f Secubit Garam: February 2011

N3 Terkini

Monday, February 28, 2011

Tragedi 28 Feb 2011

Di sebalik berita gembira mengenai pinangan Jelita pada Ummi yg K.Nor post petang tadi, ada berita duka bagi K.Nor. Awal pagi tadi seperti biasa K.Nor dan cik abg ke Taman Rekreasi bersebelahan Bank Negara utk jogging. Kita org start jogging dlm pukul 7.05pg. Lepas selesai dan menuju ke kereta dlm pukul 8.10pg. Sampai jer tepi kereta, cik abg K.Nor perasan, tingkat sebelah driver pecah berkecai. Disebabkan kereta tu ada pasang tinted glass jd cermin tu tak la berderai merata2 sgt, masih melekat pd tinted. K.Nor jenguk ke dalam, dashboard terbukak dan terus perasan, purse K.Nor dah tak ada. Innalillahiwainnailahirajiuun.... Ditimpa lagi musibah dan ujian dari Allah.. Terasa menggigil kaki tapi K.Nor melilau2 kawasan sekitar kut2 ada dicampaknya purse K.Nor dalam longkang ke, kat semak2 ke.. Tapi hampa.. tak ada pun purse putih tu.


Ada member sama2 jogging suruh tinggalkan dulu kereta tu kat situ tanpa diusik apa2 pun. Dan dia offer utk hantar kita org balik. Alhamdulillah.. Balik rumah, lepas tukar kasut terus ke balai polis Chabang Tiga utk buat report. Lebih kurang 45 min kat situ, kita org ke kereta semula utk tunggu pegawai polis penyiasat datang utk amik gambar keadaan kereta. Sekian hal pulak duk bersihkan cermin2 yg bertaburan dalam keter tu.. Lama gak menunggu sambil K.Nor ke hulu ke hilir duk mencari lagi purse tu sampai ke kawasan JPJ, kut2 ada purse tu kat mana2.. Tapi tak ada jugak kelibat purse tu.. :(

Lepas pegawai polis penyiasat tu amik report dan shoot gambar, kita org balik rumah. Balik mandi dan baru la nak sarapan dlm pukul 11 lebih gitu. Nak masak pun dah tak ada mood. Lauk2 yg dah dikeluarkan awal pagi, K.Nor sumbat balik dlm freezer.  Hampir pukul 12 tghari keluar lagi ke Pej. Pendaftaran utk buat IC baru.  Lepas settle kat situ, kita org lunch kat cafe di wisma tu gak. Lepas tu ke dua tiga buah kedai utk pasang cermin kereta. Last2 ada yg beritau kedai ketuk body kereta kat Kg Pulau Kambing yg sediakan servis pasang cermin kalau nak cepat. Yer la, takkan nak pasang lambat2.. Dengan tingkap yg ternganga gitu, kena la pasang secepat mungkin kan.. Rabak lagi poket.. hummmm...


Lepas tu kita org ke JPJ pulak utk buat lesen memandu baru. Pelik gak ya, buat IC baru tak kena charge apa2 tapi utk buat lesen baru K.Nor perlu bayar denda RM20.00. Ni la 1st time dlm seumur hidup K.Nor kehilangan IC dan lesen memandu (dah 26 tahun ada lesen memandu.. huhu) 

Balik rumah pun dah hampir pukul 4ptg.. penat dan sedih. Bukan sedih kehilangan duit. Duit dalam tu tak seberapa sangat. Hilang IC dan lesen memandu ok lagi.. boleh dibuat lain kan.. Yg K.Nor sedih dan buat air mata menitis, dalam purse tu ada sekeping gambar pasport arwah ibu K.Nor. Tu jer la sekeping gambar kenangan rupa arwah. Arwah meninggal masa K.Nor 6 tahun, mmg tak ingat sangat rupa dia secara live. Arwah meninggal kat hospital, baru lepas amik air tulang belakang. Dia tak pandang pun K.Nor masa K.Nor panggil nak beritau nak balik rumah. (masa tu dah lewat malam) Rasanya tak lama mana lepas K.Nor sampai kat rumah, ayah K.Nor tiba kat rumah bersama jenazah arwah. Tu yg K.Nor terkilan, tak sempat pandang wajah dia sebelum dia 'pergi' Sampai sekarang, K.Nor tak leh nak recall rupa dia. Hanya berpandu pada gambar pasport tu jer yg boleh mengingatkan K.Nor pada wajah ibu K.Nor. ermmmmm.. sekarang dah tak ada apa2 lagi yg tinggal utk K.Nor jadikan kenangan, utk K.Nor tatapi bila rindu padanya. Dalam purse K.Nor hanya letak gambar arwah, gambar anak2 sekeping pun K.Nor tak letak.. :(

K.Nor tak kisah lah kalau org yg mengambil purse K.Nor tu nak amik duit yg ada dalam tu. Kad bank mmg tak ada dalam tu, kebetulan ada dengan Cik Abg. K.Nor berharap sangat agar purse tu dijumpai dan dipulangkan pada K.Nor. Duit hilang tak lah sedih sangat tp sentimental value tu tak leh nak digalang ganti.. Semoga Allah membuka pintu hati yg mengambilnya utk memulangkan kembali purse K.Nor tak kiralah melalui cara mana sekali pun. Kut2 dia buang kat mana2 dan dijumpai oleh org lain yg baik hati dan menghantarnya ke balai polis ke.. mudah2an lah hendaknya.. 


Apam Labu

Org mengapam K.Nor pun rasa nak mengapam gak. Tapi apam ku tak secantik apam org lain.. ermmm... tak per la kan.. tak cantik, tak merekah, tak membumbung.. walhal api dah bukak besar, dah isikan hampir penuh.. haishhh... tak per.. tak per.. asal lembut dan sedap. Dan yg paling penting, tak jadi habuan cik tong..heee.....


Meh la sarapan dgn Apam Labu yg resipinya diambil dr rumah Ummi Kuantan nun. Resipi asal dari Madiha kan Ummi.. Mekasih ya Madiha dan Ummi.. Sedap apam ni.. tak sia2 mengukus di malam hari :)

APAM LABU
sumber: Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:-
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B:-
240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telor
150 ml santan pekat ~ k.nor guna susu cair

Bahan C:- (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


* pd pemerhatian K.Nor, lepas masukkan adunan dlm papercup, biarkan dlm 10 minit baru lah dikukus. Bila buat gini adunan tadi naik lebih elok dan lembut serta gebus jer hasil apam tu.


Sunday, February 27, 2011

Ayam Herba Lada Hitam

ASSALAMUALAIKUM...

Menu kali ni Ayam Herba Lada Hitam, resipi Dayang Jack. Sedap! Cik Abg dan Naim kata macam ayam Kenny R jer.. Agaknya la kut.. sbb K.Nor ni bukannya penggemar ayam. Kalau gi KR, K.Nor order spaghetti jer. Bagi sapa2 yg suka ayam KR tu dan maklum dgn rasanya, apa kata cuba Ayam Herba Lada Hitam ni. Pastu jgn lupa bg fedback ya..


Dayang, mcm biasa K.Nor nak share resipi tu kat sini lak ya.. TQ :)

AYAM HERBA LADA HITAM (bakar/panggang)
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong 4)
1 sudu makan dried oregano
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan madu
1 sudu makan mustard atau mayonis
2 sudu makan sos cili
1-2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
garam dan gula secukupnya
2 sudu makan minyak zaitun atau minyak masak

bahan-bahan mesin :
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara-cara :
Rebuskan ayam bersama sedikit garam hingga 1/2 masak. Toskan dulu dan biarkan sejuk.
Gaul-gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam atau lebih. (sukatan gula dan garam boleh adjust sendiri)
Sediakan dulang pembakar. Alaskan dengan kertas foil. Susunkan ayam di atasnya. (Lebihan bahan perencahnya jangan dibuang) Kemudian bakar/pangganglah selama 30-40 atau sehingga masak. (DJ guna suhu 180C dan bakar selama 15. Terbalikkan ayam, tuangkan baki perencah tadi dan bakar lagi selama 15 minit).
Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau nasi ayam.

Saturday, February 26, 2011

Roti John

Assalamualaikum...


Dah nak masuk tengahari baru boleh post menu sarapan. Tak per la ya.. at least ada gak n3 utk pagi ni. Roti John, dah lama betul tak buat. Tengok MamaHawa buat baru2 ni baru teringat nak buat balik. Kali ni buat siap2 1 paket daging cincang sebagai intinya. Senang sket lain kali kalau nak buat lagi, keluarkan aje dr freezer. Tak perlu la ulang2 kali buat inti kan. Lagi pun inti ni boleh diguna dlm lain2 resipi spt inti puff, inti pau pun boleh. Juga boleh letak dalam karipap maupun boleh dibuat Dadar Samarinda@Dadar Berlauk. Sebenarnya boleh dibuat mcm2 dgn inti daging spt ni, atas kreativiti kita.. Haaa.... nak buat Sandwich Roll pun boleh.. errmmm... buat apa2 pun boleh.. hehe


Bagi yg nak mencuba Roti John ni, boleh la klik kat SINI. Tuan rumah nak kena lay down dulu kejap. Kepala berdenyut sakan dr smlm lagi.. Jumpa lagi ya .... :)

Friday, February 25, 2011

Si Baldu Merah

Assalamualaikum...

Bersiaran lagi di petang hari yg indah ini.. Ermmmmmmm.... sorang pun tak perasan ya dengan cupcake dlm kad birthday pagi tadi ^____^ Mungkin ada yg ingat gambar cupcake tu K.Nor amik hasil bodek pakcik google ya.. Silap tu.. Tu gambar original ... ulang suara.. gambar original dari dapur SecubitGaram. Dan e-card tu pula hasil sentuhan designer K.Nor, sapa lagi kalau bukan cik abg K.Nor hehehe.. Tak caya ya.. Meh tengok.. Compare ya... :)

Haa... sama tak? Non edit, cuma letak watermark jer tu..

Ni ler kek besday tuan rumah. Hasil godek2 kat dapur smlm (lepas Maghrib baru nak start menggodek) Dah lama plan nak buat si merah baldu ni, dah kebetulan birthday K.Nor dah dekat jd K.Nor plan nak buat masa birthday la.. Banyak resipi Red Velvet Cake yg K.Nor duk cari, dari yg bentuk cake, cuppies dan brownies. Yg Swirl Brownies pun ada. Tapi K.Nor buat keputusan nak ikut yg Rima buat. Satu adunan nampak cam sikit jer bila guna 1 bj telur dan 57gm butter, so K.Nor buat 2 adunan. Hasilnya selain dr dibuat versi cupcake K.Nor juga buat satu kek berbentuk hati. Kecik jer kek ni, lebih kurang 5" sebelum dimake up. Alhamdulillah.. sedap dan lembut jer Red Velvet Cake ni tambah lg bila dimakan dgn CC frosting tu. Memang yummy.. Cuma problem sket la, frosting tu agak lembik. Payah nak membentuk roses swirl. Tapi rasa maintain enak :)


Ok, jom tengok resipi yg K.Nor amik dari rumah Rima ni ya.. Resipi ni asalnya dari SINI.


RED VELVET CAKE
source : Rima

Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar - i reduced it to 80g
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream


Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.

Deco org amatur.. sila tengok dgn sebelah mata dah la ya.. heeeee....

Amik sebiji sorang ya... jgn lebih2 :)


Happy BornDay


Assalamualaikum.....


Alhamdulillah.. syukur dipanjatkan pada Allah, Tuhan Maha Pencipta, Maha Berkuasa dan Maha Agung, masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ini. Syukur juga atas segala limpah rahmat, rezeki dan keberkatan yg diberikan sepanjang 44 tahun usia berlalu. Semoga akan terus menikmatinya selagi hayat dikandung badan.. Al Fatihah buat arwah ibu yg telah melahirkan walau hanya sempat bersama 6 tahun saja.. 38 tahun meraikan ulangtahun kelahiran tanpa kehadiran dan kasih sayangnya.. :(

Tak sangka pulak dah ramai yg wish happy birthday kat sini. Bermula dengan AlongRoz yg siap buat kad utk K.Nor.. Ingatkan tak ada org tahu melainkan teman2 lama dr MyR (terutamanya Sofea dan Yani, kerana kita org berkongsi tarikh hari lahir) dan juga teman2 di facebook (sbb birthdate ada tertera kat profile hehe) Terharu sgt bila Along ingat birthday Nor.. mmmmmuah!! mmg sayang dgn Along ni.. nanti Nor angkut kad Along ya.. (dan juga kad2 lain gak.. tq so much) Masih belum free lagi ni.. insyaallah lepas ni gi angkut dan tampal semua termasuk kad2 yg kat fb gak (kalau tak tampal kat sini lain kali payah dah nak tengok balik kan.. hehe)

Buat Pia dan Yani..

Happy Birthday juga utk kembar K.Nor ni..
Semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki dan rahmat dalam kehidupan kita sema..
Diberikan kesihatan yg baik dan bahagia bersama suami dan anak2 tersayang.
Semoga kita akan diberi kesempatan untuk bersama2 menyambut lagi hari ulangtahun kelahiran di tahun2 mendatang..
dan semoga ukhwah antara kita berkekalan erat selagi hayat di kandung badan...
amin...

**Pia, Yani.. jgn lupa angkut kad tak seberapa ni ya.... :)


UPDATED:

Masa utk menggantung e-card dr teman2 tersayang.. Ada yg buat special entry, ada yg wish kat facebook.. alhamdulillah.. terima kasih semua.. terharu sgt.. Terima kasih juga atas semua doa2 yg dipanjatkan buat K.Nor dan juga famili K.Nor. Semoga segala doa2 itu dimakbulkan dan semoga ukhwah yg terjalin sepanjang tempoh kita semua berkenalan, akan terus mekar mewangi selagi hayat di kandung badah.. Luv u all........... mmmmmuah! (the kiss for ladies only ya... hehehe)


Dari MamaFami..
Org yg pertama wish kat fb smlm..
Tq Ma, sori ya tak leh nak besarkan gambar :)



Dari AlongRoz, pukul 2.31 pagi gantung kad utk K.Nor..
wahhh.. terharunyer!!! mekasih Along! mmmuah :)




Happy birthday kak nor..sempat buat kek stoberi untuk kak nor ni..
Sue doakan akak dipanjangkan usia..semoga diberkati Allah dunia akhirat..semakin disayangi ramai n berbahagia selalu di samping keluarga tercinta..aminnn...

Makan laa kek stoberi nih kak..dah siap2 potong ni..hehe
Dari HaSue... sempat lg godek kek stoberi utk K.Nor ya..
mmmuah!!! tq.. tq ... lepas ni bg kek yg real ok :)


Dari besday girl, Pia@Sofea After6am @ K.Fiza MyResipi..
Tq pia.. sweet jer budak pempuan tu.. :)


Picture Captions
Dpt kek lagi.. yg ni dari Lieza..
Tq Lieza ya.. Muaz tidur ke masa godek kek ni? hehee



Dari Azie.. tinggi kek dr spongebob ya.. hehe
Mekasih Azie cayang... :)



tomeinyer kitty ni bagi cupcake utk K.Nor..
kad dari Ninazsyafinaz.. tq Nina :D

Kek dan hadiah dari K.Anim@My Kitchen
semoga ikatan ukhwah kita berkekalan dan semoga K.Anim diberikan kesihatan yg terbaik.. amiinn...


Bunga dari Azlita... cantik!!
Mekasih Ita.. mmmmuah! :)


Yg ni dari Hani@Sembang Dapur..
Mekasih Hani.. mmmmmuah jugak utk Hani :)


Kek putih bersih dr Na@Mekna..
Mekasih ya Na.. nanti kita potong sama2 :)


Kad ros merah dari Mimiey
Mekasih ya Mimiey :)


Special card dr Waniey.. Rainbow Chiffon Cake card..
tq Waniey :)

Dari Yani, besday girl ehh.. besday mum :)
sama pulak kita buat red velvet cupcake ya..
kembar la katakan.. hihih
tq Yani :)


~~~~~~~ X ~~~~~~~

Terima Kasih juga buat yg memberi kad ucapan, ada yg siap nyanyi2 lagi melalui you tube..


Bukan niat membangga diri atau menunjuk2 ya bila K.Nor letak semua ni. Sekadar utk dijadikan kenangan di kemudian hari. Kalau tak letak (terutamanya link dr you tube tu) payah nak trace lain kali kan.. tq..


Thursday, February 24, 2011

JLo??

Oh tidak... Bukan JLo tapi jelly oooo.. Jelly yg sangat sedap. Nak lagi sedap makan sejuk2. Nak buat mudah sangat2 kalau tak caya tanya Ratu Jello@Yat Maria :)

Dari petang smlm lg duk pikir nak buat puding atau dessert. Tup2 semalam nampak Azlita buat Puding Jelly Konyaku. Tapi Ita punya puding hi class sbb siap ada mcm2 buah dan Ita juga siap buat kuah kastard. K.Nor mula2nya nak buat kuah ikut resipi Ita gak tapi tak sempat buat, jelly semua dah abis masuk mulut penghuni kat rumah ni. Lain kali kalau nak buat kena buat 2 kotak jelly konyaku kalau nak buat kuah cam Ita tu..

K.Nor guna konyaku jelly perisa laici dan nata tu perisa strawberi
Nata tak menyerlah sgt kan.. 

Tak perlu resipi la ya, mudah sgt2 ni. Bancuh jer jelly tu berpandukan pada arahan kat kotak dan letak la fruit coktail atau laici atau nata de coco kat dalam tu mcm yg K.Nor buat ni. Nak lagi cantik masukkan dulu sedikit adunan jelly ke dalam acuan kecik2 tu baru lah dimasukkan buah. K.Nor silap gi letak buah dulu tu yg bahagian bahagian bawah acuan (bahagian atas jelly kalau dah dikeluarkan dari acuan) tak berapa cun. Jelly tu tersekat nak turun kebawah dek nata de coco yg diletakkan sebelum dimasukkan jelly. Lain kali mmg kena beringat hal ni.. insyaallah..

 Yg ni saja masukkan setitik kaler brilliat blue ke dalam adunan konyaku jelly.
Mesti HaSue berkenan ni, pantang nampak kaler biru :)


Udang Black Pepper

Di Jepun menu udang, di Tganu pun menu udang. Nak buat camna, dah plan dr smlm lg nak masak udang arini hehe.. Tapi mek Jepun buat Udang Nestum kan, K.Nor buat Udang Black Pepper.


ermmm... penat la arini, tak nak cakap banyak la ya... Jom layan Udang Black Pepper.


UDANG BLACK PEPPER
resipi : K.Nor@SecubitGaram

350gm udang ~ saiz sederhana
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 - 1 sudu besar serbuk lada hitam
minyak
capsicum merah/hijau ~ dadukan (optional)

Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Tabur sedikit garam atas brokoli dan kukus selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat.
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper, sos tiram dan serbuk lada hitam.
Kacau hingga wangi dan masukkan udang dan capsicum.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.

* boleh masukkan garam tambahan jika kurang rasa masin. terpulang pd selera masing2.



Wednesday, February 23, 2011

Mysore Chicken

Assalamualaikum...

Sebelum pergi kepada menu hari ni, K.Nor nak amik kesempatan utk mengucapkan terima kasih pada Pengurus Besar Sykt......... yg telah menalipon pagi td utk menyampaikan permohonan maaf atas perbuatan beberapa org pekerjanya yg telah mengambil gambar dari SecubitGaram (juga blog2 lain yg terlibat) tanpa izin tempohari. Sebelum tu, Hana, AlongRoz dan juga Semah ( hihihi anda tau sapa anda) telah menerima email permohonan maaf dr beliau. Bila K.Nor check mmg ada masuk email tp mungkin ada kesilapan teknikal yg menyebabkan hanya menerima foward email yg K.Nor hantar pd dia org baru2 ni.

Alhamdulillah.. segalanya telah selesai, yg keruh dah kembali jernih. Buat En. Suffian, permohonan maaf tu saya terima dengan ikhlas hati. Bukan niat saya dan teman2 lain nak kecoh2 dalam hal ni tapi sebagai menuntut hak kami kerana dah kerap kali perkara ni terjadi terhadap kami blogger2 masakan. Besar harapan kami agar perkara ni tidak berulang lagi samada dr pihak tuan maupun dari sapa2 saja yg suka amik jalan mudah atau jalan pintas utk menghasilkan sesuatu. (Kalau pihak perlukan apa2, sila beritau ya. Lagipun dah ada alamat email kami kan..) Saya juga mohon maaf andai ada tersilap kata saya dalam email yg dihantar tempohari. Semoga segala apa yg terjadi ni ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah yg mengetahui atas segela sesuatu.. Terima kasih sekali lg dari saya dan suami...


~~~~~~~~ ***** ~~~~~~~


Ok.. semua.. jom balik pada menu hari ni... Yg dah lepas tu, lepas la ya.. kita buka buku baru dgn masakan yg pertama kali dicuba ni. Pada anak tekak K.Nor sekeluarga, Mysore Chicken ni sedap. Ada rasa rempah2 dan pedas2.. Resipi diambil kat dapur baby tukang masak rambut kerinting, nun di Singapura. Tak tau nak masak apa, tak ada idea... gi la geledah dapur Cik Puan Ayu tu.. insyaallah.. ada lah idea nanti.. hehe.. Mekasih Ayu, dah share resipi tu dan cam biasa ya.. Nor nak share kat sini pulak.. Tg :)


MYSORE CHICKEN
sumber : Ayu S'pore
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
11/2kg ayam-dibuang kulitdan potong kecil
2 bawang besar dipotong 2 dan hiris nipis
2 batang cili hijau-dipotong panjang
1 batang cili merah-dipotong panjang
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil halia kisar
garam dan serbuk perasa secukupnya
2 cawan air
8 sudu besar minyak
daun ketumbar

Cara:
Campurkan ayam dengan bahan2 (melainkan minyak dan 1 cawan air) di dalam mangkuk besar. Panaskan minyak dan masukkan ayam dan goreng hingga naik bau. Masukkan 1 cawan air lagi tadi, tutup dan biarkan mendidih dengan menggunakan api perlahan hingga ayam kering dan betukar warna brown, kacau sekejap2 supaya tak hangus. Hiaskan dengan daun ketumbar

Sources:-From Zarina Easy Cooking

Tuesday, February 22, 2011

Rainbow Chiffon Cake

Kalau tak nak cakap banyak2 aci tak? Jom jamu mata dengan kek cipon pelangi ni ya.. :)


RAINBOW CHIFFON CAKE
source : Gert & Rima
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients A
8 egg yolks
50 grm sugar
20 grm milk powder
20 grm cornflour
150 grm cake flour
1 tsp baking powder
½ tsp salt
100 ml vegetable oil
100 ml coconut milk ~ k.nor ganti dgn susu cair

Ingredients B
8 egg white
120 grm sugar
1 tsp cream of tartar

Ingredients C (for the rainbow)
A few drop of pandan paste
A few drop of pink coloring
A few drop of strawberry flavoring
2 oz of melted chocolate
A few drop of yellow coloring
A few drop of lemon flavoring

1. Shift cake flour, corn flour, milk powder, salt and baking powder. Set it aside. Combined the coconut milk and oil together.
2. In a mixing bowl mix the egg yolk and 50 grm of sugar until well combined. Add in the coconut milk and oil mixture. Mix well. Lastly add in the flour mixture. Mix until the mixture is smooth.
3. Divide the egg yolk mixture into four equal portions. Mix one portion with pandan paste, one with strawberry flavoring and pink color, another one with the melted chocolate and the last one with lemon flavoring and some yellow coloring. Mix all the four portions well and set it aside. Pre-heat the oven to 350 degree F.
4. In a mixer whisk all the ingredients B on high speed until soft peak. Divide the egg white into 4 equal portions and fold it into the different egg yolk mixture. Pour each of the batter mixture into an ungreased tube pan and bake for 50 minutes or until golden brown and tested the skewer comes out clean.
5. Take out the cake and invert the cake immediately. Leave it to cool completely before removing the cake from the baking pan by running a long sharpe knife to the side and bottom of the baking pan. Cut and serve.

** ni yg K.Nor buat
1. pewarna purple + paste blueberry
2. pewarna kuning + vanila
3. pewarna hijau + paste pandan
4. pewarna merah + paste strawberry



~~~~~ X ~~~~~


K.Nor minta maaf ya, andai watermark SecubitGaram agak besar sket dan lebih terang dari sebelum ni. Terpaksa dibesarkan dan diterangkan sket, juga diletak tempat strategik agar tak berlaku lagi kejadian yg paling tak diingini tu.. Maaf ya kalau kehadiran watermark ni yg agak mengganggu pandangan mata terhadap masakan/juadah yg ditayang.. Harap2 semua faham dgn situasi K.Nor ya..


Kerabu Kacang Botol

Sedap nih.. krup krap krup krap duk meratah kerabu. Tak rasa nak makan nasi arini. Layan Kerabu Kacang Botol ni aje dah lah, kenyang jugak!


K.Nor mmg suka buat kerabu stail K.Liza ni. Bahan2 tumbuk dan kelapa parut digoreng kejap pastu campur dengan bahan2 lain. Perahkan asam limau nipis/kasturi. Gaul2 dan biarkan mesra, pastu ngap.. best! Mintak izin ya K.Liza nak share resipi tu kat sini pulak ya.. Mekasih...

KERABU KACANG BOTOL
resipi : K.Liza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan
20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kobis [hiriskan]
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
garam
gula

Bahan Mesin
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara.
1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
2. Tutup api.
3. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
4. Hidangkan.


Ikan Selar Masak Sambal Cili

Dah banyak hari duk layan menu ayam jer. Tukang masak yg kurang dgn lauk ayam lagi la jemu nak masak ayam tiap2 hari. Hari ni kita layan menu ikan pulak. Masa ke pasar tadi tengok ikan segar dan berkilat jer, geram! K.Nor sambar ikan selar dan ikan aya jer. Tak nak gak simpan lama2 ikan dalam freezer tak fresh sgt kalau dah lama2 kejung gitu kan. Abis stok ikan, esok lusa gi pasar smula. Dekat jer :)


Menu yg sangat simple, Ikan Selar Masak Sambal Cili. Buat pedas2 sket.. kena dengan nasi panas2... mmg sedap. Nak resipi? Klik kat SINI ya.. 


erkkkk.. cuba perhatikan masa K.Nor buat n3 ni (kat bawah ni) 2:22pm.. hari ni 22.2 kan.. haha.. lucky number tu... hehe



Mee Sanggul Goreng Kari

Menu dinner semalam dah ni ya.. smlm penat campur dgn kurang rajin nak post n3. Masak jer dengan apa yg ada kat dalam esbok. Mulanya plan nak goreng utk K.Nor sorang jer tup2 cik abg dan Aisyah pun nak join sekali gak makan mee ni utk berbuka. 


Sebenarnya petang semalam ada buat projek dessert utk berbuka. Kebetulan ada baki whipping cream, try la buat puding tu. Yg 1st layer dan 2nd layer dah ok dah, ngam2 jer dgn whipping cream yg ada tup2 utk 3rd layer rupanya nak guna whipping cream gak. K.Nor dah pun perhabiskan whipping cream utk 1st layer tu. Kalau tau yg 3rd layer nak guna whipping cream gak, utk 1st layer boleh combine dgn susu fresh. adehhh... tak cun ler dessert yg K.Nor buat tu. Tapi rasa mmg sedap! Anak2 K.Nor suka dgn rasa puding yg kaya dgn buah tu.. Nanti lah, try lagi next time.. insyaallah..


MEE SANGGUL GORENG KARI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
3 kpg mee sanggul melayu
udang (atau boleh guna isi ayam)
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi ~ dihiris (lebihkan jika suka pedas)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis/sawi
1 bj tomato
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi ~ dihiris
limau kasturi/limau nipis

Cara :
Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan.
Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
Kacau dan goreng hingga mee masak.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.
Selamat mencuba..


Monday, February 21, 2011

Sticky Caramel Chicken

Tak tau nak masak apa hari ni. Blur semacam jer. Tak timbul lagi dah soal geram atau marah cuma tak ada mood. Bila kena keadaan gini mmg boleh menerbangkan mood melayang2 jauh ntah ke mana. Ikutkan hati mmg terasa nak stop blogging. Kecewa dengan kejadian yg tak penah ada titik noktah. Manusia suka mengambil jalan mudah, amik senang atas kepayahan orang lain. Amik jalan pintas yang hanya sekadar C&P yg tak sampai 5 saat sedangkan org yg mengerah tenaga dan masa habiskan berjam2 dari A- Z utk menyiapkan satu hidangan juga satu n3. Peliknya manusia bila melakukan sesuatu tanpa ada rasa bersalah, tanpa pikir halal haram sesuatu yg disuapkan ke mulut anak isteri maupun diri sendiri. Apakah ada keberkatan dari Allah bagi perniagaan atau rezeki yg diperolehi atas jalan salah yg dah dilakukan. Kalau lah masing2 ingat dan percaya sesungguhnya DOSA DAN PAHALA ITU BENAR, PEMBALASAN DI AKHIRAT ITU BENAR, SYURGA DAN NERAKA ITU BENAR.. rasanya tak terlintas dipikiran masing2 nak buat perkara yg tak sepatutnya, kan... haaa.. kan dah jadi sesi luah perasaan ...

Waktu dah hampir pukul 12.00 tghari, masih tak ada idea nak masak apa. Ronda2 situ sini... check balik dalam draf kut2 ada resipi yg pernah disimpan dan boleh dicuba masak.. blur la jugak. Akhirnya masuk rumah Ayu, selongkar dapur dia.. nampak dia buat Sticky Caramel Chicken Wing. Rasanya Che Mat pun buat semalam. Terus copy resipi dari blog Che Mat (sbb lebih cepat, Ayu ada letak 2 versi resipi, in Malay & English) dan masuk dapur. Buat Singgang Pedas Ikan Selar utk dijadikan partner Sticky Caramel Chicken. errkkkk... Dah tukar nama resipi ya... sebab K.Nor tak guna chicken wing keseluruhannya tapi guna 1/2 ekor ayam. Pastu tambah sedikit serbuk lada hitam spt yg Ayu sarankan. Memang kena bg lebih pedas. Lebih pedas lebih sedap kan Ayu :)


Mekasih pada Ayu yg mencetus idea nak masak dan juga mekasih pada Che Mat sbb K.Nor dah kopipes resipi dari TiffinBiru.


STICKY CARAMEL CHICKEN WING
resipi asal : MutiaraAzura MyResipi
sumber: CMGebu & K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
1 camca besar cincangan halia
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
7 - 8 camca besar madu

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...

* K.Nor tambah 1 sudu besar serbuk lada hitam


UPDATED:

Setelah beberapa email yg dihantar oleh Hana, AlongRoz, Izah dan jugak K.Nor.. pihak yg terbabit dah pun amik tindakan dgn mendelete ruangan resipi kat blog tersebut. Alhamdulillah.. sekurang2nya kita org dpt mempertahankan hak kita org. Bukan atas dasar kedekut, sikit pun tidak. Memang menjadi hasrat nak berkongsi ilmu dan kalau nak gambar boleh. Tapi buat lah cara yg betul. Kita org Islam kan.. kena ada adat dan kena berhemah. Mintak izin la dulu.. dah tu, dah amik letak la sumber dan kalau boleh letak la backlink. Dan yg paling penting, jgn sunatkan watermark (ayat org Sedenak hehe) kita org. Bukan sikit masa dan tenaga yg dah dicurahkan utk menghasilkan satu2 resipi dan satu2 entry. Bila dipikirkan rasa cam nak letak gambar yg blurr jer atau tak letak langsung gambar kat n3 masakan. Habis camna org nak tengok dan nak jatuh hati nak buat kan.. Itu lah masalah menghasilkan sebuah blog masakan yg sebolehnya cuba utk menarik minat pengunjung.

Rasanya kalau lah ada permohonan maaf (dgn cara balas email kita org) lagi la elokkan. Sedar atas kesilapan dan mohon maaf.. Harap2 la ada kut selepas ni... Mudah2an lepas ni tak timbul lagi soal curi hasil kerja org lain gini.. Harap2 sangat.. dah penat rasanya melayan perkara yg tak pernah ada titik noktah gini... Dalam doa mmg K.Nor panjatkan agar semua ni tak berlarutan, agar semua selesai dgn cara terbaik. Tak nak la sampai kena saman menyaman, kena naik court... Ok la ya.. mekasih atas sokongan teman2 dan adik2 semua pada apa yg terjadi pada K.Nor dan rakan2 lain.. Semoga org tidak lagi memandang Blog Masakan hanya blog cikai.. blog komang kata org Ganu :) Semoga ikatan antara kita blogger ni bertambah utuh walau kita tak pernah bersua muka.. insyaallah...


Sunday, February 20, 2011

Asam Pedas Singapura

Assalamualaikum...

Ermmm.. nak lunch pun tak berselera arini. Walau lauk yg menyelerakan tp hati rasa semacam jer. Tak abis2 dengan kes curi gambar. Kali ni bukan blog biasa2 atau dr company biasa2. Tapi company yg ternama. ermmm.... Mudahnyer org buat kerja ya, nak senang, nak cepat. Angkut resipi, promote produk dia org dan crop gambar buang segala watermark. Kemana perginya moral org kita.. Yep K.Nor ulang sekali lagi.. Org Kita (org melayu kita, bangsa Melayu, bumiputra...) ermmm dah la ekk.. kalau dipanjangkan, terus terusan sakit hati. Jom layan masakan hari ni..

Resipi Asam Pedas Singapura ni K.Nor ambil kat rumah Azlita. Katanya resipi asal dari buku masakan. Maaf ya Ita, K.Nor derhaka sket... sketttt jer. Cam biasa bila masak asam pedas K.Nor suka letak halba. Lagi sedap bila wangi2 bau halba tu. Mintak izin ya Ita, nak share kat sini resipi tu.. Tq.. Haihhh.. nak berceloteh panjang2 pun tak ada mood dah...


ASAM PEDAS SINGAPURA
By : Hjh Mahani Abdul Rahim
Sumber : Buku masakan Pn Asmah Laili
sumber : Azlita Masam Manis & K.Nor SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ikan duri atau ikan pari - dipotong dan dicuci bersih
2 batang serai - dititik
1 mangkuk daun kesom
200 gm asam, diramas dgn 1 cwn air dan ditapis ~ k.nor guna sebesar ibu jari kaki jer :)
1 cawan minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan Kisar
20 tangkai lada kering - direndam
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1/2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan kerisik
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan belacan
1 jari kunyit hidup

Cara2:
Panaskan minyak didlm periuk. Tumiskan serai sehingga naik aromanyer. Setelah itu masukkan bahan yg dikisar. Tumis lagi hingga rempahnyer garing. Barulah masukkan ikan dan air asam. Gaul sehingga rata. Biarkan sehingga menddih.
Apabila ikannyer sudah masak, masukkan pula daun kesum dan garam secukup rasa. Enak dihidangkan dgn nasi putih.

** K.Nor tambah 1 sudu besar halba



Saturday, February 19, 2011

Sup Makaroni


Dah dah lah tu ya layan ciskek org amatur tu.. hehe.. Meh layan Sup Makaroni. Menu ulang tayang yg entah kali ke berapa. Maaf la kalau dah jemu tengok show Sup Makaroni kat rumah ni. Nak buat camna sbb tuan rumah seisi keluarga tak pernah jemu dengan Sup Makaroni yg mmg sedap ni. Kalau tak caya tanya Am Flora, tokey Apam Dot Dot dan tokey ciskek nun. Sup Makaroni ni mmg pebret kita org, kan Am :)


Resipi asal milik Masz Kajang yg dah lama menyepi. Tambah lagi dgn musibah terbaru. Semoga tabah ya Masz.. Rindu nak bersembang cam dulu2 dgn Masz ni.. Izinkan K.Nor tayang lagi resipi mabeles Masz tu kat sini ya.. Maceh laling :)

SUP MAKARONI
resipi : Masz Kajang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2
Makaroni (secukupnya)
3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecilbebola daging - secukupnya ~ tak letak tp ganti dgn hirisan daging
2 kiub lembu/tulang rusuk ~ boleh guna kiub pati ayam
2ltr air/ secukupnya
segengam soohoon
sayuran- kobis & carrot - dihiris** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging
Bahan sampingan
ikan bilis kecil/halus - digoreng
daun sup/bawang - dihiris
bawang goreng
Cili tumbuk ~ tak buat, cuma makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi
Segengam cili padigaram
1 sdb jus limau kasturi** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi
- kacau

Cara Penyediaan
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang...

Special Ciskek Utk Azura Rahman

Semalam Zura ada request nak tengok potongan dalam Tripple Strawberry Cheese Cake yg K.Nor buat pada hari Khamis baru2 ni. Memang mula2 tu tak shoot pun gambar ciskek yg dah dipotong sbb masa tu kelam kabut nak berbuka puasa. Lepas dah berbuka tu, rasa malesss la pulak nak shooting. Dah Zura nak tengok jugak, ptg smlm K.Nor potong dan shoot la sekeping dua gambar untuk tatapan Zura dan juga pada sapa2 yg lain yg nak tengok bahagian dalam ciskek tu.


Ikhlas cakap mmg K.Nor tak pernah buat ciskek yg menjadi sket gini. 1st time buat dulu (lama dulu, rasanya dah 2 tahun kut) tak menjadi langsung. Lepek jer. Tu yg fobia nak buat lagi. Tambahan ahli dlm rumah ni kurang pulak dgn ciskek yg jenis chilled (non baked), Tambahan pulak cik abg abg aritu pun tak minat langsung. Makin membantutkan semangat nak buat ler. Ntah camna si anak dara yg duk request sgt nak makan ciskek gini. Tapi kali ni bila dibuat, masing2 termasuk Naim pun duk hadap sama. Masing2 kata sedap dan menjadi. Bagi K.Nor menjadi utk org amatur dlm ciskek ni la..alhamdulillah.. Bagi yg dah pro tu, rasanya outlook dia tak la perfect. Tak kisahlah.. asal org dlm rumah ni semua hadap dgn berselera, hilang penat dan fobianya kan..

Special utk Zura :)