f Secubit Garam: DONUT KELEDEK OREN

Saturday, November 10, 2012

DONUT KELEDEK OREN

ASSALAMUALAIKUM...

Projek pertama, utk cuti sekolah yg bermula smlm di Tganu. Dah lama ngidam nak buat donut sbb donut. Tapi sebab kekurangan korum dlm rumah terpaksa ditangguhkan. Semalam masa dlm perjalanan pulang dr mengambil Luqman kat sekolahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan, K.Nor sempat sambar ubi keledek dan ubi kayu kat kawasan Penarik. Dalam kepala mmg dah aim si Donut Keledek Oren..


Alhamdulillah... donut yg dihasilkan sangat memuaskan hati. Lembut, gebus dan sangat lah sedap! Bila diletak ubi dalam adunan donut, tak kiralah ubi keledek atau kentang, donut yg terhasil sangat lah lembut dan  insyaallah akan bertahan 2 - 3 hari kelembutannya (selepas digoreng). Tapi percayalaaaaahhhhh...^____^ donut ni mmg tak sempat bermalam punya. Bila dah goreng tu, gerenti kejap jer licin.. hehe Memang tak leh nak stop makan.. Ni pun silap buat 1 adunan jer.. kena doublekan adunan lain kali, boleh difrozenkan dan goreng anytime kan..

Asalnya resipi donut ni K.Nor guna resipi yg dah pernah buat dulu (kat SINI). K.Nor dah ejjas sbb berat sebiji keledek yg direbus tu lebih dr utk 1 adunan asal. Jadi resipi yg K.Nor letak kat bawah ni adalah resipi olahan ya.. kalau nak guna resipi asal dr Kak Wan tu pun boleh.. Terpulang lah pada citarasa masing2. Dan kalau tak ada stok keledek boleh aje kalau nak gantikan dgn kentang. Ikut jer sukatan spt keledek tu.. insyaallah no problemo :)

DONUT KELEDEK OREN
resipi asal : K.Wan
resipi olahan  : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1  sudu besar butter
         ~
minyak 
gula castor secukupnya

Cara-cara :
Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit),  gaul hingga membentuk sebiji doh.
Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
Angkat dan toskan. 
Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.


*boleh gantikan keledek oren dgn keledek biasa atau pun dgn kentang
* kaedah membentuk donut spt di atas akan menghasilkan donut yg lebih membulat/montoks dr menggunakan acuan penerap donut 
*kerja2 membentuk pun lebih cepat siap berbanding menggunakan penerap yg mana kita perlu mencanai terlebih dahulu (lg pun doh yg diulang2 canai akan mengambil masa yg lebih lama utk naik)
* gunakan botol air mineral atau minuman bergas yg kecil. potong bahagian bawah botol spt dlm gambar di bawah


Gunakan bahagian mulut botol utk menekan bahagian dalam doh yg telah dileperkan ..