f Secubit Garam: AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI

Wednesday, August 10, 2011

AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI

ASSALAMUALAIKUM..

Satu lagi versi ayam goreng berempah yg sedap dan boleh dibuat lagi lepas ni insyaallah.. Resipi dari Dayang Jack, mintak izin ya Dayang, nak kopipes kat sini.. Fenat ni.. tak leh nak pot pet banyak2..


AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili
sedikit air sejuk (jika perlu)
garam dan gula secukupnya
perahan jus limau nipis ~ k.nor tambah

Bahan-bahan kisar :
6 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Lauk yg digandingkan dgn Ayam Goreng Berempah Beriani semalam, Asam Pedas Ikan Pari.