f Secubit Garam: Daging Rusa Masak Kunyit

Tuesday, January 25, 2011

Daging Rusa Masak Kunyit

Ni dia masakan yg menggunakan daging rusa yg K.Nor masak utk dimakan bersama Bubur Nasi. Sebelum tu nak beritau ya, daging rusa ni bukan hasil buruan K.Nor dlm hutan tp hasil pemberian jiran sebelah rumah tau.. Tak kose nak gi berburu semata2 nak makan daging rusa. Dah la binatang yg dibawah perlindungan, hutan mana la pulak akak nak gi redah tu.. hehe..

Sebelum ni dah pernah makan daging rusa (biasanya dimasak sendiri sbb org bg daging mentah). Sedap sbb dagingnya lembut dan cepat empuk. Urat daging tu halus2 jer cam urat daging kuda. Haa... betul tau, bukan daging rusa jer K.Nor pernah makan, daging kuda pun pernah gak tau. Ingatkan daging kuda keras dan liat tp tak! Urat daging kuda lagi halus, lembut dan manis daging kuda ni. Daging kuda pun pemberian org bukan sembelihan kuda K.Nor hahha.. mana K.Nor ada bela kuda.. Kuda tak kepang ada la.. hihihi... Selain tu daging unta pun dah biasa makan, daging arnab...erkkkk!! oh tidak... tak pernah dan tak tertelan rasanya. Dan tak sanggup nak ku telan andai ku tau itu daging arnab... Eh.. tahun ni tahun arnab kan,UMMI!!! tak ada ang pow lebih ka... hehehehehe


Ok.. berbalik pd masakan kali ni, resipi ni Daging Rusa Masak Kunyit ni K.Nor amik kat rumah HaSue minggu lepas. Kebetulan daging rusa baru jer jiran sebelah bg terus mintak HaSue share resipi dan save resipi tu. Sedap gak daging rusa dimasak gini dan ngam jer bila dimakan dgn bubur nasi td. Kalau boleh meratah ni kan best, tp dek kerana gigi masih baru lg kena tampal tak leh nak makan banyak2.. Izinkan K.Nor share resipi tu kat sini ya Sue.. Mekasih ...

DAGING RUSA MASAK KUNYIT
resipi : HaSue
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
600g daging rusa -hiris saiz yang sesuai>*rebus sampai empuk bersama sedikit halia yg dihiris nipis dan sedikit garam,toskan dan simpan air rebusan
2 tangkai cili merah/boleh tambahkan cili padi jika suka
4 inci kunyit*(saiz jari kelingking,kalau yang besar ibu jari tu pandai2 laa ejas ye)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
2-3 batang serai*
Sedikit belacan(optional)*
Asam keping
1/2 sudu makan serbuk kunyit
Sedikit daun kunyit-dimayang halus
Garam dan perasa/gula secukup rasa
1/3 cawan minyak masak

Cara2:
Bahan2 bertanda * ditumbuk halus. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 bertumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan.
Masukkan serbuk kunyit dan asam keping. Kacau sebati
Masukkan daging rusa yang sudah direbus tadi dan gaul sehingga sebati dengan bahan tumis,perlahankan api dan biarkan seketika. Tambah sedikit sahaja air jika perlu.
Apabila bahan2 kelihatan sudah sebati bersama daging,barulah tambahkan air rebusan, garam,perasa/gula secukupnya.
Renihkan seketika dan taburkan daun kunyit yang dimayang halus untuk aroma jika suka.Sukatan air terpulang kepada masing2 ye..jika suka berkuah boleh lah letak air lebih dan begitu juga sebaliknya.
Jika suka,boleh juga tambahkan sedikit santan pekat dalam masakan. Selamat mencuba!