f Secubit Garam: KERABU PEGAGA & SELASIH

Monday, December 10, 2012

KERABU PEGAGA & SELASIH

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. sejak menjadi 'org kampung' ni, K.Nor dpt memenuhi hajat yg sekian lama terpendam iaitu bercucuk tanam terutamanya sayuran yg sentiasa diguna pakai dlm masakan seharian serta ulam2an.. K.Nor mmg suka menanam dr zaman remaja lg dan sentiasa suka makan ulam2an terutamanya pegaga. Sebelum ni masa duk rumah flat ada gak menanam serba sedikit tp persekitaran tempat K.Nor menanam tu tak dpt cahaya matahari dek pokok mempelam/mangga yg K.Nor tanam dah menghadang cahaya matahari, jadi pokok2 yg K.Nor tanam tak dpt nak hidup dgn elok. Pokok kesum, pudina, langsung tak menjadi sedangkan pokok2 ni perlukan cahaya matahari yg secukupnya utk membesar. 


Jadi bila dah berpindah ni, K.Nor gunakan sepenuhnya kesempatan yg dikurniakan Allah dgn menanam pelbagai sayuran kegunaan harian. Alhamdulillah.. semakin subur tanaman yg ditanam. Banyak gambar2 tanaman dah K.Nor post kat fb dan pastinya ramai geng2 yg dah tengok kan.. hehe Salah satu tanaman yg sangat 'menjadi;' adalah pegaga. Kalau dulu, pegaga ni K.Nor tanam dlm pasu pokok limau purut, ianya tak la hidup mana pun.. org kata hidup segan mati tak mau jer.. Pastu bila pindah sini, K.Nor alihkan ke bekas polisterin yg direcycle dan dijadikan pot utk menanam sayuran spt pegaga, pudina dan siew pak choy, ianya semakin subur. Pegaga semakin membiak subur dan merimbun.. Biasanya K.Nor buat makan ulam gitu jer dan kadang2 K.Nor blend dan jadikan jus.. tp bila dah merimbun sgt, pg semalam K.Nor petik/gunting dan dpt sebekas besar daun pegaga. Memang dah aim nak buat kerabu. Akhirnya dgn bahan2 yg sedia ada kat dapur, terhasil lah satu menu KERABU PEGAGA .. K.Nor tambah dgn sedikit daun selasih yg juga sedang merimbun.. errmm.... best tau dimakan dgn nasi putih panas2.. hehe Jom kita tengok resipi kut2 ada yg teringin nak mencuba :)


KERABU PEGAGA & SELASIH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 mangkuk besar pegaga
3 tangkai daun selasih
1 ekor ikan selayang/kembung ~ dipanggang
1/2 cawan kelapa parut (bahagian putih)
2 batang serai ~ dihiris nipis
3 biji bawang merah ~ dihiris nipis
2 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk
1 biji cili merah ~ dihiris
2 biji limau kasturi
1 sudu besar sos ikan ~ optional
sedikit garam dan gula

Cara:
Perisikan ikan dan tumbuk. Ketepikan.
Kelapa parut digoreng tanpa minyak hingga kekuningan kemudian ditumbuk (tak perlu sampai lumat).
Hiris kasar daun pegaga dan daun selasih. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk/bekas.
Masukkan juga kesemua bahan-bahan lain dan gaul rata.
Sedia utk dihidangkan.

*
Kalau suka lebih pedas bolehlah ditambah hirisan cili padi.
Boleh gantikan ikan dgn udang kering (gunakan dlm 3 sudu besar udang kering, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
Boleh skip daun selasih jika tak suka dgn bau/rasa daun ini.