f Secubit Garam: KEK KASTARD CHIFFON

Tuesday, November 15, 2011

KEK KASTARD CHIFFON

ASSALAMUALAIKUM...

Uishh sejuknyer!! Hujan sepanjang hari jer ni, skrg pun tengah lebat. Tadi baca status Along dia kata kat Jordan pun hujan.. lebat gak tu. Lagi la sejuk kat sana.. Memang K.Nor tak tahan sejuk2 nih.. jenis berdarah sejuk bukan berdarah panas! hehe


Ok berbalik pd entri hari ni. Di sana sinun org duk tayang Kek Puding Karamel. Memang tengah hebat virus kek ni spread kan. K.Nor wat derk jer selama ni sbb dah pernah buat dulu tp versi yg plain jer keknya tu. Kalau tak silap lah asalnya Kek Puding Karamel ni dari Yani MyResipi. Yani post resipi ni kat MyResipi pada awal tahun 2007 lagi.. Tengok tu punya la lama kek ni kan.. Masa tu dia buat stail plain jer kek tu. Lapisan puding karamel yg pun nice, tebal dan tak nipis mcm yg Kek Puding Karamel yg tengah melotops skrg ni dan dah diedit sukatan bahan2 yg digunakan. Dah ramai yg buat ikut resipi Yani tu termasuk K.Nor jugak hehe. Pastu kalau tak silap K.Nor, samada Hana ataupun Ika yg mula2 buat stail belang2/lapis. Entah la ya.. dua tahun dulu kut. Kena check kat n3 Ika atau Hana utk pastikan. ermmm.. baru2 ni Noorsha pun buat versi resipi Yani. K.Nor pun sama cam Noorsha, suka versi Puding Karamel tebal, baru syok makan. Tapi masih wat derk lagi bila org duk tayang hehe.. Ingatkan kebal tp rupanya tak kebal gak. Tertewas gak bila salah sorang 'adik' kat fb tag K.Nor dgn keknya yg sangat cun! Memang K.Nor cukup jatuh hati bila tengok kek dia tu. Dia guna kaler kuning, biru dan hitam. Memang cantik sungguh. Dia tak buat versi pelangi tp versi marble. Dari situ K.Nor tanya resipi mana dia guna dan terus K.Nor bookmark bila dia bagi link blog resipi yg dia amik tu. Tapi ampun sgt2 buat 'si adik' ni.. K.Nor dah lupa la sapa yg tag aritu.. Skrg ni memori dah makin berkuragan.. sedih gak bila kurang ingat benda2 yg lepas.  Harap2 jika 'si adik' tu baca entri K.Nor hari ni tolong PM kat inbox K.Nor di fb ya.. K.Nor dah cuba cari gambar kat 'photos' di fb tp tak ada. Rasanya dia cuma tag nama jer dan tak tag pada gambar. 


Teknik yg K.Nor buat ikut stail si adik tu buat tp tak menjadi sgt marble. Rasanya kena putar/pusing sket adunan lepas dah siap tu kut..


Memang berbeza nama kek ni kan, KEK KASTARD CHIFFON. Menurut tuan empunya blog tu, resipi ni ibu dia yg buat, guna resipi yg diambil kat kotak tepung Blue Key. K.Nor buat keputusan nak try resipi yg berbeza dari yg org ramai duk buat skrg ni. Lagipun penggunaan telur tak la sebanyak yg digunakan seperti dlm resipi lain tu. Dan K.Nor juga ikut si adik tu guna resipi PUDING ROTI KARAMEL (resipi asal dr Rosaliza) yg K.Nor pernah cuba dulu (K.Nor edit gak sket part sukatan bahan2 dlm puding ni). Bukan dia aje yg suka rasa puding roti tu K.Nor pun! Tekstur puding tu pun cantik dan tak berongga.. Hasil yg dapat pun tebal dan sedap. K.Nor ejjas sket penggunaan telur dlm adunan puding karamel tu. Alhamdulillah.. hasilnya sangat memuaskan. Tak puas makan dan rasanya K.Nor yg paling banyak makan kek tu hehehe. Tambah lagi bila dah bermalam dgn esbok. Rasa macam kek aiskrim jer.. perghhh.. syok abis.. (K.Nor guna tepung kek Softasilk pemberian sorang adik blogger cun.. mmg halus jer tekstur kek bila makan cam air dlm mulut.. sangat2 sedap!) Jadi digalalkan menggunakan tepung kek/tepung superfine utk buat kek ni ya.. Utk memberi hasil yg sangat mabeles. Tapi kalau tak ada tepung kek boleh aje guna tepung gandum biasa, cuma tekstur tak sehalus kalau kita guna tepung kek la..

Jom kita tengok resipi yg dah diolah sket ni.. Terima kasi pada 'si adik' yg berkongsi resipi tu dgn K.Nor dan juga terima kasih pada pemilik blog Mars & family. K.Nor letak kat sini utk mudahkan bila nak buat lagi lain kali .. :) Utk tengok resipi asal yg dibuat oleh Ibu Mars tu sila klik kat SINI ya.. 

Agak kurang puas hati bila tengok gambar ni. Ada kesilapan teknikal masa memotong. Sepatutnya jangan angkat pisau tu ke atas bila dah siap potong, baru lah bahagian kek yg melekat dipisau tak melekat pd puding. Jadi nampak sememeh sket kan..  haish...


KEK KASTARD CHIFFON
sumber asal resipi : Mars
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A (karamel)
2 sudu besar gula pasir

Bahan B (kastard/puding)
2 keping roti gardenia
1 bj telur + 2 kuning telur - dikocok
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/3 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C (kek)
120gm tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula castor
1/4 cwn minyak jagung
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cwn air

Bahan D (kek)
5 biji putih telur
¼ sudu kecil krim of tartar ~ k.nor skip
4 sudu besar gula halus

Cara membuatnya:
Masak gula dalam tin/loyang berukuran bulat 8" dengan api perlahan sehingga perang & hancur kesemuanya dan ketepikan.
Blend/kisar roti (tak perlu buang kulit tepi) bersama susu cair. Kemudian campurkan kesemua bahan B & gaul hingga sebati (gaul manja2 jer) & rehatkan sebentar.
Campurkan kesemua bahan C & gaul hingga sebati, halus & lembut.
Dalam mangkuk lain yg bersih & kering, pukul bahan D hingga kembang & ringan (soft peak). Kemudian masukkan C kedalam D & kaup balikkan perlahan2 hingga sebati semuanya.
Tuangkan adunan puding (B) ke dalam loyang gula hangus tadi, kemudian tuangkan adunan kek chiffon(C+D) ke atas lapisan kastard perlahan2.
Letakkan acuan kek ke dalam dulang yg berisi air ½ inci. Letakkan dlm oven & bakar dgn suhu 180°c selama 45 minit/sehingga masak(kaedah double boiling).
Bila masak, keluarkan dari oven & kena keluarkan kek ini ketika masih panas.
Caranya.. gunakan spatula/pisau utk longgarkan tepi kek dari acuan & terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan. Lapisan karemel/kastard akan berada diatas.

notajari:
Elok ratakan karamel/gula hangus dgn belakang sudu ke seluruh permukaan loyang ketika ia masih panas(cair).
Sekiranya anda ingini kek berwarna warni:
Bahagi adunan kpd 2 atau 3 bahagian & warnakan dgn warna pilihan anda. Kemudian sendukkan perlahan2 berselang seli ikut kreativiti masing2.
Berdasarkan pengalaman mak membuat kek chiffon:Seeloknya gunalah tepung naik sendiri atau tepung halus(kena + serbuk penaik). utk semua jenis Kek Chiffon
sbb ia akan menjadikan tekstur kek ni halus mulus bila dipotong & lagi sedap bila masuk mulut. Jika guna tepung biasa, teksturnya kelihatan sedikit kasar -

* K.Nor bakar dgn suhu oven 160C lebih kurang 50 - 55 min. K.Nor rendahkan suhu oven supaya kek tidak naik terlalu membumbung dan supaya kek tidak melimpah keluar dr loyang. Puding karamel yg dihasilkan tidak menghasilkan banyak air yg meleleh bila ditelangkupkan kek pd pinggan jd kek tidak la basah lencun bahagian bawahnya tu.