f Secubit Garam: April 2010

N3 Terkini

Thursday, April 29, 2010

Corat Coret @ IJN, KL ..... part 1

Tak ada N3 masak2 yg boleh ditayangkan, jadi K.Nor tayang aje la ya kisah2 semasa K.Nor dan suami berhoneymoon kat IJN. Kalau ikut perancangan awal ingatkan setakat bermalam kat IJN dlm 3 malam jer tp perancangan Allah melangkaui apa yg kita org rancangkan. Langsung tak terfikir yg suami K.Nor perlu menjalani opperation, duk target awal2 tu setakat buat balloon jer selepas proses Angiogram tu. Semua berlaku terlalu pantas dan secara tiba2 jer tapi syukur dipanjatkan pada Allah kerana semuanya dipermudahkan dan berjalan dgn lancar. Berkat doa2 yg dipanjatkan oleh teman2, adik2 serta kaum keluarga semua.. Alhamdulillah.. Mekasih ya... K.Nor terhutang budi dgn semua hanya Allah jua yg mampu membalasnya...

Ok tak nak buang masa dgn cerita yg meleret2... K.Nor catatkan dgn cara yg mudah dibaca utk tatapan mana2 yg ingin tau apa yg berlaku. Kalau tak nak baca tak per, tak ada paksaan pun. Lagipun boleh dijadikan kenangan buat anak2 K.Nor di kemudian hari...


12 April :
  • Admit wad Mawar, Tingkat 2 IJN lebih kurang pkl 3.15 ptg.
  • Cik abg ditempatkan di bed 7, pastu nurse dtg memberikan sedikit penerangan suasana berada di wad Mawar.
  • Pastu dimasukkan drip kat pergelangan tangan.

Kemana saja pergi, buku ttg fotografi/kamera tak ditinggalkan... :)

  • Petang tu ramai kawan2 foto cik abg dtg menziarah.. lupa pulak nk snap gambar ..
  • Pukul 12tgh malam mula berpuasa
13 April:
  • Pukul 5 pg dah mandi spt yg diarahkan oleh nurse.
  • Lepas tu cik abg solat hajat dan menunggu masuk waktu subuh.
  • Lepas solat, sambil duk sembang2, K.Nor terima sms dr anakanda kat Jordan yg mengutuskan doa2 buat ayahanda tersayang... alhamdulillah.. lega hati ayahanda baca sms tu.. :)
  • Tukar pakaian yg perlu dipakai iaitu baju, topi bedah dan cawat khas.. hehe
  • Hampir pukul 7 pg nurse dtg dan nak bawak cik abg ke lab utk dilakukan angiogram.. tp sebelum tu snap dulu kejap utk dijadikan kenangan.. :)



  • Tepat pukul 7 pg cik abg dibawa masuk ke lab.

Ni dia lab tempat suami K.Nor menjalani proses Angiogram oleh Doc Azlan Hussin.
  • Pada pukul 8.10 pg cik abg dibawa keluar kembali ke bed 7 wad Mawar.
  • Pesakit yg menjalani Angiogram tak dibenarkan bergerak selama 6jam. Takut kang darah tersembur keluar.
  • Nak makan ke, nak 'membuang' ke, semua kena sambil baring.
  • Opss lupa nak beritau, angiogram yg dilakukan tu kat pangkal peha tapi ada gak patient lain yg dilakukan kat pergelangan tangan.
  • Memang agak sukar nak bergerak bila plaster kat peha tu tak dibuang dengan kaedah tekanan yg dilakukan masa nak letak plaster tu.
  • Sampai biru/hitam lebam kesan kat peha tu. Skrg ni pun masih ada lagi kesan lebam2 tu.
  • Lepas buat angiogram tu, Doc Azlan cakap, tak boleh teruskan dgn proses balloon disebabkan saluran darah dah terlalu sempit.
  • Kut mana2 pun perlu dilakukan bypass.
  • Dia kata tunggu dia discuss dgn doc bedah utk tentukan tarikh.
  • Terkedu K.Nor bila terima berita tu hanya Allah juga yg tau. Sedih, bimbang dan mcm2 lagi.. :(

14 April:
  • Tak perasan lak pukul berapa masa tu Mr Khin dtg (pakar bedah dr Myammar.. Alhamdulillah dia ni Islam.. mulutnya tak lekang dgn salam, insyaallah, masyaallah dan lain2 bila bercakap dgn kita org) dan explain yg cik abg mmg perlu dilakukan bypass.
  • Mengikut apa yg Doc Azlan catatkan kat rekod cik abg, kes tu urgent.
  • So kata Mr Khin, within days or week perlu dijalankan bypass tp kena tunggu dia discuss dgn bos dia dulu (pakar bedah Mr Jeswant Singh.. juga muslim alhamdulillah, yg melakukan pembedahan keatas suami K.Nor semuanya Islam.. )
  • Petang tu masa K.Nor duk lepak2 kat ward, cik abg masa tu duk sembang2 dgn kawan2nya kat cafe.. nurse dtg beritau, pembedahan bypass akan dijalankan pagi esok!! huhu..
  • Terus K.Nor ke cafe dan beritau suami hal ni.
  • Lepas tu kita org ke tempat pendaftaran utk uruskan bayaran utk pembedahan tu..
  • Malam tu pkl 12 tgh malam sekali lg cik abg kena puasa dan pembedahan dijadualkan pd pukul 8pg.

bersambung......

Dahhh.. nak g sidai kain, nak g pasar tani lak.. daaaaaaaaa... hehe



Award dr Fida dan Azatie

Salam buat semua.. Kembali bersiaran sambil mencuri2 sedikit waktu sebelum meneruskan rutin2 harian yg berganda skrg ni.. Sementara kain baju duk berdangdut dlm mesin basuh, nanti dah lepas sidai nk ke pasar tani lak.. so layan dulu n3 ttg award yg K.Nor terima dr Fida dan Azatie ni. Maaf la ya Fida, Atie, baru jer berkesempatan nk mengambil dan menggantungkan award tu kat rumah K.Nor ni... Apapun mekasih K.Nor ucapkan atas kesudian Fida dan Atie menghulurkan award2 ni buat K.Nor.. fuh... skemanya ayat.. hehe


Apakah dah layak digelar Top Blogger K.Nor ni?
Belum lagi rasanya.. masih terlalu jauh utk digelar Top Blogger..
masih merangkak lagi ni...
tq ya Fida :)


http://2.bp.blogspot.com/_06QPLmGmorI/S9EwPlXEAxI/AAAAAAAACa0/rrm80UhPfIU/s1600/937374ygs0tw942w.gif
Wah... cantiknya Atie.. kalau dpt yg real laaaaaaaagi la best kan.. hehe
Mekacih ya.. :)

Tuesday, April 27, 2010

I'm Back!!

Miss You Myspace Comments


Huhu... rindunyer kat teman2, adik2 dan kakak2 semua.. 2 minggu tak on air. Hati membuak2 nak menjenguk dan membaca komen2 dr semua tp apakan daya... Ni pun masuk kejap jer sbb banyak benda nak kena buat bila dah balik ke rumah kan. Kalau ikutkan hati nak layan diri kat atas tilam jer, al maklum ler kepenatan selama 2 minggu berhoneymoon kat IJN. Ingatkan sekadar 2 atau 3 malam jer bermalam kat wad rupanya hampir 2 minggu terpaksa tidur atas kerusi. Sesuatu yg menjadi penuh nikmat adalah bila dpt merebahkan badan atas tilam setelah keluar dr wad 3 malam lepas. Lagi nikmat terasa bila dpt kembali tidur atas tilam kat rumah sendiri semalam.. alhamdulillah...

Opsss lupa nak cakap, sebenarnya K.Nor dan suami tiba di rumah kat Tganu ni smlm. Selama 13 hari admit ward, hari Sabtu baru doc lepaskan suami utk pulang. K.Nor tak terus pulang tp sebaliknya bermalam dulu selama 2 malam kat rumah kakak K.Nor kat Puchong Putra Perdana. Amik peluang rehat2 kejap sebelum bertolak balik ke rumah kat Tganu ni. Alhamdulillah keadaan suami K.Nor pun dah beransur2 pulih cuma batuk2 jer time tidur malam. Mudah2an dia cepat sembuh dr batuk2 tu maupun dari kesan pembedahan.. aminn..

Buat semua yg bertanya khabar, yg mengirimkan sms, yg menalipon, yg mendoakan keselamatan dll bg suami K.Nor dan juga buat K.Nor, tak kiralah kat shoutbox, kat n3 maupun kat FB... terima kasih banyak2 K.Nor dan suami ucapkan.. segalanya berjalan dgn cukup lancar dan dipermudahkan setiap masa oleh Ilahi.. buat semua semoga ALLAH membalas jasa baik kalian.. Terharu sgt bila tengok ramai yg mengambil berat dan prihatin atas ujian yg ALLAH berikan terhadap K.Nor sekeluarga..

Buat yg tak jemu dtg ke rumah ni walau tuan rumah menyepi.. (eh bukan menyepi tp duk menyibukkan diri menjadi nurse kat IJN hehe..) K.Nor ucapkan terima kasih tak terhingga.. tak dpt nak membalas satu2 komen. Nak berkunjung ke rumah teman2 lain pun rasanya tak berkesempatan buat sehari dua ni.. Insyaallah akan melepaskan rindu dgn blog walking dua tiga hari lagi..

Cerita2 kat IJN nanti2 la K.Nor hapdate ya.. ttg member2 yg dtg menziarah kat IJN dan kat rumah sister di Puchong pun ada... oppss lupa, yg dtg masa K.Nor kat airport (on the way back to KT) pun ada ... tq ya... mmmmuuah :)

Nak out dulu.. banyak kerja perlu di settle. Ditambah lagi tugas2 suami selami ni kena K.Nor amik alih.. Dia kena berehat utk 2 bulan dr melakukan kerja2. Tak boleh drive ,tak boleh bawak barang more than 2 kilos... Nanti K.Nor kena jd driver dia kalau nak kemana2...huhu.. bertambah lagi ler tugasan seharian ku... Tugas menjadi nurse tetap kena sambung kan.. alhamdulillah.. redha aje la kan... semoga diberi kekuatan menempuh hari2 mendatang.. amiin... Haaa... ada sapa2 yg sudi menjadi tukang masak kat rumah K.Nor utk 2 - 3 bulan ni? hehehe meh ler..

Sunday, April 11, 2010

Honeymoon??

Salam buat semua ditengah2 malam buta ni..



Esok 12 Apr hingga 14 Apr (insyaallah.. mudah2an.. amin..) K.Nor akan ke Kuala Lumpur bersama Cik Abg.. berdua aje.. Anak2 sekolah, so kena tinggalkan dgn MIL dan SIL K.Nor aje. Sbb tu la K.Nor cakap honeymoon kat title tu.. hehe.. Tak caya ke? Memang ler honeymoon dgn Cik Abg ni tp kat IJN la.. dia dah kena admit ward esok. Dan insyaallah hari Selasa ni (lusa) doc akan jalankan proses angiogram keatas Cik Abg K.Nor ni. Doakan la semoga semuanya dipermudahkan dan selamat ya... Mudah2an tak perlu la menjalani pembedahan yg serius dan semoga semuanya dlm perlindungan Allah Taala...

Mana2 yg nak amik resipi tu silakan ya.. Ingatkan td nak buat n3 berjadual tp tak menjadi lak malam ni. So tak ada n3 lak utk 3 or 4 hari ni.. Sunyi la nampak gayanya rumah K.Nor kan.. :(

Semoga berjumpa lagi...

Kek Coklat Tanpa Telur lagi...

Kek Coklat Tanpa Telur yg merekah.. kat mana la silap kali ni masa baking tu. Nak kata oven terlampau panas rasanya dah guna suhu 165C jer. Takper la, crack pun crack la.. semua dah selamat dihadam hehe.. Sapa2 yg teringin nak buat bg yg belum buat dan yg dah buat rasa nak buat lagi.. boleh la amik resipi kat rumah Dayang Jack ya.. (sori tak leh letak link sbb dpt kesan virus kat rumah Dayang, jd K.Nor terpaksa delete link rumah Dayang.. sori ya Dayang)  Resipi Kek Coklat Tanpa Telur byu Dayang Jack ni.. Memang tak terasa kelainan walau tanpa telur.. Tq Dayang... :)

Lempeng atau Pizza Jepun

Kenapa panggil Lempeng atau Pizza Jepun? Sekali pandang mmg mcm lempeng kan.. cuma penuh dgn harta kat dlm dan atasnya tu.. Kalau nak kata pizza pun ya gak.. cuma bahan2 jer berbeza.. Ikutlah nk panggil apa pun tp nama dlm surat beranak sudah pastinya Okonomiyaki hehe...

Dah lama pasang niat nak buat Okonomiyaki ni.. (mcm Kakyu the supermom jer main pasang niat hehe.. kalau member forum MYR mmg tau sangat dgn Kakyu dan pasang niatnya tu.. hehe.. Kakyu... miss U). Hari ni baru sampai hajat buat.. tu pun secara ringkas jer. Tak cukup bahan mana pun. K.Nor skodeng dapur Ros sebelum buat ni, mcm2 yg sepatutnya diletakkan dlm okonomiyaki ni. K.Nor cuma letak kobis, daun sup sbb daun bawang yillek.. pastu letak apa ek yg cam kerepek beras kecik2 tu.. pastu letak udang dan sosej. Tu jer bahan2 dlm Okonomiyaki ni. Lepas dah masak baru ditabur dgn serbuk daun hijau , picitkan sos dan mayo pastu tabur bonito flakes.... Cukup la tu wat syarat kan... Asal ada ghuper Okonomiyaki dah... Sapa2 yg nak tau resipi complete buat Okonomiyaki ni sila gi rumah Ros JintanManis ni ya... Mekacih ya Ros tumpang skodeng resipi tu.. :)


Saturday, April 10, 2010

Daging Goreng Sos Tiram

Hari ni cik abg tak ada kat rumah, so tukang masak amik kesempatan masak lauk daging. Lamanya tak masak daging sejak tau dia tak sihat nih.. huhu.. daging adalah menu kegemaran K.Nor disamping menu seafood.. Nak buat camna, kesian gak kat dia kalau dah K.Nor masak kang dia duk pandang2 jer nak makan sama. Kebetulan dia tak ada ni boleh la K.Nor masak daging kan.. Sebenarnya cik abg duk sibuk handle bengkel foto kat Taman Tamadun Islam, hari ni dan jugak esok. Alhamdulillah.. bengkel fotonya mendapat sambutan yg sangat menggalakkan, sampai terpaksa dibuat satu lagi bengkel (siri ke2) pada 24 - 25 April ni. Kalau nak tengok persiapan terakhir bengkel foto cik abg K.Nor ni boleh la tengok kat sini ya.. Kalau ikutkan hati nak gak join tp kamera spare dah terbang ke Jordan.. huhu... lagipun kesian lak anak2, nk pergi/balik tuisyen, nak pergi/balik sekolah esok..Dan takkan nk biarkan 2 beradik ni duk kat rumah jer kan.. tak sampai hati lak nak tinggal gitu jer. Lagi pun hari start hari Isnin nak kena tinggal lagi utk 3 atau 4 hari.. ermmm.. dah panjang citer tang ke lain nih.. meh balik ke pangkal jalan.. hihihii...

Ok ... berbalik pd resipi ni, bila cik abg tak ada kat rumah.. kelam kabut ler tukang masak. Mana nk hantar anak tuisyen, balik singgah pasar. Pastu kemas2 rumah kejap, keluar lg g amik si anak dara ni. Singgah lak kat Giant cari barang dapur sket. Sampai rumah jer terus masak, kang tak sempat lak anak bongsu makan sebelum g tuisyen. Pastu keluar lg g hantar Luqman tuisyen.. ni nak kena keluar lg amik dia balik.. hu hu hu.. satu hari yg memenatkan.. Esok satu hari lagi.. sabar aje la kan.. Bila nak cepat ni mula la masak cincai2 jer. Tu yg terhasilnya menu Daging Goreng Sos Tiram ni. Dari tadi tak tau nk bg nama apa.. alih2 bagi jer la nama tu.. Sedap sbb ada rasa pedas2.. i like!! .. hehe


Jom tengok resipi hasil dr adegan campak2 yg express ni..


DAGING GORENG SOS TIRAM

400gm daging btg pinang
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ boleh digantikan dgn serbuk cili/cili mesin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar perahan limau nipis
7 bj cili padi ~ dipotong
1 bj bawang besar ~ dihiris bulat
minyak
garam/gula jika perlu

Hiris daging nipis2 melawan urat dan toskan.
Gaul daging dgn sos tiram, sos ikan, kicap manis, serbuk cili kasar dan serbuk kunyit.
Perap lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan daging.
Goreng daging dgn api sederhana hingga keluar air daging.
Kacau2 dan masukkan cili api dan bawang besar.
Rasa sedikit dan jika perlu baru dimasukkan garam dan gula (k.nor dh tak letak sbb dah ada rasa masin dr sos tiram dan sos ikan.. serta manis dari kicap. tp terpulang la pada citarasa masing2 ya..)
Bila hampir kering, padamkan api dan masukkan perahan limau nipis.
Kacau2 sekejap dan boleh lah dihidangkan.

Award Dr Sheila@NShafea



Ermmm... cincin dah ada, tiara dah ada, skrg ni dpt lak rantai/kalung dr Shiela ni. Erm... dah boleh wat melaram raya ni kan.. Apa lagi tak ada ya.... subang?? tak yah laa.. dah lama tak pakai subang, ntah lubang tu ada lg tak ... ntah la.. Haaaaa....gelang/rantai tangan!! Ok sapa lak lepas ni nak wat award tu, bg la gelang lak ya.. Complete la tu kalau dpt gelang hehehe....

Ok laa... buat Shiela, mekasih dr K.Nor sbb sudi hadiahkan award rantai ni. Makin berseri tuan rumah dan rumah K.Nor ni... Semoga persahabatan alam maya antara kita ni berkekalan mekar hingga ke akhir hayat dan semoga dpt bersua suatu hari nanti ya... amiin..

Friday, April 9, 2010

Jus Dragonfruit

Sluurppp!!! Syok wehhh dpt minum jus dragon fruit ni. Minuman pebret Luqman. Suka sgt dia bila tengok K.Nor buat jus ni td. Kali ni tak guna resipi sapa2 pun, saja try campak2 bahan2 dlm blender. Hasilnya... cheeeeeedapppppppp!!

Untung sebenarnya beli dragon fruit ni. Beli 3 bj, dpt menghasilkan dessert dan minuman yg pelbagai. Sebiji dah dibuat jelly, sebiji lg buat eskrim dan yg last dpt buat satu jag jus dragon fruit. Berbaloi2... :)



Meh tengok resipi bg sesiapa yg berminat ...


JUS DRAGON FRUIT

1 bj dragonfruit 1 gelas air
1 gelas air soda
1 kotak kecik susu fresh (250ml) ~ k.nor guna lowfat milk
4 @ 5 sudu besar gula
ais secukupnya

Blendkan kesemua bahan kecuali ais.
Tuangkan kedalam gelas yg diisikan ais dan sedia utk diminum.

** Boleh gak kalau blend sekali dgn ais, nanti jadi la smoothie.. sedap gak tuh...

Sup Ayam

Salam di petang Jumaat..


Hari ni tukang masak buat sup ayam jer, menu mudah lagi sedap. Tambah lagi musim panas gini kan. Dpt hirup kuah sup panas2 sedap.. Lauk 2 in 1, tak payah masak sayur lagi sbb dlm tu dah dicampak carrot, bunga kobis dan cendawan tiram. Senang kerja tukang masak hehe.. Jom layan sup ayam panas2 nih...

Thursday, April 8, 2010

Puding Roti

Puding Roti... Memang kegemaran K.Nor tp K.Nor suka yg suam2 panas. Kureng sket kalau yg dh bermalam dlm peti ais. Tapi kalau dah kena overnite gak, kena keluarkan dulu kasi hilang kesejukkan duk dlm esbok tu.. baru best utk dinikmati. Kali ni try main campak2 jer tp base pada satu resipi Puding Roti kat MyR. Lupa pulak sapa tuan asal.. mintak ampun ya.. nanti edit balik.. insyaallah. Setakat ni puding ni menepati citarasa K.Nor. Tak manis sgt, tak keras or pejal sgt.. just nice. Cuma masa panas2 baru keluarkan dr oven tu jgn la ngap terus sbb masa tu puding roti ni masih lembik lg. Tunggu sejuk sket baru potong dan dimakan. Nak makan dgn apa? Yang kat atas ni, cuma dimakan gitu aje.. tu pun dah cukup sedap.. Tengok yg kat bawah lak.. ada versi lain sket ... :)


Haa.... yg ni digayakan bersama eskrim.. Kebetulan eskrim dragon fruit ada lagi, kita amik dan guna aje la kan.. Kalau ada perisa lain spt coklat, vanila pun ok gak..


Yang ni lak dimakan dgn sirap coklat. Atau nak makan dgn choc ganache pun ok.. Pilih aje yg mana satu berkenan di kalbu..... eh berkenan kat anak tekak :)

Resipi ni dah diolah sket mengikut selera K.Nor. Tapi nk berterima kasih gak pd penyumbang asal resipi Puding Roti ni ya..

updated: Resipi asal Puding Roti ni K.Nor amik dr resipi Puding Roti Berkismis by F&N Myr.

PUDING ROTI

10 kpg roti
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip

Roti dipotong 4 dan susun ke dlm loyang yg dah disapukan butter.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Kalau masih ada butter yg berketul, biarkan aje.. nanti akan cair gak bila dlm proses membakar.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun ok gak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn aiskrim atau dgn sirap coklat.
Slmt mencuba ...

Wednesday, April 7, 2010

Blueberry Finger Bun

Waaaaaaaahhhhhhhh... Sedap.... Lembut... dan gebuss sgt2 roti K.Nor kali ni. Happy sgt2 kerana dgn keizinanNYA dpt menghasilkan roti selembut ni. Cuma ada spoil sket tang topping blueberry tu. Terlupa nak blend sebelum masukkan dlm plastik masa nak picitkan atas doh tu. K.Nor cuba gak lenyek2 dgn rolling pin tp tak la lumat sgt. Bila picitkan atas doh mula la dia tersekat2 kat lubang.. tu yg tak cantik jer jalur blueberry filling tu.. frust gak mula2 tu sbb nampak tak comel jer. Tapi bila dah masak, dah ngap.. huh tak kisah dah... cantik ke tak cantik ke.. janji mabeles roti ku hari ni.

Sebenarnya resipi yg dihasilkan hari ni adalah combination antara beberapa resipi roti yg dah dicuba sebelum ni. Bukan niat nak menunjuk pandai mengedit resipi org lain tp sekadar nak tengok camna outcome roti yg diolah ni. Terima kasih diucapkan pd pemilik roti asal spt Ayin Yin (Coffee Bread), Bun Pandan Berkaya (resipi asal Roti Gulung Pandan Berkaya - buku Koleksi Roti) dan Bun Kentang (resipi Ros JintanManis)

Boleh dikatakan bahan2 dr resipi roti K.Nor ni kebanyakkannya K.Nor amik dr resipi Coffee Bread tp disebabkan tak nak roti yg berperisa coklat jd K.Nor tak masukkan beberapa bahan spt instant coffee dan coffee emulco. K.Nor tak guna langsung bread improver maupun softener dlm doh roti ni, semata2 bergantung pd waterroux utk menghasilkan roti yg lembut lagi gebus ni. Sukatan gula juga dikurangkan sbb penggunaan blueberry filling dan kastard yg dah manis tu.

Dari resipi Bun Pandan Berkaya yg mana resipi asalnya Roti Gulung Pandan Berkaya K.Nor ciplak kaedah membentukkan roti dan susunatur dlm loyang sebelum membakar. Serta kaedah memicit filling/kastard ke atasnya. Pastu dari resipi Bun Kentang pulak K.Nor amik resipi membuat kastard tu. Huh.... panjangnya asal usul kejadian Blueberry Finger Bun K.Nor ni ya.. tp kalau K.Nor tak citer, nanti org tuduh K.Nor sesuka hati jer ngedit resipi org lain pastu ngaku hak milik peribadi lak.. kang payah tu.. serba tak kena jadinya nanti... hehe

*kalau ada yg tak puas hati sbb K.Nor ngejas resipi org atau tak tau kat mana K.Nor ejjas sila la klik kat resipi2 yg dah dilinkkan tu.. Buat la perbandingan sendiri ya.. :)


K.Nor letak resipi ni kat sini utk menjadi rujukan K.Nor di kemudian hari. Insyaallah akan stick menggunakan resipi doh ni melainkan ingin mencuba resipi2 org lain pula. Pada sesiapa yg nak try resipi ni silakan.. insyaallah puas hati dgn hasilnya..


BLUEBERRY FINGER BUN

doh:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

topping:
blueberry filling (diblend halus)
kastard

kastard:
1 cawan susu fresh
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
~~
campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
kacau supaya tidak berketul/hangus
masak hingga sedikit pekat
padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan


Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.

## sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti.

Hati Goreng Kunyit Pedas

Satu lagi resipi sedap dari Dayang Jack. Cara masak yg simple dan bahan2 yg digunakan pun simple gak. Tapi kali ni K.Nor tak guna hati lembu sebaliknya guna hati ayam jer sbb kebetulan ada stok kat freezer. Bagi penggemar hati lembu atau hati ayam, try la mmg best. Tambah lagi kalau makan dgn nasi panas2. Okey Dayang, cam biasa ya... nak kopipes resipi tu kat sini lak.. Mekacih ya.. :)



HATI GORENG KUNYIT PEDAS by Dayang Jack

Bahan-bahan :

  • 300 g hati lembu (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak. Toskan)
  • 2 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)
  • 10-15 biji cili padi (ditumbuk lumat) - boleh tambah atau kurang (k.nor tumbuk kasar2 jer)
  • air asam jawa secukupnya
  • serbuk kunyit secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang dan digoreng sedikit)
  • garam secukup rasa
  • hirisan kacang panjang jika suka ~ tak letak sbb tak ada stok
Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang dan cili padi sehingga garing.
  2. Masukkan hati dan sedikit air. Gaulkan rata2.
  3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, kacang panjang, garam dan air asam jawa. Kacau lagi. (tak perlu dimasak terlalu lama)
  4. Setelah masak, gaul2kan dgn bawang yg sudah digoreng.
  5. Hidangkan panas2.

Tuesday, April 6, 2010

Tiara Cantik Pemberian Nenek...


Alahai.. dah 2 hari nenek pesan suruh p amik hadiah kat rumah dia... malam ni baru berkesempatan nak gi amik.. Ampun ya nek.. bz sungguh ler dlm seminggu dua ni.. Apa yg di'bz'kan tuh.. entah ler.. Masak2, keluar g kedai cari barang2 keperluan dan nk g KL ni.. pastu itu.. ini.. mcm2 lagi la.. penat sungguh! ishh.. tak baik mengeluh kan.. Mudah2an Allah berikan kekuatan dan kesihatan yg baik utk menghadapi hari2 mendatang.. amin...

Berbalik pd hadiah cantik dr nenek ni.. Nak ucapkan jutaan terima kasih buat nenek Mayang Sari yg sudi menghadiahkan tiara cantik ni. Boleh wat raya la tahun ni kan.. melaram dgn tiara dan cincin pemberian Kerull .. hehehe.. Mekasih daun keladi ya nenek.. :)

psstt!! rasanya nenek ni nama dia fiza kan.. betul tak nek :)

Tahniah Buat Azie & Awie

Congrats With Your New Baby

Tahniah buat dinda Azie dan Awie yg dikurniakan cahayamata lagi pd 1 April 2010 baru2 ni.. Bertambah sorang lagi bb cyber.. (Azie. apasal laa tak pesan kat bb tu suruh keluar 31 Mac hehe.. ) Kali ni dpt seorang bb putera yg seperti yg dihajatkan.. Alhamdulillah.. Semoga kehadiran Amsyar (tk confirm lg nama ni ya..) akan menceriakan kehidupan mereka Azie sekeluarga dan mudah2an Amsyar membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh serta memberi manafaat buat ibu dan ayah. Juga semoga mendapat perlindungan dr Allah dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat... amiin..


Baby rambutan.. hehe



Monday, April 5, 2010

Eskrim... Lama Tak Buat Eskrim...

Panas... panas... skrg ni panas yg sgt2 kan.. tp sesekali hujan turun gak.. Tak per.. hujan itu rahmat dan panas pun rahmat... kena bersyukur setiap masa.. Alhamdulillah ya Allah..

Meh kita layan eskrim dragon fruit ni. Dah lama benor tak buat. Baru2 ni beli buah ni masa g pasar tani. Beli 3 bj, sebiji dah dibuat jelly dan sebiji lg utk buat eskrim ni. Tinggal sebiji lagi tinggal dlm esbok. Nak buat apa lak la tu ya.. :)

Cam biasa K.Nor guna resipi Aiskrim Kacang Merah by CMG utk buat eskrim. Cuma tukar kacang merah tu kepada isi buah naga yg diblend. Dengan resipi ni jugak K.Nor pernah buat eskrim durian, jagung dan buah kiwi. Semua tu terpulang pd kita nak mencuba sesuatu yg berlainan tp basic pd resipi tu kita maintankan.. Insyaallah dr situ kita boleh nikmati mcm2 jenis eskrim. Mana2 yg berkenan di mata dan hati dgn eskrim ni.. cuba la ya.. Resipi tu boleh ditengok kat sini..

psst Che Mat..tak marahkan K.Nor edit2 resipi eskrim che mat ni kan.. tq ya.. hehe


Jom menyejukkan anak tekak :)

Salad Terung Gril

Menu yg membangkit selera makan.. menambah kesedapan masa makan nasi.. Istimewa bg penggemar terung dan masakan Thai.. Try la ya..

Kalau nak resipi tengok kat N3 ni..

Sunday, April 4, 2010

Lunch Hari Ni...


Menu lunch K.Nor sekeluarga utk hari ni.. Asam Pedas Ikan Pari (febret Luqman nih.. ), Ayam Goreng Berempah Serai dan Taugeh Goreng (yg ni pulak febret Aisyah).. Alhamdulillah.. berselera kita org menghadap rezeki dr Ilahi hari ni...

Saturday, April 3, 2010

Dragonfruit Jelly

Sekali tengok jer kat rumah Gert, terus copy resipi ni. Memang kena buat sbb Luqman suka sgt dgn buah naga ni. Sebelum ni K.Nor pernah buat aiskrim, jelly dan jus dgn menggunakan buah naga, kali ni kita cuba resipi dessert dr Gert pulak.

Tq Gert for the recipe, please allow me to share it here.. tq so much..


Dragonfruit Jelly by Gert


12 grams agar-agar powder (a packet)

100 gram sugar (more if you like it sweeter) ~ K.Nor letak 80gm jer

600 ml water

200 ml coconut milk ~ k.nor gantikan dgn low fat milk

1 cup of dragon fruit puree (the red variety)

3 pieces pandan leaves


1. Put the water, agar agar powder and pandan leaves in a pot and bring it up to a boil. Cook until the agar agar powder dissolved.

2. Lower down the heat and add in the coconut milk, sugar and dragon fruit puree. Bring it up to boil and turn off the heat. Taste and see if you like the sweetness. Add more sugar if you like it sweeter. Remove the pandan leaves.

3. Pour the mixture in a baking tray or mould of your choice. Chilled until firm before serving.



## next time bila nak buat lagi K.Nor rasa kena tambah sket lagi air mungkin dlm 100ml lagi kut. Sbb K.Nor prefer puding yg lembik2 sket.

Kuih Bakar Pisang


Dah ramai yg cuba resipi Kuih Bakar Pisang oleh Cikgu Zana ni kan.. Dan rasanya semua puas hati dgn keenakkan kuih bakar ni. Sekali ngap ada rasa cam makan jemput pisang pun ya gak. Memang sedap tambah lagi bila K.Nor masukkan choc. rice kedalam adunan dan taburkan bijan sebelum lakukan proses membakar. Wangi semerbak dgn bau pisang dan bijan. Dari satu adunan dpt 4 bj kuih bakar dlm bentuk bunga pecah 8 yg kecik ni. Semua suka akan kuih bakar ni terutamanya si anak dara. Insyaallah boleh dibuat lagi lepas. Tapi cam biasa la K.Nor mmg tak suka sgt kuih yg manis2 jd K.Nor dah kurangkan sukatan gula yg dimasukkan. Tambah lagi K.Nor letak choc rice yg pasti akan memberikan rasa manis tambahan pd kuih bakar ni. Gabungan antara pisang dn coklat semestinya best kan.. Apa pun terpulang pd citarasa masing2 ya dan kena ingat gak kalau guna pisang yg masak ranum kena la kurangkan sukatan gula tu sbb nanti double manis lak kang...


close-up sket..

Mintak izin ya Zana nk panjang2kan resipi tu kat sini pulak utk dikongsikan dgn org lain. Tq ya..

KUIH BAKAR PISANG by Zana


Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. ~ k.nor guna 7bj pisang berangan
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*~ k.nor letak 4sb gula aje sbb letak choc rice
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*
5sb choc rice ~ optional... ni k.nor saja2 letak

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt


Friday, April 2, 2010

NASI LOBAK MERAH

Nasi Lobak Merah, resipi yg diambil kat rumah Ayu S'pore yg terror masak2 dan baking2 tuh.. Sedap nasi ni.. wangi jer bau dia. Sebagai pengiring pada nasi ni K.Nor masak Opor Ayam Merah dan Acar Mentah. Lupa la pulak nak snap gambar Opor Ayam Merah tu. Sapa2 nak cuba Opor Ayam Merah ni boleh la tengok kat sini ya..



NASI LOBAK MERAH
Sources:-From Aini Salim@ resipi ceria keluarga

1kg beras beriani
6 biji lada hijau dipecah2
1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)
1 cawan minyak kacang ~ k.nor guna minyak bunga
1 sudu besar minyak sapi
3 batang lobak diparut
300g buah tomato dipotong halus
*6 biji bawang putih ditumbuk halus
*2cm halia ditumbuk halus
2 biji bawang besar dihirs
4cm kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkeh
garam


Sukat air 1, 100ml lalu ketepikan dulu. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).



##
K.Nor masak 1/2 jer dari sukatan kat atas (500gm beras basmathi)
K.Nor guna sebanyak 2 cawan carrot yg dah disagat


Award Dari Kerull

Salam di hari Jumaat nan mulia..


Hari ni baru berkesempatan nak gantung award persahabatan dr Kerull ni. Fuhh... kalau la akak dpt cincin gini yang REAL... mau nya seminggu tersenyum aje kan. Sambil duk tilik jer cincin tu kat jari.. Pastu ngetuk keyboard pun pakai cincin tu..hihihi Sapa tak suka weh... Cantik sgt tuh .. Tq Kerull sudi hadiahkan award ni utk K.Nor. Semoga persahabatan alam maya antara kita ni berkembang mekar hingga ke akhir hayat dan didoakan smoga satu hari ni kita bukan setakat bersapa di alam maya ni jer bahkan dpt bersua muka juga. Insyaallah...

Thursday, April 1, 2010

Egg Paratha Roll


Resipi asal dr rumah Gert tp K.Nor copy dr rumah Ika.. Mintak izin ya Gert dan Ika nak letak resipi tu kat sini pulak..

EGG PARATHA ROLL
Bahan-bahan
  • 5 keping frozen plain paratha - jenama kawan@lain
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)
  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.