f Secubit Garam: AYAM GORENG KETUMBAR

Wednesday, December 26, 2012

AYAM GORENG KETUMBAR

ASSALAMUALAIKUM...

Setelah hujan berhari2 tanpa henti dan mengakibatkan banjir di sana sinun, kawasan padang sekeliling rumah K.Nor pun dinaiki air, akhirnya matahari mula memancarkan sinarnya pagi ni walaupun tak seterik biasa... ALHAMDULILLAH... semoga cuaca semakin baik dan banjir yg melanda di mana2 tempat juga pulih hendaknya.. amiin...


Kita layan menu simple jer arini ya.. plan nak masukkan menu tertunda yg lain tp banyak pulak kerja nak kena taip resipi sdgkan pagi ni masa free tak banyak.. Insyaallah akan dimasukkan satu hari nanti..

AYAM GORENG KETUMBAR

Bahan2:
1/2 ekor ayam ~ dipotong
3 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 in lengkuas
2 batang serai
3 sudu besar + 1 sudu kecil ketumbar biji ~ disangai (goreng tanpa minyak)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam 
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar cuka
sedikit air
garam
minyak

Cara:
Kisar 3 sudu besar ketumbar biji dengan pengisar kering hingga halus. Ketepikan.
Bawang putih, halia, lengkuas dan serai ditumbuk.
Kemudian masukkan 1 sudu kecil ketumbar biji dan tumbuk lagi sekadar pecah2 sahaja.
Masukkan bahan tumbuk, serbuk ketumbar yg dikisar tadi, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk jintan putih dan garam serta cuka ke dalam sebuah mangkuk/bekas dan gaul sebati.
Masukkan sedikit air utk menjadikan bahan2 tadi seperti paste.
Lumurkan kepada ayam dan perap lebih kurang 1 jam.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak/garing.
Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas2..