f Secubit Garam: PUDING BUIH

Tuesday, November 29, 2011

PUDING BUIH

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya dah banyak kali tayang entri Puding Buih. Kalau ikutkan males dah nak posing dan masukkan entri yg sama gini tp bila tengok cute aje puding yg dihasilkan terasa nak shooting pulak hehe. Tak kisah la, yg dah biasa tengok tu, jeling2 aje pun tak per.. no hal.. Yg tak pernah tengok dan yg tak jemu2 nak tengok tu silakanlah menjamu selera mata ya.. hehe


Dah banyak hari hero bongsu duk request Puding Buih. Si tukang masak agak kurang rajin nak memuding, maklum ler duk hujan jer. Kebetulan cik abg keluar baru2 ni mintak dia singgah kat tempat org jual kuih dan belikan sebekas puding buih utk Luqman. Bila makan, rupa2nya bukan puding buih tp puding jagung. Nasib baik hero tu peminat puding jagung gak. Kesian pulak tengok dia nak makan puding kegemarannya tu jadi smlm K.Nor godek la bagi menunaikan hajatnya yg tak kesampaiannya tu.. Alhamdulillah.. cam biasa mmg dia hadap sungguh2 kalau bab Puding Buih yg K.Nor buat ni.


PUDING BUIH
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 paket agar2 serbuk  (1pkt 10gm)
1.2 liter air
6 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
4 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste/emulco ikut citarasa

utk kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 4 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/4 sudu kecil garam

Cara membuat puding:
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Bila dah mendidih padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 4 putih dan 3 kuning sahaja ya).
Bagi yg cuma ada mixer biasa or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian jika nak buat 2 lapisan/kaler puding. Masukkan pewarna dan paste yg disukai dan kacau hingga sebati.
Basahkan acuan dgn air biasa dan tuangkan adunan pertama dan biarkan mengeras sedikit dibahagian atas.
Kemudian tuangkan lapisan seterusnya dgn perlahan2 ditepi bahagian mould (seeloknya tuang atas belakang sudu/senduk) supaya adunan tak jerlus kedalam lapisan sebelumnya.
Bila puding dah tak panas lagi, masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan sebelum dihidangkan.

Cara membuah kuah:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah dan letakkan fruit cocktail. Sedap dimakan masa sejuk.