f Secubit Garam: July 2011

N3 Terkini

Sunday, July 31, 2011

UPSIDE DOWN PIZZA

ASSALAMUALAIKUM..
(entri berjadual)

Jgn marah ya, ni adalah entri tertunggak, dah buat lama dah Upside Down Pizza ni, masa Naim belum balik ke kolej lg. Masa tu blog tengah warded. Duk peram jer gambar2 yg diambil, bila nak post, terpaksa KIV, memberi laluan kepada Food Review dulu. Lepas tu mula la lupa nak post.. Tak per la ya sbb semua dah jadi baja hehe.. Apapun not bad gak la pizza style gini. Tapi anak2 pulak suka jenis pizza yg biasa. Sesekali layan pizza gini ok gak kan :)


Kat sini K.Nor letak 2 sumber resipi Upside Down Pizza ni, satunya dari rumah Ika yg mana Ika amik dr rumah Tun Telani. Dan kalau tak silap, Tun pun ada mention yg dia amik dr rancangan TV. Pastu kebetulan ke rumah Shidah@Sizuka, ternampak dia pun post entri Upside Down Pizza yg katanya diambil dr Food Network website. Kiranya yg Shidah lebih tepat la kan.. Apapun, terpulang lah nak ikut style yg mana satu.. dan K.Nor pun tak ikut 100% gak dari resipi ni, K.Nor buat style Ika, guna inti Turkish Pide yg sangat sedap tu. Pastu guna keju mozarella yg tak fresh, tak mcm Ika guna yg fresh gitu tu.. hehe


UPSIDE DOWN PIZZA
Sumber: Tun Telani, Izah, Ika, Noosha

Doh:
2 bj telur
1 cwn susu
1 cwn tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam

- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan. yg ni just gaul2 jerr :D
- sedia utk diguna

Inti:
1 keping dada ayam- kerat2
4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree
1 sb oregano
1 sk paprika
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Keju secukupnya


IKA STYLE: Layer bwh letak hirisan tomato, next layer baru letak inti dan susunkan lada benggala hijau dan akhir sekali letak mozarella cheese yg fresh punyer, walahhhhhh! mmg mabeles! Untuk bhgn atas tunggu adunan dough kering baru letakkan mozarella cis lagi dan bakar sampai masak.



Resipi asal Upside Down Pizza dari rumah Shidah@Sizuka yg diambilnya dari Food Network.. Tq Shidah :)

UPSIDE DOWN PIZZA
Recipe Adapted from Food Network

Ingredients

Bottom Layer
2 teaspoons olive oil
250gm of sausage - sliced
250gm of minced meat
1 cup onion, sliced
8 ounces mushrooms, sliced
1 can of tomato puree
1/2 cup black olives, sliced
1 Red Capsicum - sliced
salt, pepper & sugar

Middle Layer
100 gm mozzarella cheese, grated
250 gm cheddar cheese, grated

Top Layer
2 eggs
1 cup milk
1 tablespoon olive oil
1 cup all-purpose flour
1/2 teaspoon salt
1/4 cup Mozarella, grated
a bunch of cilantro - minced
Directions

1. Preheat oven to 400 degrees F.
2. Heat oil in large skillet over medium heat.
3. Add sausage, minced meat and cook for 3 minutes, or until browned and cooked through, breaking up the meat as it cooks with a wooden spoon.
4. Add onion, red capsicum and mushrooms and cook 2 minutes, until soft. Add tomato puree and olives and bring to a simmer, about 2 minutes. Add salt, pepper & sugar.
5. Remove from heat and transfer sauce to the bottom of a 13 by 9-inch baking dish.
6. Top with mozzarella cheese and cheddar cheese.
7. In a medium bowl, whisk together eggs, milk and oil until blended. Whisk in flour and salt until well blended. Pour mixture over sauce in pan.
8. Sprinkle with mozarella and cilantro. Bake 25 minutes, or until golden brown. Let stand for 5 minutes before slicing and serving.


BOLU KUKUS MEKAR CHOCOLATE

ASSALAMUALAIKUM..

Ni lah dia kuih yg digodek smlm disamping Muffin Coklat (2) tu. Dah lama aim nak buat Bolu Kukus Mekar Chocolate ni, tambah lagi bila dapat merembat acuan apam yg berlubang2 tu. Excited giler masa jumpa acuan apam kat kedai baking di KTrg ni. Hari tu masa gi BWY Puchong, cari gak acuan yg berlubang ni tp ada sebiji jer. Bila jumpa acuan ni baru2 ni, terus ajer rembat, bukan senang nak dpt kan.. 


Alhamdulillah.. kesemua BKMC yg dibuat telah kembang mekar dgn jayanya. Walaupun adunan agak padat berbading dgn Apam Yogurt yg dah pernah buat dulu tu, BKMC ni tetap mekar mungkin disebabkan faktor acuan apam yg berlubang tu. Thanks to Rima yg dah share resipi BKMC ni, cam biasa K.Nor kurangkan sukatan gula yg digunakan dan rasa sedang elok jerbila bergabung dgn coklat. Sedap!


BOLU KUKUS MEKAR CHOCOLATE
source : Rima
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
2 eggs
200g sugar ~ k.nor guna 145gm jer
1/4 tsp salt
1/2 tbsp emulsifier
250g flour
25g cocoa powder - valrhona
1/2 tsp baking powder
225ml soda water
50g dark cooking chocolate - i used 53% cocoa berry
Enough sesame seed ~ yg ni k.nor skip

Method
- Sangrai (fry without oil) sesame seed till slightly brown
- Double boil ur dark cooking chocolate till melt... set aside
- Whisk eggs, sugar, salt and emulsifier till thick and fluffy
- Lower ur mixer speed and add in sifted flour mixture (flour, cocoa powder, baking powder) alternately with soda water - F-SW-F-SW-F
- Add in melted chocolate and rum and mix thoroughly
- Pipe in ur batter into each mould and sprinkle sesame seed on top
- Steam on high fire for 10mins

Saturday, July 30, 2011

MUFFIN COKLAT (2)

ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum ni K.Nor selalu guna resipi  Muffin Coklat Yani kalau nak buat muffin coklat kan. Kalau yg dah biasa dtg SecubitGaram mmg akan maklum hal ni. Eh.. baru2 ni pun ada show Muffin Coklat kegemaran anak2 K.Nor tu. Kali ni K.Nor mencuba resipi yg K.Nor amik kat rumah Izah si antu mapin. Betul lah kata Izah, mmg sedap muffin ni. Lembut dan gebu serta moist Muffin Coklat ni. Alhamdulillah.. tak sia2 godek muffin ni utk dijadikan buah tangan buat anak2 sdara K.Nor kat Puchong. Kebetulan sister K.Nor yg duk Puchong tu ada balik utk beberapa hari ke Tganu dan baru sekejap tadi hantar dia ke aiport utk pulang ke Puchong.. Ada satu lagi kuih yg sempat K.Nor godek selain muffin ni.. Tu pun utk anak2 sdara kesayangan tu gak.. Kalau dia org tak sayang mak sdara ni saja sangat la kan.. hehe.. Esok aje la K.Nor post entri kuih lagi satu. Penat sungguh malam ni, melayan kerenah jalan yg cukup jam petang tadi masa keluar dgn sister K.Nor tu. On the way ke airport pun jalan jam gak tp tak seteruk petang td..


Mintak izin ya Izah, K.Nor nak share resipi Mak Lang tu kat sini pulak. Satu adunan ni dapat banyak kan, sedang elok jer bila buat utk bagi buah tangan tak perlu buat 2 adunan. Mekasih juga buat Mak Lang yg share resipi muffin yg enak ni..


MUFFIN COKLAT
sumber: Mak Lang & Izah
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahannya:

A
2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate (k.nor letak 1/2 sudu kecil aje)
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit (k.nor letak 1 3/4cawan)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah (sama dgn k.nor)

C
3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. (jgn overmix)
Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.


AYAM MENTEGA RANGUP

ASSALAMUALAIKUM..

Kita dah biasa dgn Udang Mentega atau Butter Prawn kan, menu kali ni adalah Ayam Mentega Rangup. Resipi asal dari Diana@Melley May. Masakan ayam ni K.Nor gandingkan dgn Nasi Goreng Bersosej. Thanks Diana, sedap rasa ayam ni.. memang rangup bila dimakan panas2. Izinkan K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. Tq :)


AYAM MENTEGA RANGUP
Resipi : Diana@MelleyMay
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara²
Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
Angkat dan hidang.

Nasi Goreng Bersosej.. simple jer ^___^


GERMAN COOKIES

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi di pagi Sabtu dengan entri kukis. Ni bukan kerana semangat nak raya tp lebih kepada nak lepas gian nak menggodek aka membaking masa blog warded baru2 ni. Pernah dlm entri Biskut Butter baru2 ni K.Nor beritau yg K.Nor nak membaking tp tak ada stok telur kan. Pastu duk la godek Butter Cookies yg tak perlukan telur tu. Sebenarnya pd hari dan masa yg sama, K.Nor buat dua jenis kukis serentak. Satu tu Biskut Butter yg dah tayang baru2 ni dan satu lagi German Cookies ni. Kedua2nya tak perlukan telur dlm bahannya. Kebetulan sukatan butter yg diperlukan utk kedua2nya adalah 125 gm aje, jd dr seketul butter tu K.Nor bagi dua dan buat dua2 resipi sekali gus. Lagipun kalau setakat 125gm jer butter yg digunakan tak banyak sgt adunan yg dapat tu yg terlebih ghajen buat 2 jenis kukis serentak. Haa .. ni la penangan keboringan tahap melampau aritu heheheh


Resipi German Cookies ni K.Nor amik dari dapur Rima nun di S'pore. Memang sedap kukis ni, nak buat pun mudah, tak perlu terap bagai. Gentel2 aje pastu tekan dgn garfu. Kejap aje dah abis satu adunan. Mintak izin ya Buk Rima, K.Nor nak panjangkan resipi tu kat sini pulak.. Tq :)

GERMAN COOKIES
source : Rima

Ingredients
125g butter - i used golden churn
40g icing sugar (sieved)
125g potato starch
80g superfine flour (I used Plain Flour)

Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.

Friday, July 29, 2011

NASI DAGING & AIR ASAM

ASSALAMUALAIKUM..

Disebabkan duk tayang Food Review jer dua tiga hari ni, jadi ada la post atau masakan yg tertunggak, termasuk Nasi Daging ni. Nasi Daging ni K.Nor buat pada hari Rabu. Kebetulan sister K.Nor yg duk Puchong tu balik Tganu utk beberapa hari. K.Nor guna resipi Nasi Daging Dayang pulak kali ni. Alhamdulillah.. sedap! Nak masak pun tak amik masa yg lama sbb K.Nor guna daging batang pinang. Anak dara K.Nor suka sgt dgn rasa Nasi Daging ni. Nasi kurang berderai sket sbb terlajak letak air hehe.. 


Mekasih Dayang atas resipi Nasi Daging yang sedap ni, mintak izin ya nak share kat sini. Tq :)

NASI DAGING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram
bahan-bahan : 4 orang makan
bahan A :
3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan
80 ml susu cair
1 sudu makan puri tomato
2 helai daun limau purut
garam secukupnya
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak sapi

bahan B :
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
1 batang serai (diketuk)

Cara-cara :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.


Bahan Air Asam

bahan-bahan : 4 orang makan
2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi daging.


SARDINE ROLLS & The Making..

ASSALAMUALAIKUM...

Dah breakfast belum? Kalau belum meh bf dgn roti yg menjadi pojaan hati K.Nor ni. Eh semua yg lain suka gak kecuali Luqman.. Kalau si anak dara, mmg duk tunggu jer roti ni masak, mmg pebret dia gak. Roti2 yg ada letak sardin mmg kita org suka sangat, tambah lagi bila dibuat rolls gini dan dimakan panas2. Kalau menggunakan resipi BASIC DOH yg selalu K.Nor guna ni, dah sejuk pun (walau the next day) roti tetap lembut. Dengan syarat la, kena letak dlm bekas bertutup atau letak dlm plastik bag supaya tak terdedah pada udara. Roti mana2 pun kalau letak secara open air pun akan kering dan keras kan.


Meh layan sedikit gambar The Making yg sempat di shoot semalam.





Twin Sardine Rolls

Yg ni K.Nor letak 2 gulungan yg hujung2 tu dlm 1 papercup sbb yg hujung biasanya kecik sket. Kalau letak 1 jer rasanya tak sesuai sbb cup tu agak besar. Bila makan yg ni seketul pun dah sendat perut.. hehe

INTI SARDIN

Bahan: 
1tin sardin (saiz besar) ~ k.nor guna brand Pertima/Agromas
2 ulas bawang putih ~ diketuk & dicincang
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji ubi kentang  ~ dipotong dadu kecil
3 biji cili merah ~ dipotong dadu/kecil2
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang menjadi layu dan kekuningan dan masukkan sos dlm tin sardin.
Kacau seketika dan masukkan ubi kentang.
Sementara itu keluakan isi ikan sardin dan lenyek hingga hancur.
Masukkan sedikit air kedalam tumisan utk memastikan ubi kentang td masak.
Masukkan isi ikan, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga ubi kentang masak dan inti menjadi sedikit kering
Masukkan jus limau nipis dan kacau rata dan padamkan api.
Biarkan sejuk dan bolehlah digunakan.

*Lebihan inti yg digunakan hendaklah dimasukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm freezer. Ini boleh memudahkan kerja bila nak gunakan di lain waktu.
** Inti sardin ni boleh digunakan sebagai inti karipap, Baked Sandwich, sebagai inti dadar berlauk, cara berlauk, pendekkata mmg boleh digunakan dlm mcm2 kuih lain, terpulang pd kreativiti masing2 ya..



AWARD YG TERLEWAT

ASSALAMUALAIKUM..

Org dah lama gantung dan abis demam award ni tapi K.Nor baru jer boleh gantung hari ni. Sebenarnya CT bagi award ni minggu lepas masa tu blog tengah warded. Bila blog dah ok ni baru boleh tunai janji dgn CT utk gantung award tu. Smlm cari la award tu kat rumah CT tp tak jumpa terus K.Nor tanya CT kat fb. Pagi ni, bila bukak jer fb terus nampak CT dah siap letak kat fb dan award pun siap diletak frame.. hehee.. tq.. tq.. Baik hati CT Delima ni kan.. Mekasih banyak2 ya CT atas pemberian award ni.. 


Erk.. Stylish? Hahaa... Tang mana la K.Nor ni stylish kan.. Mana bergaya sakan, ala kadar jer. Umur dah 40an ni, dah tak berminat nak bergaya sakan. Apapun mekasih banyak2 atas ingatan CT pd Nor dan rasanya Nor tak panjangkan la award ni pd blogger lain sbb rasanya dah ramai yg terima kan. Terima kasih sekali lg.. :)

Thursday, July 28, 2011

MUFFIN COKLAT

ASSALAMUALAIKUM...

Food review 7..

Ishhhh baru jer taip tajuk dah tertekan publish.. Tu la, duk mengarang sambil duk berskype dgn Mek Siam la ni.. hehe

Ok.. ni last Food Review.. Muffin Coklat, resipi Yani yg sentiasa menjadi pojaan ati anak2. Garing di bahagian atas dan lembut di dalam. Muffin ni K.Nor godek utk Naim, sebelum dia naik bas malam Jumaat lepas. Dari awal mmg plan nak buat something utk dia sbg bekal naik bas tp bila petang tu rasa penat sgt2. Masa tu badan kurang sihat sebenarnya. Tapi lepas Maghrib tu rasa cam kesian la pulak kalau tak bg apa2 sbg bekal utk dia. Dah la sampai stesen pagi2 buta, mesti lapar kan. Last2 tanya dia nak ke bawak bekal muffin, dia kata boleh gak. ermmm... terus la cari resipi muffin. Ada yg berkenan di hati tp bila tengok telur, tak cukup la pulak.  Telur ada 2 biji jer dlm esbok! Last2 terpaksa gak godek resipi Muffin Coklat Yani ni, tak jadi nak menerai resipi muffin baru tu.


Lepas godek adunan muffin, bakar, ngam2 jer muffin masak, terus hantar dia ke stesen bas. Buat muffin ni kejap jer, antara tempoh preparation hingga ke masak tu, biasanya dlm 1 1/2 jam jer. Ada gak yg amik masa lagi cepat dari tu.

Jom tengok resipi Muffin Coklat yg menjadi kegemaran anak2 K.Nor ni...

MUFFIN COKLAT 
resipi : Yani

Bahan:
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder



Cara:
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh (K.Nor letak 3/4 penuh cup)
Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


PUDING KEJU (LAPIS COKLAT)

ASSALAMUALAIKUM..

Food review 6..

Puding yg menjadi kesukaan anak2(jugak si emak anak2 hehe). Kalau dah ngap tu, tak leh nak stop ler. Kali ni buat 1 adunan penuh, tak main dah setengah adunan. Dulu buat 1/2 adunan rasa tak puas betul nak ngap. Tapi kali ni diderhakakan sket resipi Puding Keju asalnya milik AlongRoz ni. Ni kes Noorsha la duk tayang Puding Keju dia yg cun melecun tu. Dia tu mmg antu cekelat jadi dia dah menokok tambah dgn bancuhan coklat dlm adunan puding tu. Mas pun dah ikut buat stail Noorsha tu, memang sedap kan Mas. Rasa puding yg asal dah mmg sangat sedap, bila digabungkan dgn coklat.. perghhhh lagi la tersangat sedap!

Nak buat stail Noorsha tp tak menjadi sangat. :(

Tq Noor, bg idea yg bagus tu utk tambah coklat dlm adunannya. K.Nor tak ikut kaedah Noor yg letak serbuk koko tp K.Nor letak chocolate emulco pada sebahagian dari adunan puding. Ampun dan maaf ya Along, sbb dah menderhaka pada resipi puding Along yg mabeles ni.. :)


PUDING KEJU
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.





* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

** utk menghasilkan Puding Keju (Lapis Coklat), ambil sebahagian dari adunan (lebih kurang 2 cawan) puding dan masukkan 1 sudu besar choc emulco/chocolate paste dan mix hingga sebati. Pastu bolehlah melayer puding tu spt yg K.Nor buat (plain --> chocolate --> plain). Atau terpulang pada citarasa masing2 nak buat versi belang2 pun boleh.



Tau tak apa mould yg K.Nor guna utk hasilkan puding ni? hehehe.. Kalau Izah gerenti dia tau.. kan Jah kan.. hehe

.
.
.
.
.
.
.
.


Ni lah dia.. jgn ketawa ya.. hehe


Mould yg dtg pree dgn biskut keju tu. Yer.. tu la dia.. alas biskut yg kita beli yg dlm paket tu. Mesti tak caya kan, bekas alas gitu pun boleh dibuat mould utk puding. Percayalahhhhhhh.. mmg boleh.. cuma atas kreativiti kita jer utk 'melihat' sesuatu tu boleh digunapakai atau tidak. K.Nor pernah guna bekas alas biskut marie utk buat Puding Laici dulu. Ada yg bertanya kat mana K.Nor beli mould tu padahal dpt pree jer masa beli biskut kan.. So lepas ni cuba la tengok2 bekas apa2 yg kita beli, kadang tu mmg boleh dijadikan mould utk puding/agar2. Kan jimat tuu... :)

Haha.. ramai pulak yg berkenan dgn 'mould' pree ni ya.. Tu la kan.. dah kata, mesti tak terpikir yg benda2 tak bernilai gini boleh dijadikan mould bg menghasilkan puding/agar2 yg cantik.. Agaknya lepas ni ramai la yg menyimpan mould pree gini ya.. hehee..  Nak tau biskut keju apa yg K.Nor guna ya.. Ni dia..

Gambar ihsan pakcik google.. tq


NASI ARAB

ASSALAMUALAIKUM..

Food Review 5...

Lama betul nak abis Food review ya.. tuan rumah pun dah naik boring duk update entri tertunggak ni. Harap2 jgn tetamu boring sama dah la ek.. ada sket lagi tu.. :)


Kali ni nak tayang Nasi Arab yg dibuat baru2 ni. Sebenarnya K.Nor masak nasi ni hari Khamis lepas sebelum Naim naik bas malam tu balik ke KL. Hari tu mmg tak sihat sgt, dgn tekak yg perit, badan cam nak demam, batuk ada gak sket2. Tapi sebab ingat anak dah nak balik ke asrama, tu yg gagahkan diri buat nasi ni. Nak gak la bagi anak makan yg special sket sbb tak lama lagi bulan puasa. Lambat lagi la pulak dia cuti utk balik ke rumah.  Gini la hati sorang ibu, sedih bila time makan teringat kat anak2 yg duk berasingan dan yg jauh diperantauan. hu hu... Hari Khamis tu mmg masak macam2.. dgn lauk yg complete set ni, pastu buat puding dan malam tu buat muffin utk bekalan dia naik bas. Alhamdulillah.. walau tak sihat dpt gak masak mcm2 utk dia. Masak ni kan macam terapi gak tau, bila badan yg tak sihat, duk kat api dapur rasa segar sket dgn haba yg panas tu. Kalau duk melepek aje badan rasa cam makin kurang bermaya.. baik ke dapur dan buat apa yg patut kan.. :)

Jom lah tengok resipi Nasi Arab, resipi K.Hanieliza. Memang sedap! Tak rugi mencuba tau. Utk air bagi masak nasi tu K.Nor guna air rebusan daging mmbekkk yg dimasak Mutton Masala. Sengaja lebihkan air sbb nak gunakan air rebusan tu utk masak Nasi Arab ni. Mekasih K.Liza atas resipi Nasi Arab yg mudah dan sedap ni. Izinkan Nor panjang2kan resipi tu kat sini utk rujukan teman2 lain dan jugak utk rujukan Nor di masa akan datang. TQ ..


NASI ARAB
resipi : K.Hanieliza
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air ~ k.nor guna air rebusan daging
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas ~ k.nor skip sbb tak ada stok kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori


Gandingan utk Nasi Arab

 Mutton Masala              Ayam Masak Merah Berempah              Kerabu Epal Hijau.


Wednesday, July 27, 2011

DANISH BUTTER COOKIES

ASSALAMUALAIKUM...

Food Review 4...

Kali ni nak tayang cookies yg dibuat baru2 ni, masa blog tengah dlm ward. Masa tu terasa boring sungguh, tak tau nak buat apa. Nak buat kek, tak ada telur pulak dlm stok (kebetulan ayam mogok nak bertelur hehe) Tangan rasa nak menggodek jer.. last2 teringat Butter Cookies yg Mek Mukah buat beberapa hari sebelum tu. Bila selongkar dapur Mek Mukah, check balik resipi tepat la sangkaan K.Nor sbb resipi biskut tu tak perlukan telur. Terus jer salin resipi dan godek biskut tu. Bahan2 yg simple jer, buat pun cepat. Tapiiiiiiiiiiii tang membentuk tu.. huhhhh jenuh nak buat. K.Nor google utk tengok camana rupa asal biskut, tenung, renung. Hasilnya, ni jer la yg terdaya dihasilkan.. Memang tak sama sgt kan.. dah la cekeding jer, tak montok2 cam biskut butter yg real. Tak per la.. nak masuk mulut tukang buat jer kan.. hehe


Resipi Danish Butter Cookies ni asalnya dari K.Fida MyResipi tapi K.Nor amik kat rumah HaSue. Kalau nak tengok Butter Cookies hasil tangan HaSue boleh tengok kat SINI ya.. Yg HaSue lagi cantik dr K.Nor tu..


DANISH BUTTER COOKIES
resepi: Kak Fida@myresipi.com
Sumber : HaSue & K.Nor

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )
125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
*Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.


KERABU EPAL HIJAU

ASSALAMUALAIKUM...

Food review 3.. 
Kerabu yg sangat anak dara K.Nor suka, Kerabu Epal Hijau. Penyediaan yg sangat mudah dan rasa yg sangat sedap. hehe.. dah 3x sangat tu.. tanda sedap la ya.. Resipi dari K.Hanieliza. Jom buat Kerabu Epal Hijau.


KERABU EPAL HIJAU
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

Bahan:
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.


MUTTON MASALA

ASSALAMUALAIKUM..

Food Review ke2.. Mutton Masala, hidangan yg digandingkan dengan Nasi Arab. Resipi asal dari Love2cook. Dah lama nak mencuba masakan yg menggunakan  garam masalla. Dah beli lama pun tp tak terbuat. Bila nak buat Nasi Arab baru2 ni, terus mencari resipi yg menggunakan garam masala dan terjumpa satu resipi dr Love. Kena sangat la masa tu sbb mmg aim nak masak guna daging emmbekkk.. Bila buka garam masala tu rupanya rempah bukan berbentuk garam! hehee jakun betul!


Sedap masakan Mutton Masala ni atau nama lainnya Kari Kambing Masala. Sedap bila digandingkan dgn berperisa maupun nasi putih aje. Thanks Love for sharing the recipe, let me share it here ok.. Tq :)


MUTTON MASALA
resipi : Love2cook
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahannya :-
1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan 1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...)

Bahan dikisar bersama :-
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 batang serai
-----------------------
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sk biji jintan putih
1/2 sk biji jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka...nak mix ngan sedikit serbuk kari daging pun ok)
1 sk serbuk Garam Masala
2 gelas air
Garam dan aji secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-
Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
Kacau seketika dan masukkan tomato.
Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.
Mutton masala sedia dihidang.

*** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air...
Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...



Tuesday, July 26, 2011

HONEYDEW BLENDED with PEARL SAGO

ASSALAMUALAIKUM..

1st food review dr entri HOUSE(BLOG)WARMING pg tadi. K.Nor mulakan dgn minuman yg amat sedap ni dulu ya..  Nak edit gambar Nasi Arab & The Gang tu amik masa lebih sket sbb nak kena buat 4 entri tu sbb ada 4 dishes tu kan. Gambar2 pun belum beredit lg. Sapa kata kerja jd blogger masakan mudah? Ingat mudah ke? nak siapkan semua dari A - Z tak makan masa yg sedikit. Nak pikir lagi menu apa nak dimasak. Nak cari modal nak pot pet lagi. Bila keletihan, otak pun blurr semacam tu yg kadang2 post entri wordless atau pun entri bisu.. sekadar layan gambar jer. Penat kita tak sapa yg tau melainkan food bloggers sendiri jer yg maklum. Betul tak GMM? (tp org copy & paste gambar tak sampai 10 saat dah siap kan.. hummm.... )

Sebenarnya minuman ni hanyalah rekaan K.Nor sendiri jer. Tak ada resipi sekadar main campak2 jer bahan2 yg ada. Bahan2 utk buat minuman ni adalah kiriman sorang peminat kamben yg nun jauh di selatan tanahair. Dipaksanya K.Nor utk bg address kat dia malam tu, just nak bagi hadiah ni la. Alhamduillah.. mekasih banyak2 ya JIYA cayang.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan membuka pintu rezeki buat Jiya dan suami. Mudah2an juga dilimpahkan dgn rezeki yg menyerikan rumahtangga yg dibina tu. aminn....


Masa mula2 terima parcel ni, dah tau sapa pengirim sbb tengok pd sticker fragilenya tu.. huh.. fragile la sangat kan. dgn tepung, creamer, sagu pearl (yg pelik semacam jer tu.. hehe). Bila sembang dgn dia, baru tau tu sagu pearl. Yer la kat Tganu ni mana ada org jual benda ni, lebih2 lagi minuman Cool Blog ni.. Pastu Jiya bg link Cool Blog dan tau la serba sedikit ttg minuman dan sagu pearl tu. Pastu Jiya ajar la sket2 camna nak buat tp tak bg pun resipi nak buat secara tepat dgn bubble tea/ice blended perisa honeydew tu. Cuma Jiya ajar supaya rebus sagu pearl tu dan rendam dlm air gula utk bagi rasa manis2 sket pada sagu pearl tu, kalau tak tawar jer.


Jd K.Nor pun mencuba la buat minuman ala Cool Blog ni. Mmg jakun ler sbb tak pernah tau dan tak pernah minum pun. Mula2 K.Nor buat Sirap Bandung With Sagu Pearls. Bancuh air gula bersama air dan perisa sirap pastu tuang dlm gelas. Blend susu fresh bersama ketulan ais dan tuang atas air sirap td. Pastu letakkan sagu pearls. Jadi lah ini... Mudah jer kan.. :)


Pastu K.Nor blend lagi susu fresh bersama ketulan ais dan sedikit serbuk bubble tea/ice blended perisa honeydew. Jadilah Honeydew Blended With Sago Pearls. Tak tau la nama sebenar minuman ni apa sbb tak pernah minum yg Cool Blog tu. Dah K.Nor yg reka, K.Nor la bagi nama kan.. hehe Utk resipi yg lebih tepat kena tunggu K.Nor bereksperimen dulu dgn bahan2 yg ada ni. Tak pun tunggu Noorsha hasilkan resipi dia sendiri nanti sbb dia pun dpt parcel yg sama dr org yg sama gak hehe...


Ni bentuk asal sago pearl dan selepas direbus.

UPDATED..

Bagi yg nak tau, sagu pearl ni Jiya beli kat satu kedai baking di Taman U Skudai, Johor. Sapa2 yg duk area berdekatan dan berminat nak merasa atau membuat sendiri minuman bubble tea ni boleh lah cari kedai tu ya..

HOUSE(BLOG)WARMING

ASSALAMUALAIKUM....



Jutaan terima kasih dr K.Nor buat semua teman2 yg sentiasa memberi sokongan buat SecubitGaramNor67. Terima kasih juga atas ucapan tahniah, atas doa2 yg dipanjatkan.. amin... semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan ke atas kita semua. Semoga ukhwah antara kita akan terus kembang mekar hingga ke akhir hayat.. Kemesraan yg terjalin antara kita semua baik di blog maupun di fb amat K.Nor hargai. Hari ke hari terasa semakin erat dan semakin mesra dgn teman2 semua terutamanya yg sentiasa mengomen di sini maupun berbalas sembang di fb. Keriuhan dan kemesraan yg terjalin hari ke hari boleh mengubati segala luka dan duka yg terpaksa dihadapi. Tak perlulah kita bercakap tentang perkara duka pada hari yg bahagia ni kan. Biarlah ia menjadi lipatan sejarah. Setiap perbuatan baik atau buruk ada pembalasannya kan.. Asalkan kita terus berbuat baik, insyaallah.. kita akan selamat dan yg benar itu akan terserlah kebenarannya suatu hari nanti.. 

Jgn pula ada yg menyangka hal yg buruk2, tak ada niat sedikit pun dlm hati K.Nor nak menunjuk2 atau bermegah2 dgn kehadiran rumah baru yg atas nama sendiri ni. Enti kali ni sekadar suka2, sbb ramai teman2 terutamanya kat fb yg maukan K.Nor buat housewarming. Kalau utk blog kena lah panggil blogwarming kan hehe. Sebolehnya mula2 nak tukar rumah baru atas tapak baru ni K.Nor tak nak uarkan2 pada sesiapa pun kecuali ada 2 org yg dah tau dari awal .. u know who u are heee... K.Nor nak buat secara senyap2 jer tp atas silap percaturan, info yg diberikan salah maka terjadilah kerumitan yg sepatutnya tak berlaku pun. Bila dah silap, terpaksa lah diperbetulkan dan utk memperbetulkan tu yg blog terpaksa diwarded kan utk tempoh 4 hari tu. Alhamdulillah.. akhirnya settle gak, dah di discharge pun tp ada benda yg masih perlu diperbaiki. Kalau ada yg perasan ke dua2 bloglist K.Nor hilang dan tau aje lah bila dah hilang ni, terpaksalah mencari satu persatu kembali.. Tu lah perkara utama yg paling bloggers tak suka bila bertukar rumah kan.. Nak tak nak terpaksa jugak K.Nor cari satu per satu nanti. Kalau lah ada yg tak tersenarai awal2 ni.. ampun dan maaf K.Nor minta ya.. Insyaallah K.Nor akan cuba buat sedaya upaya utk meletakkan semula mana2 link blog teman2 semua dan ini akan mengambil masa sket. 

Ok lah.. dah panjang ucapan dari tuan rumah ni.. Dah lapar ya.. kesian pulak datang jauh2 tapi duk dengar ucapan dari tuan rumah yg berjela.. Jadi tak nak lengah2kan masa, dipersilakan semua yg hadir, menjamu selera mata dgn hidangan yg tak seberapa ni. Masak pun kelam kabut sorang diri ni. Pembantu2 semua tak datang, duk cari hi heels 4" la. duk jahit manik dan labuci kat dress masing2 la..Time makan baru nampak muka ya.. Jangan lupa lepas majlis selesai baru boleh balik (lepas siap kemas semua) dan baru boleh nak tapau apa yg lebih2 ya.. hehehehe 

Jom.. layan................ ^____^

Hidangan utama, Nasi Arab, Mutton Masalla, Ayam Masak Merah Berempah dan Kerabu Epal

 Muffin Coklat

 Puding Keju (Lapis Coklat)

 Sirap Bandung With Sago Pearls                         Honey Dew Blended With Sago Pearls

Butter Cookies

Selamat Menjamu Selera Mata ^____^


*food review akan dibuat kemudian dalam entri yg berasingan..

 ~~~~~ # ~~~~~


K.Nor nak gantung kad/hadiah dr IZAH MUFFIN LOVER ni yg dibuatnya khas utk K.Nor dan SecubitGaramNor67. Mekasih ya Izah .. mmmmmmuah! ^___^






TAHNIAH SECUBITGARAMNOR67.COM SEBAB DAH TUKO JADI BANGLO. RAMAI YANG NAK TUMPANG CHECK IN UMAH AKAK YE. HAHA... SAYA DOAKAN SEMOGA SECUBITGARAM TERUS MAJU , TERUS MENAMPILKAN MENU2 MENAWAN DAN MENYELERAKAN.

FROM:



Hadiah apa la yg banyak sgt Izah bagi K.Nor ni? Ke pulang balik SM yg dirembat kat gobok akak nun.. hehehehehe