f Secubit Garam: Heart Shape Pide With Cajun ~ UPDATED

Friday, July 8, 2011

Heart Shape Pide With Cajun ~ UPDATED

ASSALAMUALAIKUM....

Apa hal dah jadi ni ya... Tak leh nak post n3 through google chrome? Td tanya geng2 blogger kat fb, masing2 kata boleh aje.. Habis takkan K.Nor sorang jer yg kena? Bila nak post entri baru ni ya keluar Oops! draft.blogger.comhttp seems to be having issues. Ika dn Zura suruh masuk through mozilla, tak dpt gak.. Ni try jer dgn IE. Tak tau la lepas ke tak. Ikut la.. lepas alhamdulillah.. tak lepas.. simpan jer as draft.

Inti pide bertambah sedap dgn tambahan cajun yg ditabur pada bahagian atas inti sebelum dibakar

Nak tayang roti yg dibuat menggunakan belen inti pide (Turkish Pide) aritu. Masih menggunakan doh dari Basic Doh K.Nor K.Nor bentukkannya menjadi bentuk heart/love. Idea membentuk roti ni K.Nor dpt melalui satu blog masa BW tp sbb skrg ni guna IE utk masukkan entri, K.Nor tak reti cara nak cari list draft resipi2 yg dah disave. Nanti bila GChrome dah kebah, K.Nor masukkan balik n3 tu ya.. Insyaallah..


Tak leh nak ngarang panjang2.. nak kena masuk opis dah ni.. Dah lewat benor, dah la hari ni Jumaat, kang hero2 dlm rumah ni nak makan sebelum ke masjid.. Nanti K.Nor update smula resipi tu ya... Jemput cuci mata dh la dulu hehee...

Updated:
Masih tak boleh nak masuk melalui google chrome lagi. Masih juga lagi terpaksa merangkak menghapdet guna IE.. huhu tak best ler.. tak tau nak cari function itu ini kat mana.. renung2.. tenung2.. klik situ klik sini akhirnya jumpa gak button utk ke tempat draft.. alhamdulillah.. Jadi dapat lah ke tempat K.Nor simpan link idea membentuk heart shape pide ni. Kalau sapa2 nak tengok step by step, sila klik SINI ya.. K.Nor mmg tak amik gambar step by step.. So belajar dr blog tu aje la k :)

HEART SHAPE PIDE WITH CAJUN
BASIC DOUGH 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

WATER ROUX : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

INTI PIDE(Dari Turkish Pide)
Bahan Inti pide:
250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk cayenne
1/2 sudu teh serbuk hot cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka

Cara:
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.

Lebihan doh, jadikan Bun Inti Coklat (menggunakan chocolate filling)