f Secubit Garam: December 2011

N3 Terkini

Friday, December 30, 2011

ENTRI TERAKHIR....

ASSALAMUALAIKUM...

Betul la tu.. tak silap baca. Memang entri terakhir.. terakhir utk tahun 2011. Kalau ikutkan mmg nak jadikan entri terakhir terus utk SecubitGaram, tapi banyak benda yg perlu diambil kira. Kalau diikutkan hati dan perasaan mmg nak mengakhirkan aje SG tp bila diambil kira ramai lagi yg suka dari yg membenci.. tak jadilah nak teruskan niat tu. Sampai bila kita nak busuk hati dgn org lain.. Takyah la nak kacau2, nak tembak2 org lain.. kita tembak gambar masakan kita aje dah lah.. kan.. hehe 

Begitu banyak suka duka sepanjang 2011 ni.. Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah juga sbb yg baik2 tu adalah dariNya manakala yg buruk2 tu adalah dari kita manusia yg tak pernah lepas dr membuat dosa dan menganiaya diri kita sendiri. Semoga 2012 akan memberi sinar baru, menjadikan dunia blogger lebih baik lagi dari segi dalaman dan luaran.


Jom kita balik pada entri terakhir 2011 bagi SecubitGaram.. NASI KABSA DAGING. Sebelum ni K.Nor dah pernah buat Nasi Kabsa Ayam, menggunakan resipi Raidah dan juga menggunakan rempah nasi kabsa yg K.Nor dapat, pemberian Ayu Kuwait. Lepas tu K.Nor sembang2 dgn Along (masa tu dia kat Jordan) tanya dia ada tak rempah nasi kabsa atau nasi mandi kat tempat dia. Along kata mmg banyak, ada yg dijual timbang dan ada yg dlm kotak. Terus K.Nor mintak dia belikan rempah2 tu dan bawak pulang kalau dia balik bercuti. Jadi smlm K.Nor amik peluang masak Nasi Kabsa menggunakan rempah asli dari Jordan sementara kesemua anak2 ada lagi kat rumah ni. 

Alhamdulillah.. walaupun hasil tak menyerupai 100% Nasi Kabsa org Arab tp tetap sedap kat anak tekak K.Nor sekeluarga. Tanya Along, sedap ke tak, dia jawab sedap cuma kaler jer tak sama. Rasanya K.Nor tak letak safron yg mencukupi masa masak nasi tu. Takper.. lain kali cuba lagi dgn menambah sukatan safron.. hehe


Jom cuci mata dgn Nasi Kabsa versi org Melayu ya.. Nak offer pun dah abis, kalau ikutkan nak post smlm lg nasi ni tp disebabkan USB port buat hal smlm, terpaksa la KIV utk masukkan entri. Nasib baik hero sulong pandai baiki .. kalau tak mmg tak leh nak upload gambo la jawabnya :)

NASI KABSA 
resipi : ResipiRaidah
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**
kali ni k.nor guna rempah kabsa ori..
utk lemon kering tu boleh gantikan dgn perahan lemon
utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.
Bila K.Nor guna daging, K.Nor masak dulu daging bersama dgn bahan2 lain tu hingga daging empuk. Sebelum masukkan beras, angkat daging tu keluar dan barulah dimasukkan beras. Masukkan balik daging dan masak lah hingga nasi masak.

SOS

Bahan:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan (kecuali daun ketumbar) dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Thursday, December 29, 2011

RICH CHOC PUDDING

ASSALAMUALAIKUM..

Sebelum meneruskan pot pet utk entri hari ni, K.Nor nak mohon maaf ya sbb dah banyak hari tak bersiaran. Memang agak bizi akhir2 ni, dgn persediaan anak2 nak masuk asrama ditambah lagi buat masa ni kena handle sorang2. Pilot tak leh join sama sbb duk handle kursus dr minggu lepas lagi sampai la esok. Memang banyak benda nak kena settle bila anak2 nak masuk asrama tambah lagi asrama penuh kan. Pastu pulak dgn pulangnya 2 org hero, lagi la pc ku tak ada peluang nak rest hehe..  Dapur pun sama, duk dikerjakan jer siang dan malam. Ada yg sempat K.Nor shoot dan ada yg tak shoot pun sbb menu ulangtayang jer. Menu memenuhi citarasa anak tekak anak teruna yg rindu nak makan macam2 hehe.. Kalau ikutkan K.Nor nak post entri masakan lain hari ni tp tiba2 disk drive buat hal lak. Jadi terpaksa guna gambar simpanan dlm fail. Yg ni dibuat minggu lepas, tp tak sempat nak update. 


Ok lah.. kita layan cuci mata dgn RICH CHOC PUDDING, puding evergreen kat rumah ni. Mekasih Jun :)

RICH CHOC PUDDING
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.


** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.



Tuesday, December 27, 2011

WORDLESS TUESDAY ^_____^

ASSALAMUALAIKUM...


Hai.. I'm back!! ^__________________^





Saturday, December 24, 2011

BUBUR PULUT HITAM

ASSALAMUALAIKUM..

Aishh.. boleh sama lak entri dgn Noorsha hari ni... masing2 menayang Bubur Pulut Hitam. Yg Noorsha punya tu mmg yg baru masak tu kut tp yg K.Nor punya ni yg dah jadi baja hehe.. Yg ni K.Nor buat pada hari Khamis  baru2 ni, utk anak dara berbuka puasa. Dalam nak gi amik result PMR pun dia berpuasa.. Alhamdulillah.. mmg  dia selalu ikut K.Nor dan suami berpuasa sunat. Sekarang ni dia mmg rajin berpuasa sunat. Rasanya saham naik ni.. ada yg nak booking? hehehe..


Ok .. Jom la cuci mata dgn Bubur Pulut Hitam. Bubur yg amat mudah dimasak dan sedap lak tu dimakan suam2 panas. Sesetengah org suka makan yg sejuk (yg dah disejukkan dlm esbok) tp selera K.Nor suka makan yg suam2 panas, gitu gak kalau Bubur Kacang..  K.Nor letak jer resipi kat sini ya.. Memang dah tau ramai yg dah pandai masak Bubur Pulut Hitam, jadi ni sekadar utk rujukan anak2 K.Nor dikemudian hari.. 


BUBUR PULUT HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
sedikit santan fresh (extra)

Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Hidangkan dlm mangkuk dan masukkan sedikit santan fresh diatasnya.

*Stail K.Nor kurang suka Bubur Pulut Hitam yg agak pekat, K.Nor suka jenis yg sedang2 aje pekatnya tapi tidak terlalu cair... :)

Friday, December 23, 2011

DAGING BUMBU BALI

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Mekasih semua yg telah memberi ucapan tahniah buat anak dara K.Nor juga buat kami sekeluarga.. Semua tu atas izin Allah juga.. semoga anak2 kita semua akan bertambah cemerlang di dalam pelajaran, dalam pergaulan dgn akhlak yg terbaik dan juga cemerlang dlm hidup di dunia dan di akhirat.. amin...

Dan mohon maaf atas suasana yg sedikit panas dalam entri Tiramisu Strawberi. Kepada cik anon, ini lah kami.. blogger masakan. Walauapun tak pernah bersua bertentang mata secara realiti hanya sekadar bergurau senda dan bertepuk tampar secara alam maya, tak dapat dinafikan antara kami ada ikatan yg amat kukuh. Kami bagaikan bersatu di alam maya dan bukan perlu satu persatuan atau kelab utk bloggers ni. Apa yg diluahkan tu hanyalah sebahagian kecil dari bloggers yg dah lama juga memendam rasa. Ramai lagi geng bloggers atau Geng Masak-Masak (GMM) yg menyatakan terkilan dgn apa yg cik anon dah luahkan tu cuma mereka tak mo kecoh2kan lagi suasana. Ini lah yg dikatakan. CUBIT PEHA KANAN, PEHA KIRI JUGA TERASA SAKITNYA..  Semoga cik anon dan bloggers newbie yg faham apa yg kami luahkan. Dan pada mereka yg selalu melakukan perkara mencuri/menciplak ni sedar akan kesilapan yg telah mereka lakukan. Dah banyak hati yg keciwa, dah banyak hati yg terusik dgn apa yg telah anda lakukan. Kalau ikutkan ada banyak lagi point2 yg menyebabkan sebahagian dr kami GMM ni buat disable right click function. Kalau cik anon nak tau, banyak gambar2 kami yg dah digunapakai utk perniagaan sesetengah org lain, termasuk di facebook. Adilkah bagi pihak kami, org yg dicuri gambar ni, bila kami bertanya pada org yg mencuri tu, kami pula yg dihentam? Malah pernah terjadi pd  K.Nor sendiri, sorang tu siap report kat Suruhanjaya Multimedia, padahal K.Nor yg jadi mangsa tp pemangsa pulak yg buat report? Atas dasar apa dia report, sedangkan dia yg curi gambar K.Nor? Sepatutnya K.Nor yg report kan? Jadi, diharapkan pada cik anon yg bersembunyi disebalik nama anonymous tidak lagi membuat tuduhan melulu tanpa mengetahui apa yg sebenarnya telah berlaku di kalangan dunia blogger. Yang kadang2 indah kabar dari rupa.. harap maaf andai kata2 ni kurang menyenangkan pihak cik anon..

Ok lah ya.. kita tinggalkan hal tu di situ.. Mudah2an ada penghujung disebalik yg berlaku. Dah nak masuk tahun baru, semoga dunia blog dan para blogger di tahun 2012 akan lebih hebat dan lebih bersifat prihatin dan tidak timbul lagi perkara2 yg kecoh dan gempak seperti yg sudah2.. Buangkanlah sifat buruk dan busuk hati antara satu sama lain.. lebihkan sifat keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara. Semua yg baik2 itu adalah dari Allah Taala juga manakala yg tak elok itu adalah dari kelemahan kita sendiri.. 

~~~~~~~ *** ~~~~~~~


Berbalik pada entri hari ni.. Kali ni nak tayang satu menu yg insyaallah amat enak dimakan dgn nasi apa2 pun, baik nasi putih maupun nasi berperisa. Sebelum ni K.Nor pernah try dgn menggunakan ayam (AYAM MASAK BALI) dan kali ni tak derhaka lagi dah.. guna daging spt kehendak resipi.. hehe.. Apa salahnya tukar2 bahan utama kan.. Bagi K.Nor dua2nya sedap! Tapi semestinya masakan daging lebih sedap sbb K.Nor lebih suka daging dari ayam :)


Jom tengok resipi yg K.Nor amik dari rumah MamaHawa ya... Tq Ma.. :)

DAGING BUMBU BALI
sumber : Cindai Biru@MyR, MamaHawa
sumber : K.Nor@SecubitGaram

500g daging (potong nipis, cuci bersih)
250ml santan tin ~ k.nor guna santan fresh
3 helai daun limau purut
2 sdb kicap pekat
*5 biji buah keras
*8 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sdt kunyit serbuk
Garam dan kicap manis rasa
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.

Kisar bahan yang bertanda * panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.

Thursday, December 22, 2011

SYUKUR.. KEJAYAAN BERGANDA...

ASSALAMUALAIKUM...

Syukur.. Segala puji hanya layak untuk Mu Ya Rabb.. Syukur di atas segala limpah rahmat dan di atas kejayaan yg telah diperolehi oleh anak2 ku yg tersayang.. 

Sijil di belakang slip tu adalah Persijilan I'dadi yg mana dia mendapat keputusan Mumtaz

Alhamdulillah.. kejayaan berganda bagi tahun 2011 buat anak2 K.Nor. Setelah Luqman mendapat kejayaan yg cemerlang dalam UPSR baru2 ni, kali ni anak dara nan satu juga menempah kejayaan yg membanggakan dalam PMR. Alhamdulillah.. dia mendapat 9A atau dgn kata lain straight As.. Gembira dan terharu bila dia juga mengikut jejak langkah Alongnya yg mendapat staright As dlm PMR. Akhirnya segala usaha dan penat lelahnya terbayar dgn kejayaan yg dimiliki hari ni. Dah boleh melepaskan nafas kelegaan bila dua2 keputusan peperiksaan dah tau ni kan.. hehe Hati emak mana lah tak dup dap dup dap.. Mengalahkan anak2.. hehe Tapi.. dalam suka ada duka... tak lama lagi dua2 akan masuk asrama.. Luqman dapat tawaran ke Sek Men Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan dan Aisyah pun akan masuk asrama bila buka sekolah nanti. Tinggal lah emak dan ayah berdua2an jer.. :(



Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmat, dan memberikan kejayaan berterusan dlm pelajaran, kehidupan di dunia dan di akhirat buat semua anak2 mak yg mak sayang... amin.. ya rabbal a'lamin...

Wednesday, December 21, 2011

SMECC...

ASSALAMUALAIKUM..

Jgn marah ya.. K.Nor mmg suka guna shortform.. Kalau mau tulis sangat panjang itu nama resipi... SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE.. panjang kan.. so kita pendek2kan supaya mudah nak sebut.. ehh nak taip.. mudah nak ingat.. ingat SMECC ingat kat K.Nor dan kena ingat gak kat Dayang, empunya asal resipi kek cekelat tanpa telur yg the best! Bg K.Nor, ni lah kek yg mudah nak buat, bahan2 simple dan insyaallah.. sangat sedap walau tanpa topping. Penyediaannya tak sampai 1/2 dah boleh masuk oben. Masa bakar pun lebih kurang tu gak.. Memang amat2 mudah disediakan. Tapi K.Nor tak mo la kata, tutup mata pun boleh buat.. kang tak pasal2 tangan terkena oben panas. Jatuh saham kang.. hehe..


K.Nor tak tau la kek ni dah kali ke berapa K.Nor buat. Rasanya dah lebih dr 10x. K.Nor buat dlm bentuk kek sebiji dan juga dlm bentuk cupcake. Tiap kali buat semestinya 2 adunan sbb kalau 1 adunan kecik jer hasil kek ni. Utk gambar yg K.Nor tunjuk ni K.Nor buat 2 adunan, tu yg boleh dpt 1 biji kek yg besar sket. 

Kek ni sgt sesuai kalau kita buat utk dijadikan buah tangan kalau menziarah org yg dlm pantang. 
Pantang bersalin atau pantang bersunat pun ok hehe...

Utk sekali lagi, K.Nor nak share resipi tu kat sini ya Dayang. Jutaan terima kasih pada Dayang yg sudi share resipi kek yg amat2 sedap ni walau tanpa telur, kek tetap enak :)

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor guna melted butter
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

* K.Nor tak buat topping sbb kek ni dah cukup enak dimakan tanpa topping.
** K.Nor mmg sentiasa gunakan butter yg dicairkan utk menghasilkan kek yg lebih enak tp kalau utk jaga kesihatan lebih sesuai digunakan minyak jagung atau minyak sayuran.

Tuesday, December 20, 2011

TALAPIA GORENG BERSAMBAL CILI

ASSALAMUALAIKUM..

Ikan talapia sentiasa mendapat tempat di hati anak2 kat rumah ni. Buat lah masak apa pun, insyaallah berselera anak2 K.Nor makan. Kalau goreng saja pun sedap, tambah lagi kalau digoreng garing2 sket. Jom layan menu talapia yg dimasak simple ni..


TALAPIA GORENG BERSAMBAL CILI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ikan talapia
sedikit garam dan kunyit
5bj cili merah
5 - 7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato ~ didadukan/dicincang
1 sudu besar kicap manis
sedikit belacan
garam, gula
daun ketumbar ~ dihiris
minyak

Cara:
Gaul ikan dgn garam dan kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan.
Cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang merah diblend kasar. Lagi elok jika guna food processer sbb boleh kisar tanpa memasukkan air.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak (guna api yg sederhana).
Masukkan tomato yg didadukan/cincang. Goreng lagi.
Masukkan belacan, kicap, garam dan sedikit gula.
Goreng lagi hingga pekat dan pecah minyak. Padamkan api.
Masukkan daun ketumbar dan kacau rata.
Tuangkan sambal ke atas ikan yg dah diletakkan atas pinggan dan sedia utk dihidangkan.

Monday, December 19, 2011

CPAB Again.... ^___^

ASSALAMUALAIKUM..

Dah malam baru boleh masukkan entri. Kalau ikutkan dah janji dgn Izah nak tayang CPAB masing2 petang ni tp disebabkan K.Nor agak bz arini chewahhhh.. mmg bz manjang aje lately ermm... Banyak benda nak kena settle bila Luqman dapat ke sekolah berasrama penuh ni. Nak kena buat medical check up, sign itu ini.. Tak termasuk nak kena cari barang2 keperluan utk masuk asrama lagi tu. Dah la 2 minggu ni cik abg agak bz dgn kursus photografi dgn dua jabatan.. sbb tu kena mencuri ruang sementara dia tak sibuk lagi ni.


Berbalik pada CPAB yg sangat2 sedap ni, sebenarnya K.Nor buat pada hari Sabtu baru2 ni. Skrg ni mmg banyak entri peram dlm folder, tak kisahlah kan.. Asal berupdate dah.. Tak la sunyi sepi dan tumbuh lalang SecubitGaram ni.. hehe.. Seronok jer tengok virus CPAB yg sedang menular dgn rancaknya di dapur GMM.. Benda sedap mmg kena sebar2kan.. mmg tak rugi cuba roti cinnamon ni. Yg tak makan biasa makan, tak pernah makan insyaallah akan sukakannya.. spt K.Nor dan anak dara K.Nor. Utk batch yg kedua ni pun K.Nor buat atas request anak dara yg tak puas makan tempohari. ermmmm.. sama gak dgn si emak.. tak puas gak .. Kali ni buat pun. K.Nor dua beranak jer duk pulun. Terasa jer kesedapannya kat anak tekak. Walaupun guna tepung gandum aje tetap maintain lembut dan sedap, kan Izah.. eh.. Tun, Lieza dan Zana pun dah buat. Arini Dina@CB dan Nieza pun turut sama terkena virus CPAB.. sapa lagi lepas ni ya.. Rasanya MamaHawa kut.. hehe ... Jom Ma, kita menCPAB :)


Utk resipi CPAB atau nama panjangnya Cinnamon Pull Apart Bread, sila ke SINI ya.. Mekasih sekali lagi buat Shidah yg berkongsi resipi ni.. ^__^

*utk makluman.. kali ni K.Nor guna 1/2 cawan gula pasir dan 1 sudu kecil serbuk kayu manis. alhamdulillah.. sedang elok jer manis nya tu..  :)

Sunday, December 18, 2011

SUKA TELUR IKAN GORENG? :)

ASSALAMUALAIKUM...

Kita short short talk aje pagi ni, no long long talk.. Lagi pun hujung minggu blog kurang meriah sket kan.. hehe

Bila ke pasar nampak telur ikan yg agak fresh, mula la nak rembat. Tak banyak pun, biasanya K.Nor beli dlm 2 - 3 ringgit jer. Cukuplah utk sekali masak dan makan dan melepaskan rindu nak makan telur ikan. K.Nor jarang masak lauk yg cerewet dgn telur ikan ni. Selalunya suka buat goreng2 simple gini. ermmmm ... td kata nak short short talk kan.. jom layan TELUR IKAN GORENG KUNYIT ^__^


TELUR IKAN GORENG KUNYIT II
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong
2 tangkai daun kari
1/2 sudu besar serbuk cili kasar/serbuk lada hitam

Cara:
Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

Friday, December 16, 2011

NASI TOMATO (3) DAN AYAM MASAK KANDAR

ASSALAMUALAIKUM...

Baru2 ni tengok Yatie tayang menu yg dah lama nak buat tp cam biasa tak terbuat2 hehe.. Bila datang mood rajin tambah lagi beras basmathi yg kurang best dah abis dan diganti dgn yg biasa K.Nor guna sebelum ni, baru la rasa bersemangat nak masak menu ni. K.Nor ikut stail Yatie, gandingkan Nasi Tomato bersama Ayam Masak Kandar resipi Nieza. Memang best sungguh rasa Ayam Masak Kandar ni. Rasa nak menambah2 nasi time makan tu hehe..


Mekasih pada Nieza yg dah berkongsi resipi yg enak ni dan mekasih juga pada Yatie yg dah menguar2kannya. Opss.. Resipi Nasi Tomato ni K.Nor guna yg Wana kongsikan kat blognya, iaitu dari Majalah Rasa. Sedap! Mekasih juga buat Wana dan tuan resipi asal Nasi Tomato. Izinkan K.Nor share resipi2 tu kat sini lak Wana dan juga Nieza ya... Mekasih ... :)

NASI TOMATO
sumber : Wana@PotretKasih (dari Majalah Rasa)
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
500 g beras basmathi (dibersihkan)
4 biji tomato (dikisar)
500 ml air
125 ml susu cair
3 sudu makan sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
2 sudu makan minyak sapi
2 cn kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih( ditumbuk)
sedikit kacang gajus ( option)
sedikit kismis ( option)
1 biji bawang besar ( dihiris)
sedikit bawang goreng
sedikit daun ketumbar (dihiris)

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan menumis hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng sekejap hingga rata.
3. Masukkan sos tomato, tomato kisar, air, susu dan daun pandan.
4. Tanak nasi seperti biasa.
5. Setelah masak taburkan buah gajus, kismis, bawang goreng dan daun ketumbar…

















AYAM MASAK KANDAR
Resipi : Nieza
Sumber : Yatie & K.Nor

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil
1/2 cawan kicap pekat
1 s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
3 s/b rempah kari ayam
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 sudu mkn sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
1 kiub ayam
garam secukup rasa

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering- Yatie guna 1/2 cwn cili kisar
3 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/kjintan manis
1 s/k jintan putih

Bahan Tumis
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manisMinyak masak..saya campurkan dengan mentega sikit
1 ulas bwng putih- hiris
2 ulas bwng merah hiris

Cara-cara masak:
Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.

Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya.
Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.

Wednesday, December 14, 2011

CINNAMON PULL APART BREAD

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya dah lama betul simpan niat nak buat roti ni. Sejak Shidah tayang kat blog dia, mmg teringin nak buat tambah lagi Shidah duk promote habis2an ttg kesedapan roti ni. Ikhlas beritau ni, K.Nor mmg tak pernah makan roti/bun kayu manis atau cinnamon bread/bun. Bukan tak suka bau kayu manis tu tp teragak2 jer nak cuba walaupun ramai yg duk cakap betapa sedapnya bun kayu manis. Nak buat kat rumah lagi la teragak2, takut anak2 tak suka. Dlm hati tu mmg meronta2 nak cuba .. chewahhh .. baekkk punya ayat hehe.. Kalau setakat si emak dan si ayah mmg no hal.. insyaallah semua pulun makan tp kalau anak2 ni payah sket kut, tambah lagi si hero bongsu yg cerewet sket tu.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas kalau tak silap 6 Dis, sehari lepas balik dr KL, K.Nor gi dating dgn Shidah yg kebetulan balik bercuti ke KT. Masa K.Nor duk lepak kat fb, Shidah cuit ajak jumpa. Wahh peluang kan.. Sebelum ni dah acapkali Shidah balik ke KT tp tak berpeluang nak jumpa. Org kata tak ada jodoh nak jumpa hehe.. Petang Selasa tu, Shidah dan K.Nor pun dating ler kat SR yg tak jauh dr rumah SIL dia. Seronok sangat sembang dgn Shidah sampai tak sedar masa berlalu. Dalam duk sembang tu la, Shidah duk uark2an kesedapan CINNAMON PULL APART BREAD ni. Memang nak kena buat gak la bila dah kena racun tu kan.. hehe Mekasih Shidah, syok dating dgn Shidah aritu sampai lupa terus nak posing. hu hu...


Akhirnya, hari Jumaat baru lah K.Nor beranikan diri buat CPAB ni.. Masa roti ni dlm oven, punya la wangi bau kayu manis. Anak dara dah bersungut, kuatnya mak bau kayu manis. Haish.. dlm hati duk pikir, dia makan ke tidak nanti ni. Bila dah masak, dah cool sket dan dah abis shooting, terus jer dia ngap. Wallahhhhhhhh.. manyak syedap woooo!! Perghhh.. mmg tak rugi mencuba! Roti tu pun lembut jer walau tak guna pelembut roti ataupun water roux. Memang best, makan suam2 panas pastu pekena air kopi panas.. Syok abis!! Betul la Shidah.. anak dara K.Nor mmg suka gak tu. Nak dijadikan cerita, kebetulan malam tu ada kawan baik K.Nor dtg bagi Bubur Asyura. Dah tak ada apa nak dibalas, K.Nor bagi la CPAB tu seloyang. Dah nak jadi rezeki dia sekeluarga kan.. Kalau ikutkan mmg tak puas makan CPAB mlm tu tp tak per.. boleh dibuat lagi lain kali.


Utk yg sukakan roti/bun kayu manis, amat2 digalakkan utk mencuba roti ni. Kalau tengok step tu mmg nampak cam cerewet. Utk lebih mudah faham boleh klik kat link Joy The Baker atau Shidah, dia org ada letak gambar step by step. Dan kat bawah nun nanti K.Nor ada letak kaedah K.Nor buat bila guna BM. Shidah, mintak izin ya nak share resipi tu kat sini. TQ!! :)

CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker
source : Shidah & K.Nor

For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang)
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.


note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah


Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.

Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.

Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.

* Kaedah K.Nor bila guna BM:
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa.



Tuesday, December 13, 2011

AYAM MASAK KICAP CAMPUR

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. dpt kembali bersiaran walau dlm mood yg dipaksa utk menghapdet. Lemau betul mood sehari dua ni. Dek kebizian melanda dan badan yg kurang sihat. Disebabkan dah beberapa hari tak ada entri baru, kenalah paksa diri utk mengedit gambar dan mengarang. 


Resipi kali ni hasil skodeng kat dapur MamaHawa S'pore. MamaHawa masak ayam masak kicap menggunakan KICAP CAMPUR Mas Duniaku. Kebetulan kicap campur tu mmg ada lagi dlm esbok K.Nor pun try la masak ayam kicap menggunakan resipi MamaHawa ni. Alhamdulillah.. mmg sedap! Memang menjilat jari! Terasa kelainan masakan ayam masak kicap bila digunakan kicap campur. Kalau tak caya, try la buat. Tapi kena la ada paste Kicap Campur dulu kalau nak masak AYAM MASAK KICAP CAMPUR resipi MamaHawa ni. Nak resipi Kicap Campur, klik ajer link yg K.Nor dah letak tu.. :)

Mekasih Ma, sudi share resipi ayam masak kicap yg mabeles ni. Izinkan Nor share kat sini lak ya... :)


AYAM MASAK KICAP CAMPUR
resipi : MamaHawa 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2
1 ekor ayam sederhana besar - diptg, cuci bersih, garamkan & kunyitkan goreng setengah masak
Bawang besar - dihiris kasar2 utk ditabur atas
cili merah & hijau - pun dihiris serong.
secukup kicap campur

Bahan utk ditumbuk halus
1 inci halia
3 - 4 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam biji - kalau nak pedas sikit blh tambah

Rempah tumis 4 sekawan

2 sudu makan tomato sos
2 sudu makan kicap manis
secukup air utk kuah
minyak
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah

Cara2 memasak
Ayam yg telah dibersih, digoreng separuh masak ketepikan. Tumiskan rempah 4 sekawan sehingga harum masukkan bahan2 yg telah di tumbuk halus/dikisar. Tumis sehingga wangi baru masukkan kicap campur dlm 2 senduk kecil, tomato sos, kicap manis dan akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng. Balikkan sehingga ayam rata dgn sos2x dan kuah kicap mula pekat & berbuih2 baru masukkan sedikit air jika hendak berkuah. Rasa masin, manis kuah dah sesuai rasa biarkan ia mendidih sebentar blh lah tutup..taburkan cili merah & hijau dan jgk bawang yg telah dihiris . Siap!

* setelah rempah 4 sekawan wangi, tumiskan cili mesin hingga garing. barulah dimasukkan bahan2 yg ditumbuk dan seterusnya..

Sunday, December 11, 2011

~ 3A ~

ASSALAMUALAIKUM..

No food photo for today ya... Tuan rumah nak rest, hidung agak kurang sihat. Bila makan ubat selsema mula lah badan rasa shaking dan kepala pun lalok jer.. So kita layan gambar 'cucu2' K.Nor ni ya.. haha.. bukan cucu  sendiri la.. cucu sdara .. Ke tiga2 ni cucu sister K.Nor yg kat Puchong tu.. Gambar2 ni diambil masa Majlis Pertunangan Lela baru2 ni.. Cuma gambar Azrul jer yg kurang ada sbb dia dah susah nak diajak bergambar skrg ni.. Tu pun dpt gak sekeping dlm gambar pertama kat bawah ni (Azrul berbaju kemeja petak2).

AZRUL, ARIQA & AQEEL



AQEEL


Friday, December 9, 2011

KEK LAPIS CHEESE PERSONA again...

ASSALAMUALAIKUM..

Kali ke2 buat kek lapis yg paling mudah disediakan dan enak banget nih. Ni gara2 melayan kerenah anak tekak si anak dara yg tak puas makan masa buat kali pertama dulu. Yer la, benda sedap... dibuat pulak 1/2 adunan jer, mana la puas makan. Bukan si anak dara jer yg tak puas makan, si emak dara pun sama gak :) Tumpang semulut jer la ngap dgn dia hehe


Jom layan KEK LAPIS CHEESE PERSONA, resipi Ryo yg makin melotop skrg ni sejak jadi DJ Radio :) Yg tengah berdiet, pejam aje dah la mata tu ya... Tapi kalau nak buang ke laut diet tu pun boleh ajer ^___^

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE, k.nor guna biskut marie perisa kopi jenama Ping Pong)
500 ml susu segar,dipanaskan ~ k.nor guna 300ml sahaja

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar ~ k.nor lebihkan 20ml
1/2 cawan gula halus
50gm butter ~ yg ni k.nor tambah



Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati (pukulkan sekali juga butter jika ikut cara k.nor tambah butter)
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Thursday, December 8, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN LELA

ASSALAMUALAIKUM..

Seperti yg telah K.Nor maklumkan dalam entri sebelum ni (PITTAYA JUICE), K.Nor sekeluarga telah ke Puchong, Selangor pada Khamis 1 Dis. Tujuan utama ke Puchong adalah utk menghadiri Majlis Pertunangan anak sdara K.Nor, Lela@Laila yg diadakan pada Sabtu, 3 Dis. Lela merupakan anak ke5 sister K.Nor. 


Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar, matahari pun memancar dgn elok sekali sedangkan dua tiga hari sebelum tu asyik hujan jer. Dikesempatan ni K.Nor nak ucapkan terima kasih buat Rabiatun yg telah menyiapkan Red Velvet Cupcakes mengikut citarasa Lela. K.Nor hanya menyediakan Puding Kasih Bertaut. Itu juga atas permintaan Lela. Tapi lupa sungguh nak snap gambo puding tu. Kalau intai2 dlm gambar yg kat bawah ni mungkin nampak sket la kelibat Puding Kasih Bertaut tu dlm mangkuk bertutup.

Ok lah.. dah kehilangan idea nak mengarang ni. TAHNIAH buat Lela yg dah jadi tunangan org ya.. Lepas ni kena rajin2 masuk dapur, masak dan masak supaya senang bila dah jadi isteri Arif nanti ^____^



Tuesday, December 6, 2011

PITTAYA JUICE

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulilah... kembali bersiaran secara langsung setelah 5 hari hanya bersiaran secara entri berjadual. Terlebih dahulu nak pohon maaf sebab di kelima entri sebelum ni K.Nor tak berkesempatan nak reply satu persatu komen2 yg ditinggalkan. Hanya sempat reply komen pertanyaan berkaitan resipi jer. 

Sebenarnya K.Nor dan famili telah ke Puchong pada hari Khamis 1 Disember dan baru jer pulang ke rumah smlm Isnin 5 Disember. Tujuan ke Puchong tu utk menghadiri Majlis Pertunangan anak sdara K.Nor pada 3 Dis. dan juga nak settle satu misi yg tak leh nak uar2kan lagi la buat masa ni hehe. 


Jadi, sementara dapur kembali berasap layan dulu minuman penyegar anak tekak ya.. PITTAYA JUICE atau Jus Buah Naga.

PITTAYA JUICE 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 bj buah pittaya/buah naga
3 cawan air
1 cawan susu cair
5 sudu besar gula
ketulan ais secukupnya

Cara:
Blend buah pittaya bersama gula dan 1 cawan air.
Tuangkan ke dalam jug dan masukkan lebihan air dan susu cair.
Hidangkan dlm gelas bersama ketulan ais secukupnya..


** Kepada semua teman2, adik kakak yg baik hati yg ada simpanan no hp K.Nor. Boleh tak sms K.Nor no talipon ke hp K.Nor? Kalau yg tak ada no K.Nor tu, boleh gak kalau nak tinggalkan kat inbox di fb.. Dukacita sgt semua no2 yg ada dlm simpanan K.Nor telah hilang disebabkan hilangnya hp K.Nor masa kat Gombak baru2 ni. Jgn lupa bagitau nama masing2 gak ya.. kang no naik tp tak tau sapa empunya lak hehe.. Jutaan terima kasih atas kesudian meng'sms' no tu ya... :)  **

Monday, December 5, 2011

NASI KUNING again.....

ASSALAMUALAIKUM..

Kalau sebelum ni K.Nor dah tayang 2x Nasi Kuning berlaukkan Gulai Ikan Tongkol. Kali ni ada tambahan lauk atas permintaan si anak dara. K.Nor buatkan AYAM MASAK MERAH BEREMPAH disamping GULAI IKAN TONGKOL (lauk wajib kalau masak Nasi Kuning ni.. hehe) dan ACAR TIMUN. Memang bertambah sedap Nasi Kuning bila ada tambahan lauk ayam pedas2 gini.. 

Agak pucat kaler Nasi Kuning kali ni.. 

Ok lah ya.. layan jamu mata dah la ek... Nak mencuba Nasi Kuning dgn menu gandingannya? Sangat dialu-alukan...  Semoga kena dgn selera anak tekak sekeluarga. 

NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.

** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..


Sunday, December 4, 2011

FLUFFY CHOCOLATE PANCAKE

ASSALAMUALAIKUM..

Satu lagi versi pancake yg dihasilkan menggunakan resipi FLUFFY PANCAKE yg pernah K.Nor post dulu. Bagi yg dah menerai pancake ni spt K.Rose, Zaliedana, Lieza... (ermm sapa lg ek.. lupa la.. maaf ya..) semestinya dah tau dan puas hati dgn kegebuan dan keenakkan pancake ni kan.. Kali ni K.Nor try masukkan bahan tambahan iaitu coklat masakan utk menghasilkan pancake berperisa coklat yg sangat gebus dan sedap.


Maaf la ya K.Nor tak sempat nak translate lg resipi ni ke BM.. insyaallah ada kesempatan masa nanti K.Nor translate.. 

FLUFFY PANCAKE
source: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram


Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional
3 tablespoons cooking chocolate ~ yg ni k.nor tambah

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.

* cairkan butter bersama cooking coklat

Saturday, December 3, 2011

JOM SARAPAN ..

ASSALAMUALAIKUM...

Roti Sardin, entri yg pernah post dulu.. pernah mengguris rasa hati. Tapi siapalah K.Nor kan, nak bising2 hal yg remeh temeh jer bg sesetengah org. Jawabnya pendam jer la.. Hanya segelintir yg tau dan ada lg yg tau tp buat2 tak tau.. takper.. biar jer lah... 


Menu kegemaran suami dan anak2 K.Nor ni. Kalau ada complete anak2 kat rumah ni, buat 10 bj roti burger gerenti tak cukup. Tiap kali nak buat mesti kena beli 2 paket roti burger, baru anak2 puas makan. Jom layan ROTI SARDIN, resipi original dr SECUBITGARAMNOR67... Kalau nak tengok the making sila klik kat SINI ya.. Opss Jangan lupa buat air lada/sos utk gandingan yg lebih sedap bila makan Roti Sardin ni ya.. :)


ROTI SARDIN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.

Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..

Friday, December 2, 2011

NASI GORENG BERIANI

ASSALAMUALAIKUM...

Quick update ya...  ^___^  Nasi goreng yg diilhamkan dari Mihun Goreng Beriani Ayu S'pore. Nak tau rasa kenalah cuba sendiri. Jgn lupa goreng keropok ikan atau papadom ya.. :)


NASI GORENG BERIANI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan: 
2 pot beras basmathi  (pot rice cooker) ~ dimasak
1 keping dada ayam ~ dihiris kecil
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah beriani ~ bancuh dgn sedikit air 
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 tangkai daun kari
1 biji telur ~ dikocok sedikit
1/2 batang carrot *
1/2 biji capsicum merah *
1/2 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
garam, gula
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Kemudian masukkan ayam dan goreng sehingga ayam berubah warna.
Masukkan pula cili mesin dan goreng hingga garing.
Masukkan rempah beriani dan serbuk lada hitam.
Masukkan juga daun kari dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan carrot, capsicum merah dan capsicum hijau serta garam dan gula secukupnya. Goreng sekejap.
Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga rata.
Alihkan nasi ke tepi kuali dan masukkan telur, kacau telur hingga menjadi spt scramble egg.
Kemudian kacau nasi bersama telur dan goreng seketika.
Angkat dan hidangkan.


* Seeloknya nasi yg nak dijadikan nasi goreng, dimasak lebih awal. Letak dlm dulang dan anginkan supaya kering sedikit. Dgn cara ni, nasi kita berderai dgn elok dan tak melekat/berketul. 


Thursday, December 1, 2011

YOGURT STEAMED CUPCAKE

ASSALAMUALAIKUM...




Apam yg paling digemari, mudah disediakan dan hasilnya sangat mabeles.  Kalau sebelum ni K.Nor hanya kukus dlm cup aluminium foil sebagai alas/mould, hasilnya mmg cantik, mekar dgn pecah 3 kat atas apam tu. Kali ni K.Nor guna mould yg berlubang yg khas utk membuat apam, hasilnya fuhhhhhhhhhh.. bukan pecah 3 atau 4 tapi pecah 5!! Sangat terkejut masa bukak penutup pengukus tu. Mekar keseluruhan apam yg dikukus, berjambak2! Boleh dikatakan majoritinya pecah 5, ada sket2 jer pecah 3 dan 4. Memang berbaloi guna cup/mould yg berlubang2 ni..  Nak tengok mould yg K.Nor maksudkan tengok kat SINI ya... Ni gara2 tengok Rima tayang apam yg dikukus menggunakan mould ni dlm entri dia sebelum ni. Memang cun  apam2 yg Rima hasilkan, semua mekar berjambak2 hehe






YOGURT STEAMED CUPCAKE
souce : Rima

2 cups sugar (1 1/4cawan)
1 tsp ovallete
2 cups flour
1 cup fresh yoghurt (thick) (1/2 caw yogurt + 1/2 caw susu cair)
2 eggs
1/2 tsp double acting baking powder (k.nor guna baking powder biasa)
1tsp cocoa powder (K.Nor skip)
1tsp chocolate paste
1 sudu teh esen vanila (K.Nor tambah)



Method
Beat all of them together until the batter becomes pale, thick, and the whisk leaves a vivid trail when stirring through the batter.
Spare some batter for the chocolate topping (about 5 Tbsp), mix it with cocoa powder and chocolate paste.
Drop the white batter into cups, then drop a teaspoon of chocolate batter on top of every cup. Steam for about 15 - 20mins.

* Yg betanda merah ygK.Nor buat
** utk mudahkan meletak adunan dlm papercup, masukkan adunan dlm piping bag atau plastik bag bersih dan gunting bucunya.