f Secubit Garam: Ayam Kalasan Berseri

Tuesday, March 22, 2011

Ayam Kalasan Berseri

ASSALAMUALAIKUM..

Yaaa Ummi, ni haaa.. dah buat satu lg resipi Ummi yg dlm Jelita tu.. Sori la ya, Nor derhaka sket. Sket jer, rasanya tak sampai perlu pancung lg kan.. hihi Nor peha ayam totally tapi guna part2 ayam yg lain gak, kecuali tonggeng dan kaki jer yg terkecuali hehe.. Buat 1/2 ekor ayam jer ni, cukup lah utk sekali makan. Sedap, lemak2 dr kelapa parut yg digoreng garing tu menambah kesedapan ayam goreng ni.


Meh kita tengok resipi Ayam Kalasan Berseri, tapi tak se seri Ayam Kalasan yg Ummi tayang dlm Jelita la.. hehe...

AYAM KALASAN BERSERI
resipi : Ummi Kuantan@Jelita Mac 2011
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
1/2 cawan air
4 ketul peha ayam, dibuang kulit dan dikelar sedikit (k.nor guna 1/2 ekor ayam)
minyak masak secukupnya

Bahan dikisar kering:
2 camca besar biji ketumbar
2 camca besar biji lada putih

Bahan dikisar basah:
5 batang serai
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
sedikti air

Cara:
Campurkan kelapa parut bersama garam, air, bahan kisar basah dan bahan kisar kering di dalam periuk. gaul rata.
Masukkan ayam dan rebus ayam hingga lembut dan air hampir kering.
Angkat ayam dan tos.
Tos juga campuran kelapa parut di dalam bekas berasingan.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keemasan dan angkat.
Goreng bahan kelapa parut tadi sehingga bertukar keemasan dan rangup tetapi jangan sampai hangus.
Angkat dan toskan.
Hidang ayam goreng bersama serbuk kelapa yg sudah digoreng tadi.

Nota: Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan bawang merah atau bawang putih kerana bahan ini akan menghanguskan ayam dan rupannya tidak berseri. Menggunakan kelapa menambahkan lemak goreng ayam.