f Secubit Garam: August 2010

N3 Terkini

Tuesday, August 31, 2010

Milk Caramel @ Karamel Susu


K.Nor ni pantang tengok org tayang puding2 tambah lg di bulan puasa nih..mesti nak try aje. Kali ni K.Nor try satu lg dessert dr Ayu Safieza, Milk Caramel atau Karamel Susu. Bila semua bahan ada kat dapur, cepat sket dpt try resipi baru kan.. Alhamdulillah.. sedap puding ni. Memang rasa lemak2 dr susu tu. Sapa2 yg alah dgn telur boleh la try Milk Caramel ni kalau teringin sgt nak makan Puding Karamel yg kebiasaannya guna telur yg banyak tu.. Nak buat pun mudah, tak perlu kukus2.. Cuma masak jer adunan susu dgn bahan2 spt kehendak resipi pastu sejukkan dia.. kejap aje siap kan..

Ayu, K.Nor mintak izin ya, nak kopipes resipi tu kat sini pulak.. Mekacih dear... :)


MILK CARAMEL by Ayu Sofieza

Bahan A
8gm serbuk agar agar
1000 ml air
150gm gula
1 sudu besar gelatin halal

Bahan B (Diadun semua dalam satu bekas, kacau and tapis)
3 sudu besar custard
1 tin susu cair (guna yang krimer) and top up to 500ml tau. Susu cair ni biasanye 400g and lebih kurang dalam 400ml atau lower, tgok packingla. So tambah lagi 100 ml yer..
secubit garam and vanilla essence

Bahan C (campur bahan & dimasak and turn caramel, cairkan bahan to slightly brown and thick liquid)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air



Cara2:
1.Panaskan Bahan A dalam periuk in medium heat, kasik kacau perlahan2.
2. Bila semua Bahan A larut, tambah Bahan B and kacau hingga mendidih.
3. Dibekas puding, masukkan caramel.
4. Tuang No 2 and sejukkan 2-3hours before serving. Best chill, makan sejuk2....;)


Nota dr Ayu: Caramel susu ni terlalu lembut, susah nak kuarkan nanti.So don't plan utk bubuh dalam cup2 jelly melly gitu. Dalam cup biasa is better. Ayu bubuh dalam tart mould tu pun, dah cukup seksaaaa nak kuar kan tau....tapi comeeyyyy lah mata nengok...and kata mulut......??? Cuba sendiri tau....

Ayam Harum Thai

Salam..

Dah tak ada idea nak berkata2 dek keseronokan dpt bersembang dan bergurau senda dgn anakanda yg jauh. Skrg ni walau duduk beribu batu tp terasa dekat jer. Anytime dpt bersembang tak la terasa rindu sgt. Cuma rindu nak memeluk, nak rasa dipeluk oleh dia.. Web cam menjadi penghubung samada melalui YM atau Skype.. Seronoknya dia bila tengok barang2 yg K.Nor hantar minggu lepas tu. Mudah2an selamat sampai sebelum raya.. amiin..


Berbalik pd menu hari ni.. Ayam Harum Thai by Oshin MyR. Sedap!! K.Nor cuma tambah sket bahan lain utk kasi lebih ummph.. iaitu cili padi yg dibelah dua utk beri rasa pedas sket. Lebih pedas lebih menyelerakan!! Tapi tak la pedas sampai berasap telinga kang Luqman tak leh makan pulak.. kesian dia..

Sapa2 yg kebuntuan idea nak masak utk berbuka, jom try Ayam Harum Thai ni.. insyaallah sedap! Halal ya Oshin, K.Nor nak share resipi tu kat sini ya... Mekasih.. 

AYAM HARUM THAI by Oshin MyR

Bahan A ** semua bahan A dihiris nipis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B *** campurkan semua bahan B jadikan sos
2 sudu besar - sos cili
1 sudu besar - sos tomato
2 sudu besar - pes tomyam
2 sudu besar - kicap cair
2 sudu besar - kicap manis

1 biji air perahan limau nipis
daun sup (dihiris nipis)
Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)



Panaskan minyak didalam kuali tumiskan
Bahan A hingga wangi Kemudian masukkan Bahan B & tumiskan
Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut
Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau2...
Akhir sekali masukkan perahan limau nipis, daun sup dan lada bengala/capsicum...


** spt biasa K.Nor suka goreng dulu ayam yg diperap dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak tp tak garing ya..

Monday, August 30, 2010

Jus Tembikai


Penyegar anak tekak di kala seharian berpuasa.. Jus Tembikai. Utk dptkan rasa yg lebih sedap, boleh masukkan air laici yg dlm tin sekali dgn buah laici. Jadi lah Jus Tembikai Laici. Tapi kalau kebetulan tak ada laici dlm tin, boleh gak nak dptkan kelaian rasa Jus Tembikai tau. Masukkan sedikit pati laici @ lychee concentrate... ermmm nyaman sih... Cuba la..

Jemput minum... oppsss.... puasa kan.. hehe
Jemput cuci mata aje dah la ya.. :)


Cornflakes Chocolate

 Salam buat semua...

Pernah buat Cornflakes Chocolate? Atau ada yg pernah makan tak? Yg ni berbeza dr Cornflakes Madu sbb adanya coklat dan satu bahan lain iaitu peanut butter dlm adunannya. Ni salah satu lg kukis yg sentiasa K.Nor hantar ke Jordan, tak kira la samada dlm parcel utk raya atau pun tak. Sebab ni pebret anak teruna K.Nor tu. Kalau K.Nor buat utk Along, K.Nor tak letak dlm papercup gitu, cuma humban semua dlm bekas plastik. Bila Along nak makan, dia cuma scoop jer ke dlm mangkuk. Biasanya dia makan gitu aje, kadang2 dia masukkan susu dan jadikan breakfast. Kalau letak dlm papercup, nanti tak ada rupa dah bila duk kena lambung, kena usung situ sini kan.. bukan dekat perjalanan ke Jordan tu. Dr Pej Pos K.Trg ke KL aje pun dah jauh perjalanan, nak ke airport lagi, pastu ke Amman, pastu ke Irbid.. haaa... mau 2 -3 minggu baru sampai.. Sbb tu K.Nor letak sekaligus jer dlm bekas plastik. Tak per la tak cantik pun asal dpt makan air tangan mak, kan Along :)

Jom tengok resipi Cornflakes Chocolate..


CORNFLAKES CHOCOLATE My Style

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )
1 kotak besar cornflakes(325gm)
1 sudu besar madu
5 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar gula
6 bar cooking chocolate/450gm
3 sudu besar peanut butter *optional
50gm cocoa butter
manik hiasan jika suka
papercup secukupnya




Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair
Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.
Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.
Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan.


*Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yg membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.
Cubalah.. insyaALLAH sedap..
 *Jjika coklat sudah mula sejuk, cornflakes payah sket nak stick antara satu sama lain. Boleh lah dipanaskan balik sekejap balance yg belum diisikan ke dalam cup (dgn api perlahan) pastu cepat2 isikan ke dlm papercup ya..

updated: utk Yat dll yg nak tau apa itu cocoa butter

 Ni la rupa cocoa butter, jgn tertipu ya.. tak ada rupa koko/cocoa dan tak ada rupa butter yg kebiasaannya kuning. Kaler dia putih melepak cam shortening tp lebih pejal sket. Boleh dibeli di kedai baking, insyaallah ada. Cocoa butter ni biasanya digunakan dlm pembuatan Almond London atau sekut apa jer yg nak main culup2 dgn coklat tu. Ada sesetengah org letak dan ada gak yg tak letak cocoa butter ni dlm adunan coklat tu. Terpulang pd masing2. Sifat dia utk mempercepatkan proses coklat membeku so tak la perlu tunggu lama2 lepas dip badam dlm coklat.

Dalam cornflakes coklat ni pulak, K.Nor letak sbb kegunaannya utk melekatkan cornflake yg dah digaul dgn adunan coklat tu antara satu sama lain. Kalau tak letak tak per tp tak melekat mana la cornflakes tu. Jadi sekeping2 jer nanti. Harga? Tak la mahal sgt, K.Nor beli sikit jer, dlm 100gm = $1.20. Satu adunan biasanya guna 50g, kalau beli 100 gm tu boleh buat 2 adunan. Ok.. Yat.. dah faham? hehehe

Bone Steak Lagi..

Satu lg menu wajib di bulan Ramadhan, Bone Steak. Rasanya mmg tak pernah puas makan Bone Steak ni. Lagi pun K.Nor sekeluarga mmg antu sup2 tulang gini. Biasanya kalau beli tulang lembu K.Nor akan masak Sup Tulang ajer tp sejak jumpa resipi Bone Steak K.Fida MyR ni.. sudah jatuh cintan dgn Bone Steak. Kali ni K.Nor buat Bone Steak tanpa masukkan telur yg dikocok. Untuk memekatkan kuah K.Nor lebihkan sket sukatan rempah2 yg dikehendaki dlm resipi. Rasanya? Maintain sedap!! ehhh silap... K.Nor lebih suka yg tak letak telur.. yer la.. anak tekak berbeza kan.. terpulang pd selera masing2..



Nak try buat? Nak resipi? OK sila klik kat sini..

Sunday, August 29, 2010

Cucur Udang


Ermmmmmmmm........ puas pikir.. tp tak tau nak kata apa utk n3 Cucur Udang nih. Sesekali rasa blurr gak otak nak mengarang ayat. Tak yah cakap banyak2 la deh.. layan mata dah la dgn cucur udang ni.. Ni salah satu menu wajib buat di bulan puasa. Jom layan...


CUCUR UDANG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 bj telur
1 sudu teh yis (mjauripan)
1 bj bawang besar ~ didadukan
daun saderi/daun bawang/kucai
taugeh
sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning
1 sudu teh garam
minyak utk menggoreng
# udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan



Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam).
Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya..
Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak seekor udang sambil tekan2 sket.
Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk.
Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan.
Bolehlah dipotong 4 sebelum dihidangkan.

Koleksi Kukis ~ Tart Keju Nenas


Satu lg koleksi kukis lama ni ya.. bukan kukis raya utk tahun ni. Yg tahun ni baru buat 1 jenis, tak sempat nak posing pun lg :)

Ni adalah Tart Keju Nenas, resipi K.Fida MyR yg K.Nor cuba tahun lepas. Not bad rasanya, ada rasa lemak2 keju. Biasa la kan kalau letak keju mesti ada rasa lemak2 gitu. Ada sapa2 nak cuba? Ok K.Nor letak resipi tu kat sini lak ya.. Mekasih buat K.Fida sbb sudi share bermacam2 resipi kat MyR. K.Nor mmg suka K.Fida ni, tak lokek ilmu dan kalau dia jawab apa2 soalan/komen kat resipi beliau di MyR, semuanya nice ajer, ikhlas berkongsi ilmu gitu..

TART KEJU NENAS by K.Fida MyR

Bahan2 doh tart:-
450 g mentega - lembut
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
100 g gula halus (saya guna gula icing)
100 g keju cheddar (KRAFT) - diparut dan dilecek
1 kg tepung gandum - ayak

Bahan2 inti :-

2 biji nenas - diparut
450 g gula pasir
1 biji pelaga,2 kuntum bunga cengkih - (jika suka)
2 sb mentega/majerin

Cara-cara
Sediakan inti dahulu,masak nenas bersama airnya sekali hingga kering sedikit dan masukkan gula,pelaga dan cengkih dan masak lagi sehingga pekat dan berkilat.Masukkan mentega/majerin dan kacau sebati. Matikan api dan sejukkan.
Utk dohnya, mentega,gula,keju,kuning telur,putih telur dan 1 sk vanilla digaul hingga rata.
Masukkan tepung sedikit2 dan uli dgn tangan hingga adunan menjadi doh yg boleh dikepal.
Kemudian canai dan terap seperti tart biasa dan isi intinya. Hias tart ikut kreativiti masing2 dgn menggunakan lebihan doh yg ada.
Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20 min. atau mengikut kepanasan oven masing2.

Mihun Hailam


Mihun Hailam yg sempoi jer, masak ikut apa yg ada dlm esbok. Sikit pun tak plan dari awal nak buat mihun hailam tp last minute dah dkt waktu berbuka baru la keletung keletang godek mihun hailam. Nasib baik sempat masak sebelum azan Maghrib dan sempat lg posing2 sket hehe...

Seperti biasa K.Nor guna resipi Mee Hailam by CMG, mmg tak pernah try resipi lain. Kenapa ya.. ntah la.. bukan tak nak cuba resipi lain atau resipi org lain tak sedap.. tp bila buat yg ni rasa ngam jer kat anak tekak sefamili mula la males try yg lain pulak.. Ok Che Mat, K.Nor share lg sekali resipi tu kat sini ya.. Halal ek...


MEE HAILAM by CMG

Bahan-bahan ( 6 orang )
500 g mee kuning
300 g udang sederhana besar
1 keping dada ayam
1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
6 keping cendawan tiram, dihiris
4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
1 cawan taugeh (optional)
2 keping tauhu digoreng dan hiris
Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
Bawang goreng utk hiasan
3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
3 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos lada hitam*
1 camca besar sos abalone* ~ k.nor tak letak
1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
Garam dan gula secukup rasa




Cara-cara
Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

Saturday, August 28, 2010

Koleksi Kukis ~ Biskut Susu @ Milk Cookies


Biskut Susu @ Milk Cookies.. satu lg kukis yg saaaaaaaangat mudah dibuat. Mix hingga sebati jer pastu gentel bulat2. Tak perlu terap2.. rasa pun sedap. Lemak2 gitu.. Kukis ni cair dlm mulut gak tau.. sbb penggunaan tepung jagung semata2 tu. Kalau ikutkan resipi, butter tu kena pandai2 la agak banyak mana yg diperlukan. Agak2 tak melekat ditangan, boleh la try gentel dan bakar dulu sket, tengok camna outcome dia.. Nak kata secara tepat banyak mana sukatan butter tu payah gak tp jgn guna semua ikut sukatan yg dinyatakan ya.. letak dulu sket2, agak2 dah boleh digentel boleh la stop letak butter tu.. Dan susu tu pulak K.Nor tak letak ikut resipi, cuma letak dlm 3/4 tin kecik jer.

Mintak izin ya Merpati66, nak share resipi tu kat sini.. Mekasih..



BISKUT SUSU @ MILK COOKIES by Merpati 66 MyR


Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )
250grm tepung jagung
1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
1 sudu baking powder
butter /marjerin untuk uli tepung
perwarna -ikut suka

Cara-cara
Gaulkan tepung + susu pekat manis.
Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..

Koleksi Kukis ~ Kuih Gunting

Salam semua...

Ish.... sunyi jer kalau wiken ya.. Ni mesti ramai duk g shopping baju raya, kelengkapan raya.. Tak pun ramai yg duk mengukis ya... Tak per la tak ada org pun, K.Nor nak tayang satu lg koleksi kukis yg pernah buat last year. Kut2 menjadi idea utk org lain buat kali ni.


Ni dia Kuih Gunting, kuih lama gak ni. Zaman dulu2 kuih gini yg biasa org duk buat. Kalau dulu2 buat banyak2, pastu letak dlm tin milo. Yer la, zaman dulu2 mana ada sgt tupperware atau bekas kuih comel2.. tin milo gak yg diguna pakai.. kan.. Mula la duk krup krap.. krup krap sambil2 tengok tv. Tak sedar abis setengah tin.

K.Nor guna resipi Jun, yg diambil kat MyR.. Izinkan K.Nor share kat sini pulak ya Jun.. Mekasih..


KUIH GUNTING by Junjs MyR

Bahan-bahan ( 1 balang )
375gm tepung
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk cili
2-3 tangkai daun kari-hiris halus
1 1/2 sudu teh garam
pepper
90gm majerin
130-140ml santan (tambah air jika x cukup)

Cara-cara
Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh.
Gunting n goreng.


# tekstur kuih gunting ni agak rapuh sket, jd utk peringatan K.Nor dikemudian hari, K.Nor perlu kurangkan sukatan marjerin..

Lala Masak Pes Cili Sangai


Olalaaaa... Tropikaaaaa... hehe.. ceriakan diri anda.. jgn murung2.. Meh kita makan lala.. Luqman tak sabar2 tunggu masuk waktu berbuka smlm bila dia terbau K.Nor duk goreng lala ni. Memang dia minat sungguh dgn lala dan kerang akhir2 ni. Kebetulan lala yg dibeli ni besar2 jer.. sedap! Tambah sedap bila dimasak dgn Pes Cili Sangai. Saja create satu resipi baru menggunakan pes cili sangai, pes yg digunakan dlm Pla Lui Suan @ Ikan Dlm Taman tempohari. Alhamdulillah.. sedap! Pes ada lg tu, nanti boleh try masakan lain pulak :)

Ok, kita tengok resipi Lala Masak Pes Cili Sangai ni ya..


LALA MASAK PES CILI SANGAI My Style

1kg lala ~ dibersihkan dan toskan
5 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 bj bawang merah ~ dihiris
3 batang serai ~ dihiris halus
7 tangkai cili kering ~ dipotong dan direndam kejap
5 - 7 bj cili padi ~ dibelah 2
2 sudu besar pes cili sangai
2 sudu besar sos ikan
1/4 cawan air
sedikit garam dan gula
daun limau purut ~ dihiris halus
daun ketumbar ~ dihiris
2 sudu besar jus limau nipis
sedikit minyak




Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Masukkan bawang merah, serai, cili kering dan cili padi dan goreng hingga wangi.
Masukkan pes cili sangai dan sos ikan.
Kacau2 seketika dan masukkan 1/4 cawan air, sedikit gula dan garam.
Masukkan lala dan kacau hingga mesra.
Tutup kuali sekejap, masak hingga lala berubah warna.
Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar serta jus limau nipis.
Kacau hingga sebati dan boleh la dihidangkan.

Friday, August 27, 2010

Iced Chocolate


Ada org nak join minum nih.. Chedapppppppp!! Kalau ikut resipi asal Iced Chocolate ni susu fresh tu dituang gitu jer dlm gelas selepas dimasukkan hersheys choc syrup tu, tp kan cam bisasa la... tukang masak ni mmg suka derhaka kat resipi. K.Nor blend susu fresh bersama dgn ketulan ais... Jadi la cam smoothie.. Laaaaaaaagi sedap!! Opss.. lupa nak beritau, K.Nor tak guna si hersyeys tu tp guna sos coklat yg K.Nor buat utk dimakan dgn Puding Roti baru2 ni.. Susu tu pulak K.Nor guna Low Fat Milk.. Jom minum! erkkk... tunggu azan Maghrib dulu ya... ^___^

 

ICED CHOCOLATE by Maya Zakri MyR

Bahan-bahan ( 1 )
Hersheys chocolate syrup
Magnolia fresh milk

Cara-cara
Masukkan hersheys syrup ke dlm gelas. Biarkan dia mendap.
Tuang fresh milk slow2. Masukkan ice cubes.
Kalau ade whiped cream semburkan. Barula sebijik cam secret resipe. tak pecaya pi selongkar die nye kitchen, mesti ade magnolia fresh milk.

Koleksi Kukis ~ Tart Bunga

Koleksi ke2 kukis raya...

Masih ingat lagi Tart Bunga K.Nor tahun lepas ni? Tahun ni rasanya tak nak buat yg bunga2 dah, nak buat yg gulung aje. Tapi buat masa ni tak start lg mengetart hehe... tunggu cuti sekolah dulu la baru buat sbb nak buat tart ni leceh sket kan. Kena tunggu assistant ada baru boleh buat. Tak leh nak buat sorang2.. tak larat.

Disebabkan dah heboh kat FB yg Minyak Sapi QBB mengandungi bahan haram dimakan.. jd tahun ni kena tukar la penggunaan QBB tu. Tadi baru aje balik dr Giant, beli Minyak Sapi Gheeblend, brand Windmill. Kut mana2 pun, tart nenas mmg wajib dibuat.. kukis kegemaran tukang masak dgn suaminya tu.. :)


Kalau sapa2 nak tengok resipi boleh klik kat sini ya.. banyak kerja nak buat arini ni.. Sejenis kukis sdg menunggu nak dimulakan projeknyer tu.. Kalau nak tengok contoh acu dan papercup yg K.Nor guna utk Tart Bunga ni pun ada kat n3 yg dah K.Nor letak link tu.. Klik aje la ya.. :)

Udang Goreng Sos Cili Thai

Menu simple jer utk berbuka semalam, Udang Goreng Sos Cili Thai. Ada rasa masam,manis dan pedas. Biasa la tu, kalau masakan Thai mmg kena ada semua rasa tu kan.. Meh tengok resipi simple yg dtg idea spontan nih..


UDANG GORENG SOS CILI THAI

300gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~~~
3 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
carrot
bunga kobis/brokoli
5 - 7 bj cili api ~ diketuk dan dipotong dua
sedikit daun ketumbar ~ dihiris
1 sudu besar jus limau nipis/lemon
sedikit garam jika perlu
minyak

Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap atau sehingga udang bertukar warna.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan minyak dlm kuali lebih kurang 2 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan bawang merah dan goreng hingga bawang layu.
Masukkan sos cili thai, sos ikan, cili api, carrot dan bunga kobis/brokoli.
Gaul2 rata dan masukkan udang.
Masukkan garam jika perlu tp hati2 sbb dah ada rasa masin dr sos ikan.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis.
Kacau sekejap dan padamkan api.
Angkat dan hidangkan panas2.

Thursday, August 26, 2010

Puding Roti


Ada sapa2 penggemar Puding Roti? Meh kita ngap sama2 ... uikkkk... mana boleh!! Tengah pose kan,.. Santapan mata aje dah la ya.. Lagi pun semua dah licin.. Ingatkan tak laku rupanya hangat di pasaran.. hehe Masa mula2 buat ingatkan sempat la utk K.Nor makan masa berbuka hari ni pulak tp sempat masa sahur jer td. Luqman yg banyak songeh tang makan tu pun cakap sedap duk ulang tambah jer.

Mana tak sedap, puding ni masak hampir pukul 7 ptg, tunggu sejuk sket jer terus potong. Jadi masa makan waktu berbuka tu, masih suam2 panas la. Kena pulak makan dgn sos coklat resipi Jun JC tu.. perghhhhh.. syok abis..

Puding Roti ni sebenarnya dibuat menggunakan lebihan dr Aiskrim Goreng tempohari. Masukkan dlm bekas dan simpan dlm esbok. Kang tak membazir tu.. dpt pulak hasil yg mabeles gini.. Lagi la puas hati.. Ok.. jom tengok resipi pd yg nak menerai Puding Roti ni..


PUDING ROTI My Style

Bahan2:
10 kpg roti ~ atau boleh guna lebihan roti
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip


Cara2:
Roti dipotong 4 dan susun ke dlm loyang yg dah disapukan butter.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Kalau masih ada butter yg berketul, biarkan aje.. nanti akan cair gak bila dlm proses membakar.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun ok gak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn aiskrim atau dgn sirap coklat.
Slmt mencuba ...

** utk menambahkan keenakkan (semestinya juga menambahkan lemak2 dlm badan hehe)
1. kalau ada stok creamcheese, boleh masukkan sekali dlm adunan susu tp kena panaskan sekejap susu.
panaskan dgn api slow aje, cukup utk mencairkan cheese dan butter. padamkan api barulah dimasukkan bahan2 lain.
2. kalau nak guna cheddar cheese boleh aje tp tak perlu la dipanaskan dgn susu, boleh parut direct atau potong kecil2 dan tabur atas 1/2 dr roti dan adunan susu yg dah dimasukkan dlm loyang. Pastu masukkan baki roti dan baki adunan susu dan boleh gak nak taburkan lagi cheedar cheese atas tu. (cheddar cheese mudah cair berbanding creamcheese)

Yg ni pebret si tukang masak, dimakan dgn ganache atau sos coklat
Yg kat atas nun (dgn eskrim) utk che abe.. :)

Ni resipi Sos Coklat yg K.Nor guna dlm Puding Roti ni. Resipi Jun JC, mintak izin ya Jun nak share kat sini pulak ya.. TQ


SOS COKLAT by Jun JC

1-1/2 cawan coklat semi sweet
2 sudu besar butter
2 sudu besar madu
1/4 cawan cream atau susu cair
1/2 tsp esen mint atau vanilla

Masukkan semua bahan dlm double boiler dan masak hingga coklat cair dan smooth...curahkan atas kek yg telah disejukkan. Enjoy.

** sori Jun, K.Nor cuba nak letak link, dah cari td kat dapur Jun tp tak jumpa. Sebenarnya dah copy dan save as draf lama dah resipi sos coklat ni tp lupa nak letak sekali dgn link. Sori ya...

Koleksi Kukis ~ Biskut Bunga Cina

Dah lama plan nak buat n3 khas utk koleksi kukis yg pernah K.Nor buat. Bukan niat nak menunjuk2 tp sekadar nak upkan balik kukis2 yg pernah K.Nor buat ni agar dpt memberi idea pd sapa2 yg tak tau nak buat sekut raya hehe..

K.Nor mulakan dgn Biskut Bunga Cina ni dulu ya.. Resipi dr arwah emak kandung K.Nor. Memang kukis lama ni. Rasa dia lain sket dr Biskut Bunga Dahlia walau ada iras2 dr segi rupa. Kalau Bunga Dahlia, kaler dia biasanya kuning lg kan dan tak selembut Bunga Cina sbb Bunga Cina ni kaler dia lebih putih dan lembut serta cair dlm mulut.Kalau makan Bunga Cina ni jgn ler bercakap2 kang tersembur jer.. hehe..

Resipi Biskut Bunga Cina ni dah lama K.Nor post kat MyR, alhamdulillah.. mendapat sambutan yg hangat gak la.. nak2 si Azie yg mmg suka benor dgn sekut ni (si Awie nya pong hehe). Mekasih pd sapa2 yg pernah try buat Biskut Bunga Cina ni. Segala pahala K.Nor hadiahkan buat arwah emak K.Nor yg disayangi.. semoga ianya dpt memberi keberkatan buat arwah... amin... sayu pulak rasa... dah 37 tahun tak raya bersama.. hu hu rindunyer.. :(




BISKUT BUNGA CINA
resipi: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )
100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara
Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

sedikit tambahan :
Utk yg tak biasa buat, mmg payah sket nak picit/teran doh dr acuan tu. Sebaiknya jgn habiskan kesemua tepung, tinggalkan sedikit dan cuba dulu. Kalau dah elok keluar (jgn lembik sgt nanti lepek jer bunga tu bila siap dibakar) boleh la teruskan dgn baki doh. Kalau nak lebih elok, bakar dulu sket dan lihat hasilnya, kalau dah cantik membentuk kelopak bunga boleh teruskan tp kalau yg siap tu lepek, tambah sket lg tepung dan gaul sebati dan picit la doh tu hingga habis dan dibakar.


Satu lg jgn dedahkan doh yg dah siap diuli pd udara lama2, sbb nanti doh tu akan mengering/mengeras. Ni yg buat doh payah nak diteran/tekan keluar dr acu. Cuba tutup bekas adunan ya supaya tak terdedah pd udara.

~~~~~~ X ~~~~~~


Ok.. ni K.Nor nak tayang satu contoh Biskut Bunga Cina yg dibuat oleh Ayu Sofieza @ KitchenColours smlm. Dah mintak izin dr Ayu nak tampal kat sini nih.. Thanks Ayu.. :)


Amacam, cantik tak? Sweet jer bila Ayu buat gini. Satu pembaharuan dr segi rupa paras Biskut Bunga Cina tp versi moden la. Cuma bukan Bunga Cina yg ori la kan.. hehe.. ampun Ayu... Sbb mmg ada bunga cina ni tau, putih melepak kaler bunga ni dan wangi jer. Kalau nk tau, taip bunga cina dan search.........

.. haih... dlm duk search gambar bunga cina nak paste kat sini terjumpa gambar Biskut Bunga Cina K.Nor yg kat atas tu, rupa2nya dicuri oleh org yg siap buat bisnes lg tuh.. hilang mood nak letak gambar bunga cina .. ermmmm............ bila nak abis kes curi gambar ya... tak reti nak minta izin ke org Melayu kita ni..


updated:
Bg memenuhi permintaan Am, Tun dll yg nak tau acu yg K.Nor guna utk buat Biskut Bunga Cina ni.. meh nak tayang ya..

Ni acu yg selalu K.Nor guna.
Dah lama acu ni berkhidmat utk K.Nor.. hehe

Disebabkan bila guna satu jer acu, proses membentuk bunga cina agak lambat jd K.Nor try cari acu yg sama spt yg dah ada tu (gambar atas) tp tak jumpa dah kat pasaran. Yg ada yg cam gambar ni jer. Dtg dlm satu paket 2 bentuk ni. Ada 2 patern tu , nampak tak.. satu tu lebih kurang sama jer patern dia dgn yg dlm gambar pertama dan yg satu lg tu melengkung sket. Jadi bila ada 2 acu ni (yg lebih kurang sama patern tu) mudah dan cepat sket kerja menbentuk bunga, sambil K.Nor tekan tu, yg satu lg tu Aisyah akan masukkan doh dlm acu ke 2. Jadi tak la perlu tunggu K.Nor abis tekan pastu tunggu dia isikan doh.. baru nak tekan lg.. lambat kan bila guna satu jer acu..

Camana Am, Tun... faham dok nih? hehe


Ayam Masak Sos

Dah lama mintak izin dgn Nina SL nak menerai dan mengopipes resipi dia ni, akhirnya smlm terbuat la.. Alhamdulillah.. sedap! Tang bahan2 tak derhaka sgt pun kecuali yg last tu, sbg hiasan K.Nor gantikan daun saderi ke daun ketumbar sbb daun saderi dah abis stok. Sedap gak masa makan tu bila ditabur daun ketumbar, wangi jer. Mudah aje penyediaan Ayam Masak Sos ni dan bahan2 pun yg biasa ada kat dapur. Meh pakat try resipi Nina atau lebih glamer dgn nickname Sweetlily ni.

Nina, dah mintak izin tempohari kan, nak kopipes resipi tu kat sini... Tq... psst!!... ada tak stok kek terlebih bakar.. hihihihi


AYAM MASAK SOS by Nina SL

Bahan-bahan:
Dada ayam - potong kecil - goreng terlebih dahulu pun sedap
2 biji bawang merah - hiris halus
3 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1" halia - hiris halus
2 biji tomato
4 tangkai lada kering
sedikit lada hitam
1 batang lobak merah - potong bulat
sos tiram
sos cili
sos tomato
soya sos
sedikit kicap pekat
1/2 cawan air
sedikit gula + garam




Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dalam kuali. tumis semua bawang, halia dan lada kering hingga garing.
- Kemudian masuk 1/2 cawan air. gaul rata.
- Masuk ayam dan semua jenis sos + lada hitam. masuk lobak.
- Biar hingga mendidih dan masak hingga kuah agak pekat.
- Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan dengan garam + sedikit gula.
- Angkat dan tabur dengan daun sup. hidangkan..

** utk peringatan K.Nor dikemudian hari:
tambahkan sedikit cili mesin atau cili serbuk ~ nk kasi lebih pedas sket :)

Wednesday, August 25, 2010

Jus Carrot Susu

Dah siap2 nak balik rumah bg yg bekerja tu? (kat Trg ni kalau bulan puasa dibenarkan balik pkl 4.30ptg, best kan ) Dah set menu apa nak dimasak sebagai juadah berbuka puasa? Ke tapau aje ek... Yg jd menteri penuh kat rumah tu dah siap masak belum? Awal lg ni kan.. Sempat lg kalau start masak lepas solat Asar.. insyaallah..

Hari ni tak ada menu dessert sbb tukang masak buat Nekbat Sira jer. Tak payah la tayang lg nekbat tu kan, kesian anakanda K.Nor kat Jordan nun.. :) Kita layan gambo air la pulak arini ya...

Jus Carrot Susu.. Tak payah resipi la.. semua tau buat ni kut. Samada guna susu cair + gula atau boleh guna susu pekat.. ikut lah yg mana sesuai dgn selera atau depend gak atas stok bahan2 tu kat dapur.

Sup Makaroni

Sup Makaroni, yg ni menu utk tukang masak yg mmg jarang2 berbuka dgn nasi. Tak pernah jemu makan Sup Makaroni ni. Tambah2 lagi kalau utk berbuka.. mmg enak sekali. Kali ni lupa pulak nak goreng ikan bilis sbg bahan sampingan tu. Biasa la kalau dah masuk opis terlewat sket mula la kelam kabut. Resipi asal Sup Makaroni dari Masz Kajang yg dah lama menyepi dr dunia blog.. Rindu sungguh kat Mek Kajang ni.. bz benor lately sampai rumah dan penuh dgn sawang :) Maszzzzzzz, dah nak raya ni, tak nak bersihkan rumah ke? Tukar langsir baru... tukar lagu raya ke... hehe

Nak resipi Sup Makaroni ni? OK klik kat sini.. kekurangan ghajen nak mengkopipes arini :)


Syedapppp!

Daging Kunyit Berkentang

Menu ringkas aje utk berbuka semalam, Daging Kunyit Berkentang. Resipi Che Mat Gebu yg kurang sihat sekarang ni tu.. Semoga cepat sembuh ya Che Mat. Memang simple resipi ni, bahan2 pun tak banyak. Sedap diratah gitu jer. 

Meh tengok resipi Daging Kunyit Berkentang ni. Izin ya Che Mat, K.Nor nak share resipi tu kat sini pulak.. Mekasih..


DAGING KUNYIT BERKENTANG by CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
1 biji kentang, kupas, potong dadu kasar2 dan rendam
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 biji lada merah, hiris
1 biji lada hijau, hiris
1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
* k.nor tambah cili api sket :)



CARA MEMBUATNYA :-)
Daging digaul dengan bahan tumbuk lumat hingga rata, perap selama 1 jam (seeloknya siapkan sebelum anda masuk tidur). Kentang tadi digoreng (toskan dahulu) hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Panaskan kuali, masukkan daging tadi, kacau dan tuang air. Bila mendidih, kecilkan api dan masak hingga daging lembut. Masukkan minyak masak, gaul rata dan biar daging sedikit garing.
Tambah kentang, hirisan bawang, hirisan cili hijau/merah dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi layu sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat

Tuesday, August 24, 2010

Puding Cendol

Puding Cendol, resipi yg dikongsikan oleh Ayu Safieza yg duk di Dungun. Mudah aje penyediaannya dan rasa pun sedap, cam ala2 sirap bandung bercendol gitu hehe.. Tapi kan Ayu, cendol akak ni mendap ler, tak nak duk rata kat tengah2 puding.. Tu pun dah tuang dlm bekas masa suam2 panas. Tak per la kan, cantik gak duk gitu.. hehehe ayat penyedap rasa :)

Thanks Ayu for sharing resipi yg simple gini. Puding ni mmg sesuai kalau nak buat utk majlis kecil2. Ayu, K.Nor paste kat sini ya resipi Puding Cendol mak ayu ni ya.. Tq  copy direct jer ni, males nak translate ......  :)


AGAR2 CENDOL by Ayu Sofieza

Ingredients:
1 pack besar agar2 kering ( I guess 30-32gm per pack)
1 1/2 cups of sugar (she always reduce this to 1 cup only, kami tak prefer manis sgt when it comes to agar2 ni...:))
2 helai daun pandan
2 cups of coconut milk
8 cups of water
1 cup of cendol (tos kan air) ~ k.nor letak 2 cawan
Color


Method:
1. Boil 8 cups of water with daun pandan and the jelly string tu (no 1)....
2. Add in sugar to dissolve
3. Add in coconut milk and stir slowly to boil
4. Putt off flame and add cendol in
5. Put color, which ever u like, red or yellow do great....

Jom Mengukis..

Salam...


K.Nor dah start mengukis? Ha ha...baru panaskan enjin ni, ni pun buat masa hari Jumaat baru2 ni. Semalam Ummi dah start tayang dia punya kukis kat fb, so kena tayang gak la.. hehe.. Sebenarnya Biskut Coklat Chips ni K.Nor buatkan utk buah hati kat Jordan nun. Tahun ni dia tak balik beraya, so buat la sket dan poskan kat dia biskut kegemaran dia ni. Dia kata tak nak banyak kukis cukup la yg ni dan satu lg kegemaran dia Cornflakes Chocolate. Awal pg td dah buat yg cornflakes tu, insyaallah akan diposkan hari ni atau esok ke Jordan. Mudah2an selamat sampai ke tangan anakanda K.Nor tu..

Berbalik pd n3 ke 2 hari ni, Biskut Coklat Chips.. ni lah salah satu kukis wajib buat tiap2 tahun time raya. Kukis kegemaran anak2 K.Nor, kalau buat mesti kena double or triple adunan. Sebab biasanya kalau buat 1 adunan mmg tak sempat raya la jawabnya.

Jom kita tengok resipi ya...


BISKUT COKLAT CHIPS My Syle

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang



Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...

 Yg bakal terbang ke Jordan :)

    Tayangan amal, atas permintaan K.Liza dan mana2 yg nak tau cara K.Nor buat kukis ni jd cantik membulat dan seragam jer saiznya ... abis la secret K.Nor ya.. hehehe..


     Caranya: K.Nor guna scoop tembikai (ori tupperware). Scoop dan tekan2 sket agar rata doh dlm tu.



    Ketuk batang scoop tu kat mangkuk adunan sambil tadah satu lg tangan di bawahnya. 
    Pastu alihkan ke loyang (sebaiknya alas dng kertas baking). 
    Jarakkan sket sbb kukis ni biasanya mengembang.
    Letak la choc chips atasnya utk serlahkan kejelitaan kukis nih.. hehehe


    Yogurt Fried Chicken


    Layan anak tekak Luqman yg nak makan ayam goreng cam kepci. Memang dia suka Yogurt FC ni, siap ratah2 lg. Resipi tokey ayam goreng ni, sapa lg kalau bukan Love2cook nun. Bz sungguh dia lately sampai dah jarang2 jer update blog. Live, K.Nor nak share sekali lg resipi Love tu kat sini ya... TQ dearie :)


    YOGURT FRIED CHICKEN by Love

    Bahan-bahan
    * Bahan (A)
    * 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
    * 1 cwn/250ml plain yogurt
    * 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
    * 2 inci halia ~ ditumbuk halus
    * 1 sb serbuk paprika
    * 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari
    * garam secukup rasa
    * 2 tangkai daun kari
    * Bahan (B)
    * 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
    * 1 sk baking powder
    * 1 sb serbuk paprika
    * 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari
    * secubit garam
    * -------------------------
    * jus lemon (optional)
    * minyak untuk menggoreng


    Cara-cara
    1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).- hana buh skali jus lemon ngan bhn A tuh.
    2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
    3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
    4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
    5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
    6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
    7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

    * jus lemon k.nor letak sekali dlm bahan A