f Secubit Garam: AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI II

Tuesday, April 17, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI II

ASSALAMUALAIKUM..

AYAM lagi.. lagi2 AYAM.. ermmm... layan jer la.. nak buat camana, dah menu ni yg dimasak kan.. :)


Dah lama nak menerai ayam goreng berempah, resipi terbaru dari Dayang ni cuma tak berkesempatan. Nak compare dgn AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI edisi I dari Dayang yg pernah K.Nor buat dulu, tak tau nak cakap ler. Sebab dah lama sgt buat yg tu.. Tp yg pastinya mmg sedap ayam bila digoreng berempah gini. Cukup dgn segala bahan2 yg sememangnya menyedapkan rasa ayam goreng spt rempah kari, rempah beriani, pastu ada serai, daun kari dan ada rasa masam dr asam jawa yg seimbangkan rasa berempah, pedas dan masam sket2. Kalau nak tau kesedapan ayam goreng berempah ni, sila la cuba sendiri ya.. Lagi lama perap lagi best :)

Mekasih Dayang, dah bayar hutang nak menerai resipi ayam goreng ni. K.Nor share resipi tu kat sini ya.. :)

AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI II
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung (DJ guna tepung goreng kfc)
2 sudu besar rempah beriani (DJ guna 1 peket kecil rempah beriani Faiza)
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
sedikit air sejuk (jika perlu)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan pes asam jawa
garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan kisar :
6-7 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

***ayam ni sebelum diperap bersama perencahnya, DJ rebus 1/2 masak terlebih dahulu dan kemudian ditoskan dan barulah diperap. Ini utk mempercepatkan lagi masa memasak dan mengelakkan ia terhangus. (lupa nak buat, K.Nor goreng direct jer tanpa rebus dulu )