f Secubit Garam: Ayam Goreng Berempah IV

N3 Terkini

Saturday, April 23, 2011

Ayam Goreng Berempah IV

ASSALAMUALAIKUM...

Menu hari ni... Ayam Goreng Berempah 4 dan Sayur Pedas Batang Keladi. Untuk resipi Sayur Pedas Batang Keladi boleh tengok kat SINI. K.Nor cuma letak resipi Ayam Goreng Berempah 4 jer ya.. Resipi ni lebih kurang jer dgn resipi Ayam Goreng Berempah yg lain cuma ada penambahan cili kering yg memberikan sedikit kelainan pada ayam goreng ni, wangi dan cili kering tu juga rangup jer bila dimakan. Selamat mencuba..

Ayam Goreng Berempah 4

AYAM GORENG BEREMPAH IV
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1 sudu besar cili mesin
1 1/2 sudu besar rempah kari ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil garam
1 sudu besar cuka
7 tangkai cili kering ~ digunting/hiris serong
1 tangkai daun kari
sedikit air
minyak utk menggoreng

Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali ayam dan minyak.
Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
Perap sekurang2nya 1/2 jam.
Panaskan minyak dan goreng sehingga ayam masak dan garing. (gorengkan juga daun kari dan cili kering)
Angkat dan toskan.
Bolehlah dihidangkan panas2.


Sayur Pedas Batang Keladi


6 comments:

  1. bestnya makan ayam goreng ngann sayur keladi tu...
    sedappppp....

    ReplyDelete
  2. pergg lengkap sungguh hidangannya. sah manis je batang keladi tu kan kak nor. susah aa nak jumpa.melainkan gi pasar tani gitu.kat sini tah mana nak cari pasar tani pun tak tau..hehe

    ReplyDelete
  3. Assalam kak nor,Ayam gaoreng berempah mmg sedap,sayur keladi lagi lah..Fuhh mmg terangkat lah menu lunch kak nor,hehe..

    ReplyDelete
  4. sedapnyer ayam goreng berempah.. selama ni xpandai wat. nnti blh cuba resepi nih ^^

    ReplyDelete
  5. k.nor..kita suka cili kering goreng mcm tu..mkn dgn nasi dan ikan goreng ..gigit2 cili yg garing tu mmg best..kdg2 sampai tercirit2 sbb terlebih mkn cili..:p

    ReplyDelete
  6. assalamaualaikum..

    mas >> mmg sedap kan mas, sayur btg keladi ni.. pebret gak ni

    izah >> tak pernah gi pasar tani kat sana ke izah?

    zaliedana >> menu jer terangkat, montot duk tetap sbb kusyuk layan menu kan.. hehe

    tun >> try la tun, kat dlm labels tu banyak resipi ayam goreng berempah yg akak dah post..

    pia >> tu la pia, sedap kan.. rangup jer..

    ReplyDelete