f Secubit Garam: CARROT & BANANA CUPCAKE

Tuesday, October 11, 2011

CARROT & BANANA CUPCAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Sebenarnya dah beberapa hari duk pikir nak godek kek carrot. K.Nor dan anak dara memang suka makan kek carrot tambah lagi kalau ada topping creamcheese, mmg enak bangat! Dalam duk berkira nak buat kek carrot, tengok ada beberapa biji pisang duk tergolek atas meja. Dah ranum sgt tu.. K.Nor pun plan nak gabungkan kek carrot dgn pisang. Pastu terus search resipi kek carrot dgn pisang kat google. Ada la dua tiga yg berkenan di hati. Pastu rasa cam nak edit jer atau dgn kata lain nak derhakakan resipi tu. Biasalah kalau resipi omputih ni biasanya manis2 kek yg dihasilkan. Pastu K.Nor combine dua tiga resipi tu dan cuba utk hasilkan satu resipi baru. Bimbang gak takut tak jadi tp alhamdulillah.. menjadi dgn elok jer. Kek pun gebu dan manis pun sedang2. Kalau ikut resipi asal, adunan dibakar dlm loyang kek tp K.Nor nak try bakar menggunakan silicone mould hadiah pemberian sorang teman blogger baru2 ni. Geram jer duk tengok mould tu, tu yg terpikir nak guna mould tu utk buat kek carrot ni dlm bentuk cupcake. Boleh aje kalau nak bakar dlm loyang kek, sila guna loyang 8" ya..


Utk topping/frosting bagi Carrot & Banana Cupcake ni K.Nor guna resipi creamcheese frosting yg dah biasa K.Nor guna. Tak sempat nak deco lebih2 tadi, main scoop jer atas cupcake tu sbb dah agak lewat petang. Hias jer lebih kurang pastu terus suruh cik abg tembak sementara K.Nor masuk dapur goreng CKT utk berbuka. Alhamdulillah.. sempat gak la berbuka dgn CKT tadi, tu pun Naim yg request nak makan CKT. Si emak dan si ayah berbuka dgn CKT gak la.. hehe

Cupcake ni mmg lembut moist jer dalamnya tu.. sedap! ^___^

CARROT & BANANA CUPCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan: (menghasilkan 14 bj cupcake)
150gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam * (*diayak)
170gm carrot yg disagat
50gm badam (optional) ~ dicincang dan disangai sekejap
2 bj telur A
95gm gula perang
100ml minyak sayur/bunga
2 biji pisang ~ dilecek (lebihkurang 1 cawan)
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila
papercup secukupnya

Cara:
Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
Masukkan carrot dan gaul rata.
Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat (ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih)
Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. (lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim)
Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170C sehingga masak (lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup)
Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul2 sejuk sebelum diletakkan frosting/topping keatasnya.

*
- kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
- bakar dgn suhu 175 - 180C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
- cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
- kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
- minyak sayur/bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
- sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.


CREAMCHEESE FROSTING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
125gm creamcheese
60gm butter
60gm gula icing ~ ayak

Cara:
Pukul cheese dgn butter hingga kembang.
Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

#ni utk spread atas kek tp kalau nak deco/bentukkan apa2 boleh tambah gula icing supaya lebih kental



Yg dah mencuba.. mekasih daun keladi  hehe