f Secubit Garam: LOPES YG TAK BERSERI

Saturday, August 13, 2011

LOPES YG TAK BERSERI

ASSALAMUALAIKUM..

Aduhai, sedih betul.. Dah la selama ni duk pendam hajat nak melopes. Tengok org tayang lopes bukan main lagi teringin nak buat sama sbb mmg suka sgt kuih ni. Selalunya kalau nak makan beli jer kat warung time balik jogging tu. Semalam tengok Mek Siam melopes, terasa benar keinginan nak melopes. Tambah lagi bila duk bersembang dgn Che'Iza, Quinnie dan Ika kat pesbuk, dia org duk ajar step by step nak buat. Dah soal satu persatu kaedah membuat lopes. Jalan yg kabur dah nampak terang depan mata. Terus jer gi dapur rendam beras pulut yg mmg dah lama ada dlm stok. Kebetulan kapur makan mmg sedia ada tambah lagi kelapa parut putih mmg sentiasa standby dlm freezer (kalau rasa nak makan apam senang, kelapa putih mmg  sentiasa standby dah.. hehe)


Bila time letak kapur makan tu, bila dikacau2 beras pulut nampak kekuningan jer beras tu. Heran gak, kenapa la jadi gitu? (sapa2 tau? adakah sbb beras lama atau sebab2 lain?) Pastu bila dah kukus tu dan dah dicampur dgn santan dan pewarna hijau, nampak buruk jer kaler pulut.. huhu.. sedih betul la.. langsung tak nampak kaler hijau yg berseri2 tu.. Pastu bila time nak padatkan pulut ke mould, lembik la pulak pulut yg dikukus walhal dah ikut betul2 sukatan dlm resipi. ermmm... kat mana la silap tu ya.. cedih.. cedih... 1st time buat dah jd gini kan.. Nak buat camana, semua atas keizinanNya gak kan.. Tapi bak kata org, belajar dari pengalaman.. dr pengalaman pertama ni kita akan lebih memahami sesuatu kan.. Insyaallah takkan give up.. akan dibuat lagi lain kali. Nak try teknik lain lak (spt yg diajar oleh Iza, insyaallah..)


Apapun K.Nor tetap nak tayang lopes ku yg kurang menjadi ni, sbb boleh dijadikan rujukan dilain waktu. Lagipun nak letak resipi tu kat sini utk memudahkan lain kali nak cuba lagi buat kuih kegemaran ni, insyaallah.. 

KUIH LOPES 
resipi : Tulip@MyResipi
sumber inspirasi : Ika

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam

*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air

Cara-cara
Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.

Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.

Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.

*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

*pada pemerhatian K.Nor bila kukus beras pulut, sukatan santan tu kebiasaannya separas dgn beras yg digunakan, baru lah tak lembik hasil pulut/kuih yg dihasilkan. Ni lah rasanya penyebab kenapa kuih lopes yg dihasilkan smlm sedikit lembik sbb K.Nor ikut direct sukatan santan yg dinyatakan dlm resipi dan agak lebih sket dr paras pulut. Lain kali kena biar sukatan santan betul diparas beras yg digunakan.