f Secubit Garam: Baked Sandwich ~ The Making...

Thursday, July 14, 2011

Baked Sandwich ~ The Making...

ASSALAMUALAIKUM...

Lama tak buat The Making.. cikgu yg ngajor liat benor nak bukak kelas akhir2 ni. Bila cikgu liat, anak murid bukan main seronok ponteng kelas kan.. Entah ada lagi ke tidak anak2 murid yg setia mengikut kelas K.Nor nih.. hehe.. Tak per la.. kita tengok nanti, anak murid mana yg masih setia jd pelajar ^__^


Sebenarnya tadi nak masukkan sekali step by step buat Baked Sandwich dalam entri Baked Sandwich kat bawah nun. Tapi dek kerana makan masa nak pilih, nak edit gambar2 tu, jadi K.Nor letak resipi jer la dulu dlm entri tu. Bila nak masukkan gambar step by step ni, rasanya baik K.Nor buat entri lain la kan.. kiranya kesinambungan dari entri yg mula2 td.. Untuk inti sandwich ni, terpulang pd citarasa masing2 nak letak inti apa. Nak buat spt yg dlm resipi asal boleh tengok kat entri BAKED SANDWICH tadi. Boleh juga nak letak inti daging atau ayam atau tuna yg readymade dlm tin atau pun boleh letak inti sardin. Ikut mana yg mudah, ada stok kat dapur atau ikut jer selera anak tekak masing2. Jom layan.......


BAKED SANDWICH ~ THE MAKING...

 1. Sapu loyang dgn butter 
2. Gelek/canai roti hingga menjadi nipis

 3. Tekan dgn acuan yg disukai (hendaklah lebih besar dr loyang yg digunakan
(nak buat 4 segi gitu jer pun boleh)
4. Letakkan dlm loyang dan tekan2 sket supaya membentuk spt mangkuk kecil

 5. Bakar lebih hingga garing dan keluarkan dari oven
6. Isikan inti kedalam roti yg dibakar tadi

 7. Letakkan kepingan slicecheese atau boleh guna block cheedar cheese atau mozarella cheese yg diparut. Kemudian tabur dgn bijan hitam (boleh guna bijan biasa). Bakar lagi sekejap, sekadar utk mencairkan cheese. Keluarkan dari oven.
8. Picitkan sos cili kegemaran sebelum menghidang..