur dan ovalet hingga gebu.
Masukkan banana caramel tadi. Gaul sebati.
Masukan tepung sambil dikaup balik hingga adunan sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris. FnF masukkan dalam acuan cupcakes.
Taburkan dgn coklat chipsBakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak - FnF bakar 20 minit @ 180degree C.

Sunday, April 22, 2012

PARI BAKAR BEREMPAH HARUM

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran di petang hari Ahad.. Kita layan menu ulangtayang ya.. Saja jer la nak kabarkan pada yg belum pernah mencuba resipi ikan bakar yg sangat sedap ni. Atau pun pada sapa2 pengunjung baru SecubitGaramNor67 yg belum sempat nak gali2 resipi dalam dapur ni, sila2kan lah cuba resipi ikan bakar milik Dayang Jack ni (Dayang guna ikan siakap sbb tu nama resipi kat bawan sinun SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM ya.. ). K.Nor mmg stick dgn resipi ni tiap kali nak buat ikan bakar, tak kiralah guna ikan apa sekali pun (tp selalunya ikan pari yg jadi pilihan). Pastenya tu boleh dibuat lebih dan simpan dlm freezer, time nak guna senang kerja tak perlu buat paste lagi dah, nak2 kepada mereka yg bekerja. Tambah lagi bulan Ramadhan pun dah tak lama lg kan.. Elok sgt buat paste ni banyak2 dan bekukan. Berbuka puasa dgn ikan bakar sangat lah menyelerakan. Jangan lupa perah limau kasturi sebelum menjamu selera ya.. :)


SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.

Thursday, April 19, 2012

CHOCOLATE CHEESECAKE BROWNIE

ASSALAMUALAIKUM..

Cheesecake? Brownie? Chocolate? ermmmmmmm... tak yah cakap banyak lah hari ni. Bagi penggemar cheesecake maupun brownie apatah lagi antu2 kek cekelat, meh try resipi yg sgt mudah, penyediaannya pun tak banyak kerenah tp hasilnya?? Saaaaaaaaaaangat enak !! Tak caya tanya Rima nun, kan Rima kan.. mmg syok abis dpt layan ciskek bronis ni.. Nak lg syok, biarkan ia bermalam dlm esbok dulu, ermmmmmm... nyamannnnnnnn ^___^


Resipi dari Donna Hay (tak kenal Donna Hay? ok sila gugel ya.. kiranya dia ni selebriti chef glamer gak, sewaktu dgn Nigella Lawson, Anna Olson kut tp tak la sewaktu dgn usia Martha Steward :) Mekasih Rima, resipi hasil selongkar dapur Rima, plannya nak buat brownies lain tp yg terhasilnya brownis yg mabeles ni pulak.. Nor share resipi tu kat sini lak ya... TQ :)


CHOCOLATE CHEESECAKE BROWNIE (by Donna Hay)
source : Rima
source : K.Nor

Ingredients
185g butter, melted (i used unsalted and added 1/4tsp of salt)
1/4 cup cocoa powder, sifted (i used valrhona)
1 cup caster sugar ~ k.nor guna gula perang
2 eggs
1 cup plain flour

Cheesecake
285g cream cheese, softened and chopped
4 1/2 tbsp caster sugar ~ k.nor guna 3 sudu besar
2 eggs

Method
Preheat oven to 160 degree C
Place butter, cocoa powder, sugar, eggs and flour in a bowl and mix well until smooth
Spoon into a 8" square slice tin line with baking paper
To make cheesecake, process the cream cheese, sugar and eggs in a mixer until smooth
Place large spoonfuls of the cheesecake nixture on top of the chocolate mixture and swirl with a butter knife
Bake for 45-50 minutes or until set


Tuesday, April 17, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI II

ASSALAMUALAIKUM..

AYAM lagi.. lagi2 AYAM.. ermmm... layan jer la.. nak buat camana, dah menu ni yg dimasak kan.. :)


Dah lama nak menerai ayam goreng berempah, resipi terbaru dari Dayang ni cuma tak berkesempatan. Nak compare dgn AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI edisi I dari Dayang yg pernah K.Nor buat dulu, tak tau nak cakap ler. Sebab dah lama sgt buat yg tu.. Tp yg pastinya mmg sedap ayam bila digoreng berempah gini. Cukup dgn segala bahan2 yg sememangnya menyedapkan rasa ayam goreng spt rempah kari, rempah beriani, pastu ada serai, daun kari dan ada rasa masam dr asam jawa yg seimbangkan rasa berempah, pedas dan masam sket2. Kalau nak tau kesedapan ayam goreng berempah ni, sila la cuba sendiri ya.. Lagi lama perap lagi best :)

Mekasih Dayang, dah bayar hutang nak menerai resipi ayam goreng ni. K.Nor share resipi tu kat sini ya.. :)

AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI II
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung (DJ guna tepung goreng kfc)
2 sudu besar rempah beriani (DJ guna 1 peket kecil rempah beriani Faiza)
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
sedikit air sejuk (jika perlu)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan pes asam jawa
garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan kisar :
6-7 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

***ayam ni sebelum diperap bersama perencahnya, DJ rebus 1/2 masak terlebih dahulu dan kemudian ditoskan dan barulah diperap. Ini utk mempercepatkan lagi masa memasak dan mengelakkan ia terhangus. (lupa nak buat, K.Nor goreng direct jer tanpa rebus dulu )

Sunday, April 15, 2012

AYAM SERI HARUM

ASSALAMUALAIKUM..

Dah banyak hari tak bersiaran, kali ni kita jamu selera mata dgn menu yg pernah hangat lebih kurang setahun lalu, AYAM SERI HARUM. Tak sangka masa post resipi tu, ianya bakal mendapat sambutan yg hangat dikalangan teman2 blogger. Dalam entri NI, K.Nor letakkan link mereka yg pernah mencuba. Kalau ada yg tertinggal tu mohon ampun ya.. hehe Mekasih kerana sudi mencuba menu yg simple tp insyaallah menyelerakan.
Dgn mood yg lemau, nak menghapdet pun dah terasa kelemauannya apatah lg nak menghias masakan.. ermmmm........ 

Kali ni K.Nor buat kuahnya kering sket. Terpulanglah pada selera masing2 nak berkuah atau kering dan kalau suka lebih pedas tambah aje cili mesin ya..  Jom semak resipi...

AYAM SERI HARUM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~
2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1in halia*
1 in kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
garam dan gula
1/2 kiub pati ayam
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
Masukkan santan, air dan asam keping.
Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.

Thursday, April 12, 2012

KEK CHIFFON STRAWBERI

ASSALAMUALAIKUM..

Harap maaf ya, quick update ni sbb tak leh nak berpotpet panjang2 atas sebab2 yg tak dapat nak dielakkan. Asalkan ada entri dah la kan, dah banyak hari duk tayang Kuzi Ayam jer. Nasib baik gambar tak basi hehe..


Jom cuci mata dgn Kek Chiffon Stawberi, yg resipi asalnya dr Kek Chiffon Pandan yg pernah K.Nor buat dulu. Resipi Kek Chiffon Pandan tu K.Nor ambil dr dapur Yatie Memories. Tukar aje pewarna hijau dan perisa pandan tu kepada pewarna merah dan strawberi emulco. Kalau ada buah strawberi fresh lagi best ni.. Tak kiralah chiffon apa pun, mmg sentiasa menjadi pojaan hatiku... ^__^

KEK CHIFFON PANDAN (STRAWBERI)
sumber : YatieMemories
sumber : K.Nor

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat ~ k.nor gantikan dgn susu cair
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir ~ k.nor letak 2/3 cawan aje
* pewarna hijau dan perisa pandan ~ k.nor gantikan dgn pewarna hijau dan strawberi emulco
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir ~ k.nor letak 1/3 cawan aje
* 1 sudu kecil cream of tar tar ~ k.nor gantikan dgn perahan lemon
 Cara-cara
Bahan (A):
1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

Monday, April 9, 2012

KUZI AYAM

ASSALAMUALAIKUM..

Dah lama K.Nor teringin nak masak Ayam Kuzi sbb nak tau camana rasa masakan kuzi ni. Kebetulan K.Nor ada beli rempah kuzi, sengaja beli siap2, senang nanti kalau tiba2 nak buat, rempah dah sedia ada kat dapur kan.. Pastu ternampak Yatie Memories buat Ayam Masak Kuzi, org kata pucuk di cita ulam mendatang la kan. Cuma resipi yg Yatie guna, yg asalnya dr buku masakan Kelantan oleh Chef Hafiza tu, disediakan bahan2 utk membuat sendiri rempah kuzi bg yg tak ada rempah siap. 


Tapi kan.. entah macamana, hari nak buat tu K.Nor gi google cari resipi Ayam Kuzi, terjumpa lak resipi kat fotopages K.Hanieliza dan K.Nor guna resipi ni.. hehe..Ada gak la derhaka situ sini sbb K.Nor tak buat sekor ayam, mana nak abis kalau buat banyak2 kan.. K.Nor tambah guna minyak sapi sket masa menumis, pastu part cili merah tu K.Nor gantikan dgn cili mesin. Alhamdulillah.. sedap Ayam Kuzi yg dihasilkan ni. Mekasih K.Liza atas resipi ni, Nor share kat sini ya..


KUZI AYAM
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor 

Bahan
1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair
2 s/b rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 s/b kismis
1 cawan sos tomato
garam
kunyit
minyak

Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah ~ k.nor guna cili mesin

Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.

Friday, April 6, 2012

SLOW ROASTED ROSEMARY LEMON CHICKEN


ASSALAMUALAIKUM...

Akhir2 ni K.Nor mmg suka mencuba resipi ayam panggang. Selain boleh dibuat lauk utk lunch, K.Nor perapkan lebih utk dijadikan dinner sekali. Bukan makan dgn nasi lagi dah, cuma ratah2 gitu jer. Bila diletak carrot, kentang dan tomato, cukup sedap dan mengenyangkan. K.Nor dan suami mmg kurang sket amik yg berat time makan malam. Jadi bila buat ayam panggang gini mmg sesuai sgt la.. Tambah lagi ayam ni akan rasa lebih sedap bila kita perap lama2 kan. 


Sekali lagi resipi K.Nor angkut dr Bangkok nun. Resipi ni hasil gabungan 3 resipi ayam panggang yg dah diolah balik oleh Mek Jah dan hasilnya tak mengecewakan. Sedap, tambah lagi bila dibuat pedas2 sket. Jah,  akak kopipes resipi ya... Tq Jah dan Tq juga kepada owner resipi asal...


SLOW ROASTED ROSEMARY LEMON CHICKEN
Gabungan Resepi : KAMALIA /KAK TTM & SHARM1969@MyR
Ubahsuai : ARAH

sumber : K.Nor

Bahan2 (Seekor ayam sederhana besar)
1 Ekor Ayam (basuh bersihkan dan belah bhgn dada atau ikut kesukaan)
4 biji bawang putih *
4 Batang Daun Rosemary segar buang btg ambil daun* (k.nor guna yg kering)
1 inci halia*
1 ketul kiub ayam knorr*
1 sk lada hitam di tumbuk
1/2 sb paprika> nak pedas boleh lebihkan
1 sk sos tiram
1 sk kicap pekat
1/4 cwn jus lemon
2 sb minyak zaitun
1/2 sb madu
Garam secukup rasa
4 dadu butter**tambahan, tak letak pun takpe

Cara2
Bersihkan dan basuh ayam tadi, potong memanjang di bhgn dada atau ikut potongan yg sesuwai untuk di bakar.
Tumbuk bhn2 yg bertanda * sehingga lumat atau separuh lumat.
Satukan semua bhn2 tadi termasuk sos dan gaul sehingga rata.
Lumurkan pada ayam tadi atas dan bwh, seelok eloknyer menggunakan tgn dan ratakan paste tadi keseluruhan ayam. Tutup dgn cling wrap dan perap selama 1 jam atau lebih (yg ni kita perap 2 jam)
Panaskan oven 160c dan bakar ayam tadi selama 1 jam stgh atau lebih bergantung dgn suhu panas oven masing2, utk setengah jam selepas mula membakar, sapukan kembali bhn perapan tadi, kalau rajin leh ulang lagi selama stgh jam lagi sehingga ayam masak. Boleh di hidangkan dgn sos lada hitam atau sos kegemaran masing2, selamat mencuba!

Thursday, April 5, 2012

MONKEY BREAD & KAD DARI FINLAND

ASSALAMUALAIKUM...

Ampun ya ibu2, bapak2 (erkk.. ada ke kaum bapak masuk singgah sini? hehe), adik kakak sekelian. Tuan rumah makin kesibukan seminggu dua ni sampai nak mengentri pun tak sempat. Dicampur dgn kepenatan ke hulu ke hilir utk menyiapkan agenda yg perlukan pemerhatian lebih, tambah lagi duk berdua ni masak pun yg simple2 jer. Kadang tu tak sempat nak masak, balik dr padang terus singgah lunch kat kedai (part tu yg best kan hehe). Utk dinner pun biasanya masak yg sempoi jer, kadang2 kalau dah melepek sgt order yg bungkus jer.. tak kisahlah.. sbb duk berdua aje kan, lagipun mmg time dinner kita org tak amik yg heavy.


Ok.. berbalik pd Monkey Bread, entri hari ni. Ni bukan roti yg monyet makan ya.. Cuma nama jer ngeri sket tp roti ni sangat sedap! Tak caya tanya Ijah nun, dia yg mula2 buat lepas Pook @ DailyDelicous tayang kat blog. Roti ni rsanya mmg femes kat satu tempat di US, sbb K.Nor pernah tengok satu rancangan kat Foodnetwork tentang pembuatan roti ni. Jadi bila Pook dah tayang resipi berserta dgn step by stepnya tu, teringat balik kat roti yg pernah K.Nor tengok dulu dan mmg teringin nak buat gak masa tu.  Kalau ikutkan nak buat the next day lepas Pook tayang tp sbb tak sempat jolok walnut kat pokok, jd kena KIV la ditambah lagi dgn kebizian yg agak ketara seminggu dua ni dan badan pun dah penat sgt2 bila duk ke hulu ke hilir jer. Akhirnya smlm dapat gak buat Monkey Bread ni, walaupun badan masih lg penat sbb balik rumah hampir waktu Asar. Ku paksakan jugak diri buat roti.. walaupun tugas menguli tu serah kat Bibik Melayu tp bukannya bahan2 masuk sendiri dlm BM tu kan hehe.. pastu bukannya BM yg tolong gentel2 dan celup2 tu.. Sendiri mau bikin jugak! Tapi takper la.. lg pun mmg plan utk buat dinner jer roti tu, tak perlu la K.Nor masak dinner yg lain pulak. 

Masih dlm loyang, fanas-fanas lg nih.. hehe
Alhamdulillah.. seronok kali ni buat roti bila ada yg membantu masa membentuk roti tu, terasa hilang penat hehe K.Nor cuma gentel2 jdkan bebola dgn doh tu, cik abg yg amik part dip doh dlm butter cair, gelek2kan atas campuran serbuk walnut dan gula perang, pastu dip pulak dlm putih telur dan letak dlm loyang. Kan seronok gitu.. hehe.. Bila dah masak, makan pulak berdua2an sambil tengok tv.. cuma lupa nak buat adegan suap menyuap jer hehehe... 

Tinggal 1/3 jer lagi lepas kita org ngap mlm tadi hehe

Dah la tu.. dah panjang pot pet arini.. Jom la try MONKEY BREAD yg sedap ni. Utk penggemar CPAB atau roti bercinamon, disyorkan masukkan sedikit cinnamon ke dalam campuran walnut dan gula perang tu. Insyaallah lagi sedap hasilnya roti tu nanti. Tq Pook, for sharing the marbeles recipe & mekasih jugak buat Mek Jah, bg izin akak angkut resipi yg dah dialihbahasakan ni. Bg K.Nor tak jadi hal pun kalau refer direct pd resipi Pook tu, tp sbb Ijah dah translate, dan kut2 ada yg tak faham dlm BI, jadi K.Nor paste resipi yg Ijah dah translate ni utk memudahkan sapa2 yg nak mencuba.. CUBA JGN TAK CUBA TAU ^__^

MONKEY BREAD
Source : POOK san DAILYDELICIOUS
Terjemahan : ARAH
sumber : K.Nor

Ingredients :(Makes 1 (18cm tube pan) )
240g Bread flour (240g Tepung Roti atau gandum pun ok)
60g Cake flour (60g Tepung Kek)
5g Instant yeast ( 5g Serbuk Yis)
20g Granulated sugar (20g Gula)
4g Salt (4g Garam)
1 Egg yolk (1 biji kuning telur)
175g Water (175g Air)
20g Butter (20g Mentega)
40g melted butter (40g Butter di cairkan)
40g Walnut (40g Kacang Walnut)
70g Light brown sugar (70g Gula Perang light>>yg ni kita gunakan gula perang biasa) ~ sama dgn ika
1 Egg white (1 biji Telur putih) ~ k.nor lebihkan 1/2 biji lg putih telur

Method : Cara-cara
Mix together egg yolk and water. (Campurkan bersama kuning telur dan air)
Put the flours, sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. Pour the egg and water mixture into the bowl. (Masukkan tepung, gula dan yis kedalam mangkuk)

Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together (add more water if the dough's too dry). ( Dengan Menggunakan senduk atau whisk, kacau adunan tepung tadi sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sebati sekali lagi. Masukkan campuran air dgn kuning telur tadi sedikit2 ke dalam adunan tepung tadi dan sehingga boleh menguli, tambahkan air jika adunan terlalu kering)

Take the dough out of the bowl and knead( Keluarkan doh dr dlm mangkuk dan menguli kembali di atas papan pencanai atau meja yg dah dibersihkan terlebih dahulu dan mula menguli kembali), you will see the dough will be elastic after about 2 minutes.(Utk proses ini, anda akan lihat doh akn menjadi elastic dlm masa 2 minit)>>yg ni mmg betul :D
Add the butter and knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough.(Tambahkan mentega, gunakan belakang tapak tgn utk memampatkan dan tolak doh tadi sehingga doh betul2 elastik, licin dan berkilat)
Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny. (Sambung menguli sehingga 10-15 minit lagi utk mendapatkan doh yg betul2 lembut dan elastik)
See how to knead bread, here.(boleh lihat step by step menguli doh tadi kat blog dailydelicious)
Put the dough into a light buttered bowl. Let the dough rise in a warm place until double in size (can be 1 hour or 1 hour and a half check often depend on the temperature).(Letakkan doh yg telah di uli tadi ke dlm mangkuk yang telah disapukan mentega terlebih dahulu. Tutup dgn cling wrap di tempat yg hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam bergantung keadaan suhu luar)

Preheat the oven to 150°C.( Pansakan oven dgn suhu 150c)

Roast the walnut for 10minutes, until fragrance, let it cool. (Bakar kacang walnut tadi selama 10 minit sehingga naik bau dan biarkan sejuk)

Put the nut and light brown sugar into the food processor and process until powdery.(Masukkan walnut dan gula perang tadi ke dalam food processer atau blender kering dan prosess sehingga hancur)

Preheat the oven to 180°C. (Panaskan Oven dgn suhu 180c)

Butter the tube pan (if you have the one with removable bottom will make your life easier).(Sapukan butter pada pada keseluruhan tube pan atau apa2 loyang yg sesuwai. Seelok eloknyer boleh gunakan loyang yg boleh terpisang antara lantai dan bdannya>>tak tahu nak sebut apa ehehe)

Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.(Keluarkan doh yg telah naik tadi dan keluarkan angin dgn menekan doh tadi dgn perlahan menggunakan tgn)

Cut the dough into 30 pieces (they will be small) roll into balls. (Canaikan doh tadi atau timbang dan buatkan bulat2 kecil, buat sehingga habis)
Dip the ball into melted butter, nut mixture and egg white. (Masukkan doh yg telah dibulat bulatkan tadi kedalam 1. Mentega yg dicairkan 2. Campuran gula perang dan walnut yg telah di prosess td 3. Putih telur)
Then place them in prepared pan.( Masukkan doh bulat2 tadi yg telah dileupkan kedalam tube pan yg telah disapukan mentega terlebih dahulu, ulang sehingga doh bulat2 tadi habis di celup)
Let the dough rise until almost double in size, about 40-50 minutes(Biarkan doh naik kembali lebih kurang 40-50min)
When the dough ready, put into the oven and bake for 30-35 minutes. If the top of the bread is too brown before the bread is done, cover it with an aluminium foil.(Apabila doh telah naik, letak di dalam oven yg telah dipanaskan tadi dan bakar sehingga 30-35min bergantung dgn suhu oven masing2 sehingga masak, jika bhgn atas roti telah perang tetiba waktu memasak belum selesai boleh tutupkan bhgn atas dgn alumunium foil utk mengelakkan roti hangus)
Let the rest in the pan for 10-15 minutes, then remove from the pan and let it cool on a wire rack.(Keluarkan roti tadi dan biarkan sejuk lebih kurang 10-15min kemudian boleh keluarkan roti tadi dan letak di atas rack)
Or, serve piping hot from the oven, it will be fun to eat ^^.(atau boleh hidangkan panas2 dr oven, selamat mencuba!)

* K.Nor guna square pan (8") aje. Utk memudahkan masa nak mengeluarkan roti yg dh siap dibakar tadi tu, K.Nor alas loyang dgn foil (lebihkan bahagian tepi). Sapu foil dgn sedikit butter supaya karamel yg terhasil dr gula perang tak melekat pd foil.

 ~~~~~~~~~~~~


Di kesempatan yg ada ni, K.Nor nak gantung kad dr Finland, dari Nieza@OurJourneyBegins yg meraikan ulangtahun blognya yg ke 2. Maaf ya Nieza, K.Nor angkut lambat sket ni, sampaikan Nieza kena ketuk pintu kat fb utk remindkan K.Nor :) TAHNIAH buat Nieza dan OUR JOURNEY BEGINS... Semoga Our Journey Begins akan terus bersiaran dgn entri2 masakan serta catatan perjalanan Nieza yg sangat menyeronokkan tu dan semoga Allah memberkati Nieza dan suami serta segala usaha yg dicurahkan utk perjalanan Our Journey Begins. Luv u dear :)

TQ Nieza.. Tulip, bunga kesukaan ku ^__^

Monday, April 2, 2012

SAMBAL TELUR MASIN

ASSALAMUALAIKUM..

Dah dipaksa oleh Mek Ampang utk poskan gak hari ni entri kesinambungan utk entri AYAM GORENG KUNYIT LADA HITAM, jadi kenalah tarik nafas panjang2 dan mulakan mengarang. Ni pun nasib baik dah sembang lama dgn dia tadi kalau tak gerenti dia mengacau time duk mengarang.. hehehehe


Sambal Telur Masin ni K.Nor ambil kat dapur Ayu S'pore yg sedang bertapa seketika menenangkan hati dan jiwa setelah berhadapan dgn masalah ciplakan entri secara besar2an terhadap blognya tu. Semoga masalah yg melanda Ayu dan geng2 blogger masakan lain tu akan selesai secepatnya dan sebaik mungkin ya..

Masa Ayu mula2 tayang kat blog dia, K.Nor tak terasa lagi nak buat, jeling2 aje la.. Tapi bila Shereen post kat fb dan beritau yg menu ni sangat sedap dan rekomen suruh K.Nor buat, terus aje K.Nor copy dan save resipinya. Dari hari ke hari nak buat tak tercapat gak, last2 dapat la buat kali ni. K.Nor tak gandingkan lauk telur masin ni dgn nasi putih tp K.Nor gandingkan dgn BUBUR NASI!! Wahh.. sangat sedap dan menyelerakan sambalnya tu. Selain SAMBAL TELUR MASIN ni K.Nor juga buat AYAM GORENG KUNYIT LADA HITAM sebagai pelakon tambahan pada Bubur Nasi. Memang gadingan yg mantop! hehehe.. 


Mekasih pada Ayu yg dah share resipi dari SajiOnline tu dan juga terima kasih pada Shereen yg rekomenkan nya pd K.Nor.. Tak sia2 mencuba Sambal Telur Masin ni :)

SAMBAL TELUR MASIN
Sources:-From SAJIONLINE
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
source : K.Nor

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur masin (rebus)-(Ayu gunakan telur asin 'low-salt content')
1 labu bawang besar (hiris)
5 tangkai cili hijau (tumbuk kasar)-(Ayu tak gunakan ni)
*20 tangkai cili padi merah (tumbuk kasar)-Ayu gunakan lebih lagi)
*3 biji buah keras ~ k.nor skip
*3 cm belacan
garam + perasa -(Ayu tambah, garam buat syarat aje sebab telur masin dah masin)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan buah keras, garam, belacan dan gaul rata.
3. Susun telur dalam pinggan dan tuangkan sambal yang dimasak tadi.-(Ayu gaulkan sekali dalam kuali)

AYAM GORENG KUNYIT LADA HITAM

ASSALAMUALAIKUM..

Tiredness.. Laziness... apa lagi ness ness ek.. malasness, no moodness, boringness.. ^__^  ermm.. lantak lah.. semuanya ada bila time nak menghapdet. Sapa2 yg ada mood menghapdet yg extra power tu, acu hembus sket utk tuan rumah  kat sini nih.. haishhhh... Nak mengarang pun dah lama duk termenung cari idea, tu pun sib baik tak ada yg mencuit kat skype. Selalunya ada jer yg sorang tu memanggil time K.Nor mengarang hehe.. 


Disebabkan kesemua ness ness yg dinyatakan kat atas tu, K.Nor nak tayang menu yg menggambarkan ke'ness'an tuan rumah. (ishhh.. rosak bahasa, org DBP jgn marah ek.. hehe) Ni haa.. menu simple jer, Ayam Goreng Kunyit Lada Hitam. Rasanya baru minggu lepas post Ayam Goreng Kunyit, tp tu versi simple dimple la. Yg ni versi advance sket. Sker jer tau, tambah jer lada hitam sket, itu sket, ini sket hehe. Hasilnya maintain sedap tambah lagi bila digandingkan dgn .................. ermmm.. Utk gandingan Ayam Goreng Kunyit Lada Hitam ni tunggu la ya.. tunggu entri seterusnya.. Bila? Petang ni? Mlm ni? Esok? Wallahua'lam.. Kalau angin ghajen menghapdet tu ada, ada la kesinambungan entri ni.. insyaallah... ^__^

AYAM GORENG KUNYIT LADA HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
400gm isi ayam ~ dipotong kecil
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk lebih baik
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil kicap 
secubit gula ~ optional
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
5 - 7 biji cili padi hijau ~ dihiris serong
sedikit minyak

Cara:
Gaul ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, kicap dan sedikit gula dan perap selama 15 min.
Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan cili padi
Goreng hingga wangi dan masukkan ayam yg diperap tadi.
Goreng lagi hingga ayam masak dan sedikit garing.
Padamkan api dan bolehlah dihidangkan.