f Secubit Garam: October 2011

N3 Terkini

Monday, October 31, 2011

DAGING GORENG BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM...


Dah lama tak masukkan entri masakan daging rasanya. Bila check balik kat labels tu, last sekali 29 Sept.. ermm dh sebulan.  Bukan tak masak daging kat rumah ni tapi masak menu yg sama yg direquest anak2. Lagipun daging K.Nor cuma masak sekali seminggu jer. Kebetulan beli daging sket baru2 ni K.Nor try la satu masakan mudah dan sedap kat anak tekak ahli dlm rumah ni. Luqman siap ratah2 lagi dan bertambah makan nasi. 



Resipi ni mungkin ada persamaan dgn resipi2 ayam atau daging yg pernah dicuba sbb masa masak tu K.Nor main campak2 jer apa yg rasa nak campak. Kalau kebetulan sama dgn resipi2 lain harap maaf ya, bukan niat nak mengada2 mengaku cipta resipi sendiri. Tapi biasa lah kan, masak-masak ni kadang2 bahan2 yg digunakan lebih kurang jer, cuma tambah itu sket, ini sket dah siap satu resipi lain. Mungkin cara masak tu ada yg berbeza sket dari resipi org lain tp basicnya tu tak lari sangat la.. 




Rasanya masakan ni boleh dimakan bersama ketupat atau lemang. Nak makan dgn nasi berperisa pun boleh. Terpulang pada citarasa masing2 ya..  Selamat mencuba :)

DAGING GORENG BEREMPAH
resipi : K.Nor @ SecubitGaram


Bahan:

400gm daging ~ dipotong kecil/nipis

1 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong baji/wedges
3 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
1 in halia ~ ditumbuk
3 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ lebih sedap jika guna lada hitam yg baru ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
1 keping asam keping
air secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
3 biji cili merah/hijau
garam, gula
daun ketumbar secukupnya ~ dihiris
minyak

Cara:
Perapkan daging bersama serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.

Panaskan minyak dan masukkan bawang besar yg dihiris.
Goreng hingga bawang layu dan masukkn bawang putih serta halia. Goreng lagi hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis hingga garing.
Masukkan kicap dan daging yg diperap tadi dan goreng hingga daging berubah warna.
Masukkan asam keping dan air secukupnya dan kacau.  (biasanya K.Nor suka masukkan air separas daging) 
Tutup kuali dan biarkan mereneh dgn api sederhana dgn sesekali mengacau supaya masak serata.
Kemudian masukkan cili, bawang besar yg dipotong baji, garam dan gula secukupnya. Kacau.
Masak hingga kepekatan yg disukai.


* kalau menggunakan daging batang pinang tak perlu guna air yg banyak, sekadar 1/4 - 1/2 cawan sudah memadai.



Sunday, October 30, 2011

FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Aikk.. SecubitGaram bersiaran di hari Ahad? hehee... dah lama kan, SG tak bersiaran di hari Ahad. Tau aje la akhir2 ni bila mood tak berapa nak kebah ni, hari Sabtu dan Ahad tuan rumah payah sket nak menghapdet. Padahal bukan hari minggu utk org negeri Tganu pun kan.. Tapi bila Sabtu dan Ahad jer, blog2 agak suram tu yg jadi terjangkit sama kat K.Nor ni.. Tapi disebabkan nak menunaikan janji yg dibuat semalam kat entri FLUFFY PANCAKE jadi kenalah ghajen kan diri mengarang hari ni.. 


Ni dia resipi pancake yg dah K.Nor beri tambahan bahan lain. Menghasilkan pancake yg sangat sedap dan sangat wangi dgn adanya penggunaan BUTTERSCOTCH. hehe.. tuan rumah dah mabuk dgn butterscotch. Ni sejak Ros tayang Buttermilk Doughnuts dia yg K.Nor dah tukar kepada Butterscotch Doughnuts. Masa buat pancake ni pada kali pertama minggu lepas, tak terfikir pun nak edit apa2. Masa tu dah merasai keenakkan pancake yg gebus gebas tu. Pastu masa buat lagi pancake ni pada hari Jumaat baru2 ni, K.Nor terfikir nak tambah butterscotch ke dalam adunan. Hari tu K.Nor buat 2 adunan sekaligus baru puas hati anak2 makan (termasuk si tukang masak) sbb masa buat kali pertama K.Nor cuma buat 1 adunan jer. Memang wangi semerbak pancake ni. Sambil makan sambil mulut duk ..ermmm... ermmm... enaknya.. wanginya.... best!!

Butterscotch essence

Pada yg tak nak menerai pancake wangi ni bolehlah dapatkan butterscotch kat kedai baking ya.. Dan kalau bagi yg ada vit R yg lebih2 tu boleh la try buat sendiri butterscotch sauce ni.. Ni K.Nor dah carikan 3 resipi utk buat butterscotch yg mudah nak buat. Nanti K.Nor letak resipi beserta linknya kat bawah ya.. Jom tengok resipi FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE yg best ni dulu..

FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
olahan dari resipi FLUFFY PANCAKE

Bahan:
1 1/2 cawan susu
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
2 sudu besar butterscotch essence
4 sudu besar butter ~ dicairkan

Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan butterscotch. Kacau.
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati. * Perapkan adunan 10 - 15 min ut mendapatkan hasil pancake yg cantik dan gebu
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai. (K.Nor suka makan dgn susu pekat hehe)


***********

Resipi butterscotch: (pilih lah yg mana2 berkenan, kalau terlebih rajin, gi cari jer kat kedai baking hehe)
1.
How to Make Butterscotch

INGREDIENTS
4 tablespoons unsalted butter
1 cup of tightly packed dark brown sugar
¾ cup heavy whipping cream (not ultra-pasteurized)
1 tablespoon vanilla extract
1 teaspoon kosher salt

METHOD
Butterscotch takes about a half an hour to make, from start to finish.

1 First, before you begin, make sure you have everything ready to go - the cream and the brown sugar next to the pan, measured and waiting. Making butterscotch is a fast process that cannot wait for hunting around for ingredients.

2 In a heavy bottomed stainless steel 2 quart saucepan, melt butter over low to medium heat. Just before butter is melted, add all dark brown sugar at once and stir with wooden spoon until sugar is uniformly wet.


2.
BUTTERSCOTCH SAUCE

Ingredients:
½ cup unsalted butter
1 cup packed dark brown sugar
1 cup heavy cream
½ teaspoon salt
1 teaspoon vanilla extract

Directions:
1) Melt butter in a medium pot over medium heat; add sugar, cream, and salt and whisk to combine. Bring to a gentle simmer over medium high, whisking constantly; cook 5 minutes, until thickened, whisking. Stir in vanilla and serve.

3.
BUTTERSCOTCH SAUCE

Ingredients:
3/4 cup light brown sugar, packed
1/2 cup light corn syrup
2 tablespoons butter
1/2 cup whipping cream
1 teaspoon vanilla

Preparation:
Combine brown sugar, corn syrup, and margarine in a small saucepan. Bring to a boil over medium heat, stirring constantly. Boil for 1 minute; remove from heat. Stir in cream and vanilla immediately. Cool; store in the refrigerator. Stir before serving over ice cream, puddings, or desserts.
Makes about 1 1/2 cups of butterscotch sauce.
This could be made up and given as gifts in hot sterile half-pint jars, with instructions to keep refrigerated and use within 2 weeks.


Butterscotch sauce ni selain dibuat pancake, boleh juga digunakan utk membuat puding, roti dll.. Insyaallah kalau K.Nor ada masa nanti, nak try buat sauce ni dan nak try jugak membuat dessert2 lain menggunakan butterscotch... ^__^

Saturday, October 29, 2011

FLUFFY PANCAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Dah bersarapan? Mestinya dah kan, dah lewat ni. Nak masuk opis utk masak lunch lak kan. Ada tak yg duk pikir nak buat apa utk kudapan petang ni? Atau boleh juga try utk sarapan esok pagi. Jom try pancake gebus gebas ni. Rasanya ni la pancake yg sangat sedap, gebu dan amat memenuhi selera K.Nor seisi keluarga. Kalau dulu K.Nor stick dgn resipi Pancake Hajar (yg dah K.Nor ubahsuai dan juga hasilkan pelbagai versi pancake spt Pancake Pisang, Jagung, Mayo) kali ni rasanya akan terus gunakan resipi ni pulak. Memang tak rugi sungguh mencuba resipi ni.

Versi twinkle2 little star ke Patrick dlm Spongebob? hehe

Resipi Fluffy Pancake ni hasil K.Nor mengoggle beberapa hari lepas dan kalau ikutkan pancake ni dah jadi baja pun sbb dibuat minggu lepas gak.. hehe.. Jgn marah ek.. lately SG duk keluarkan menu tertunggak jer, tak kisahlah kan, asal ada n3 yg dipost setiap hari, insyaallah.. K.Nor ada edit sket2 bahan2 dlm resipi pancake ni dan skip penggunaan cooking spray. Memang tak pernah guna cooking spray tu lagipun bila guna nonstick pan yg dijual oleh MIMI ni, K.Nor tak pernah sapukan butter atau minyak masa nak membuat pancake, roti jala ataupun roti john.. Memang best guna pan ni, kalau sapa2 nak bolehlah bertanyakan lebih lanjut dgn MIMI dan ada 2 jenis sebenarnya pan ni, ada yg berdinding (tebing) dan ada yg tak berdinding. Tepuk dada tanya selera ya... (Bagi yg berminat sila klik link kat nama MIMI tu atau boleh cuit/PM Mimi kat fbnya http://www.facebook.com/mimiazie72)


Dan insyaallah kalau diizinkanNya, esok K.Nor akan post resipi pancake ni yg diedit (dlm kata lain diderhakakan). Pancake yg dihasilkan bertambah2 sedap bila diberi tambahan bahan lain.. hehe.. Try yg resipi ori ni dulu ya.... Jumpa lagi esok.. ^____^

Original Style ^___^

FLUFFY PANCAKE
source: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.


Friday, October 28, 2011

NASI JINTAN PUTIH & AYAM KASHMIR

ASSALAMUALAIKUM..

NASI JINTAN PUTIH, resipi yg dikongsikan oleh Ayu S'pore beberapa minggu lepas. Kali ni terbang ke dapur SecubitGaram dan sebelum ni dah singgah di rumah AdyGreatsword. Alhamdulillah, not bad nasi ni, tambah lagi bila digandingkan dgn AYAM KASHIR (resipi Dayang yg pernah K.Nor buat dulu) dan ACAR MENTAH. K.Nor juga goreng papadam/papadom (yg mana satu betul entah la ek hehe). Berselera ahli keluarga makan.. Alhamdulillah...


Ayu, Nor nak panjang2kan resipi tu kat sini lak ya.. TQ ..

Jemput makan... eh... jemput layan mata ^___^

NASI JINTAN PUTIH
source : AYU S'pore & K.Nor
Sources:-From mesra.net & Shilpa@aayisrecipes.com

Bahan2:-
41/2 cawan beras basmati-(Di basuh, rendam sekejap,basuh & tos)
1 biji bawang besar dihiris nipis
4 biji bawang putih ditumbuk atau dicincang
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit ~ k.nor letak 1/2 sudu jer
4 sudu besar minyak sapi
2 biji pelaga
1 inci kayu manis
2 bunga cengkih
2-3 daun pandan
11/2 kiub vegetable stok ~ k.nor letak serbuk pati ayam
4-5 sudu besar plain yogurt
5-6 cawan air
2 biji cili hijau dibelah tak payah putus
2 sudu besar susu cair
garam + secubit perasa ~ k.nor letak garam jer


Cara2:-
Panaskan minyak sapi dan tumis cengkih, kayu manis dan pelaga.Masukkan serbuk jintan putih, hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau dan layu. Masukkan lada hijau,serbuk kunyit, garam & beras yang sudah dibasuh & tos tadi. Gaul rata dan masukkan plain yogurt, kiub vegetable, susu dan air.Biarkan masak macam masak nasi biasa.


~~~~~~~ ### ~~~~~~~

AYAM KASHMIR
resipi : DayangJack
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

Bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

Bahan B :

3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

Thursday, October 27, 2011

ROJAK BETIK


ASSALAMUALAIKUM...


Hujan2 makan Rojak Betik ya.. Tak kira la.. hujan ke panas ke, kalau dah anak tekak rasa teghingin nak makan tu, kena la rajin2kan diri gi pasar cari ikan selayang fresh, balik rumah siang2 dan rebus. Pastu perisikan dan tumbuk lumat. Pastu semestinya kena buat kuah rojak ni. Kalau tak ada betik no hal, makan jer kuah tu dgn keropok ikan yg diramas2 kasar.. perghhhhhhhhhhh... nikmat!! hehehe.. Along, jgn terliur dah la ya.. Along balik bila2, mak buatkan hehe.. Kena warning siap2 ni sbb ni makanan pebret dia ni.. eh.. pebret seisi keluarga (kecuali hero bongsu) gak sebenarnya ni. Buat kuah seperiuk, lebihan tu simpan dlm esbok. Lagi lama lagi syok. Org Ganu mmg suka makan Rojak Betik maupun kropok saja dimakan dgn kuah gitu. Kiranya cam makanan tradisional Ganu la.. Kan Tun Telani, Madihah@Ratna.. ermm sapa lagi ek blogger Ganu? Haa.. Teratai (SIL K.Nor tu.. hehe) pun org Ganu gak. Memang syok layan rojak gini. Kalau tenyeh2 keropok lekor dlm tu pun best!


Meh tengok resipi Rojak Betik yg baru2 ni Tun Telani dan Mek Mukah pun ada buat. Hah... org Mukah pun dah pandai makan Rojak Betik ya.. Digalakkan utk menggunakan betik yg muda, jgn guna betik yg dah ranum atau kulitnya dah banyak oren/kekuningan. Nanti betik tu agak lembik, kurang syok time makan. Mekasih pada Tun dan HaSue yg dah cuba resipi Rojak Betik ni.. Juga pada sesiapa yg dah mencuba dan akan mencuba.. :)


ROJAK BETIK
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( lebih dari 7 org (bergantung pd saiz betik) )
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun

Bahan Utk Kuah
9 ekor ikan selayang saiz sederhana (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 - 7 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1/2 - 1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara-cara
Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik td.
Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

Utk membuat kuah:
Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bg yg gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan2 td dan rojak betik sedia utk dingap..
Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yg sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dgn keropok keping(keropok ikan). Selamat Mencuba!!

* resipi ni K.Nor dah edit sket dari resipi asal yg pernah K.Nor letak kat blog ni dan kat MyResipi ya...

Wednesday, October 26, 2011

MENU ULANGTAYANG KALI KE...... ?

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday hari ni? Boleh tak? Boleh?? Tak boleh?? Boleh la... Tayang gambo dan resipi jer.. Boleh la kan.. Dah la menu ulangtayang jer ni, time2 nak bulan mengambang ni kepala mula start berdenyut. Idea nak menghapdet dah la duk hanyut tengah laut, nak mengarang pun tak ada idea.. Tapi hari ni kan cuti, jadi tak ada la yg mengacau K.Nor time mengarang kat skype.. hehee.. kalau tak.. ada jer yg mencuit.. Jah.. jgn kuntau ya.. Cik abg ada hari ni kan, sbb tu tak mengacau K.Nor mengarang.. hehe

Eh.. dah panjang pulak ya.. haha.. menjadi gak karangan yg ntah apa2.. Cukup dah tu kan.. selingan di petang hari yg mendung. Ingatkan hari ni dpt ler keluar gi jalan2 tapi tak menjadi lak. Terbantut hajat nak keluar jalan2  dgn anak2.. ermmmm...


Ok lah. jom layan menu lunch.Menu ulangtayang jer ni...


SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.

* nak lebih sedap, perahkan limau kasturi atas ikan sebelum makan.

~~~~~ *** ~~~~~

AIR ASAM
resipi : Ika@Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan A
4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat

Cara:
Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali.
Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.

Tuesday, October 25, 2011

BUTTERSCOTCH DOUGHNUTS

ASSALAMUALAIKUM..

Ampun Ros.. ribu2 ampun.. K.Nor dah edit resipi donut Ros ni. Sebenarnya K.Nor kompius sgt tengok botol 'buttermilk' yg Ros tayang tu. Kalau ikut apa yg K.Nor tau dan tengok pada link yg Ros bagi tu, buttermilk ni dibuat dari susu dan kalau tak ada yg readymade boleh buat dgn membancuh susu fresh dgn jus lemon atau cuka. Dan hasilnya pastilah tetap warna putih dan setau K.Nor buttermilk kalernya putih cam susu tu. Bila tengok gambar yg Ros tayang tu, sebiji rupa/tekstur butterscotch sbb K.Nor pun ada sebotol butterscotch kat dapur. Lagipun Ros kata, donut yg dihasilkan wangi, jdi kalau guna butterscotch baru la wangi semerbak donut kalau nak dibandingkan dgn menggunakan buttermilk. Jadi K.Nor decide nak guna butterscotch yg ada tu utk buat donut menggunakan resipi ButterMilk Doughnuts Ros ni. 


Alhamdulillah.. donut yg dihasilkan mmg lembut dan wangi hasil dr penggunaan butterscotch. Luqman yg mmg antu donut suka betul dgn donut ni. Disebabkan tukang masak tu kurang kerajinan nak mencanai dan menerap donut, jadi digentel2 jer doh tu menjadi bulat. Jadilah donut ball kan. Terpulanglah pada citarasa masing2 nak membentuk donut tu, cuma tukang masak ni jer suka main bulat2. Cepat sket siap dan kurang sket peralatan utk dibasuh.. hehe


Mintak izin ya Ros, K.Nor nak share resipi donut Ros tu kat sini lak ya.. (dgn sedikit ubahsuai) .

Ni butterscotch yg K.Nor gunakan.. 
Dibeli kat kedai baking ya.. 

BUTTERMILK DOUGHNUTS (Butterscotch)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahanya
2 sudu kecil baking powder
180 gram tepung roti
220gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
3 sudu kecil buttermilk ( beli kat kedai bahan bakery seperti gambar di atas) ~ k.nor guna butterscotch

sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ini nanti.

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

- kalau dah buat buttermilk sendiri guna susu dan cuka tu, kuantiti air suam@cecair yang 140ml tu boleh ditukar terus pada buttermilk, dan tepung roti tu juga boleh ditukar pada tepung gandum sahaja.

*K.Nor lebihkan 1 sudu butter dan tambahkan hampir 1/4 cawan air masa menguli sbb aritu masa buat doh keras sket. Mungkin K.Nor dah tersilap sukat tepung kut.

Monday, October 24, 2011

FRAGRANT FISH CURRY

ASSALAMUALAIKUM...

Bertemu lagi di pagi Isnin yg mendung. Skrg dah masuk musim tengkujuh, biasalah kalau mendung dan hujan kan. Alhamdulillah.. semua rahmat Allah.. Berbalik pd menu hitam2 sitampuk manggis hari ni, walaupun hitam punya la sedap dan wangi masakan hasil dr resipi Diana@Melley May ni. Kalau Diana guna ikan putih (maaflah K.Nor tak tau ikan apa ikan putih ni, mungkin kat Ganu guna nama lain kut) K.Nor guna ikan talapia jer. Alhamdulillah, maintan sedap. Yer la, ikan talapia mmg sedap dimasak apa2 pun, goreng gitu aje pun sedap!


K.Nor mintak izin nak share resipi Diana kat sini lak ya.. TQ :)

FRAGRANT FISH CURRY
sumber : Diana

Bhn²
600 gm ikan putih _ d potong kecil
Garam
Tepung jagung secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bhn² A
4 tangkai daun kari
Segenggam udang kering _ d rendam dalam air panas, toskan dan d tumbuk kasar
4 ulas bawang putih _ d cincang
4 ulas bawang merah _ d cincang
1 biji cili merah _ d hiris
Cili padi jika nak bubuh _ ( Diana tak bubuh )

Bhn² B
1 1/2 tbsp serbuk kari Baba's
1/2 tbsp sos tiram Maggi
1/2 tbsp kicap cair Loon Kee
1 1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee
Gula secukup rasa
1kpg asam keping ~ k.nor tambah

Cara²
Lumurkan ikan bersama garam dan saluti dengan tepung jagung.
Goreng ikan d dalam minyak yang panas sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak d dalam kuali... tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan udang kering dan tumis sehingga garing.
Masukkan cili merah dan daun kari.. Tumis sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari dan goreng sehingga terbit aromanya.
Setelah itu boleh ler d masukkan kesemua baki bhn² B dan tumis seketika.
Masukkan ikan goreng dan gaul rata.
Masak selama 3 minit d atas api kuat dan angkat.
Sedap d makan dengan nasi putih panas.
Untuk resipi nie... jangan tambahkan air yer. :)

Friday, October 21, 2011

KUIH BAKAR KENTANG??

ASSALAMUALAIKUM..

Kembali bersiaran di petang Jumaat.. Agaknya kenapa ada tanda soal kat belakang tajuk entri tu ya.. Hehee.. Kiranya cam soalan la kan, apakah Kuih Bakar Kentang yg bakal dipostkan hari ni... Jawapannya TIDAK sama sekali. Walaupun ada kaitan gak la dgn tajuk entri tapi bila dah diderhakakan dengan sengaja (tak macam Mek Mukah yg menderhaka tanpa sengaja bila terlupa masukkan telur), mmg tak leh dinamakan Kuih Bakar Kentang lagi dah sbb bahan utama dlm kuih ni bukannya kentang tapi KELEDEK... ya.. dah diderhakakan kepada keledek. 


Sebenarnya pg semalam gi pasar tani, MINTAK dgn pakcik jual ubi tu, 3bj keledek (tp bukan mintak sebarang mintak.. mintak2 sambil hulur RM gak la hehe). Kunun2nya nak mendonut keledek. Tak jadi buat pun donut keledek sbb tercucuk virus Kuih Bakar Kentang yg dibawak oleh Mek Ampang nun. Kebetulan pagi ni K.Nor plan nak ke K.Berang jadi K.Nor pun gunalah keledek tu sebagai pengganti kentang. Masa duk melepak kat fb smlm, Jun masuk dan kita org duk sembang2 sama. K.Nor tanya lah dgn Jun boleh ke gantikan kentang dgn keledek (padahal mmg dah aim nak buat gitu pun sbb lagikan apam dan donut pun, boleh tukar ganti kentang dgn keledek kan.. hehe) Jun kata boleh.. lagi la berkobar2 nak buat. Smlm dlm pkl 9.30 mlm baru sempat menggodek kuih bakar ni. K.Nor buat 2 adunan terus sbb Mek Jah kata satu adunan dpt tak banyak. 


Alhamdulillah.. mmg sedap kuih bakar yg diletak kentang gini. Lembut dan lemak berkrim.. hehe  Manis pun sedang2 jer.. Makan smlm tak rasa sesedap yg dimakan pagi ni, mungkin kuih tu jd lebih sebati bila disimpan lama sket kut. Mekasih buat K.Asma, tuan asal respi, Jun dan Izah tukang sebar virus Kuih Bakar Kentang. Rasanya kalau buat versi keledek lebih sedap dr versi kentang kut sbb keledek ni lebih manis dr kentang. Apa pun terpulang pada citarasa masing2 ya.. Keledek yg K.Nor guna ni keledek oren. Tak letak pewarna sikit pun tu.. kiranya Natural Beauty gitu ya Mek Jah... hehe



KUIH BAKAR KENTANG (KELEDEK)
Source: Kak Jun, Copy: Kak Asma
sumber : Izah & K.Nor

Bahan-bahan ( 1 family... )
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair(ni akak tambah)


Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min

Yg K.Nor buat (utk 2 adunan)
1 cawan keledek yg dilecek (keledek oren)
2 bj telur A
7 sudu besar gula (tak guna banyak sbb keledek dah manis)
2 cawan tpg gandum
2 cawan santan
1 sudu besar minyak sapi (dicairkan)
1/4 cawan air (tak guna susu sbb guna santan fresh yg dah amat pekat)
secubit garam  ^___^


K.Nor blend keledek dgn santan hingga lumat + telur + gula + air. Tuangkan dlm mangkuk berisi tepung gandum dan garam. Kacau hingga sebati dan masukkan minyak sapi cair. Kacau lagi dan bakar.

Thursday, October 20, 2011

SALAD UDANG

ASSALAMUALAIKUM..

Ni dia resipi Salad Udang, yg K.Nor gandingkan dgn YORKSHIRE PUDDING. Resipi dari dapur Diana ni mmg sedap. Kalau letak atas roti perancis yg dibakar garing tu mmg best gak ni. Lain kali kena buat lebih inti ni, boleh dimakan cara gitu..


Mintak izin ya D, K.Nor nak share resipi tu kat sini. Ada sket olahan yg K.Nor buat sbb tak cukup bahan kat dapur. Apapun maintain sedap! :)

SALAD UDANG
sumber : Diana@SkyBlue'sKitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bhn²
200 gm udang _ d kupas dan bersihkan _ cincang halus
1/2 tbsp minyak zaitun
1/4 tsp serbuk cili
1/4 biji bawang besar _ d cincang
2 ulas bawang putih _ d cincang
1 tangkai daun bawang _ d cincang ~ tak ada stok, k.nor gantikan dgn batang daun saderi
2 tsp jus limau kasturi
5 tbsp mayonis
1 tbsp susu pekat manis ~ tak ada stok gak, gantikan dgn 1/2 sudu teh gula
Garam
Serbuk lada hitam

Cara²
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan sedikit garing.
Masukkan serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan udang.. masak selama 2 - 3 minit d atas api kuat.
Masukkan daun bawang cincang dan gaul rata.. Tutupkan api dan angkat.
Campurkan mayonis, susu pekat manis dan jus limau kasturi.
Gaul sebati dan jika suka boleh d sejukkan d dalam peti ais.
Makan bersama Yorkshire Puddings atau roti.

YORKSHIRE PUDDING

ASSALAMUALAIKUM...

Ramai pulak yg bg feedback ttg WW smlm ya.. Memang tak dinafikan satu2 entri masakan tu rasa kurang umphh bila hanya post gambar dan resipi aje tanpa ngomelan.  Dan tak dinafikan jugak ngomelan pada satu2 entri tu membuat pengunjung merasa terhibur, merasa seronok nak baca dan dpt menyelami hati hati tuan blog kan. Dari situ timbul keakraban yg sukar ditafsirkan antara dua insan yg tak pernah bersua muka maupun yg dah pernah dan biasa bersua muka. Sebab tu bila ada jer gader2, tak rasa canggung, mesra berborak, bersenda gurau mcm dah kenal lama. Memang ngomelan atau pot pet dlm satu2 entri dan komen2 dari pengunjung serta komen reply dr tuan rumah amat membantu menceriakan satu2 blog. Tapi kan, spt kata sorang pengomen tu, camna nak mengarang dgn elok kalau sedang elok2 duk ngarang ada jer kena kacau kat skpe la, kat YM la.. kan Mek Ampang kan.. Memang tak ada org lain dah kalau bab mengacau time mengarang, org tuuuuuuuuuuu jer la yg champion.. U know who u are!! haha (jgn kena kuntau dah la lepas ni hehe)

Yorkshire Pudding, dgn gravy Salad Udang..  yummy!!

Ok lah berbalik pd entri hari ni, ni lah menu yg K.Nor uar2kan kat fb sebagai menu berbuka puasa K.Nor semalam. Pagi smlm duk berbalas mssg dgn Diana kat inbox di fb tanya pendapat dia resipi mana yg sedap bagi YP ni sbb Diana ni la tukang sebar virus YP. Mana tak nya dah 3 entri dia keluarkan, bermakna dah 3 resipi YP yg dia try. Jadi jalan terbaik kena tanya dia la kan, yg masa satu lebih sedap. Tapi kena ingat selera anak tekak masing2 tak sama ya. Mungkin sedap pd dia tak sedap pada kita. So jgn salahkan org lain bila kita tengok dia duk puji melambung atas satu2 masakan tp bila tiba kita yg buat, tak sesedap mana pun pada anak tekak kita. Selera manusia ni mana ada sama belaka kan. Mungkin ada bahan yg digunakan tu tak menepati selera kita, dari situ kita kena lah pandai2 edit dalam kata lain derhaka pada satu2 resipi. Yg paling K.Nor tak suka (Izah pun ada sound hal ni dlm entri dia baru2 ni dan kita org pernah sembang hal ni kat skype) bila kat Kongsi Resipi ada function like dan dislike. Baru jer post/ping resipi kat situ dah ada yg klik dislike (yg kaler merah tu) Takkan baru post dah klik dislike? Dah buat ke masakan guna resipi tu?  Asal nampak tak kena selera atau tak pernah makan, terus klik dislike. Atau saja2 gatal tangan nak sabotaj resipi atau tuan blog? Kalau kita tak suka tak perlu la nak klik dislike walhal kita tak try pun lagi resipi org lain tu. Menyakitkan mata dan hati jer bila tengok keadaan mcm tu. Bukanlah niat K.Nor cakap hal ni nak kondem KR ya.. tuan empunya KR tak bersalah dlm hal ni, tapi pengunjung yg tak reti nak beradap tu. Dan bukan niat K.Nor gak nak suruh org klik like belaka pd resipi K.Nor maupun resipi org lain yg diping kat situ. Tapi bg lah satu feedback yg ikhlas, ni tak, baru jer ping entri dah kena klik dislike.. ermmmm... (ni lah salah satu sebab kenapa K.Nor dah lama tak ping entri/resipi kat situ. lagipun web tu dah makin meriah dgn resipi2 yg diping oleh blogger lain, so K.Nor bagi peluanglah utk blog2 lain meriahkan KR) aduhai... dah melarat la pulak! ok2.. kita kembali ke pangkal jalan hehehe (ermm.. lama tak guna ayat ni kan Lieza hehe)

Yg ni makan dgn strawberry filling.. best!

Alhamdulillah.. memang sedap Yorkshire Pudding ni. Bagi yg tak tau apa YP ni, meh nak paste apa kata MR WIKI hehe Yorkshire pudding is a dish that originated in YorkshireEngland. It is made from batter and usually served with roast beef and gravy. ermmm.. tengok tu.. asal dr England! Haa... berbuka dgn menu omputih! Kan dah biru mata coklat ku! hehehehe Seperti saranan Diana, YP ni sedap dimakan dgn Salad Udang dan jugak jem. Jadi masa masak lunch semalam, K.Nor pun siapkan lah awal2 Salad Udang dan biarkan bertapa dlm esbok. Lebih mudah kerja kan kalau siap awal2. Lagipun mmg dah plan nak bakar YP ni agar ngam2 time berbuka. YP yg dimakan dgn Salad Udang ni mmg sangat2 sedap. Aisyah, Naim dan Cik Abg K.Nor pun suka. Naim siap tanya kalau buat bf sempat tak? Lama tak nak buat? Dia pun ngap bukan main lagi YP. Tanda kena dgn selera la tu.. Insyaallah lepas ni akan dibuat lagi tp akan buat gravy atau gandingan yg lain pulak.. TQ Diana comel sbb dah share resipi yg sedap ni dan TQ juga atas rekomen dr Diana tu ya... 


YORKSHIRE PUDDING
Resipi Asal ~ Food.com (
Olahan oleh ~ Diana@Sky Blue's Kitchen ( dalam tulisan berwarna merah )
sumber : K.Nor@SecubitGaram


1 cup beaten egg
1 cup plain flour
1/2 cup milk _ ( Diana gantikan dengan 1 tbsp susu pekat manis )
1/2 cup water _ ( Diana bubuh 1 cawan )
Salt
Pepper
1 -2 tablespoon cooking oil or 1 -2 tablespoon dripping

DIRECTIONS:

1
Preheat your oven to 240°C, 475°F or gas mark 9. ( If you are cooking roast beef and/or roast potatoes, make sure the beef has been removed to "rest" before carving and that the potatoes are moved down to the bottom shelf and NEED browning still. ).
2
Pour a scant amount of oil or dripping into your Yorkshire Pudding tins. ( A large roasting tin can be used too. If you do not have a Yorkshire Pudding tin which has 4 wide and shallow cups of about 4" in diameter, then use a large muffin tin.).
3
Put the tin into the pre-heated oven about 5 minutes before you want to cook the Yorkshire Puddings.
4
Empty the flour, salt & pepper into a large roomy bowl.
5
Make a dip in the centre and add the beaten eggs bit by bit, mixing as you go along.
6
Add the water/milk mixture gradually and whisk in between each addition.
7
Keep whisking until all the liquids have been added. The batter may still be lumpy - this does not matter.
8
Cover and leave to rest for up to 1 hour.
9
Just before cooking, whisk thoroughly again to break down any lumps & add some more air.
10
Carefully take out the tin/s. Pour the batter into the tin/s and QUICKLY return to the oven.
11
Cook for about 20 minutes until well risen and golden brown. DO NOT open the oven in the first 10-15 minutes or they will DROP!
12
If you have two tins cooking, rotate the tins from top to bottom shelves after the 10-15 minutes so they cook evenly.
13
Serve with Roast Beef and lashings of gravy.

Yg K.Nor buat:
3 bj telur A (tak cukup satu cawan ni jd K.Nor topup dgn sedikit susu fresh utk mencukupkan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula
minyak secukupnya utk disapu pd tin muffin

Link utk resipi2 Yorkshire Pudding yg boleh didapati kat blog Diana: (utk rujukan K.Nor dikemudian hari) Tq D :)
http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/10/yorkshire-puddings.html
http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/10/yorkshire-puddings-versi-2.htm

Hehehe.. kang dah panjang ngomelan ku hari ni.. ^___^

Wednesday, October 19, 2011

APAM PISANG COKLAT RICE

ASSALAMUALAIKUM...

Bersua lagi di petang Rabu. Kalau Rabu mesti sinonim dgn Wordless Wednesday kan.. apasal hari Rabu jer? Hari2 lain tak leh ek... hehehe.. Nak buat wordless gak rasanya. Just show gambo dan resipi cam pernah buat aritu. Tapi ada pulak yg marah ya.. hehehe.. adehhh.. ingat senang ke nak mengarang citer. Dah la semua dah expose skrg ni. Dah tak ada nikmat pot pet cam dulu2. Nak ngarang pun kena ulang2 pikir ayat.. huhhh kecewa gak sesekali rasa.. :( Dek kerana ni lah yg pernah buat rasa mood merudum dan nak stop blogging. Kan Jah kan.. :)


Ok lah.. Kita cakap bab entri hari ni. Meh layan cuci mata dgn apam yg lembut dan sedap ni. Manis pun sedang2 jer (ehh K.Nor dah kurangkan sket sukatan gula sbb K.Nor guna pisang yg dah teramat ranum/masak, kang terlajak manis lak kan.. ) Resipi apam ni milik Ros JintanManis yg ada bau2 buah kuini dgn K.Nor hehehe Mintak izin ya Ros, K.Nor nak share resipi tu kat sini lak ya... Tq :)

Mekar berjambak2 ^___^


APAM PISANG COKLAT RICE
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan susu segar@ santan@bancuhan susu pekat manis@bancuhan susu tepung
beberapa titik esen vanila
1/2 cawan coklat rice

Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati. Akhir sekali baru masukkan coklat rice, kacau rata.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

- ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu.

Nota: Kalau nak letak soda bikarbonat pun boleh, tapi pastikan ayak tepung dua kali, kerana jika soda bikarbonat tak rata atau terlebih letak, apam pisang akan berasa pahit. sebab tulah dalam adunan ni ros hanya letak baking powder dan ovalette sahaja.

* rasanya lain kali kalau buat K.Nor nak humban semua dlm mangkuk mixer (kecuali pisang dan coklat rice yg akan dimasukkan last). saja nak ngetest gitu. kalau sapa2 yg ada mixer yg strong sket tu boleh lah buat kaedah ni ya..


Tuesday, October 18, 2011

NASI KABSA ~~~~ so..... yummy!

ASSALAMUALAIKUM..

Masih ingat lagi tak, K.Nor pernah menang GA dari Ayu yg duk nun di Kuwait. Tak ingat? Terlepas entri tu? Sila tengok kat SINI ya.. hehehe Mekasih banyak2 Ayu dgn hadiah2 tu semua.. Selain dari barangan tupperware dah Queen Ann yg K.Nor dpt tu, Ayu juga bagi 2 paket rempah yg tak pernah K.Nor jumpa kat sini. Rasanya mmg tak dpt kat pasaran di Msia pun kan..


Hari Ahad baru2 ni K.Nor pun google la mencari resipi utk masak nasi menggunakan rempah kabsa ni. Mula2 teringat kat Nasi Mandhi yg dah masak 2 - 3 kali sebelum ni menggunakan resipi dari Raidah. Pastu saja2 search pulak resipi nasi kabsa. Link yg diklik utk resipi Nasi Kabsa rupanya ada di rumah Raidah jugak. Sebab dah tau kalau Raidah yg masak nasi stail arab ni mmg best, jadi K.Nor guna lah resipi Nasi Kabsa yg dia post kat blog dia tu. Hasilnya? Alhamdulillah.. sedap sangat2. Luqman makan bertambah2. Ingat nak buat lebih tp disebabkan beras basmathi ada ngam2 jer 3 pot, jd banyak tu jer la boleh dimasak. Alhamdulillah.. cukup lah utk K.Nor sekeluarga makan. Time lunch semua makan tp time dinner, hanya anak2 jer yg makan nasi sbb si tukang masak dan suami tukang masak mmg tak makan nasi malam2 hehe.. Diet? Oh tidak.. Bukan kerana diet sgt ya.. tapi dah jadi amalan K.Nor dan suami jarang makan nasi malam@dinner. Kita org biasanya makan yg ringan2 jer. Gula dalam badan harus dikontrol lagi pun cik abg tu mmg ada family history dgn penyakit diabetis ni. Sebab tu lah, K.Nor sentiasa mengurangkan sukatan gula dalam apa yg K.Nor masak. Lagipun K.Nor sendiri mmg tak suka manis2 dan masin2.. hehe



Berbalik pada Nasi Kabsa ni, rasanya kena buat lagi lepas ni tapi rempah kabsa yg berbaki tu sikit jer lagi. Kena buat sendiri la nampaknya rempah kabsa. Kat resipi di bawah ni pun ada Raidah sertakan resipi rempah kabsa dan rasanya Zaliedana pun pernah buat rempah kabsa kan.. Takper.. lepas ni kita jd tokey rempah kabsa lak.. hehehe

Mekasih buat Raidah yg dah berkongsi resipi Nasi Kabsa yg sedap ni. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini lak ya..  (nampak jer cerewet nak masak nasi ni tapi mudah jer tu.. percayalahhhhhhhh .. hehe)

NASI KABSA
resipi : ResipiRaidah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**
utk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.
utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.

Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.


Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Monday, October 17, 2011

INTI KARI AYAM (KARIPAP DLL)


ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya dulu pernah ada yg minta K.Nor post resipi inti daging/ayam yg pernah K.Nor gunakan dlm membuat bun, roll dan lain2.. Biasanya kalau buat inti K.Nor main campak2 jer, tak ada sukatan khusus. Kebetulan baru2 ni buat Karipap (Don Tun Telani) jadi, K.Nor cuba la sukat lebih kurang bahan yg digunakan.  Kali ni K.Nor gunakan ubi keledek menggantikan ubi kentang. Terpulang pada citarasa masing2 samada lebih suka inti yg diletakkan keledek atau kentang ya.. Dan kalau nak buat inti daging, gantikan aje ayam kisar tu kepada daging kisar. Utk pengetahuan juga, K.Nor selalunya guna daging/ayam kisar brand Ramli. Insyaallah lebih diyakini.. 


INTI KARI AYAM DGN KELEDEK
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
400gm daging ayam kisar ~  brand Ramli (boleh juga guna daging kisar)
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar cili mesin
1sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah gulai ~ boleh skip kalau tak ada
1 biji (saiz besar) ubi keledek ~ boleh gantikan dgn 2 bj ubi kentang
1 cawan air
garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam, tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula rempah kari dan rempah gulai yg dibancuh dgn sedikit air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan ayam/daging kisar dan keledek yg dipotong dadu.
Goreng sebentar hingga ayam/daging berubah warna.
Kemudian masukkan air dan garam secukupnya, masak hingga keledek empuk dan inti menjadi kering (mengikut selera masing2).
Angkat dan biarkan sejuk, kemudian bolehlah dijadikan inti karipap, pau dan sebagainya..

Selain dijadikan inti karipap, Inti Kari Ayam ni atau Inti Sardin boleh digunakan utk menghasilkan:


 





 


Selamat Mencuba ^___^

Sunday, October 16, 2011

KARIPAP (Doh Tun Telani)


ASSALAMUALAIKUM..

Kuat gak ya virus Karipap Tun yg dibawak oleh Izah Daud ni ya.. Sepantas kilat org duk menerai. Kalau tak silap Mas yg try lepas Izah lepas tu satu persatu blog duk tayang Karipap yg menggunakan resipi doh dari Tun Telani ni. K.Nor pun tak nak lepas peluang mencuba resipi Tun ni, Alhamdulillah.. menjadi dgn elok dan senang nak dibentukkan. Karipap yg digoreng pun rangup dan sedap (ditambah lagi dgn inti ya sedap kan.. hehe)


Utk karipap kali ni K.Nor buat 2 inti, satunya inti kari ayam dgn keledek dan satu lagi inti sardin. Dua2 menjadi kegemaran K.Nor dan yg lain2 kat rumah ni. Biasanya K.Nor guna inti daging tapi kali ni saja guna inti ayam pulak. K.Nor buat inti sardin 1 tin kecik jer, semuanya digunakan utk membuat karipap ni dan utk inti kari ayam K.Nor guna 1 paket 400gm daging ayam kisar (Ramly's) Memang banyak tp sengaja dibuat lebih utk digunakan bila nak buat kuih2 lain pulak nanti. Biasanya inti daging atau ayam ataupun sardin ni boleh dipelbagaikan hasilnya, samada menggunakan prata puff, pastry puff, dadar berlauk, inti bun atau roti roll dan macam2 lagi.

 Inti Kari Ayam Dgn Keledek                                          Inti Sardin

Mintak izin ya Tun, K.Nor nak share resipi doh Karipap Tun tu kat sini utk rujukan di lain waktu.. Mekasih ya... 

DOH KARIPAP
resepi: TUN
sumber : Izah  & K.Nor

Bahan:
4 cawan tepung
2 sudu besar margerin ~ k.nor guna butter
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
Panaskan margerin + minyak dlm periuk. Tutup api. (k.nor guna kuali utk mudahkan menggaul) 
Tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
Dah sejuk sikit, campur garam dan air.
Uli-uli.. siap! Boleh wat karipap ikut suka inti apa..

Friday, October 14, 2011

NASI GORENG DAGING BERSERAI

ASSALAMUALAIKUM....


Menu ringkas jer hari ni, NASI GORENG DAGING BERSERAI. Hari ni buat nasi goreng jer utk lunch, tu pun goreng awal2 pagi sebab ada hal sket yg perlu membizikan diri. Jadi layan jer la ya nasi goreng simple ni, dari tak ada langsung entri utk hari ni ya.. Sesekali layan menu ringkas ok gak kan :)

 Gandingan wajib bagi nasi goreng, semestinya keropok keping/ikan..

NASI GORENG DAGING BERSERAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 mangkuk nasi putih ~ digemburkan (seeloknya nasi yg dah sejuk/dimasak malam sebelumnya)
hirisan daging lembu(batang pinang) ~ (lebih kurang secawan) dihiris nipis dan panjang
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
5 ulas bawang merah ~ dimayang halus
1 sudu besar cili mesin
1/2 sudu besar serbuk lada hitam ~ lebih sedap kalau yg baru ditumbuk
2 batang serai ~ diketuk sedikit kemudian dihiris halus
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1 biji telur ~ dikocok sedikit
lobak merah ~ disagat
garam
1 pokok daun saderi ~ dihiris
minyak

Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu dan wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk.
Masukkan pula serai, serbuk lada hitam, kicap dan sos tiram. Goreng seketika lagi.
Alihkan semuanya ke tepi kuali dan masukkan telur. Biarkan seketika kemudian kacau goreng telur hingga hancur.
Masukkan garam secukupnya dan masukkan juga sedikit gula jika suka.
Masukkan lobak merah yg disagat dan juga nasi. Kacau hingga rata.
Goreng nasi seketika dan padamkan api.
Masukkan daun saderi dan kacau lagi.
Nasi goreng sedia utk dihidangkan.