f Secubit Garam: SOTONG GORENG BEREMPAH

Wednesday, September 21, 2011

SOTONG GORENG BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM..

Satu lagi versi masakan sotong, insyaallah hasilnya menjilat jari.. Masakan ni ala2 kari pun ada, ala2 mamak pun ya gak kut.. ada kut tu sbb K.Nor ni bukan pengunjung setia restoran mamak. Apapun, silakan mencuba resipi mudah ni, jgn lupa nanti bagi feedback ya.. :)

Mesti heran ya, banyak betul kepala sutun dlm gambo ni... hehe sbb ni kepala sutun lebihan buat Ketupat Sotong baru2 ni.. :)

SOTONG GORENG BEREMPAH
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500gm sotong
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 in halia ~ dihiris
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari *
1 sudu kecil serbuk ketumbar *
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih *
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis * ~ (* dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 biji tomato ~ dihiris
1 tangkai daun kari
1 biji limau kasturi
garam
gula
minyak

Cara:
Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg dihiris hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan cili mesih dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan paste rempah dan daun kari. Kacau.
Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato.
Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
Perahkan limau kasturi dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan panas2.

*Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah sbb tu tak perlu masukkan sebarang air semasa memasak.


Yg telah mencuba ... tq.. :)