f Secubit Garam: October 2010

N3 Terkini

Sunday, October 31, 2010

Kue Tiaw Rebus


Semalam dah layan selera big bos, mlm ni layan selera si tukang masak lak. Menu sempoi jer, Kuetiaw Rebus. Walaupun sempoi, alhamdulillah.. kenyang. Tambah lg bila dimakan dgn sambal kicap.

Sapa nak join? :)

Terung Goreng Pes Cili Sangai

Hari ni tukang masak masak menu yg simple jer. Disebabkan nak gadingkan Singgang Ikan Aya dan ikan aji2 goreng, kena la masak sayur yg pedas2 sket. Kebetulan ada terung dlm esbok, duk pk la nak masak apa dgn terung ni. Masak sambal atau bercili sedap gak tp bila tengok ada stok pes cili sangai, terus dtg idea nak goreng terung dgn pes ni.


Olah situ sikit, sini sikit terhasil lah Terung Goreng Pes Cili Sangai. Sapa2 yg nak cuba masakan mudah dan cepat ni kena la sediakan Pes Cili Sangai. Sapa2 yg dah ada stok tu cam Yani Deco Choco (dia mmg buat stok banyak2 pes cili sangai ni, memudahkan kerja kata Yani) mudah la sket kerja kan.

Jom tengok resipi bg yg nak menerai :)

TERUNG GORENG PES CILI SANGAI

2 btg terung panjang ~ dibelah 2 dan dipotong serong pastu rendam dlm air
2 sudu besar Pes Cili Sangai
2 sudu besar sos ikan
air secukupnya
garam dan gula
daun ketumbar ~ dihiris
perahan limau nipis
sedikit minyak


Panaskan minyak dan masukkan pes cili sangai. Goreng hingga wangi.
Masukkan terung dan goreng seketika.
Masukkan sedikit air utk melayukan terung.
Masukkan sos ikan, garam dan gula.
Masak sekejap (kalau suka terung yg lembik2 boleh tambah tempoh masak) dan masukkan daun ketumbar dan perahan limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Hidangkan panas2.


*jgn masukkan banyak garam sbb dah ada rasa masin dr sos ikan dan pes cili sangai yg ada udang kering dlm tu.

Saturday, October 30, 2010

Sizzling Mee Sanggul Siap!!!

Betul la ni.. Dah siap pun Sizzling Mee Sanggul... Tak caya? Ni haa...


Yer la, dah big boss order nak Sizzling Mee Sanggul utk dinner malam ni, tukang masak berdesup la masuk dapur. Kebetulan bahan2 semua ada, dpt la tukang masak godek kan. Keletung keletang, kejap jer dah siap menu yg di order... Tak sayang lagi bini camtu? Kalau tak sayang saja sangat la kan...  Order ajer, semua siap depan mata.. hehe.. jgn lupa upkan elaun dah la bang eh... hihihi


Jom makan Sizzling Mee Sanggul. Dah tak berpaling dr Mee Sanggul Melayu lg dah... udah jd pebret! :)

Bingka Roti Berlauk

Bingka Roti Berlauk, resipi asal oleh K.Hanieliza, pastu merayap ke Kuantan pastu ke Sedenak, ke Bangkok dan ada beberapa rumah lg dah buat kan. Kali ni sampai ke Tganu lak. K.Nor syorkan kalau sapa2 nak buat bingka ni, try cam Che Mat buat letak separuh santan dan separuh susu cair bg sukantan santan yg 400ml tu. Rasanya lebih enak dan lemak2 gitu. K.Nor dan cik abg makan berdua jer, anak2 tak suka. Kita org letakkan sos cili kat atas tu time makan.. Lagi sedap bila makan dgn sos cili.. hehe :)


K.Liza, Che Mat dan Ummi... mintak izin ya nak kopipes resipi tu kat sini.. Thanks

BINGKA ROTI BERLAUK by K.Liza
sumber :  CMG
sumber : Ummi

BAHAN KUIH TALAM@BINGKA :-)
6 -7 keping roti putih, dipotong kecil
400 ml santan (mat guna 200 ml santan + 200 ml susu cair)
1 1/2 camca besar tepung gandum
1 1/2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur
Garam secukup rasa
1/2 camca teh gula (yang ni mat tambah)

BAHAN LAUK :-)
200 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang
1 biji sederhana kentang, kupas dan dadu kecil, rendam
1/2 batang lobak merah, kupas kulit dan dadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk halus)
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 1/2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 pokok daun ketumbar, hiris (yang ni mat gebu tambah)
500 ml air
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam dan gula secukup rasa dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan lada hitam dan daun ketumbar, kacau rata, matikan api, angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci, alas dasar tin dengan aluminiun, biar berlebih pada kiri dan kanan tin, lenser juga dengan mentega. Ketepikan. Roti yang dipotong kecil tadi direndam dengan santan + susu tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Tuang dalam tin dan bakar 30 minit.
  3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tekan sedikit dengan sudu. Tabur bahan lauk (n0.1) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.

Friday, October 29, 2010

At Last!...

Kenapa tajuk at last? Meh nak citer. Punya la lama eskrim jagung ehhh eskrim bubur jagung ni duk bertapa dlm freezer. erkkk.. tak sampai 2 minggu jer rasanya baru la dpt dimasuk mulut. Kes tak leh keluarkan dr acuannya tu!! Melekat kuat, tak mo kluar. Langsung tak terlintas di benak ni nak lalukan air kat bekasnya tu. Bila sembang dgn mek siam dan mek jepun aritu baru la terfikir buat cara tu.. adehhh.. bukannya susah sgt kan! ermmm sesekali otak membeku.. haihhhhh...


Gambo2 ni dah lama terperam dlm fail, lupa nak post kat sini. Smlm duk belek2 fail tu baru perasan tak post lg n3 eskirm bubur jagung ni.. Jom la.. Layan pic aje udah la ek.. Mesti ada yg akan bertanya beli kat mana acu eskrim tu kan.. Jawapannya.. diterbangkan khas dr jepung nun... Punya la lama simpan, lupa nak gunakan.. Bila Pengembala Kamben tayang eskrim dia baru2 ni baru la teringat.. hihii.. Mekasih ya Jiya, dah bg idea nak guna benda tu.. Mekasih juga buat si pemberi budiman.. mekasih daun keladi la ek.. Ada harapan tak nak terima lg.. yg lain2 pulak la kan.. hehe

Jom makan Eskrim Bubur Jagung... 

Towel putih tu wat lap mulut ya... hehe


Tirguda jua akhirnya....

Setelah sekian lama wat derk dgn tayangan amal yg bermula kat rumah Rima, pastu Izah, pastu Ika yg baru jer balik bercuti Siam terus aje digodeknya, pastu rumah Anim pulak... hati dan nafsu boleh bertahan lg.. Taaaaaaapiiiiiiiiiii bila tengok kat rumah Ayu smlm... alahaiiiii.. tak leh jadi.. kena godek gak benda nih.. Masing2 duk promote bukan main lagi ya...

Keluarkan telur dr esbok, tunggu ilang kesejukkan nya, pastu terus aje godek.. Tak kira la.. nak buat jugakkkkk!!! hehehe

K.Nor tabur kepingan badam sebelum proses membakar, hasilnya? lagi syok!! lemak2 badam tu best :)

Resipi Congo Bars ni K.Nor amik kat rumah Ayu sbb bila g tengok kat rumah Ayu la yg mencairkan hati ni utk buat join yg lain2 buat brownies sedap nih... Akak kopipes ya Ayu.. dan mekasih jugak buat Rima yg share resipi ni.


CONGO BARS
sumber: Rima
sumber: Ayu


Ingredients,
2 3/4 cup all purpose flour-(315g)
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened-(150g)
1 lb. light brown sugar(453g) - (Ayu used 300g) ~ k.nor letak 275gm
3 eggs-(Ayu used 4 small eggs)
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips(326g) - (Ayu used 300g valrhona dark chocolate chopped)
1 cup chopped pecans (optional)-(Ayu didnt add) ~ tk letak gak

By mixer:
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand:-(Ayu just use this method) ~ k.nor jugak :)
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.
Coat a 13 X 9 -(Ayu used 10x10)pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish(Ayu used parchment paper).
Bake at 170 degree for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.
Sources:-From bisousatoi.com.


* Bg sesapa yg kurang suka manis2 tu, kurangkan la gula ya.. Yg K.Nor buat ni dah kurangkan jd 275 gm pun terasa manis yg amat! Tak tau la camna pembuat asal boleh letak sampai 435gm tu.. manis ya ampunn!! :)

Thursday, October 28, 2010

Anda Minat Kraf?

Jika anda minat dan berada di sekitar bandar K.Terengganu atau kawasan2 berhampiran atau negeri2 berhampiran, boleh la berkunjung ke Promosi Kraf Malaysia yg bertempat di Perbadanan Kraftangan Malaysia Caw. Terengganu, Chendering yg dah bermula pd 27 Okt dan berakhir pada 31 Okt, 2010. Wahhhhhhhhh skima abis!!! Promosi baek punya nih.. haha.. Jgn tak gi ya.. best ni, mcm2 produk kraf ada kat sana.

K.Nor tak berkesempatan nk gi td padahal dah plan awal2. Nak buat camna ingatkan dia nak gi dlm pukul 10pg tup2 pukul 11 lebih baru nak ke sana. Tak leh nak join ler sbb time tu K.Nor dah masuk opis.. Tengok la..hari Sabtu ni kut gi, insyaallah.. Tak leh lepaskan peluang nak tengok mcm2 produk hasilan kraf. Lagi pun nak cuci2 mata dgn barang jualan gak.. hehe

Apa kata kita cuci mata sket dulu dgn gambar2 yg sempat diambil oleh cik abg K.Nor td. Dia cuma sempat amik gambar yg kat dlm galeri pameran jer. Kat gerai jualan tak sempat nak shoot sbb kena gi amik anak kat sekolah. Banyak lg gambar2 lain ni, tak larat nak ngedit/resize ler..

Barangan tembaga yg sangat cantik

Bekas bara/wangian dr tembaga dlm bentuk yg lebih moden.

Pakaian songket dgn hiasan dr perak.


Kain songket dan kain batik.

Terendak ni special utk Min@LG wat berkebun hehehe

Alat pemerah santan tradisional dan juga sterika antik dr tembaga.
Ni barang antik special utk Che Mat Gebu.. ^__^

Ayam Goreng Herba

Tak mau pot pet banyak2.. ada benda nak ku godek kat dapur.. Layan aje menu lunch arini ya... Ayam Goreng Herba, resipi yg diambil dr rumah Suzi dan dah ada ditayang kat rumah Hana. Td Mas pun nampaknya buat menu ni gak kan :) Cam biasa diderhakakan sket. K.Nor tambah cili padi utk beri rasa pedas2 sket dan tambah perahan jus limau nipis bila masakan dah hampir kering utk menambah keenakkan pd masakan ni. Pastu ikut gak stail mek Jepun tambah daun kari sket :)


Mintak izin ya Suzi, nak share resipi tu kat sini lak ya.. Maceh :)

AYAM GORENG HERBA
sumber: Suzi
sumber: Ina@Hana

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah india*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai*
2 sm halia*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
Garam dan gula secukup rasa
Minyakk masak secukupnya.
cili padi ~ dihiris (ni k.nor tambah)
1 sudu besar jus limau nipis ~ juga k.nor tambah

bahan *----> dikisar.


Cara Memasak:
Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya./
Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula.
Angkat dan hidang.

updated:
lupa nak mention, k.nor tambah 2btg serai yg dihiris halus dan ditumis sekali dgn bahan2 tumis.. lg syok bila ada extra serai gitu :)

Sexy??? auuuwww! :)

Akak tak sexy ya... tak baekk... sexy utk suami aje.. Ini muffin yg sexy menurut kata empunya resipi CMGebu.. tang mana sexy kena tanya Che Mat.. Agaknya tang merah menyala jem stoberi yg dia guna tu kut .. Yg K.Nor buat ni lg merah menyala sbb guna jem roselle, homemade jam :) Agak2 lepas ni nak buat apa lg dgn jem roselle ni ya.. Any idea? :)


Muffin K.Nor kali ni tak menjadi sgt, tak naik dan tak merekah jd vulcano spt yg biasa K.Nor buat. Dah kenal pasti kenapa tak naik sgt walaupun teksturenya tetap gebu. Sbb K.Nor pukul adunan dgn handwisk jer. Kes males nak keluarkan mixer walau dlm arahan resipi perlu guna mixer.. ermmmmmmmm... kesilapan diri sendiri gak ya, bukan salah resipi Che Mat (bukan salah ibu mengandung la kan haha) Tak per.. tak per.. muffin ni tetap sodap, lembut dan gebu. Manis nya sedang2 sbb cam biasa dah diderhakakan bab gula. Che Mat guna jem tanpa gula, K.Nor lak guna jem roselle yg mmg K.Nor letak gula. Sbb tu kena kurangkan sket sukatan gula dlm adunan. Biasa la tu kan, tak sah kalau derhaka bila baking nih hehe..


Che Mat, cam biasa ya, mintak izin nak kopipes resipi tu kat sini utk rujukan K.Nor di lain waktu.. mekasih.. 

SEXY STRAWBERRY (ROSELLE) MUFFIN by CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega berkualiti tinggi
170 gram gula halus @ kastor
4 biji telur gred A
350 gram tepung gandum*
20 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
160 ml susu segar (mat guna susu sejat)
1 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya (mat guna jem strawberry tanpa gula jenama "SMUCKERS")


CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur stau persatu dan terus memutar hingga gebu, jarak watu antara satu biji telur ialah 1 minit.
Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan putar rata.
Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan sudukan 1/2 camca teh jem strawberry di tengah2nya. Bakar 25 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnyaa...

* K.Nor buat 1/2 adunan jer dr resipi di atas, gula guna 75gm aje sbb jem roselle dah manis.

Wednesday, October 27, 2010

Sup Telur

Nasi Goreng td tu utk anak2 dan utk si emak, Sup Telur aje dah la.. Hari ni tak rasa nak makan nasi, tu yg buat sup telur ni. Diet?? ermm..... tak ada makna nya nak diet.. Diet la camna pun, berat tetap maintain jer... jarum tu malu2 nak bergerak ke kiri.. 


Resipi asal Sup Telur ni milik K.Hanieliza tp K.Nor amik kat rumah Izah. Memang sempoi jer masak yg cam gini kan.. tp hasilnya sedap! Mintak izin ya K.Liza dan Izah, nak kopipes resipi tu kat sini .. Tq




SUP TELUR by K.Liza
sumber : Izah

Bahan
4 biji telur
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek] ~ tak ada stok, k.nor letak kobis
air secukupnya
minyak
garam

sedikit soo hoon yg direndam -saya tambah (k.nor tak letak)

Bahan tumis [tumbuk kasar]
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan emndideh dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.

oooiiii nasi goreng....

Hari ni tukang masak males nak main masak2. Masak nasi goreng aje dah la ek utk anak2. Tak terfikir nak buat nasi goreng arini, kalau tak semalam masak nasi siap2 baru cantik nasi goreng. Tak per la.. Untuk anak2 jer kan.. huhu ayat penyedap ati nih.. :)


Kali ni cuba resepi Nasi Goreng Daging by Alongroz hasil menyelongkar dapur Mek Jepun pg td. (sambil2 tunggu org siapkan n3 Puding Laici hihiihi) Mintak izin ya ibu2 sekelian nak kopipes resipi kat sini. Along, Nor amik yg kat Jepun la ya, sbb yg kat Jepun versi org Melayu yg Along punya versi omputih hehe.. Maceh ya.. :)

NASI GORENG DAGING by Alongroz
sumber : Ina@Hana

Bahan-bahan
4-6 mangkuk nasi putih
1 senduk kecil minyak
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
2 cili merah - tumbuk (k.nor letak cili mesin 1 sudu besar)
100-200g daging - hiris nipis - hana buh daging cincang jer
Segenggam mix vege - hana ganti carrot dadu kecil dan kobis (sama dgn ina, tambah capsicum dan putik jagung)
2 sm sos tiram
1 kiub ayam maggi (4 g)
2 sm kicap masin
2 sm kicap manis
Saleri & Bawang besar - hana tak letak
Garam dan lada sulah

Cara-cara
Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

Timun.......??????


Duk pikir.. pikir... tak tau nk bagi tajuk n3 kali ni. Nak kata mengukir, tak guna alat mengukir. Menyagat? Boleh la kut sbb guna penyagat jer ni utk membentuk hirisan timun utk nampak menarik. Ok jom bg idea utk dijadikan title n3 kali ni.. Nanti bila dh dpt idea yg cun K.Nor akan tukarkan title kat atas tu ya.. heheh

N3 kali ni khas buat Are U yg baru2 ni mintak K.Nor tunjukkan cara2 camna nak hasilkan timun yg K.Nor hias kat n3 Ayam Panggang Ala Bangkok. Dan ada gak K.Nor buat kat n3 Pari Bakar Berempah Woku. Sebenarnya K.Nor cuba guna gadget murah jer yg dibeli baru2 ni kat pasar tani. Sebelum ni mmg duk terpikir gak camna cara nak buat hirisan timun jd gitu tp bila duk tengok penjual tu demo, baru la tau kaedahnya. Mudah aje rupanya!! Sempat gak la belajar sket2 lg cara nak bentukkan sayur2an lain.. hehe

Ok buat Are U.. moga faham dgn apa yg K.Nor tunjuk ni ya.. kalau tak faham buat2 faham la deh.. hehehe...


 Ni alat dan mata yg diguna

Mula2 sagat cam biasa

 Pastu pusingkan sket kedudukan timun 
(jgn guna arah yg sama, twistkan sket pegangan timun tu)

Sagat la sehingga habis dgn twist sket pegangan timun
ke kanan pastu ke kiri dan ulang2..
erkk... payah nyer nak explain.. harap2 faham ya Are :)

Tuesday, October 26, 2010

Nasi Pudina

Nasi Pudina, resipi yg K.Nor amik kat rumah Ummi Kuantan. Nasi yg digandingkan dgn Ayam Masak Merah Berempah dan Raita (Indian Salad). Layan aje la ek.. tuan rumah eh.. puan rumah sakit kepala nak pot pet panjang2..


Maless ler na translate Ummi, so Nor kopipes yg Ummi punya aje la ek.. heeheh  Tq :)

MINT RICE (NASI PUDINA)
sumber: Ummi Kuantan

Ingredients:-
2 cups basmati rice, washed and drained
1 small yellow onion, chopped or mince
4 cups chicken stock (i used 1 chicken cube Maggie + 4 cups water)
handful of chopped mint
2 tbsp olive oil (you can use butter/ghee if you want a more flavourful rice)
Method


Heat oil in a pot/pan.
Add chopped/minced onion and stir fry till soft.
Add rice and stir well. Make sure that the rice grains are well covered with oil and onion.
Transfer rice to the rice cooker, add chicken stock and let rice cook.
Once the rice is cook, add chopped mint and stir rice gently making sure that the mint are distributed nicely.
Leave cooked rice for about 10-15 minutes before serving.

Jemput makan, tak cukup nasi... ceduk sendiri kat dapur :)


Ayam Masak Merah Berempah

Menu ulang tayang atau rewind kata CMG. Tak kisah la kan sbb masak2 ni mana boleh lari dr masak benda atau menu yg sama. Tambah pulak kalau nak gandingkan dgn nasi yg lain dr nasi putih. Kena la pandai gandingkan dgn mana2 yg ngam.



AYAM MASAK MERAH BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6


Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.


Raita (Indian Salad)

Salad yg amat mudah disediakan. Tak sampai 5 min pun dah siap. Sedap! Resipi Raita ni K.Nor amik kat rumah Love yg tengah kebizian. Biasalah tu, darling dia ada di sisi kan Love :)


Ok Love, K.Nor mintak izin ya nak share resipi tu kat sini utk jadikan rujukan di lain waktu .. tq dear :)

RAITA (Indian Salad) by Love2Cook

Ingredients :-
1 carrot
1 cucumber (optional)
1 tomato
1 green chilli
1 red chilli
3 shallots
5gm corriander leaves
125ml plain yogurt
Salt to taste


Preparation :-
Dice carrot, cucumber, tomato and chop green & red chilli and shallots. Put all in a bowl.
Add yogurt, salt and corriander leaves. Mix together.
Ready to serve.
* U may keep it in fridge and serve it chilled too...

Monday, October 25, 2010

Puding Laici lagi.....


Haa.... mmg kena buat lg. Duk asyik terbayang jer kesedapan puding ni. Hari tu buat tak puas makan. Ni pun rasa cam tak puas jer ngap. Makin disuap makin tak puas!! haishhhh... enak sih.. nyaman anak tekak panas2 nih.. Dah jadi dessert pebret seisi keluarga. Nak buat pun mudah sgt2. Yani Deco Choco pun dah 2x buat kan.. Tukan masak mmg suka buat kalau anak2 suka makan kan Yani. 


Bagi yg belum mencuba tu, cuba la ya.. Kalau nak buat utk jamuan dan nak potong2, kena kurangkan sket air. Sbb kalau ikut resipi ni, tekstur puding ni lembut2 manja gitu. Kalau potong gak, kang lebur jer. Resipi asal dr K.Liza, chef yg dah makin fofuler dgn buku resipi terbarunya. Senyap jer K.Liza lately, bz tahap cipan agaknya tu dgn projek terbaru dia.. hehe


Kalau nak resipi boleh klik kat SINI ya.. tuan rumah nak gi ngap puding .. hehe

Pari Bakar Berempah Woku

Ni satu lagi resipi ikan bakar yg sangat.. sangat.. saaaaangat sedap! Juri kecik kat rumah ni makan nasi sampai bertambah2, siap ratah lg ikan pari tu. Opsss resipi asal guna ikan siakap tp K.Nor buat dgn ikan pari jer. Hasil gabungan rempah ratus dan daun2 yg membangkit rasa dan aorma. Memang best hingga menjilat jari tau.. Kalau tak caya buat la menu ni. Memang nampak cerewet sket tp org kata berbaloi2.. K.Nor ada skip daun pandan bukan kerana tak ada stok daun pandan. Ada banyak daun pandan kat bawah nun tp rasa cam derhaka sket bab daun pandan tu. K.Nor gantikan dgn daun ketumbar utk kasi lebih wangi pada ikan pari bakar ni.


Resipi dr rumah Ummi Kuantan yg dah lama masuk list. Kalau tak silap resipi tu dr buku Saji kan. Mintak izin ya Ummi nak panjang2kan resipi tu kat sini pulak.. Insyaallah akan ada ulang tayang bila2.. Mekasih ...


SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU
sumber: Ummi Kuantan

Bahan:- (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar ~ k.nor guna ikan pari
2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar
2 helai daun kunyit - hiris halus ~ tak letak lupa nak beli 
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya 
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong 
3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-
12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
5 biji buah keras - bakar kejap
3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
2 cm halia

Bahan Pelengkap:-
Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek) ~ k.nor tak letak
1 biji timun - dipotong serong
4 tangkai selasih
6 biji cili padi merah hiris untuk tabur


Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap. (K.Nor masak dlm 2 - 3 min jer)
Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.

* K.Nor panggang atas dapur gas jer setelah balut ikan dgn foil. Bila dah siap bakar baru tuang rempah atas ikan bila nak hidangkan. Rempah tu K.Nor masakkan hingga agak pekat.