f Secubit Garam: BISKUT CHIP COKLAT TELUR REBUS

Wednesday, December 5, 2012

BISKUT CHIP COKLAT TELUR REBUS

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama nak mencuba resipi kukis yg dikongsikan oleh Che CT ni.. Kebetulan ada telur rebus yg dpt dari kenduri kawin kawan Along di Besut baru2 ni, jadi bolehlah menerai kukis ni. Masa nak start menggodek tu, K.Nor panggil anak dara, suruh dia yg buat sbb tengok bahan2 dan cara buat tu mudah jer kan. Lagipun dah lama anak dara tak berprojek kat dapur. Time cuti sekolah ni elok la digunakan masa sebaiknya kan.. hehe


Keseluruhan proses membuat kukis ni, si anak dara yg buat (mak dara pantau jer hehe). Ok lah kan, kukis mudah jer ni.. Anak2 mmg suka akan rasanya, yg mana ada sedikit perbezaan bila diletak telur rebus dlm adunan. Kukis menjadi sedikit lembut berbanding dgn Biskut Coklat Chip yg biasa K.Nor buat tu.. Apapun, mekasih pd CT yg dah berkongsi resipi olahannya. Lain kali nak buat kena kurangkan lagi sukatan gula walaupun Aisyah dah kurangkan sedikit gula masa membuatnya. :)


BISKUT CHIP COKLAT TELUR REBUS
Sumber: The girl who ate anything
Resipi Olahan : Che CT

Bahan-bahan :
1 biji telur rebus - dilenyek halus
200 gm tepung gandum
125 gm mentega - dipotong dadu kecil
1 sudu kecil baking powder
50 gm gula kaster (25gm)
50 gm gula perang (65gm)
1 sudu teh esen vanila
150 gm coklat chip

Cara-cara :
1. Panaskan oven kepada 180'C
2. Campurkan semua bahan diatas dalam satu mangkuk dan uli dengan tangan atau lebih mudah dengan menggunakan food prosesor dan putar sehingga campuran sebati.
3. Tambahkan coklat chip dan gaul rata dengan tangan atau menggunakan senduk kayu.
4. Ambil sedikit adunan anggaran 22 gm atau buat sebesar bola golf dan letakkan pada kertas baking. Jarakkan setiap satu dan tekan sedikit doh dengan tangan atau garfu.
5. Bakar selama 15 - 20 minit keluarkan dari oven. Sejukkan atas kertas baking 3 minit dan pindahkan biskut atas rak dawai untuk sejuk sepenuhnya.


* utk peringatan K.Nor di kemudian hari..
kurangkan sedikit lg sukatan gula dr yg digunakan (dlm warna merah)