f Secubit Garam: Roti Keledek Marble

Tuesday, January 11, 2011

Roti Keledek Marble

Salam semua...

Dah sarapan belum? Meh sarapan dgn roti yg lembut dan gebus ni. Masih menggunakan resipi Basic Dough, K.Nor menciplak idea Hana Jepun dgn masukkan keledek dlm sebahagian dr adunan. Mekasih ya Cik Puan Hana :) Kalau Hana buat spiral K.Nor pulak buat stail marble dgn mentocangkan doh yg dah digabungkan doh biasa dgn doh berisi keledek. Roti ni tetap lembut dan terasa moistnya bila dimakan pg ni.


Roti ni sebenarnya K.Nor buat smlm. Tapi dek kerana kepenatan yg amat sgt, tak larat nak masukkan n3. Nak blogwalking pun tak larat. Pagi smlm ke klinik sbb selsema masih tak sembuh2. Akhirnya terpaksa mengalah gak gi klinik..Dah melarat ke sinus pulak. Tekak sentiasa ada kahak dan amat tak selesa bila asyik rasa nak muntah jer.. (haip!!! jgn fikir yg bukan2 ya.. hehe) Bila dah makan ubat mula la rasa lalok semacam jer. Tapi dlm tak larat tu, roti tetap terhasil hehe.. Hati cukup puas bila anak2 duk hadap roti panas2. Seronok! :)




**
cantiknyer tarikh arini ya.. 11.1.11 ^____^