f Secubit Garam: KUIH BAKAR KENTANG??

Friday, October 21, 2011

KUIH BAKAR KENTANG??

ASSALAMUALAIKUM..

Kembali bersiaran di petang Jumaat.. Agaknya kenapa ada tanda soal kat belakang tajuk entri tu ya.. Hehee.. Kiranya cam soalan la kan, apakah Kuih Bakar Kentang yg bakal dipostkan hari ni... Jawapannya TIDAK sama sekali. Walaupun ada kaitan gak la dgn tajuk entri tapi bila dah diderhakakan dengan sengaja (tak macam Mek Mukah yg menderhaka tanpa sengaja bila terlupa masukkan telur), mmg tak leh dinamakan Kuih Bakar Kentang lagi dah sbb bahan utama dlm kuih ni bukannya kentang tapi KELEDEK... ya.. dah diderhakakan kepada keledek. 


Sebenarnya pg semalam gi pasar tani, MINTAK dgn pakcik jual ubi tu, 3bj keledek (tp bukan mintak sebarang mintak.. mintak2 sambil hulur RM gak la hehe). Kunun2nya nak mendonut keledek. Tak jadi buat pun donut keledek sbb tercucuk virus Kuih Bakar Kentang yg dibawak oleh Mek Ampang nun. Kebetulan pagi ni K.Nor plan nak ke K.Berang jadi K.Nor pun gunalah keledek tu sebagai pengganti kentang. Masa duk melepak kat fb smlm, Jun masuk dan kita org duk sembang2 sama. K.Nor tanya lah dgn Jun boleh ke gantikan kentang dgn keledek (padahal mmg dah aim nak buat gitu pun sbb lagikan apam dan donut pun, boleh tukar ganti kentang dgn keledek kan.. hehe) Jun kata boleh.. lagi la berkobar2 nak buat. Smlm dlm pkl 9.30 mlm baru sempat menggodek kuih bakar ni. K.Nor buat 2 adunan terus sbb Mek Jah kata satu adunan dpt tak banyak. 


Alhamdulillah.. mmg sedap kuih bakar yg diletak kentang gini. Lembut dan lemak berkrim.. hehe  Manis pun sedang2 jer.. Makan smlm tak rasa sesedap yg dimakan pagi ni, mungkin kuih tu jd lebih sebati bila disimpan lama sket kut. Mekasih buat K.Asma, tuan asal respi, Jun dan Izah tukang sebar virus Kuih Bakar Kentang. Rasanya kalau buat versi keledek lebih sedap dr versi kentang kut sbb keledek ni lebih manis dr kentang. Apa pun terpulang pada citarasa masing2 ya.. Keledek yg K.Nor guna ni keledek oren. Tak letak pewarna sikit pun tu.. kiranya Natural Beauty gitu ya Mek Jah... hehe



KUIH BAKAR KENTANG (KELEDEK)
Source: Kak Jun, Copy: Kak Asma
sumber : Izah & K.Nor

Bahan-bahan ( 1 family... )
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair(ni akak tambah)


Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min

Yg K.Nor buat (utk 2 adunan)
1 cawan keledek yg dilecek (keledek oren)
2 bj telur A
7 sudu besar gula (tak guna banyak sbb keledek dah manis)
2 cawan tpg gandum
2 cawan santan
1 sudu besar minyak sapi (dicairkan)
1/4 cawan air (tak guna susu sbb guna santan fresh yg dah amat pekat)
secubit garam  ^___^


K.Nor blend keledek dgn santan hingga lumat + telur + gula + air. Tuangkan dlm mangkuk berisi tepung gandum dan garam. Kacau hingga sebati dan masukkan minyak sapi cair. Kacau lagi dan bakar.