f Secubit Garam: BISTIK AYAM

Monday, February 13, 2012

BISTIK AYAM

ASSALAMUALAIKUM...

Kembali bersiaran dgn BISTIK AYAM, resipi Nadz.. Memang sedap, K.Nor masak ni masa cuti sekolah akhir tahun lepas.. erm.. dah lama terperam gambar ni dlm folder.. Jgn marah ya.. hehe Kalau tak silap K.Nor gandingkan dgn Nasi Daun Limau Purut tp tak ingat letak mana resipi tu jadi tak leh nak postlah.. Lain kali la try buat lagi nasi tu.. Insyaallah..

Mekasih sudi share resipi yg best ni ya Naz.. boleh ditambah dlm senarai resipi masakan ayam yg boleh diulangkali buat .. 



BISTIK AYAM
resipi : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan perap :
1/2 ekor ayam (lebih kurang 5-6 ketul)
3-4 sudu besar sos lada hitam (apa-apa jenama pun tak pe) ATAU 2 sudu kecil lada hitam biji (ditumbuk)
2 sudu besar tepung gandum

** Ayam dibersihkan, dibasuh dan ditoskan hingga kering. Gaul ayam dengan tepung gandum dan sos lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk. Perap di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan-bahan tumis :
4 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 labu bawang besar - dimayang bulat
2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga
2 sudu besar majerin

Bahan-bahan lain :
2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk
2 biji cili hijau - dihiris
3 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air (250 ml)
2 biji buah tomato - dibelah 4
Sedikit kacang pis (optional)
Sedikit daun sup untuk hiasan (optional)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
Goreng pula ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Tak perlu garing. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak menggoreng tadi sekadar cukup untuk menumis. Masukkan majerin dan biar hingga cair. Kemudian tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan garing.
Masukkan lada hitam tumbuk, puri tomato, kicap masin, kacap manis dan sos cili. Kacau rata. Masukkan air.
Masukkan ayam goreng dan kentang goreng tadi. Biar hingga kuah mendidih dan pekat seperti yang diingini. Kacau sesekali biar rata. Perasakan garam dan gulanya.
Masukkan lada hijau hiris, buah tomato dan kacang pis. Biar seketika agar kacang pis dan buah tomato sedikit empuk.
Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan daun sup sekiranya suka.
SELAMAT MENCUBA!