f Secubit Garam: Kek Pisang (Sofinar)

Sunday, January 16, 2011

Kek Pisang (Sofinar)

Kek Pisang yg dah diderhakakan dlm proses pembuatannya dan ditambah coklat masakan utk menambah kesedapannya. Resipi asal dr Sofinar Myr, rasanya dah ramai yg try resipi ni kan.


Kalau ikutkan kehendak resipi, semuanya diadun hingga kembang dan terus bakar. Tapi K.Nor tak buat gitu. K.Nor cum mix semua bahan kecuali pisang sbb tak nak pisang tu hancur sangat. Jadi masih terasa pisang bila ngap. Bila adunan yg dipukul hingga gebu, baru K.Nor masukkan pisang yg dah dilecek bersama dgn coklat masakan. Bila ada coklat masakan dalam kek ni, rasa Kek Pisang ni lebih sedap. Biasa la bila pisang bergabung dgn coklat mmg ngam kan.. Try la ya..


Mintak izin ya Sofinar, K.Nor nak letak resipi tu kat sini utk mudahkan rujukan di lain waktu.. Mekasih..


KEK PISANG by Sofinar
sumber: HanaMemories

Bahan-bahan
150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
180g gula halus - klu nk kek kaler keperangan gune gula perang
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
hana tambah susu segar 2 sudu besar dan badam flakes

Cara-cara
campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.


Cara K.Nor:
* bahan2 lain sila ikut spt dlm resipi kat atas ya..

200gm pisang@3bj pisang raja
180gm tpg gandum
90gm gula castor
70gm coklat masakan ~ diparut
3bj telur
5sb susu fresh
sedikit badam flakes utk taburan atas

Beat semua kecuali badam flakes, pisang dan coklat masakan.
Bila dah kembang masukkan pisang dan coklat masakan.
Gaul hingga sebati dan tuang ke dalam loyang.
Tabur atas adunan dgn badam flakes dan bakar hingga masak.