f Secubit Garam: CHICKEN BOXING

Friday, April 27, 2012

CHICKEN BOXING

ETERNITY FOOD REVIEW 1

ASSALAMUALAIKUM...

Kita mulakan food review yg pertama utk masakan K.Nor yg telah keluar dlm Majalah Online ETERNITY edisi Mei 2012 spt yg telah K.Nor tayangkan kat entri INI iaitu CHICKEN BOXING. Bukan org jer pandai main boxing dan bukan kangaroo jer yg pandai main boxing tau, cik yam pun pandai gak hehe


Bagi yg tak tau cara nak membentuk chicken boxing ni bolehlah tengok cara2 yg ditunjukkan di SINI atau di SINI. Ada ditunjukkan cara 'melondehkan' isi ayam pada drummet tu.. hehe sori ya kalau bahasa yg kurang enak sket digunakan tu.. hehehe Selamat Mencuba ^___^

BOXING CHICKEN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
8 - 10 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar akar ketumbar yg ditumbuk
sedikit garam
1 biji telur ~ dikocok
serbuk roti secukupnya
minyak


Cara-cara:
Kepak ayam dipotong, ambil bahagian atasnya sahaja iaitu bahagian yg banyak isi (boleh juga dibeli bahagian drummet yg telah siap dipotong).
Hiris sedikit bahagian hujungnya dan tarik isinya ke bawah (jangan sampai putus). Ketepikan.
Tumbuk bawang putih hingga lumat dan campurkan dengan kesemua bahan lain kecuali telur, serbuk roti dan minyak.
Gaulkan hingga sebati.
Perapkan ayam bersama bahan-bahan tadi lebih kurang 30 minit.
Celupkan ayam ke dalam telur dan golekkan ayam pada serbuk roti hingga rata.
Kemaskan sambil mengepal isi ayam tersebut. Buat hingga habis.
Kemudian goreng ayam tadi dalam minyak yg telah dipanaskan.
Goreng hingga masak dan keemasan warnanya.
Angkat dan toskan.
Hidangkan Boxing Chicken ini bersama sos cili thai atau sos cili kegemaran masing-masing.