f Secubit Garam: NASI KARI AYAM

Tuesday, August 2, 2011

NASI KARI AYAM

ASSALAMUALAIKUM..

Ramai yg duk tertunggu dpn tingkap nak tau nasi apa yg K.Nor masak smlm utk juadah hari pertama berbuka puasa ya.. Meh Kakyu, Ika, Bee & Tun masuk, takyah melangut tepi tingkap tu.. hehe Nak ajak makan pun masing2 puasa kan, ehhh ada sorang tu dah beraya awal.. hahaha.. Ni lah dia nasi yg dikatakan tu.. Nasi Kari Ayam, resipi K.Pah@Ibundo yg katanya dah dibuat bertahun2 tu. Dah aim nak buat nasi ni sebelum Ramdhan lagi tp duk KIV jer, dipintas oleh Nasi Daging baru2 ni. Akhirnya K.Nor buat nasi ni utk berbuka smlm sbb selalunya kalau 1st day berbuka K.Nor akan masak nasi yg berperisa (bukan nasi putih). Saja la bagi semangat sket utk anak2 yg berpuasa kan..


Alhamdulillah.. tak sia2 mencuba Nasi Kari Ayam ni. Sangat2 sedap hinggakan bila tanya cik abg mana yg lebih sedap, Nasi Kari Ayam atau Nasi Ayam Goreng, dia kata nasi ni yg lebih sedap! Kena jer gandingan lauk2 lain yg dimakan bersama tu. K.Nor buat Simple Salad With Cajun dan juga Air Asam (Mek Siam). Memang satu gandingan yg mantop! Bukan kata Nasi Ayam Goreng tu tak sedap ya.. yg tu pun sedap tapi Nasi Kari Ayam ni dapat mengatasi kesedapan Nasi Ayam Goreng. Kalau tak caya, try la buat terutamanya penggemar dan yg biasa masak Nasi Ayam Goreng. Nasi Kari Ayam ni kalau dimakan gitu aje pun dah sedap, tp kalau ada gandingan spt yg K.Nor buat ni insyaallah bertambahlah kesedapannya.. ermmm dah berapa kali taip perkataan sedap ek.. haha.. Faham2 sendiri la kalau dah berulang2 kali cakap sedap tu kan.. hehe



Mekasih pd K.Pah sudi share resipi Nasi Kari Ayam ni, mintak izin nak share kat sini pulak. Insyaallah akan ada siaran ulangan menu ni lain kali.. :) Maaf ya, Nor ada tambah sket bahan2 dlm nasi tu..

NASI KARI AYAM
resipi : Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar
daun kari ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak)
garam

Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.

* Utk lebihan kuah kari tu, K.Nor panaskan balik dan masukkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih sekejap   dan bolehlah dipadamkan api.
** Nasi Kari Ayam ni K.Nor gadingkan bersama Simple Salad With Cajun dan Air Asam.