f Secubit Garam: ROTI JALA in de houz

Monday, August 6, 2012

ROTI JALA in de houz

ASSALAMUALAIKUM..

Kalau buat Kari Ayam, insyaallah akan dibuat Roti Jala. Kadang2 tu bila terasa nak makan roti jala, masak jer la Kari Ayam utk dijadikan menu lunch. Senang kerja kan.. Sambil2 masak lauk kari ayam tu, kita menjala la.. Bukan susah sgt nak menjala ni, biasanya org dulu2 guna acu roti jala yg dibuat dr tembaga yg bermuncung 3 tu. Ada yg jenis muncung/lubang nya tu duk kat bawah dan ada yg duk kat tepi. K.Nor tak suka guna lubang yg duk kat bawah, mmg berkecah la dapur dgn batter/adunannya tu. K.Nor lebih suka guna acu roti jala yg lubang duk tepi, mudah digunakan dan dapur pun tak bersih sket.


Tapi sejak diperkenalkan oleh Hani (Hanisah Ogawa atau nama glamer kat myr Ringo) cara menjala yg sangat mudah dgn menggunakan botol mayonis 3 muncung, K.Nor dah tak guna lagi acu roti jala. Memang kerja menjala menjadi sangat mudah dan dapur pun tak berkecah sikit pun. Hasil roti jala pun sangat cantik (perasan sorang2 kan hehe), kita boleh main dgn pelbagai warna tp dgn syarat, kalau nak main dgn lebih dr 1 warna kena la botol pun ada lebih dr 1 terutamanya jika nak buat stail tikar mengkuang yg guna 2 atau lebih dr 1 warna. ermmm berbelit tak ayat? Harap faham la kan.. Proses menjala pun kejap jer siap. Buat satu adunan tu mmg tak makan masa yg lama nak sudahkan, tu yg tambah seronok menjala.

Ok lah.. jom semak resipi Roti Jala yg K.Nor buat semalam. Kaler yg digunakan, diinspirasi dr court badminton Sukan Olimpik di UK hehe.. Kebetulan masa nak membancuh adunan roti jala, K.Nor terpandang kat tv (masa tu Along duk tengok perlawanan badminton, kalau tak silap acara beregu), cum pulak kaler pink terang dgn hijau tu.. Terus dtg idea nak guna combination kalar pink dgn hijau padahal mula2 tu dah plan nak guna kaler oren dgn hijau .. hehe penangan Sukan Olimpik la ni kut.. ^__^

Jgn lupa Kari Ayam ya.. :)

ROTI JALA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/full cream
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna gred A
1/2 sudu kecil garam
pewarna yg disukai

Cara:
Bancuh tepung bersama susu segar, air, telur dan garam kemudian ditapis.
Bahagikan kepada berapa bahagian mengikut berapa warna yg nak digunakan.
Masukkan pewarna dan kacau hingga sebati.
Rehatkan adunan lebih kurang 5 - 10 min.
Masukkan adunan ke dalam acu roti jala atau botol mayonis 3 muncung.
Panaskan non stick frying pan dan tebar adunan ke atasnya.
Bila roti jala dah masak, angkat dan gulung atau lipat mengikut citarasa masing2.
Ulang hingga habis adunan.

* seeloknya adunan/batter dikacau dgn menggunakan handwisk supaya lebih cepat sebati dan tidak berketul.
** k.nor lebih suka terbalikkan roti jala yg dah masak sebelum digulung. dgn cara ni, permukaan atas roti jala lebih cantik.
*** selain dr menggunakan susu segar boleh juga diguna santan.