f Secubit Garam: June 2010

Wednesday, June 30, 2010

Gulai Lemak Udang Dgn Cendawan


Wah.... ramai jer yg masuk bila tayang kek cekelat ya... Memang semua antu kek cekelat hehe.. Dah.. dah.. meh kita cuci mata dgn menu hari ni pulak, Gulai Lemak Udang Dgn Cendawan. Lama betul tak masak lauk2 santan nih. Sesekali tak per kan.. Kalau nak resipi boleh tengok kat sini, gantikan nangka muda tu dgn udang dan cendawan. Kalau dah buat lauk ni, jgn lupa tumbuk sambal belacan dan goreng ikan masin sket. Opss.. kena ada ulam2an gak serta nasi panas.. fuhhhh.. sedap!!


Tuesday, June 29, 2010

Devil's Food Chocolate Cake


ASSALAMUALAIKUM...

Fuh... ganaz.. ganaz nama kek cekelat ni. Taaaaaaaaapiiiiiiiiiiii punya la sedap! Memang hingga menjilat jari dan lelehan topping2 dia tu.. Ngam sungguh bila ada creamcheese frosting dan ganache bergabung dgn kek cekelat. Kalau tak caya, buat sendiri tau dan nikmati kek ni terutamanya selepas dah bermalam dlm esbok. Syok abes!!


Resipi DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE Devil's Food Chocolate Cake ni K.Nor ambil kat rumah Ayu S'pore dan dia dpt dr blogger lain kalau tak silap K.Nor. Ada terbaca yg Ayu mention kat situ kek tu rendah jer. So lain kali dia nak doublekan adunan kek tu. K.Nor buat kek ni 2 kali tau. Mula2 buat satu adunan jer, menggunakan loyang sq 8" x 8" dan hasilnya mmg rendah dan dpt sikit jer. Pastu mula la rasa tak cukup jer kalau kek kecik gitu, nanti tak puas makan. Pastu godek lagi 2 adunan terus tp yg silapnya K.Nor gi guna loyang yg sama saiz gak. Dan terhasil lah kek yg spt dlm gambo kat atas. Rasa cam terlebih tinggi la pulak. Lain kali K.Nor nak guna loyang 9" x 9" la, rasanya lebih ngam dgn 2 adunan kek tu. Untuk 2 bj kek yg terhasil ni K.Nor buat 3/4 dr adunan topping dr resipi tu tp masih ada baki lagi, tapi dah simpan dlm esbok. Boleh digunakan utk projek lain lak kut.

Kalau sapa2 nak buat tu, utk satu adunan kek disarankan buat 1/2 jer dr adunan topping (ni pun saranan Ayu). Ok la jom kita tengok resipi kek mabeles ni. Mintak izin ya Ayu, nak share resipi kek tu kat sini pulak.. TQ

Kek yg terhasil dr satu adunan, tingginya lebih kurang 1in jer.
K.Nor dah potongkan kek tu dan masukkan dlm bekas kaca ni.


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
sumber: Ayu S'pore

Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe)
1/2 cup warm water

Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked

Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.
Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com

# Kalau sapa2 nak buat satu adunan pastikan guna loyang yg lebih kecil dr 8" x 8"

Award dr Mysdear


Salam semua.. panas terik betul dua tiga hari ni.. Kalau ikutkan hati maless betul nak keluar petang2 gini tp kena gak keluar amik Luqman kat sekolah.. Kepala ni bukannya boleh main panas2 sgt, mula la berdenyut2 jer. 

Ok la berbalik pd award "My Inspiration's Blog" ni, K.Nor dpt dr Mysdear, sorang blogger yg agak baru gak ni rasanya. Tapi kat blog beliau banyak diselitkan tip dan ilmu yg bermanafaat. Semoga blog Mys Kitchen Therapy akan terus berkembang maju dan ukhwah antara kita berpanjangan hendaknya..  Mekasih sudi hadiahkan award ni utk K.Nor ya..


Monday, June 28, 2010

Puding Triffle lagi..


Isnin kembali lagi.. Mudah2an minggu ni masih sempat utk meneruskan puasa. Kalau tidak harus kena geng dgn mek siam dan mek jepun hehe Layan Puding Triffle utk berbuka mmg syok kan.. Tambah lak dah sejukkan lama sket dlm esbok.. nyaman...

Tak mau la pot pet banyak2.. meh kita tengok resipi Puding Triflle oleh K.Hanieliza ni. Mintak izin ya K.Liza nak letak lagi resipi tu kat sini.. Mekasih ya...

PUDING TRIFFLES by K.Hanieliza

Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.




## K.Nor nak mintak maaf ya, sbb font saiz kat blog ni bercelaru sket akhir2 ni. Ada yg besar, ada yg kecik, kadang2 dlm 1 N3 ada 2 saiz font. Dah puas mengejas, tp tak jumpa lg penyelesaian. Rasanya sejak guna google chrome yg jadi gini ni.. ish... maaf ya..



Sunday, June 27, 2010

Roti... roti....


Meroti lagi hari ni. Kali ni versi ulang tayang jer. Masih menggunakan basic doh yg pernah K.Nor buat dulu tu. Tak nak cakap panjang2.. kita tengok resipi Basic Doh yg dah K.Nor ringkaskan. Kalau nak versi yg lebih detail bagi yg baru nak berjinak2 menguli doh.. boleh tengok kat sini ya..




BASIC DOUGH my style

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

Saturday, June 26, 2010

Yogurt Fried Chicken


Fuh.... letih..mengantuk pun ya jugak.. pkl 10 baru boleh mengadap pc nak masukkan N3. Tak per la, asal masukkan dah la kan.. Menu simple jer ni. Rasanya dah kali ke3 buat ayam goreng ni. Memang sedap, enak sbb tu diulang2 buat. Anak2 K.Nor mmg suka sgt dgn rasa ayam ni. Jutaan terima kasih buat Love yg menghasilkan resipi ayam goreng yg mabeles ni.. Love mmg dah sinonim dgn ayam goreng. Ingat ayam goreng, ingat Love.. kan.. Love.. where r u??? Ni mesti cik abg dia ada kat M'sia hehe.. Miss u Love ..

Kalau nak resipi tengok kat sini.. males rasanya nak kopipes..


Friday, June 25, 2010

Pancake Anyone? :)



Nah, menu sarapan yg sentiasa menjadi kegemaran K.Nor sekeluarga. Cam biasa menggunakan resipi Pancake by Hajar yg gebus dan lembut. Dan semestinya la sedap!!

Tak nak cakap banyak sbb nak out dah ni. Nak ke Kuala Berang. Hari ni adik K.Nor berpindah masuk ke rumah dia yg baru siap. Sister K.Nor dan anak bongsu dia yg dari Puchong pun ada sekali ni nak gi sana. Insyaallah akan bermalam kat sana malam ni. Ok, jemput la makan ya.. Kalau dah makan2 tu, pandai2 la buat apa yg patut ya.. hehe... daaaaaaaaaa... jumpa lagi ...



PANCAKE by Hajar

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

Thursday, June 24, 2010

Koktail Custard Istimewa


Satu lagi dessert yg sangat sedap dan mudah disediakan. Dah acapkali buat ni dulu2 cuma masa tu tak jd blogger jer lagi. Resipi asal dr MyR, milik Mrs Shieza. Nak kopipes dr MyR dah tak boleh skrg ni, nasib baik dulu2 masa mula2 kenal MyR K.Nor pernah print out resipi2 yg ingin dicuba.

Selain dr bahan2 yg digunakan, kita boleh ejjas apa jer buah2an yg kita nak gunakan mengikut selera dan juga stok apa yg ada dlm esbok. Kalau yg biasa K.Nor buat, K.Nor tambah dgn epal (hijau dan merah), buah lai atau pear, oren dan kalau nak letak anggur , stoberi atau kiwi pun boleh. Kita yg buat dia kan.. hehe

Dessert ni sangat2 sedap kalau dimakan sejuk nak2 kalau dibuat berbuka puasa ermmmm.. best! Pada yg berpuasa tu, meh kita berbuka dgn Koktail Custard Istimewa ni, amik semangkuk sorang dah la ya, kang tak cukup tuan rumah dan cik abg nak buat berbuka :)





KOKTAIL CUSTARD ISTIMEWA by Mrs Shieza MyR


1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak


utk kuah custard:
1 tin susu cair (IDEAL)
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla ~ k.nor letak 1 sudu jer


  1. Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
  2. Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
  3. Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
  4. Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar1, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
  5. Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
  6. Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar. 

tambahan bahan2 dr K.Nor
epal merah
epal hijau
buah pear
buah lai
oren
kiwi
anggur
strawberi
kiwi
kesemua buah2 ni dipotong dadu kecuali anggur dan strawberi

Wednesday, June 23, 2010

Jom Sejukkan Tekak ..


Rasanya ramai gak gemarkan dadih kan.. Meh kita sejukkan tekak dgn dadih homemade. Tanpa menggunakan instant powder cam yg dijual kat kedai2 tu. Ni betul2 homemade, kita bancuh semua dr A - Z. Boleh pelbagaikan perisa, samada strawberi, coklat, jagung atau yg ori. Terpulang pd selera masing2 ya..

Masa mula2 buat dadih ni dulu K.Nor guna susu lembu fresh yg dijual kat pasar tani. Boleh dikatakan tiap2 minggu K.Nor buat. Masa tu harga susu lembu fresh ni tak mahal sgt dan jarang2 org beli. Tapi sekarang ni dah tak dijual lagi. Penjual susu lembu fresh yg biasanya jual dadih pun dah tak guna susu lembu fresh tp guna susu tepung jer utk dibuat dadih. Tapi rasa dadih yg menggunakan susu tepung tak sesedap dadih yg guna susu lembu fresh. Skrg ni kalau nak buat gak dadih K.Nor kena beli susu low fat yg dijual dlm kotak tu. Mahal la sket tp terpaksa beli gak sbb anak2 suka sgt dgn dadih ni. Bapak anak pun suka! :)



Jom tengok resipi dadih K.Nor..


DADIH HOMEMADE My Style

10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
2 liter susu segar
1 1/4 cawan gula (atau 17 sb gula)
1.2 liter air
1 st garam
1 sb tepung jagung - dibancuh dgn 2 sb air

# yg ni terpulang pd masing2 ya..
coklat emulco dan pewarna coklat
strawberi emulco dan pewarna merah
pandan emulco dan pewarna hijau

  • Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih tp jgn terlalu lama dibiarkan mendidih nanti dadih menjadi keras. (Hendaklah sentiasa mengacau adunan ya)
  • Padamkan api dan biarkan seketika.
  • Sekiranya ingin jadikan dadih yg putih biasa tu, tak perlulah letak apa2 emulco atau pewarna.
  • Jika ingin hasilkan dadih berperisa coklat, ambil sebahagian dr dadih td, dicampurkan dgn coklat emulco dan perwarna coklat.
  • Begitu juga kalau nak perisa strawberi, masukkan strawberi emulco dan sedikit perwarna merah.
  • Biarkan adunan suam, baru la ditapis dan dimasukkan kedalam bekas yg diingini.
  • Sejukkan dlm peti ais sebelum dimakan.
#utk lebih mudah, kalau nak buat perisa coklat, guna aje susu fresh perisa coklat. dan jika nak up kan kaler coklat tu agar lebih terang, tambahkan sesudu coklat emulco (ni optional ok)
## kalau nak buat 2 perisa cam K.Nor buat ni dlm satu adunan, gunakan 1 kotak susu fresh putih dan 1 kotak susu fresh perisa coklat. Masak agar2 dgn air dan gula hingga mendidih. Bahagi dua adunan agar2. Panaskan balik 1 bahagian agar2 tu dan campurkan susu fresh putih. Pastu teruskan hingga ke step terakhir.
Satu bahagian lg td dimasukkan ke dlm periuk berasingan dan panaskan balik. Masukkan susu fresh perisa coklat dan teruskan hingga step terakhir.
hopefully faham dgn apa yg K.Nor terangkan ni..


Yg ni kena letak dlm bekas plastik sbb cik abg gunakan dadih ni utk projek dgn Pej Haiwan


Hati Goreng Jintan


Sesi menghabiskan hati dan pedal ayam dlm freezer. Cari punya cari resipi berkait dgn hati/pedal ni, K.Nor jumpa satu resipi yg mudah dan nampak sedap jer kat rumah Che Mat Gebu.. Hati Goreng Jintan. Alhamdulillah... setelah siap dimasak dan dingap, ternyata puas hati mencuba resipi ni. Pada penggemar2 hati/pedal ayam, boleh la try menu ni. Insyaallah sedap.. psst Ina, bila Hamzah nak away lagi? Kang boleh cuba menu ni hehehe.. Buat sementara tu, amik jer la seketul dua yg K.Nor dah masak ni ya.. ^___^

Meh kita tengok resipi. Mintak izin dah td dgn Che Mat nak kopipes resipi ni kat sini.. Mekaseh yg Che Mat :)

HATI GORENG JINTAN
sumber : Che Mat Gebu (resipi asal SAJI)

BAHAN-BAHANNYA :-)
8-10 ketul hati ayam, cuci dan kelar2*
1/2 camca teh garam*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
1 inci halia, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 30 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat
4 - 5 biji cili padi, belah dua
2 biji kentang, dikupas dan potong berbaji, rendam
1 camca teh jintan kasar*
1 1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh lada hitam*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawamg putih*
1 inci halia*
3 cm kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng kentang hingga garing, angkat dan tos, kemudian goreng hati hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan 1/3 cawan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 tumbuk halus. Masak hingga harum.
  2. Tuang sedikit air dan masukkan hati dan kentang, kacau rata. Tambah hirisan bawang besar dan cili padi belah, gaul rata.
  3. Tambah sedikit gula dan garam hingga secukup rasa, masak hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok, boleh diangkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat..

Tuesday, June 22, 2010

Ayam Goreng Madu Petaling

Menu hasil skodeng dapur Ummi Kuantan, bila dah kebuntuan idea nak masak lauk utk lunch arini. Bila tengok cam simple dan sedap, terus aje godek kat dapur. Sekejap aje dah siap sbb mmg simple jer cara masak dan semua bahan2 pun sedia ada kat dapur. Rasa lauk ni cam kari pekat gak tp yg penting tak ada santan dan tak rumit nak buat. Kat rumah ni mmg laku kalau lauk2 berasaskan kari.



Ok lah.. kita tengok resipi Ayam Goreng Madu Petaling, resipi yg diambil dr rumah Ummi. Ntah camna dpt nama tu, tak pasti la. Yang pastinya tak masak kat Petaling Jaya or Petaling Street tp masak kat K.Trg jer hehe... Tq Ummi ya...


AYAM GORENG MADU PETALING
sumber: Ummi Kuantan

Bahan:- (utk 2 orang, gandakan la kalau ramai nk makan eh)

  • 2 ketul peha ayam (atau lain2 bahagian) dibersihkan.
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 cm halia * (bahan * dihiris-hiris)
  • 3 camca besar serbuk kari daging/ayam
  • 1 camca besar madu
Cara Memasak:-
  1. Perap sekejap ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak/garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan hingga garing.
  3. Masukkan serbuk kari, perlahankan api, kacau sebati (jangan hangus lak, kejap jek)
  4. Masukkan madu dan kacau kejap.
  5. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga bersalut rata.
  6. Hidangkan dengan nasi putih ketika panas2.

    update: lupa nak beritau, K.Nor ada masukkan perahan jus limau di akhir proses masakan ayam ni utk menambahkan lagi kesedapan lauk ni.. sori Ummi ya, derhaka sket :)

adehh.. pening sungguh masukkan n3 hari ni bila guna google crome nih.. semua abis bercelaru!! kena guna cik musang gak nampaknya.. huhu... sori la ya kalau nampak n3 K.Nor haru biru sket.. dah puas mengejas.. ikut dia la camna nak keluar..tak larat nk mengedit dah.. hu hu..

Monday, June 21, 2010

Jom Makan Muffin....

Demam Chiffon Cake dah reda, arini demam muffin lak melanda hehee.. Hari ni K.Nor try Coffee Muffin With Choc. Chips yg diambil dr blog Ina@Hana. Resipi dr buku Muffin pemberian Deetha kalau tak silap. Harum semerbak bau muffin ni masa dlm proses pembakaran dgn bau kulit kayu manis dan jugak bau coffee... ermm........ best!! Try la ya pd penggemar muffin tu, tak payah pun buat nih. Cuma ada extra crumble jer, tu yg membuatkan muffin ni sedap!

Ina, maceh ek... nak kopipes resipi muffin tu kat sini.. Thanks to Deetha too :)




COFFEE MUFFIN WITH CHOC. CHIPS
sumber: Ina@Hana

Bahan-bahan
  • 200g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 150g gula - hana kurangkan 110g sahaja
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 biji telur
  • 100g mentega
  • 100ml krim masam - hana ganti yogurt
  • 1 sudu besar serbuk coffee bancuh dengan 1 sb air panas
  • Choc chip secukupnyer - nih hana tambah
Untuk Crumb
  • 50g gula perang
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
  • 1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
  • 1/2 sk serbuk cinnamon

Cara-cara
  • Untuk Crumbs - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga saat hendak dgunakan.
  • Panaskan oven suhu 200. dalam mangkuk campur tepung, baking powder dan gula. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan mentega, krim@yogurt, pes coffee dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi. Jika suka, leh taburkan choc chips atau masukkan choc chips ke dalam adunan.
  • Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
  • Letak atas redai dan hidangkan hangat dengan secawan kopi.


Nah amik seketul sorang jer ya.. tak leh banyak2 hehe


Sunday, June 20, 2010

Kue Tiaw Ladna


Meh makan Kue Tiaw Ladna, menu simple jer utk hari ni. Utk patient dah asingkan awal2, tak letak udang tu.. Sesekali pekena menu gini sedap kan dr duk melantak nasi jer hari2. Kalau nak resipi boleh tengok kat sini ya.. cuma tukarkan aje nasi tu dgn kue tiaw atau mihun pun boleh.



Saturday, June 19, 2010

Japanese Style Sweet Bun Dough


Akhirnya menjadi gak Japanese Style Sweet Sweet Bun Dough setelah percubaan kali ke2. Kali pertama buat keras tp tak la keras kejung! Ingatkan sbb yis dah kojol tapi bila baca balik resipi rupanya terlupa nak masukkan telur. Memang keras sket la roti aritu, kurang naik. Tapi tetap licin bila dimakan panas, sambil cicah air kopi.

Sebenarnya projek meroti ni dibuat semalam, dek kepenatan.. mood hilang nak letak N3. Sempat letak N3 Nasi Ayam Goreng jer pastu terus masuk beradu. Pastu plannya nak publish pagi tadi.. tak sampai hajat gak. Biasanya Sabtu tak jogging tapi hari ni patient ajak jogging. Lagipun Isnin dan Khamis nak off jogging. So cover dgn Jumaat dan Sabtu. Pastu balik jogging terus masuk dapur. Tak leh lewat sbb pkl 2ptg Luqman kena ke kelas tuisyen. Pastu godek2 something utk Naim bawak balik ke asrama. Pastu hantar dia lak ke stesen bas dan terus g amik Luqman. Haa... ni baru time lepak2.. Mengantuk la pulak rasa..

Ok berbalik pd roti ni, alhamdulillah.. baru puas hati kali ni. Hasilnya cukup memuaskan, doh mmg lembut dr awal. K.Nor buat bun biasa cuma taburkan sket gula pastu balance doh tu K.Nor buat Roti Sosej Bunga dan sedikit yg berbentuk pintal.


Resipi Japanese Style Sweet Bun Dough asalnya dr Rumah Gert, pastu merayap ke rumah CMG, rumah Ummi, rumah Ina@Hana, rumah Ika dan ada lagi rumah lain.. K.Nor copy resipi ni dr rumah Ina la senang sket sbb dah dialihbahasa oleh CMG. Mekacih buat semua yg terlibat dlm penyebaran resipi ni ya...


JAPANESE STYLE SEET BUN DOUGH

Bahan-bahan
  • 375 g tepung roti (high protein flour)
  • 100 g tepung gandum
  • 35 g susu tepung
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
  • 80 g gula halus
  • 3/4 camca teh garam
  • 2 1/2 camca teh instant yeast
  • 150 ml air suam (kurang lebih) - hana lebihkan 15ml
  • 40 g mentega
  • 4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
  • 1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan

Jom makan...


Friday, June 18, 2010

Nasi Ayam Goreng

Ika... akak dah buat ni spt yg dijanjikan aritu hehe.. Tak sangka nasi yg nampak simple jer ni menghasilkan satu hidangan yg cukup enak. Sebelum ni dah tanya Mek Siam tu, dia cakap mmg sedap jadi K.Nor kata nak tunggu Naim balik dr asrama dulu baru nak buat. Bila makan semua puas hati sbb memang sedap! Boleh dijadikan menu bulan Ramadhan gak ni.. Try la menu yg simple tapi menyelerakan ni.

Opss.. lupa resipi ni K.Nor amik kat rumah Ika dan Ika lak amik kat rumah CManggis rasanya kalau tak silap. Apapun mekasih buat semua yg terlibat dlm menghasilkan dan menguar2kan resipi yg enak ni.. Dan mintak izin ya pd tuan resipi, K.Nor nak share kat sini pulak dan mekasih buat Ika juga :)

Lupa nak beritau, K.Nor buatkan Kerabu Epal Hijau utk dijadikan partner dgn Nasi Ayam Goreng ni la.. cukup membangkitkan selera tau.. try la..



NASI AYAM GORENG
sumber
Ika

Bahan-bahannya:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad. >> Dan sup :D yg ni versi siam :D ~ K.Nor juga buat sup :)


Kerabu apa ni...

Kalau pandai cuba teka, ni kerabu apa? Kerabu timun? Kerabu mangga muda? Silap!!! Ni Kerabu Epal Hijau.. sedaaaaaaap tau. Sekali pandang dan sekali rasa mcm kerabu mangga muda sampaikan cik abg pun mula2 K.Nor bg dia rasa dia cakap kerabu mangga. Bila K.Nor kata salah, dia kata lak kerabu timun. Bila K.Nor kata bukan dan beritau yg tu kerabu epal, terkejut gak seposen sbb dia tak sangka epal pun boleh dibuat kerabu..

Resipi Kerabu Epal Hijau ni hasil K.Hanieliza. Dah lama benor nak try tp tak ter try jugak. Bila nak buat nasi..... baru terfikir boleh sgt2 digandingkan dgn Kerabu Epal ni. Nasi apa ya.. tungguuuuuuu. Nak g main2 dgn doh roti dulu, doh roti ku dah naik sangat tu. Resipi Kerabu Epal Hijau ni K.Nor letak nanti ya.. insyaallah..



updated:

Sori ya lambat letak resipi kes ada tetamu dtg berkunjung tadi. Ok spt yang dijanjikan, ni resipi Kerabu Epal. Mintak izin ya K.Liza nak letak resipi tu kat sini. Tq..


KERABU EPAL HIJAU by K.Hanieliza

2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan ~ tak letak sbb lupa nak beli
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.


Thursday, June 17, 2010

Ikan Pari Masak Hijau


Nyum...Nyum..... mmg mabeles rasa menu ni. Ni kali ke 2 buat, aritu buat tak cukup! Semua suka dgn rasa lauk ikan pari ni. Sedap!!! Tadi pun Luqman siap ratah2 lagi. Kali ni beli 2 ekor anak pari, lebih kurang 1.5kg beratnya. Sedap tau ratah2 aje.. fuh!!! terangkat! Try la, K.Nor mmg puas hati masak ni.. pasti lepas ni buat lagi dan lagi. Tambah lagi Ramadhan tak lama dah.. insyaallah akan jadi menu berbuka. Memang menyelerakan!

Resipi dari Ayu S'Pore.. Ayu, cam biasa ek.. mintak izin nak share lak resipi ni kat sini. Kita panjang2kan pd org lain lak resepi mabeles ni.. Mekacih! :)




IKAN PARI MASAK HIJAU
(resipi ambil kat dapur
Ayu)

Ingredients:-
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)

Method:-
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.
Sources:-From a cooking programme in suria channel


Wednesday, June 16, 2010

Sotong Bakar Express

Hari ni masih lg dlm kebizian yg teramat. Dari awal pagi hingga ke tengahari duk lepak kat spital. Hari ni Naim ada 2 oppoinment, 1 dgn doktor pakar kanak2 dan satu lg dgn dgn doktor pakar pergigian. Penat betul.. Pastu ke town cari barang sket tp 2 3 tempat jugak la.. Balik rumah masak yg simple2 aje cukup. Tak larat dah.. Lepas makan, pkl 3.30 ptg keluar lg.. Kali ni jd driver cik abg lak. Dia perlu ke UMT utk jumpa client. Tunggu punya tunggu sampai terlelap K.Nor dlm keter.. hehe..

Ok, berbalik pd N3 aini, ni kaedah masak sotong bakar yg paling simple. Kes nak cepat dan tak larat nak masak beria2 sgt. Dengan menggunakan rempah ikan bakar yg kawan K.Nor bagi, K.Nor masak cara simple jer sotong bakar ni. Panaskan kuali, masukkan sikit minyak dan masukkan rempah ikan bakar. Kacau2 kejap pastu masukkan sotong. Tak perlu masukkan air sbb nanti sotong tu akan keluarkan gak airnya. Pastu goreng hingga kering sket. Angkat dan hidangkan panas2. Perahkan limau nipis dan sedia utk dingap dgn nasi panas. Siap satu hidangan express hehe...



Monday, June 14, 2010

Blackpepper Prawn & Broccoli

Salam semua.. Ermmm... dah 4 hari mengharungi jadual@aktiviti yg padat. Dari pagi sampai ke malam. Ke hulu ke hilir, keletung keletang.. ermmm... kalau citer pun tak guna gak. Nanti semput org yg membaca.. Tak per lah.. kita layan menu mabeles kat bawah ni aje dah la ya.. Jom..


Blackpepper Prawn With Broccoli, resipi asal Blackpepper Chicken & Broccoli by JC yg sememangnya mabeles. K.Nor tukar penggunaan ayam tu ke udang. Udang kalau masak apa2 pun memang la sedap kan tapi bila dimasak stail gini laaaaaaaaagi la sedap!! Try la ya..



BLACKPEPPER PRAWN & BROCCOLI
versi asal : Blackpepper Chicken & Broccoli by Jun JC

400gm udang
1 tsp minyak bijan ~ K.Nor tak letak
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp seasoning salt

Gaul semua bahan ni dgn udang dan perap sekejap.

Bahan sos:
1/2 cawan sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu teh jus lime atau cuka
1 kiub pati ayam

Sampingan:
1 head broccoli-potong & kukus atau rebus dulu ketepikan
1 btg carrot-hiris & stim ketepikan
1/2 lada benggala warna merah
1/2 lada benggala warna hijau
3 ulas bawang putih- cincang
3 tangkai daun bawang-hiris

Panaskan minyak kemudian goreng udang goreng sekejap dan ketepikan. Guna minyak yg sama tumis lada benggala, bawang putih dan daun bawang.

Masukkan udang dan sos kacau rata masak sekejap. kemudian masukkan broccoli dan carrot gaul rata. ( kalu nk berkuah sikit masukkan sikit air ).