f Secubit Garam: SUP TULANG

Friday, August 19, 2011

SUP TULANG

ASSALAMUALAIKUM...

Sup Tulang, salah satu lagi menu wajib buat di bulan Ramadhan. Memang kegemaran seisi keluarga kalau bab Sup Tulang gini. Ikutkan hati K.Nor nak buat Bone Steak tp dek dua beradik tu kurang sket dgn Bone Steak dan dia org ni lebih suka Sup Tulang gini, jadi layan jer la kehendak dia org kan. Nanti next week cari tulang sket nak buat Bone Steak pulak, khas utk selera anak tekak si tukang masak dan si suami tukang masak yg juga turut sukakan Bone Steak.. hehe


Tak boleh nak letak resipi lah.. Myresipi jamm tak leh nak masuk. Insyaallah K.Nor letak resipi bila dah boleh masuk MyResipi ya.. :)

Updated:

SUP TULANG
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.