f Secubit Garam: LALA MASAK SERAI

Sunday, August 21, 2011

LALA MASAK SERAI

ASSALAMUALAIKUM..

Kita short2 talk jer arini ya... Banyak benda tak abis settle lagi ni.. Nak pot pet panjang2 pun rasanya idea pun tak ada.. 


Jom layan menu kesukaan anak2 ni, LALA MASAK SERAI. Cara masak yg amat simple, bahan2 pun tak cerewet, insyaallah rasanya pun sedap.. Kalau bg yg suka pedas2 tu, lebihkan cili padi yg dipotong tu ya..

LALA MASAK SERAI
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk/dihiris serong
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri/tomato biasa
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. 
Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. 
Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. 
Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.