f Secubit Garam: Ayam Goreng Oat

Monday, January 10, 2011

Ayam Goreng Oat

Ayam Goreng Oat, hasil gabungan antara 2 resipi. Bahan salutan pd ayam ni K.Nor guna resipi Ayam Goreng Rangup Lada Hitam, resipi Hana dan bila nak goreng K.Nor golek2kan dlm kepingan oat. Goreng hingga garing dan toskan. Sedap dimakan dgn sos cili.


Mintak izin ya Ina, k.Nor nak kopipes resipi tu kat sini..

RESEPI AYAM GORENG RANGUP LADA HITAM
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
6-8 ketul drumstick @ bahagian lain
1 sb serbuk kari
1 sk serbuk kunyit
lada sulah
garam
2 sudu besar tepung beras@ tepung gandum
1/2 biji telur
Untuk Saduran
Breadcrumbs secukupnya
1/2 sudu makan lada hitam - leh kurangkan klu tanak pedas


Cara-cara
Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul.
Dalam mangkuk@bekas lain,campurkan breadcrumbs dan juga lada hitam.Gaul.
Golek2an ayam tadi ke dalam breadcrumbs dan goreng hingga garing dan masak.
Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran atau enak juga dimakan begitu sahaja.