f Secubit Garam: Oats Sausage Bun

Saturday, January 8, 2011

Oats Sausage Bun

Jom makan roti berkhasiat ni.. Resipi dr Tokey Roti nun di Jepun. Sapa lagi kalau bukan Ros@JintanManis.. hehe... Roti ni ada kandungan oats yg sangat bagus utk kesihatan, boleh meminuskan kolestrol.. hehe.. K.Rose, jom buat roti ni pulak sebagai alternatif makan bubur oat atau lempeng oat..


K.Nor buat 2 versi dgn doh roti oat ni, satu tu diletak sosej tp bentuk tak sama cam Ros. K.Nor main belit2 jer hehe.. Yg satu lg dibuat bentuk bun burger. Tapi tak berapa cun ler bun burger K.Nor ni. Nak kena try lg buat biar sampai betul2 cun cam bun burger kat kedai tu..


Thanks ya Ros, sbb dah share resipi bun yg sedap dan berkhasiat ni. Mintak izin ya, K.Nor nak share kat sini pulak resipi tu.. Mekasih :)


OATS SAUSAGE BUN
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahannya
*Untuk Doh*
250gram tepung roti
2 sudu besar water roux
100gram tepung gandum
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 1/2 sudu besar gula
1/2 biji telur
40gram butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
180ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis

*untuk tambahan khasiat*
40gram Oats ( ros guna oats segera jenama quaker oats)

*untuk Inti bun*
beberapa batang sosej ayam ( yang siap direbus dan dipotong kecil)

* Untuk Gliss* - baki telur+beberapa titik madu+1/2 sudu kecil susu segar

Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan juga Oats di dalam breadmaker, kemudian ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh+Oats dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil ataupun mengikut saiz yang dikehendaki. leperkan sedikit doh dan masukkan sosej, tutup kemas dan bulat-bulatkan. Ataupun canai memanjang doh dan lilit pada batang sosej, Susun di atas dulang pembakar dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dan taburkan mix cheese jika suka.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan butter untuk bun lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.