f Secubit Garam: AYAM LADA HITAM BERAMPAI

Tuesday, August 23, 2011

AYAM LADA HITAM BERAMPAI

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran lagi di petang hari sebelum masuk opis bagi menyediakan menu berbuka utk hari ni, 23 Ramadhan. Erm... kejap jer kan masa berlalu.. Tinggal 7 hari jer lagi Ramadhan.. Rasanya tahun ni pantas sungguh hari dalam bulan Ramadhan ni berlalu, terasa baru sangat lagi berpuasa tapi rupanya dah tinggal seminggu jer lagi nak sambut 1 Syawal. Mudah2an dapat kita semua berjumpa lagi dgn Ramadhan tahun depan.. amin..


Berbalik pada menu hari ni, Ayam Lada Hitam Berampai, resipi milik Yatie Memories. Anak2 mmg suka dgn rasa ayam ni. K.Nor ikut direct cara Yati masak ayam ni, lain kali kena goreng kunyit dulu sekejap ayam tu lagi la enak. Pastu tambah carrot sket dalam tu, tak perlu masak menu sayur dah kan.. hehe Mekasih Yatie, izinkan K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. :)

AYAM LADA HITAM BERAMPAI
resipi : Yatie Memories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tepung jagung, di bancuh dngn 1/2 cwn air
1 sudu besar lada hitam , di tumbuk
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis (mayangkan/hiriskan)
5 biji bawang merah/kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Hiasan- di hiris2
1/4 biji lada benggala hijau
1/4 biji lada benggala kuning
1/4 biji lada benggala merah
1 labu bawang besar

Cara Menyediakannya
Ayam dibuangkan kulit, potong kecil, bersihkan dan toskan.
Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam, sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Biarkan sebentar.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
Masukkan ayam yg di perap tadi dan gorengkan sehingga separuh masak.
Masukkan ketiga2 jenis lada benggala dan bawang besar... gaul lagi.
Masukkan bancuhan air tepung jagung dan gaul sebati.
Perasakan, sekiranya dah cukup rasa tak perlu tambah garam dan gula. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk kegemaran.