f Secubit Garam: January 2012

N3 Terkini

Monday, January 30, 2012

KEMBALI TERPISAH...

ASSALAMUALAIKUM...

Sekejap jer masa berlalu, kini dia pergi lagi setelah menghabiskan cuti winter bersama keluarga di tanahair. Semalam hantar Along ke airport Sultan Mahmud, hanya K.Nor dan suami jer yg ada bersamanya. Adik2nya semua kat skolah dan kolej. Terasa sayu gak kali ni, sbb biasanya kesemua adik2 ada ikut gi hantar dia naik flight. Sampai K.Nor tak bagi cik abg bawak kamera spt biasa. Yer la dah gi bertiga jer kan.. Lagipun smlm agak sesak gak la kat balai berlepas. Kita org sampai pun ngam2 jer utk amik tiket dan cakap2 kejap terus dia masuk balai berlepas. Hati mana tak sedih kan.. Tapi tak per, insyaallah tak lama lg dah. Tinggal 4 - 5 bulan jer lagi utk dia menamatkan pengajiannya kat Jordan. Semoga Along pulang membawa kejayaan yg cemerlang dan menjadi pendorong buat adik2 nanti.. amin.... 


Dah agak berisi badan dia tp mungkin dlm gambar tak nampak sgt. (eh.. si emak pun dah makin gebus gak tu.. hehe) Target dia utk naikkan berat badan sebanyak 7kg bila berada kat rumah ni dah pun tercapai. Pernah gak sekali tu dia timbang, terlebih lak 1kg tp dgn usaha hari2 duk workout, dia boleh maintainkan berat badan yg dia idam2kan. OK lah... tuan rumah tak leh nak pot pet banyak2.. Tuan rumah kurang sihat sket sejak dua tiga hari ni, agaknya terlebih kerja dan ditambah lagi dgn cuaca yg tak menentu ni. (campur demam sepi dan rindu kat anak2 kut hehe)

Gambar yg sempat dirakamkan sebelum ke airport. Balik dr airport, rumah ku sunyi dan sepi jer.. Hanya tinggal berdua jer la skrg ni.. Hanimun? ermmmm... hanimun yg sepi dan tak ada maknanya tu.. Hanya kedengaran ketukan keyboard dan klikkan mouse.. hehe.. Lepas ni akan berkurangan lah entri yg dihapdetkan, mood masak2 pastinya akan berkurangan dgn drastik. Kalau masak pun secara ala kadar jer, cukuplah utk dua mulut utk disuap :)  Nanti kalau ada entri2 yg diposkan mungkin yg dah duk terperam dlm folder hehe.. Jumpa lagi...........

Asyik tayang gambar hero dgn emak jer kan, meh layan gambar hero dgn si ayah lak.. hehee....

Saturday, January 28, 2012

BERRY2 FINGER BUN

ASSALAMUALAIKUM...

Jom sarapan dgn FINGER BUN yg sedap lembut dan gebus ni. Kenapa dgn tajuk BERRY2 tu? Sebab ada 2 berry yg digunakan, strawberry dan blueberry.  Enak betul dimakan panas2, pekena dgn kopi O panas berasap.. hujan2 gini lak tu.. 


Ok.. jom layan roti homemade ni.. Dengan doh yg disediakan mengikut resipi kat bawah ni, terpulang pd citarasa masing2 nak hasilkan bun/roti kegemaran. Di saat entri ni ke udara, tuan rumah dalam perjalanan ke Kota Bharu menghantar hero bongsu ke sekolahnya di Pengkalan Chepa. Semoga dipermudahkan segala dan selamat perjalanan pergi dan balik.. Semoga ketemu lagi.. insyaallah... ^__^


BASIC DOUGH my style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


*UTK MENGHASILKAN FINGER BUN
topping:
blueberry filling (diblend halus)

ambil sedikit adunan dlm 30gm, bulatkan kemudian canai leper
gulung dan letakkan ke dalam loyang
buatlah hingga habis (jarakkan sedikit antara satu sama lain)
perap hingga doh naik kemudian picikan filling kesukaan atasnya (utk memudahkan kerja, masukkan filling ke dalam piping bag atau plastik bersih, gunting bucu dan bolehlah digunakan)
Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.

WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Thursday, January 26, 2012

NASI LEMAK TUMIS

ASSALAMUALAIKUM...

Akhirnya tewas gak dgn seruan Mek Ampang.. Kalau sebelum ni Yatie dan Noorsha dah pun menyeru tp tak terbuat, bila Izah buat semalam, baru terasa free utk buat menu ni hari ni. Hari ni ya.. diulangsiaran, hari ni, bukan semalam, bukan minggu lepas dan bukan bulan lepas.. hehe.. Jadi masih ada lagi nasi dlm periuk.. Kalau biasanya akhir2 ni banyak menu yg disiar kat blog ni adalah menu tertunggak (duk terperam dlm folder), yg Nasi Lemak Tumis ni tak leh nak peram.. kang kena dakwa di ex-loyar tu.. Dia suruh buat gak sebelum Along berangkat balik.. kan Jah kan.. 

Ku lihat butterfly ijauuuuuuuuuu .... ^___^

Mekasih pada empunya resipi asal, yg mana Jun amik dan letak kat MyResipi. Dan terima kasih jugak kepada penyebar dan pembawa virus NASI LEMAK TUMIS ni.. Memang harum nasi lemak ni bila dimasak kaedah tumis dan ditambah dgn pelbagai bahan yg mmg mewangikan dlm nasi tu spt bawang, halia, halba, serai dan juga daun pandan. Sebenarnya arwah step mother K.Nor selalu masukkan serai kedalam nasi lemak yg dia masak selain dr bawang merah dan juga halia. Daun pandan mmg bahan wajib dimasukkan tiap kali masak nasi lemak kan.. Cuma tak ada lah adegan tumis bawang dan halia dulu tu.. Semua main campak jer dlm periuk dan tanak sampai nasi masak.

Jah, nasi ai kaler ijau tau.. hehe Yg lain2 semua buat kaler kuning so K.Nor buat la lain dari yg lain ya.. Ikutkan hati nak tenggek gak drumstick seketul tp kang kata tiru Jah lak.. So K.Nor letak la chicken thigh goreng berempah tu.. K.Nor tak buat chicken Bali2 tu, sbb kan akak org Ganu yg lebih suka makan nasi lemak dgn ikan aya.. So tu lauk wajib kalau buat nasi lemak.. Yg ikan bilis dan kacang tanah goreng tu (ikan bilis goreng garing dan kacang tanah goreng ya Jah.. baca betul2 hehehe), tu yg direquest hero sulong. Ok lah.. dah la merapu meraban.. Jom layan menu lunch hingga ke dinner hari ni... ^____^

Menu gandingan, 


NASI LEMAK TUMIS
sumber asal : Jun
sumber: Mamasya, YatieNoorsha, Izah

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.


Yg K.Nor buat:
4 pot beras basmati
1 1/2 pot santan fresh
5 pot air
+ sedikit pewarna hijau


Wednesday, January 25, 2012

BUTTER BREAD PUDDING

ASSALAMUALAIKUM...

Dayang, dah siap!! hehe.. Di saat gambar ni tertayang kat blog ni, cuma ada sepiring kecik jer lagi balance dr puding roti yg sedap ni. Sapa nak cpt beratur! Kalau ramai kena sesudu sorang jer ya.. hehehehe...


Kebetulan Along ada sebut kat K.Nor yg dia nak makan puding roti. Sedang elok jer masa tu K.Nor duk layan pesbuk, Dayang pulak tag K.Nor dgn BUTTER BREAD PUDDING dia yg mengancam tu. Bila K.Nor tunjukkan gambar tu pd Along, dia pun setuju K.Nor buat. Duk tunggu Dayang poskan resipi, lambat la pulak disebabkan tenet dia lebih kurang jer tenet kuye2 Mek Mukah nun hehe.. Malam tu bila Dayang poskan resipi, dah lewat la pulak rasanya nak godek walaupun petang tu K.Nor dah gi beli sepeket roti khas nak buat puding ni. Takper lah.. lambat sket pun, asalkan buat gak kan.. Memang berbaloi la buat puding roti Dayang ni walau tak cukup bahan. Bukan niat nak menderhaka sgt tp sbb mmg banyak bahan yg tak ada spt pisang, peanut butter, kismis dan parutan kulit oren tp K.Nor tetap buat gak dan gantikan peanut butter tu dgn Chocolate Spread yg pernah K.Nor post dulu. Hasilnya sangat sedap, masa duk dlm oven tu mmg terbau kulit kayu manis yg berganding dgn gula perang, seakan bau CPAB.. fuh.. mmg harum jer.. 

Sebenarnya kan, dua hari lepas mmg K.Nor duk terbayang2 nak buat puding roti stail gini tau.. hehe.. Duk la bayangkan nak sapu butter kat roti pastu tabur dgn gula perang + serbuk kayu manis (spt CPAB). Pastu nak buat adunan telur + susu spt adunan puding roti yg K.Nor biasa buat tu.. pastu sebelum bakar nak tabur chocolate chips.. Dalam duk angan2 nak buat tup2 Dayang dulu buat dr K.Nor.. hehe.. mmg ada brain connection betul la dgn Dayang nih.. Dia pun cam K.Nor suka makan puding roti yg suam2 panas. Kalau dah bermalam dlm esbok, K.Nor akan panaskan dulu sebelum makan.. Sama kan kita Dayang? hehe..  Apapun, mekasih banyak2 ya Dayang.. Memang seisi keluarga suka puding roti ni.. Bahagian bawah puding tu lembut jer, yg atas tu rangup dan sedap! (K.Nor sengaja susun part kulit roti duk bahagian atas, bila kita bakar, ia akan jd rangup)

Yg sebelah kiri tu, ikut stail Dayang tp peanut butter digantikan dgn chocolate spread. 
Yg belah kanan tu utk Luqman yg tak suka serbuk kayu manis..


BUTTER BREAD PUDDING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : 4-5 orang makan
8 keping roti
2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
mentega secukupnya
peanut butter secukupnya ~ k.nor gantikan dgn chocolate spread
chocolate rice / chocolate chips secukupnya
kismis secukupnya
sedikit parutan kulit oren sunkist - optional

Bahan A :
2 cawan susu segar/susu cair
1 sudu besar gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B :
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)

Cara-cara :
Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
Potong roti kepada 4 bahagian.
Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar.
Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.
Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk.


* k.nor guna 1 1/4 cawan susu cair + 3/4 cawan air
** kaedah k.nor bakar, 25 min pertama k.nor bakar cara water bath (spt dlm kehendak resipi).
     kemudian keluarkan loyang berisi air dan juga loyang berisi puding roti.
     masukkan balik loyang berisi puding roti dan bakar spt biasa utk 10 min lagi.

Monday, January 23, 2012

PUDING LAICI

ASSALAMUALAIKUM..

Dah 3 hari entri Ayam Ala Bali tak bergerak2 ya.. Kesian pengunjung SecubitGaram.. Nak buat camana, time cuti ni payah sket nak guna PC bila anak2 ada belaka ni. Lappy dan IMac ada tp tak syok nak guna utk upload dan edit gambo. Hari ni baru berkesempatan guna PC tu pun kena bagi hero bongsu main dulu baru boleh si emak guna lak ... biasa la tu kan.. ngalah kat anak2.. :)


PUDING LAICI, entah berapa kali dah enterprem kat SG.. tak kisah lah kan.. mungkin ada pengunjung baru SG yg tak pernah tengok lagi entri2 yg sebelum ni. Puding yg sangat mudah disediakan dan sangat sedap lalu  ikut anak tekak. Dimakan sejuk2 time musim panas skrg ni... memang nyaman sungguh!!


Resipi asal dari K.Hanieliza yg dah K.Nor olahkan sedikit utk memudahkan nak membuatnya. Mekasih pada sifu yg sangat baik hati dan peramah tu ... hehe...

PUDING LAICI 
resipi asal : K.Liza
diolah : K.Nor@SecubitGaram 

Bahan:
1 paket agar2 serbuk (10gm)
5 cawan air (cawan metrik)
8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
1 tin susu cair
1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin (tinggalkan 2-3 bj laici dan siat2kan)
1- 2 helai daun pandan

Cara:
Masakkan agar2 serbuk bersama air hingga mendidih kemudian masukkan gula.
Masak lagi hingga gula hancur dan masukkan laici yg diblend dan juga susu cair.
Masak seketika hingga nampak wap keluar dan tutup api.
Tuangkan kedalam acuan dan biarkan sejuk. 
Kemudian masukkan dalam peti ais.
Hidangkan bersama lebihan air laici dan sedikit laici yg disiat2kan.

~~~~~ *** ~~~~~

Oppss.. sebelum terlupa.. 
K.Nor nak ucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR kepada pengunjung SecubitGaram yg berbangsa Cina terutamanya kepada Gert, Shereen dan AnnCoo serta famili.. :)

Friday, January 20, 2012

AYAM ALA BALI

ASSALAMUALAIKUM..

Kena quick update ya.. Dah ada yg menunggu kat belakang ni nak take over PC. Biasalah bila cuti sekolah ni, anak2 ada kat rumah.. ni lah time dia org boleh main games kat komputer/lappy. Alhamdulillah... kembali meriah rumah ni bila anak2 balik bercuti ni.. Insyaallah malam ni sampai sorang lg yg duk study kat KL nun.. 


Resipi dari Diana.. Rasanya dua hari lepas kut Diana post kat blog dia.. Spt kata Izah, kalau nak resipi ayam yg sedap2 silalah terjah blog Skyblue@DianaMelleyMey.. Insyaallah.. mcm2 adaaaaaaaaaaa :) Tq D, sedap AYAM MASAK BALI ni.. anak2 K.Nor pun suka. K.Nor lebihkan sket cili kering dan tambahkan sekeping asam keping utk balancekan rasa, ada rasa pedas, manis dan masam sket.. Ok.. mintak izin nak share resipi tu kat sini lak ya... Tq D :)

AYAM ALA BALI
resipi : Diana@Skyblue
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan²
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik²
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )

Bahan² A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix ~ k.nor tak letak
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka
Garam jika perlu
sekeping asam keping ~ yg ni k.nor tambah

Cara²
Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
Tambahkan bahan² A dan gaul rata.
Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
Masak seketika dan sesuaikan rasa.
Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.

Wednesday, January 18, 2012

CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Jom membirukan mata dgn hidangan omputih pagi ni.. Plan asal nak buat ciskek lain tp bila menggodek tu, tukar lak buat stail lain.. Apapun ciskek yg dihasilkan sangat menepati piawaian anak tekak K.Nor dan anak dara.


Utk resipi akan di update kemudian, ada kerja sket yg perlu dibereskan.. hehe...

Corak org kurang ghajen.. hehe

Waduh....Ghamainyer duk ngetuk pintu nak resipi.. kat pesbuk pun duk tertunggu2 gak ya.. hehe... ok lah.. disebabkan ada yg nak resipi dgn cepat sbb nak godek2 utk nak buat berbuka, terpaksalah K.Nor layan.. kesian pulak kalau bab org nak berbuka ni.. Semoga dpt buat berbuka nanti ya Ayu :)

Resipi ni asalnya dr 2 resipi yg K.Nor gabungkan dan olahkan ikut citarasa K.Nor. Bukan nak menunjuk pandai tapi nak guna apa yg ada kat dapur. Ikut plan asal (spt yg K.Nor beritau kat atas tu) K.Nor nak buat versi NON BAKED CHEESECAKE WITH GREEN APPLE SYRUP yg pernah K.Nor buat dulu. Pastu hati pulak tertawan dgn ciskek Kak Zai, BLUEBERRY CHILLED CHEESE CAKE. Tak tau nak buat yg mana satu, last2 K.Nor gabungkan sket2 bahan2 dr kedua resipi. Pastu hati ni teringat2 kesedapan Cappucino Cheesecake kat SR, jadi K.Nor teringin nak buat stail tu lak.. hehe..  Jadi dgn gabungan ke tiga2 ciskek tu, terhasillah CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE versi K.Nor.. Alhamdulillah.. sangat2 sedap kat anak tekak ni tau.. anak dara pun sama naik duk pulun ciskek ni..

Kalau tengok pd bahan2 tu, K.Nor guna 500gm cream cheese .. nampak banyak kan.. Ni gara2 loyang springform yg K.Nor ada ni agak besar sket saiz 23cm (9") Kalau K.Nor guna 250gm jer, nanti ciskek yg dihasilkan agak nipis dan tak cantik kalau nak dibuat 2 layer. Jadi K.Nor guna lah 500gm cheese. Kalau rasa banyak sangat cheese tu, boleh buat 1/2 dari adunan yg K.Nor letak kat resipi di bawah ni, tp kena lah guna loyang yg bersaiz lebih kecil (lebih kurang 6 atau 7"). Terpulang pd masing2 ya...

CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(saiz loyang springform 23cm/9in)

Bahan:
A:
200gm biskut marie ~ perisa kopi/coklat
120gm butter ~ cairkan

B:
30gm gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
200ml air panas

C:
500gm cream cheese ~ boleh guna philadelphia atau tatura
250gm gula castor
200ml dairy whipping cream
200ml plain yogurt
1 sudu kecil cappuccino emulco
1 sudu kecil chocolate emulco

Cara:
A:
Hancurkan biskut dan gaul dgn butter cair hingga sebati (lebih mudah jika guna food processor).
Masukkan ke dalam loyang yg dah dialas dgn kertas alas/baking - bahagian bawah sahaja (kalau tak mau alas pun tak per) dan ratakan. Tekan2 sedikit supaya padat.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia mengeras (lebih kurang 1/2 jam)
Sementara itu boleh sediakan bahan2 cheese.

B:
Masukkan gelatin kedalam air panas dan kacau hingga sebati.
Biarkan ia mengembang. Ketepikan.

C: 
Pukul whipping cream hingga pekat dan kembang (jgn terlebih pukul nanti ia akan mencair balik)
Ketepikan.
Kemudian pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang/smooth.
Masukkan yogurt dan adunan gelatin.
Kacau hingga sebati dan masukkan whipping cream tadi.
Kacau dengan spatula hingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan chocolate emulco dan kacau. 
Satu bahagian lagi dimasukkan cappuccino emulco. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan coklat kedalam layang springform tadi dan rata bahagian atasnya.
Masukkan kedalam freezer selama 2 3 minit supaya bahagian atasnya cepat mengeras.
Keluarkan dan tuangkan adunan cappuccino keatasnya dan ratakan.
Titikan sedikit cappuccino emulco keatasnya dan buatlah corak marble.
Masukkan kembali kedalam peti ais (bukan bahagian freezer ya) dan biarkan ia selama 3 - 4 jam.
Kemudian bolehlah dihidangkan.

* cappucinno dan chocolate emulco boleh dibeli di kedai bahan2 baking ...

Monday, January 16, 2012

MENU ULANG TAYANG...

ASSALAMUALAIKUM...

Layan jer ya menu ulang tayang.. ntah dah berapa kali buat dan dah berapa kali tayang.. Saja la dr blog tak berhapdet, so tayang jer la apa yg patut. Kut2 ada yg belum terserempak lg dengan masakan yg K.Nor tayang malam ni.  Ikan Gorang Dalam Sos Limau Purut, sejenis masakan Thailand. Terpulang lah, nak guna ikan apa.. Ikan talapia boleh, ikan bawal, ikan kerapu, siakap, tenggiri pun boleh.. Nak guna ikan kembung pun boleh.. bukan tepuk dada tanya selera tapi bukak esbok, tengok ikan apa ada kat freezer.. hehe


Rasanya dah ramai yg cuba masakan ni kan.. Ada rasa masam2 pedas.. dan semestinya sangat menyelerakan .. Slmt mencuba bagi yg belum pernah cuba ^____^

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Sunday, January 15, 2012

KIWI (GOLD) PANNA COTTA


ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran lagi di malam Isnin, dgn tayangan dessert yg sangat mudah disediakan, bahan2 pun simple jer. Dah banyak kali K.Nor tayang panna cotta, macam2 versi ada. Ada Mango Panna Cotta, Kiwi Panna Cotta, Kiwi Gold Panna Cotta, Rose Syrup Panna Cotta, Lychee Panna Cotta dan yg latest Pittaya Panna Cotta. Eh.. ada satu lagi Durian Panna Cotta.. hehe.. jgn tak caya, durian, buah naga pun boleh dibuat panna cotta. Cuma atas kreativiti kita jer mempelbagaikan variasi panna cotta. Basicnya panna cotta tu dibuat dgn fresh milk, ada yg menambah dgn whipping cream. Kalau nak yg simple, cam yg K.Nor buat ni cuma menggunakan fresh milk. Bahan penyedapnya tu, sebolehnya guna buah yg ada rasa masam2 baru la ngam . Tapi kalau nak guna buah yg tak masam spt pittaya atau buah naga, boleh campurkan dgn sedikit perahan lemon. 


Satu yg K.Nor nak pesan pada yg belum pernah buat panna cotta ni (pesanan penaja ni tau.. hehe) Panna cotta ni menggunakan geletin dan bukannya serbuk agar2. Dan kandungan geletin yg digunakan pun tak la banyak sgt. Jadi ia mengambil masa yg agak lama utk set/mengeras. Ia perlu disejukkan/dimasukkan dlm peti ais utk proses mengeras tak seperti dessert yg menggunakan serbuk agar2 yg mana kalau kita sejukkan kat luar pun dah boleh mengeras dan boleh makan kalau nak la.. Jadi seeloknya dibuat lebih awal panna cotta ni dan biarkan bermalam dlm esbok atau pun biarkan ia dlm esbok paling kurang 5 jam, baru la ia menjadi dgn elok. Tekstur panna cotta ni adalah spt dadih dan bukan spt puding yg pejal tu, jadi seeloknya letak dlm cup/gelas yg berasingan dan yg boleh dihidangkan terus. Panna cotta tak sesuai dihidangkan dgn mengeluarkan ia dr mould/gelas, melainkan dilebihkan sedikit sukatan geletin. Kalau tak nanti ia jadi lepek dan liuk lentuk jer.. tergedik2 hehehe 

Ok ... jom cuci mata dgn Kiwi (Gold) Panna Cotta...

KIWI (GOLD) PANNA COTTA
source : Gert (Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi gold ~ blend utk dijadikan puri + 2 - 3 sudu besar gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

* k.nor guna gelatin halalgel

Saturday, January 14, 2012

ANGEL HAIR GORENG LADA HITAM

ASSALAMUALAIKUM...

Quick update ya.. Tuan rumah dah kelepekan disamping ketandusan idea nak mengarang hehe..

Menu kali ni pasta versi angel hair. Lebih suka angel hair dr spaghetti kerana teksturnya yg lebih halus dan lebih enak pada anak tekak ni.. Terpulang pada masing2 nak cuba dgn angel hair ataupun spaghetti maupun dgn versi pasta yg lain..


ANGEL HAIR GORENG LADA HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 paket pasta angel hair
air secukupnya utk merebus pasta
1 mangkuk udang
3 - 4 btg sosej ayam ~ dihiris serong
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 bj bawang besar ~ dipotong dadu
5 -7 bj cili kering ~ dipotong serong
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ seeloknya guna lada hitam yg baru ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
capsicum hijau dan merah ~ dipotong dadu
lobak merah ~ dipotong dadu
garam
sedikit gula
1 cawan air rebusan pasta
minyak zaitun ~ boleh gunakan minyak masak biasa 

Cara:
Rebus pasta hingga lembut dan toskan. Simpan air rebusan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan masukkan bawang putih.
Tumis hingga wangi dan masukkan bawang besar dan cili kering.
Goreng lagi hingga bawang layu dan masukkan sos lada hitam, serbuk ada hitam dan kicap manis.
Kacau goreng seketika dan masukkan capsicum merah dan hijau serta lobak merah.
Masukkan pula udang, sosej, garam dan sedikit gula utk seimbangkan rasa. (boleh letak kiub ayam jika suka)
Kacau dan biar kan udang masak, kemudian masukkan pasta yg dah direbus td.
Kacau lagi hingga rata dan masukkan air rebusan. (boleh lebihkan air rebusan pasta jika ingin lebih berkuah)
Goreng seketika dan bolehlah dihidangkan.

Panas2... ^___^

Thursday, January 12, 2012

FRENCH LOAF WITH CHEESE & SARDINE

ASSALAMUALAIKUM..

Jom makan snek petang ... eh dah malam la .. takper lah... Boleh dimakan bila2 masa, dibuat sarapan atau tea time.. jgn makan masa nak tidur dah... hehe Sangat mudah disediakan.. boleh guna apa aje inti yg disukai.. Kalau ikut resipi asal dr K.Anim ni, dia guna tuna. K.Nor pernah buat mula2 dulu guna tuna, pastu kali ke dua buat guna inti daging dan cheese.. Kali ni buat inti sardin lg.. mmg sardin kegemaran seisi keluarga hehe..


Mekasih K.Nim.. izinkan ya nak letak sekali lg resipi tu kat sini.. Ops.. lupa nak beritau, K.Nor guna slice cheese aje ya.. 

FRENCH LOAF WITH CHEESE AND TUNA
by- anymz-mykitchen
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
1 batang french loaf(ala yg jual kat supermarket,roti panjang yg keras kematu tu)
1 tin tuna/sardin
1 biji buah tomato di hiris bulat2 nipis
1 sudu teh lada putih/lada hitam
beberapa keping cheese-kali ni akak guna mozarella cheese
butter

Cara:
French loaf di potong bulat2 atau menyerong
Tuna atau sardin di lenyek hancur
Ambil sekeping french loaf yang sudah di potong
Sapu butter di atasnya dan letak tomato
Letak tuna/sardin yang sudah di hancurkan di atas tomato
Tabur serbuk lada putih/hitam
Akhir sekali letak cheese yang sudah di potong kecil2
Sedia untuk di bakar.
Bakar hingga keperang2an.
Dah siap..




Wednesday, January 11, 2012

PILAF TOMATO

ASSALAMUALAIKUM... 

PILAF TOMATO, nasi yg resipinya K.Nor ambil dr blog Ayu S'pore. Kalau Ayu gandingkan dgn Ayam Sosha Istimewa, K.Nor cuma gandingkan dgn menu yg dah biasa dimasak iaitu AYAM MASAK MERAH BEREMPAH dan KERABU EPAL. K.Nor juga Sup Fishball, supaya ada kuah2 sket time makan :)


Alhamdulillah... memang sedap nasi Pilaf Tomato ni, tambah lagi bila digandingkan dgn geng2 yg serasi.. Mekasih Ayu berkongsi menu nasi yg menyelerakan ni, izinkan Nor share kat sini lak ya.. :)

PILAF TOMATO
Sources:-From Mumtaj Begum Omar
@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:-
1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya
air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar
1/4 cawan susu sejat
garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
secukup minyak atau ghee untuk menumis
sedikit kacang gajus goreng ~ k.nor tak letak

Cara:-
Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan
Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.
Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.

* daun pudina k.nor gantikan daun ketumbar sbb tak ada stok daun pudina



Tuesday, January 10, 2012

DOUBLE LAYER COTTON SOFT JAPPANESE CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Ha.. amik.. panjang berjela2 nama tajuk kek tu.. Kang lebih senang kalau dishortform cam selalu dibuat. DLCSJC...hehehe.. (bila tengok preview, penuh dr hujung ke hujung tajuk tu haha..) Resipi asal dr Alma MyResipi. Dah pernah buat dolu2.. tp masa tu tak jd blogger lagi. Masa zaman merempit kat forum MyR. Kebetulan baru2 ni Along request nak makan ciskek, jadi K.Nor buat lah kek pebret dia ni. Sebelum tu K.Nor buat ciskek jenis chill tp K.Nor yg lebih melantak dr anak2.. Eh... anak dara pun suka jenis chill gak. Dia pun sama naik dgn si emak dia tu yg antu chilled cheesecake.


Utk hasilkan DLCSJC ni, cuma bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian tu plain dan satu bahagian lagi K.Nor campurkan 1 sudu besar chocolate emulco. Hasilnya???? Bertambah2 lah keenakkan ciskek pojaan hati anak2 ni. Org tak ada gigi pun boleh ngap kek yg lembut cam kapas ni. Nak ke? Sori banyak2 ya.. ni kek edisi tertunggak.. rasanya 2 minggu lepas buat kalau tak silap.. ngeeeeeeeee......... biasa lah kan, kurang rajin melebihi rajin.. Tambah2 dgn kebizian yg melanda... Jangan marahhhh .. nak gi godek sendiri pastu ngap puas2 yaaaaa....... ^____^


COTTON SOFT JAPPANESE CHESECAKE
sumber : Alma MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

Bakar kek dlm kira2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

* Utk hasilkan double layer cake seperti yg K.Nor buat:
- bahagikan kek kepada 2 bahagian
- satu bahagian dicampur dgn 1 sudu besar chocolate emulco, kacau hingga sebati (jgn overmix)
- masukkan adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan, kemudian baru masukkan adunan plain keatasnya dan ratakan


Sunday, January 8, 2012

CUCUR DONUT or MASTERCHEF DOUGHNUT

ASSALAMUALAIKUM..

Masterchef dah tamat dan pemenangnya dah diketahui. Tapi K.Nor tetap nak tayang donut ni gak.. hehe.. Kalau ikutkan resipi asal diambil dari rumah TTM dgn nama MASTERCHEF DOUGHNUT dan bila sampai ke dapur Izah Muffin Lover, dah jadi CUCUR DONUT. Kenapa dinamakan Cucur Donut, adalah kaedah membetuk donut ni seakan memasak cucur. Hasilnya bulat2 cam cucur. K.Nor mmg fail kalau buat cucur molat2 nih.. mmg tak pandai. Selalunya kalau buat donut, K.Nor guna sudu jer. Tak menjadi betul kalau nak guna tangan, ada yg molat, ada yg bujur.. ermm Lantak la kan.. Masuk perut lumat gak hehe..


Mekasih pada Izah dan TTM yg menguar2kan resipi donut ni. Memang mudah disediakan dan habis dlm sepetang jer. (K.Nor cuma coated donut tu dgn gula..) Jom kita tengok resipi...

MASTERCHEF JAM DOUGHNUT
sumber: TTM & Izah

Bahan-bahan
220ml susu segar , panaskan 37C. *suhu agak2 je hingga dapat mencairkan butter
50g unsalted butter, lembutkan * izah letak 3 sudu besar
30g gula kastor *izah letak 4 sb
2 biji telur
5g dried yeast *izah letak 1 3/4 sk
2 cwn tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng

200g raspberry jam *izah tak letak
clotted cream, to serve *izah tak letak
2 tsp lavender flowers* izah tak letak
100g caster sugar





Caranya:
Panaskan susu segar ke 37 C. *Agak2 sehingga boleh mencairkan butter pada suhu bilik.
Masukkan butter dalam susu dan sebatikan.
Masukkan pula gula dan telur ayam. Sebatikan.
Ceduk 1/2 cawan adunan susu tadi letak ke dalam mangkuk kecil.
Kemudian bancuh yis dengan 1/2 cawan susu tadi.
Masukkan semuLa bancuhan yis ke dalam adunan susu.
*izah tak bancuh yis tu dengan susu pun. Izah satukan yis bersama tepung. Kemudian tuang susu n telur. Kacau rata.
Tepung di masukkan ke dalam mangkuk besar dan buatkan lubang ditengahnya.
Curah adunan susu tadi ke dalam lubang tepung dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk.
Biarkan adunan selama sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng.
Cara menggorengnya adalah ambil adunan menggunakan tangan dan ramas sehingga adunan keluar diantara jari telunjuk dan jari ibu. Sila praktik untuk berjaya ye. hehehee..

nota izah: goreng menggunakan api kecil. Lamakan sikit menggoreng donut ni supaya donut cukup masak hingga ke dalam.


Friday, January 6, 2012

SMSTMFP

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. bertemu lagi di penghulu hari, hari Jumaat yg mulia. Alhamdulillah.. diberikan kesempatan lagi oleh Allah utk menyedut udara di bumi ciptaanNya ni. Alhamdulillah dgn segala limpah rahmat dan nikmat yg Allah kurniakan. Nikmat Allah luas.. tak semestinya wang ringgit, anak2, makan minum jer nikmat Allah. Dapat menyedut udara atau dgn kata lain bernafas ni pun satu nikmat. Kalau Allah tarik nikmat bernafas maknanya dah sampai masa la tu. Sakit pun nikmat juga.. ujian pun nikmat juga. Semua tu utk mengkafarahkan dosa dan menyucikan hati dan jiwa kita juga. Wahhhhh.. tazkirah di petang Jumaat yg panas terik ni.. Alhamdulillah.. panas pun rahmat gak kan.. Tak la hujan manjang jer.. Sentiasa bersyukurlah dgn nikmat dan rahmat dari Allah.. semakin kita mensyukuri nikmatnya semakin DIA dekat pada kita.. alhamdulillah...

Ok.. berbalik pada entri kali ni. SMSTMFP.. adalah singkatan bagi SEK MEN SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, sekolah dimana hero bongsu K.Nor skrg ni meneruskan pengajian di tingkatan 1. Alhamdulillah.. dia dapat tawaran yg cukup baik. Rata2 teman2 dan sdara mara yg memberitau, SMSTMFP ni adalah salah satu sekolah berasrama penuh yg terbaik. Bila pengetuanya Tuan  Haji Shafiee bin Awang bagi taklimat baru2 ni, sekolah ni merupakan sekolah ke2 terbaik dr segi pencapaian PMR dgn majoriti pelajarnya mendapat 8A manakala hanya 16 org aje yg mendapat 7A. Kalau tak silap K.Nor kata beliau lagi hanya pelajar yg cukup cemerlang saja yg dapat memasuki sek ni. Pelajar yg bukan saja mendapat 5A tapi A nya adalah A yg tinggi iaitu 90 keatas (markah bagi setiap paper). wahhh terkedu K.Nor dan Along bila dengar tu, tak sangka Luqman telah dapat keputusan yg cukup tinggi dan tak sangka dia sangat bertuah dipilih memasuki sek tu. Dari 4200 permohanan ke sek tu, hanya 151 pelajar aje yg ditawarkan. Rasanya tak sia2 Luqman buat keputusan nak ke sekolah tu walau tak ada sorang pun geng baiknya ke sana (ada sorang lagi geng baiknya terpilih ke sekolah tu tp ditolak, sbb tak nak sekolah jauh2 dr rumah kut) Mudah2an Luqman akan mengikuti jejak langkah pelajar2 yg telah berjaya dgn cemerlang gak kan.. 

Jom la layan sedikit gambar2 sekitar sekolah dan majlis taklimat dr Pengetua SMSTMFP yg telah diadakan pada 4 Jan baru2 ni. 

 Dewan tempat pendaftaran

Pengetua SMSTMFP

 Masjid SMSTMFP (dalam kawasan sekolah)

Gambaran hadapan masjid 

 Dewan baru yg bakal digunakan

 Kantin sekolah (bahagian luar)

 Dewan makan

 Dorm Luqman (mengikut rumah, biru)

Bersama abg angkat yg mmg ditetapkan kepada setiap pelajar baru

Asrama Putera

Selai dr tu K.Nor nak letak gak sket gambar masa K.Nor ke Muzdalfa Fried Chicken, Kota Bharu. Sebenarnya K.Nor ke KB awal sehari supaya tak terlalu rushing kalau gi pada hari yg sama dgn pendaftaran Luqman. Malam tu K.Nor menginap di HOMESTAY PANORAMA SG KELANTAN, homestay yg pernah K.Nor stay sebelum ni.  (nak tau sila klik kat link homestay tu ya..) Lepas setel semua urusan pendaftaran Luqman pada pukul 3ptg, K.Nor terus bertolak pulang ke KT.. ehhhh... jap.. sempat gader2 kejap dgn sorang adik blogger cantik manis yg menetap di Kelantan... Nanti kat bawah nun K.Nor letak gambar blogger cun tu ya.. hehehe

MFC ~ Muzdalfa Fried Chicken.. 




 Alhamdulillah.. not bad rasa pizza kat sini.. Insyaallah halal... 

Ok.. ni dia yg dijanjikan.. sedikit gambar pertemuan antara K.Nor dgn sorang blogger cun yg menetap di Kota Bharu, empunya blog ovenkecil@blogspot.com, NADZ CUTE OVEN SMALL KITCHEN. Orangnya sangat comel, cantik dan kiut miut! Hehe.. jgn marah ya Nadz! Memang kenyataan tu. Mekasih ya Nadz, sudi luangkan masa utk berjumpa, berpeluk mesra sambil laga2 pipi.. walaupun seketika tp sangat mesra dan bermakna. Puteri2 Nadz mmg cantik spt ibunya.. Mekasih juga sbb bagi buah tangan yg sangat cantik tu.. Maafkan K.Nor sebab tak sempat sediakan apa2 utk Nadz. Semoga kita diizinkanNya utk berjumpa lagi di masa akan datang dan dapat berborak lebih lama lagi ya.. .Mekasih Nadz mmmmmuah!! ^__^

 JGN MARAH!! 
Atas permintaan tuan punya badan yg meminta supaya wajahnya diblurkan jadi K.Nor kenalah turuti kan...  ^__^
(uishh... pewut ku dah macam org peknen jer.. sila jgn tenung ya.. hehe)
Nak tau kat mana kita org jumpa? Kat parking Masjid Kubang Kerian :)

Thursday, January 5, 2012

KERISI GORENG BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM...

Ikan kerisi mmg sedap kalau digoreng, makan dgn nasi putih panas2. Tapi kena lah berhati2 time nak makan tu sbb tulangnya amat keras. Teringat kes anak dara Ika yg terlekat tulang ikan kerisi sampai kena bawak ke spital utk buangkan tulang yg terlekat. Sampai skrg rasanya dia fobia nak masak/goreng ikan kerisi. Ayah K.Nor pun pernah terlekat tulang ni gak masa dia duk meratah balance lauk, masa tu pun waktu malam gak. Memang kena berhati2 bila makan ikan kerisi ni..


Resipi Kerisi Goreng Berempah ni K.Nor amik kat rumah Dayang. Mekasih Dayang, memang syok meratah ikan kerisi goreng berempah gini. Izinkan K.Nor share kat sini lak ya... TQ...


KERISI GORENG BEREMPAH
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu makan cili serbuk
garam secukup rasa
1 tangkai daun kari

Cara-cara : 
Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.

Tuesday, January 3, 2012

MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM...

Entri masakan pertama utk 2012, MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH.. Dah agak lama tak goreng makaroni. Dah agak senyap cajun yg satu masa dulu agak heboh di dapur GMM. Mungkin akan ada yg bertanya apa itu CAJUN disebabkan tak tau apa bendanya tu, sila klik ke SINI. Ada K.Nor letak gambar cajun. Cajun ni sebenarnya sejenis rempah dan boleh didapati dipasaraya2 ya.. Boleh pelbagaikan penggunaan cajun ni selain dibuat pasta yg digoreng gini, boleh juga dijadikan bahan perap pada daging atau ayam (boleh digoreng atau dibakar atau bbq). Boleh juga ditambah lg gorengan sayur utk menghasilkan satu masakan yg enak. 




MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Isi ayam boleh digantikan kepada hirisan daging atau daging cincang.


Monday, January 2, 2012

TAHNIAH IZAH & IML

ALHAMDULILLAH...

Kembali bersiaran di entri pertama di tahun baru tahun 2012 yg semestinya sentiasa mencabar. Kalau ikutkan nak masukkan entri ni semalam, sempena permulaan tahun baru tapi disebabkan diskdrive terjerlus lagi, terpaksa lah tunggu anakanda betulkan. Tapi bila K.Nor tak guna pc, anak2 pulak yg duk main game. Takper lah.. kena bagi peluang kat dia org lagi pun sekolah dah nak start kan.


Plan asal nak buat entri tahniah buat Izah yg disunting Majalah Jelita utk bulan Jan 2012 aje, rupanya hari ni merupakan ULANG TAHUN KEDUA blog Izah, IZAH MUFFIN LOVER. Alhamdulillah.. hadiah berganda buat Izah dan IML utk tahun 2012. Awal tahun dah dapat menempa kejayaan kan, mudah2an akan berterusan berjaya menempa nama di alam maya atau dgn ertikata lainnya alam blog.


Jah... teruskan berkarya.. jgn kita hiraukan kata2 sumbang di depan maupun di belakang kita. Biarkan aje.. biarkan seperti angin yg berlalu. Asalkan Allah tau apa niat kita, lagipun Allah maha mengetaui. Mudah2an satu hari kebenaran dan yg haq akan terbukti jua.. 

TAHNIAH sekali lagi buat Izah dan IML.. mmmmmmmuah!! cayang dia :)