f Secubit Garam: March 2010

N3 Terkini

Wednesday, March 31, 2010

Double Anniversary....

Salam buat semua...




Hari ni dalam sejarah.. sejarah hidup K.Nor la..bukan sejarah Malaya.. hehe.. Dua anni disambut serentak. Pertamanya ulangtahun pertama kelahiran SecubitgaramNor67 dan ulangtahun ke 22 perkahwinan antara K.Nor dan suami..

Memang sengaja mengambil tarikh 31 Mac tahun lepas utk mengistiharkan diri menjadi blogger supaya mudah nak ingat. Tak sangka sekejap aje sudah 1 tahun K.Nor menjerumuskan diri dlm alam maya ni. Bermacam2 kenangan manis yg dikecapi terutamanya dpt berkenalan dng ramai blogger2 maupun bukan blogger yg baik hati, caring dan boleh dianggap sahabat sejati. Dan tak kurang juga pengalaman yg mencuit hati, mengguris rasa namun yg tak elok2 tu kita buang jauh2 dr minda supaya tak ada benda2 yg -ve yg merosakkan hati dan fikiran. Insyaallah..

Memang gembira menjadi blogger ni, selain dr mendapat kenalan baru yg utamanya dpt berkongsi sedikit ilmu yg Allah pinjamkan kepada K.Nor utk disebarkan pd org lain. Disamping dpt jugak menimba ilmu dr rumah atau blogger lain kan.. Sharing is caring.. Buat apa la kita simpan ilmu yg tuhan pinjamkan tu, bukannya boleh dibawak ke liang lahad. Tapi kalau kita kongsi dan kemudian disebarkan kepada org lain, betapa bermaknanya semua tu. Akhirnya membuahkan hasil yg cukup lumayan yg bakal dipetik di akhirat nanti.. Kehidupan kita di dunia ini pun pasti mendapat keberkatanNYA.. insyaallah..

Di saat menaip N3 ni, K.Nor tengok hits K.Nor dah mencecah 176 400.. Alhamdulillah.. baru setahun usia blog ni kan, dah nak menghampiri 200 000 hits. Memang tak pernah bayangkan SecubitgaramNor67 ni mendapat sambutan yg amat baik spt ni. Jutaan terima kasih dr K.Nor buat semua yg mengunjungi blog ni. Tak kira lah yg tetap atau tidak, yg menjadi blogger atau tidak, yg menjadi follower atau pun tidak.. yg sentiasa meninggalkan jejak kat shoutbox atau kat N3 atau hanya sekadar sbg silent reader aje.. Semua nya memainkan peranan dlm memeriahkan dan menceriakan rumah K.Nor ni.. Alhamdulillah.. terima kasih semua ya..



HAPPY ANNIVERSARY  myspace comments

Kegembiraan menyambut ulangtahun perkahwinan tahun ni tak la seperti tahun lepas tapi masih dipanjatkan dgn rasa bersyukur yg amat pada Yang Maha Esa kerana diberikan kesempatan dgn umur yg panjang dan kesihatan yg baik buat K.Nor dan suami. Dilimpahkan dgn 4 org putera2 dan puteri yg terbaik, yg sentiasa menjadi penghibur hati kami berdua. Berbagai onak dan duri yg ditempuh utk sampai ke tahap ini namun semua tu adalah adat dlm kehidupan. Tiadalah dinamakan kehidupan andai tidak diuji. Tuhan menguji utk melihat sejauh mana kesabaran dan ketabahan kita menghadapinya. Dan tuhan juga menguji tanda kasih dan ingat akan diri kita. Bersabar dlm menempuh ujian menghasilkan pulangan yg lumayan. Redha dgn ujian meningkatkan darjat dan menghapuskan dosa yg pernah kita lakukan. Dan jangan sekali2 mempersoal kenapa kita diuji sedemikian rupa sebaliknya redha dan bersabar atas apa yg ditimpakan atas kita. Sesungguhnya hikmah disebalik ujian bakal kita kecapi manisnya nanti. Insyaallah...




Ya Rahman... Ya Rahim....
Panjangkan lah usia kami berdua agar terus dpt menjalankan ibadah kepada Mu
Agar dpt terus menunaikan tanggungjawab kami terhadap org tua kami dan anak2 kami
yg tercinta
Limpahkan lah rahmat dan keberkatan Mu atas rumahtangga yg kami bina ini
Eratkan la hubungan kami dgn kasih sayang yg tulus agar kami sentiasa bahagia dgn kehidupan yg kami tempuhi
Lapangkan lah kehidupan kami dgn rezeki yg halal lagi berkat
Dan berikan lah kesihatan yg terbaik buat kami berdua agar dpt terus menempuh kehidupan sbg hamba Mu..
amiin... ya rabbal a'lamin..






~~~~~~~ XXX ~~~~~~~


K.Nor tampal kat sini la kad dan ucapan dr Lieza sempena anniversary K.Nor yg ke 22 ni. Terima kasih banyak2 buat Lieza yg sudi hadiahkan kad utk K.Nor ni.. Tak sangka dpt gak hadiah hari ni.. mmmmmmmuah utk Lieza ..

Tapi sebelum tu nak beritau gak..ucapan pertama yg K.Nor terima adalah dari Ummi Kuantan. Pepagi buta tau dah sampai sms ucapan dr Ummi nih. Kalau tak silap 6.30pg! hehe.. takut dang ke org lain la tu yg buat 1st wish.. hehe.. Memang tak sangka ada yg tau hari ni anni K.Nor.. tp semalam mmg dah nampak kat traffic bawah nun cam ada org menjenguk kat lebel celebration jer.. hihihi.. apa pun mekacihhhhhhh banyak2 buat Ummi yg wish utk Nor dan hb. Mudah2an segala doa tu dimakbulkan dan semoga ukhwah antara kita terus berkembang mekar hingga ke akhir hayat.. amiin...


Kad dari Lieza..

Pyzam Glitter Text Maker
KNor...saya ucapkan selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan...moga2 bahagia sehingga ke akhirnya dan semoga kehidupan K.Nor sekeluarga sentiasa diberkati.

Demam Award Melanda Lagi...



Eh yer ke dah jadi Top Blogger?? Wah... sempena ulangtahun pertama blog nih.. Alhamdulillah.. mekasih banyak2 buat Ummi Kuantan dan AlongRoz yg sudi menghadiahkan award yg sungguh bermakna ni. Kena pulak tu digantung pd hari yg amat bermakna ni kan.. Ummi kan.. hehe Tq again.. Love U2 so much!!! mmmmmmmmmuah utk bb Liana gak :)

Ok kita tengok apa kehendak penaja :)

A :-Say thanks and link the person who gave you the award ~ Mekasih daun keladi ya Ummi dan Along


B :-Pass this award onto (?) bloggers you've recently discovered and think are fantastic ~~ rasanya dah ramai yg dpt award ni kan.. tak tau nk pilih sapa lagi.. Jadi amik jalan mudah K.Nor nk panjangkan award ni pada sapa2 saja yg sudi, yg selalu bertandang ke rumah K.Nor ni.. Jgn segan2 ya..


C :-Contact said blogs and let them know they've won the award.. ~~ dah datang tu amik aje la ya.. :)

Tuesday, March 30, 2010

2 hari di Kuala Lumpur

Ini la hotel penginapan utk satu malam semasa K.Nor berada di KL pd 28 dan 29 Mac baru2 ni, Hotel Putra KL. Bertolak dr K.Trg pd pkl 11 pg dan sampai aje kat KL terus aje check in kat hotel ni lebih kurang pukul 5.30ptg. Rehat kejap ingatkan lepas solat Maghrib nak la keluar g makan2 dan jalan2 tp tak dpt sbb hujan turun dgn lebatnya mlm tu. Dengan kilat duk sambar menyambar lagi. Jadi K.Nor, cik abg dan Luqman langsung tak kemana2.


Dah tak boleh nak bergerak kemana2 tu, lepak2 sambil tengok tv dan sambil tu snap pemandangan dr tingkap bilik hotel. Ni la hasil dr kemera tecik K.Nor. Cik abg tak bawak satu pun senapang dia kali ni kerana misi ke KL ni tak mengizinkan dia bawak satu pun. Masa gambar ni diambil hujan baru jer renyai2 tak lama lepas tu ermm.. lebat sgt2.

Awal2 pagi esok tu lepas aje kita org sarapan terus menuju ke seberang jalan tempat K.Nor bermalam.. Nak tau apa?....


Ni lah dia tempat yg utama yg dituju.. IJN.. semua tau kan kalau ke tempat ni tak lain tak bukan berkait dgn masalah penyakit jantung.

Sebenarnya suami K.Nor dirujuk ke IJN oleh doktor kat hospital K.Trg kerana mengalami masalah berkaitan jantungnya. Sebab tu la yg K.Nor duk ulang alik jer ke spital sejak 2 minggu lepas. Semuanya bermula bila dia merasa mengah dan stuck kat area dada dan tak leh bernafas dgn elok. Sakit tu tak menyerang secara kerap cuma sesekali jer. Kadang tu masa gosok gigi, kadang tu masa berwuduk. Tak lama cuma dlm 2 - 3 minit pastu dia kena rilek kejap pastu ok balik. Semuanya bermula dlm masa sebulan jer ni. 2 minggu lepas bila diserang sekali lagi rasa camtu dia call anak sdara dia kat spital K.Trg yg jadi doctor kat MOPD (anak sdara hb K.Nor ni adalah anak sdara suami Ros jintan manis gak... hehe..) So dia suruh hb K.Nor dtg check kat spital dan dia yg handle kes hb K.Nor ni. Dah buat ECG dan ECHO serta amik darah pada hari yg sama tp semua normal. Minggu berikut tu g la buat stress test. Baru aje buat excersice kat treadmill tu dah mengah dan rasa sakit tu datang menyerang. Start dr situ la doc dpt detact ada saluran tersumbat pd saluran darah di bahagian luar jantung hb K.Nor.

Doctor terus call IJN dan buat appointment utk checking dan dpt tarikh 29 Mac. Tu yg pada hari Khamis 25hb K.Nor dan cik abg duk seharian kat spital K.Trg utk uruskan macam2 hal sebelum ke IJN.

Smlm masa checking tu doktor kat IJN mengesahkan la yg saluran darah ke jantung hb K.Nor perlu dibuat angiogram. Proses ni utk mengenal pasti kat mana saluran yg tersumbat dan berapa saluran yg tersumbat. ermmm bila sebut saluran2 ni cam nak mengundi lak ya.. hehe.. Lepas tu nanti baru la prosidur seterusnya diambil samada saluran tersumbat tu boleh diubati dgn kaedah makan ubat aje ke, balloon ke atau bypass (nauzubillah.. )

Doktor pun dah set date utk prosidur angiogram ni pada 13 Apr dan kena admit ward pd 12 Apr. Kalau tak ada apa2 hal selepas tu insyaallah dah boleh balik pada 14 Apr.. mudah2an.. aminnn..

Itu la la kisah disebalik perjalanan 2 hari ke KL smlm. Setelah penat berada di IJN bermula pukul 8 pg dan settle semua pukul 12.00tgh.. check out pukul 12.30 terus pandu pulang ke K.Trg.. driving pun cam lumba lari berganti2 jer dgn dia hehe..

Doa2kan lah ya semoga semuanya berjalan dgn lancar dan dipermudahkan oleh Allah hendaknya.. amiin...

Mihun Goreng


Hari ni sarapan dgn Mihun Goreng yg sempoi jer ni. Sesekali pekena mihun goreng sedap gak kan.. Buat pedas2 sket pastu keropok keping@ikan jgn dilupakan.. Jom Makan...


Monday, March 29, 2010

Alhamdulillah....





Syukur alhamdulillah dipanjatkan pada Allah s.wt. kerana telah mempermudah dan melindungi sepanjang perjalanan K.Nor bersama suami dan Luqman ke KL selama 2 hari iaitu smlm (28.3.10) dan arini. K.Nor tiba di rumah maghrib tadi setelah bertolak dr KL pd pkl 1.30 ptg. Langsung tak kemana2, selepas selesai urusan di suatu tempat yg dituju tu.. kami check out dr hotel dan terus memandu pulang ke Tganu. Singgah sekejap di Kuala Berang menjenguk ayahanda pastu teruskan perjalanan pulang ke rumah.

Utk apa K.Nor ke KL? Ada kes emergency sket yg perlu diselesaikan. Nanti la esok K.Nor citer ya.. ni letih dan penat lg setelah 2 hari drive gilir2 dgn cik abg dan dr pagi hingga tengahari berada di suatu tempat. Lepas ni kena pergi lagi ke situ.. dlm bulan April ni..

Mana2 komen kat shoutbox tu maaf la ya.. tak leh nak balas satu2.. Terima kasih pada yg sudi berkunjung sepanjang 2 hari tak bersiaran ni. Sangat2 K.Nor hargai kunjungan dan sapa2 aje yg tinggal jejak kat shoutbox.. Mekacihhh semua ya.. Sayang semua.. :)

Renung2kan....

JANGAN MENGELUH

Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan;
'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah')
sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2
yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA
YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia amat baik bagimu,
danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqrah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,
jika kamu org2 ygberiman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah
(be fearfull of Allah TheAlmighty)
kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan).

'KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar danmengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan
syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya,
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr
rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12

( sumber : inbox )




Lihatlah ...kebesaran ALLAH...


Terima kasih buat Liza@cun 09 yg sudi berkongsi renungan yg penuh bermakna ni. Semoga ia menjadi manaafat buat kita semua..

Sunday, March 28, 2010

Chocolate Custard Muffin



Muffin yg enak bangat!! Mudah lak tu.. no mixer.. just godek2 jer dgn spatula atau hand wisk.. Hasil yg memuaskan hati.. lembut dan sudah pastinya sedap. Tapi spt biasa K.Nor mmg kurangkan sukatan gula yg digunakan..

CHOCOLATE CUSTARD MUFFIN
sumber: Che Wan Taipei
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah (firmly pack) ~ no stock, k.nor ganti dgn gula perang
25gm tepong jagung

Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate ~ k.nor guna cooking choc biasa
1 biji telor
50gm gula
75gm tepong serbaguna* ~ no stock jd guna tepung gandum biasa jer
1 1/2 sudukecil baking powder*ayak sekali

Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.


# ni utk peringatan K.Nor di kemudian hari bila nak buat lagi muffin ni..
kurangkan gula dlm bahan B dr 50gm kepada 40gm
esen vanila boleh digantikan dgn 1/2 sk nescafe
potong cooking choc kecik2 utk mudahkan ia cair

Saturday, March 27, 2010

Mango Panna Cotta

Semalam nampak dessert yg memikat mata dan kalbu ni kat rumah Gert. Kebetulan ada 2 bj mangga masak ranum kat dapur. Dan low fat milk ada dan geletin pun ada 1 paket lagi. Jadi petang td terus aje godek dessert yg best ni. Mudah dan simple jer cara nak buat. Makan lagi la mudah.. sudukan ke mulut dessert yg sejuk dan sedap nil.. nyaman....

Opss lupa nak cakap namanya Mango Panna Cotta.. apa maksud dia?? Ntah la.. kena tanya Gert, tuan asal resipi ya.. hehe.. Jom tengok resipi... ishhh lupa .. Gert.. spt biasa mintak izin ya nk share resipi Mango Panna Cotta kat sini pulak ya..

MANGO PANNA COTTA by Gert

Ingredient:


7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree

1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.
2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.



Friday, March 26, 2010

ooohh yeahhhh... :)

Sesekali ku rasa teringiiiiiiin............ heheh.. teringin nak mengapam cam org lain.. mekar berjambak2.. Tapi fobia sungguh nak mengapam nih.. Masam jer.. langsung tak mau senyum. Tu yg frust sokmo kalau nak buat apam. Tapi dah tak tertahan gak rasanya.. teringin betul nak try mengapam.. kut2 mana tau... merekah berjambak2.. kan..

Nekad gak ptg td dgn projek ni. Harap sgt2 tak masam mencuka.. Tapi tak guna resipi apam sebaliknya cuba dgn resipi bahulu K.Fida ni yg baru gak lagi dia post kat MyR.

Fobia tetap fobia tp tamak tetap ada hehe.. sbb tengok sukatan tepung tu cam sikit jer. Rasa cam dpt sikit tu yg di doublekan adunan. Ada la skit yg diedit iaitu sukatan gula. Rasa cam banyak jer gula yg digunakan. Skrg ni tak leh dah nak main dgn makanan yg manis2 kena hadkan penggunaan gula dlm masakan dan makanan apa2. Selama ni pun K.Nor sekeluarga mmg tak suka yg manis2 sgt sekadar sederhana jer. Tambahan lak kesihatan cik abg tak berapa elok skrg ni.

Ok berbalik pd kuih ni, bila dah buka penutup kukusan.. Hanya ucapan Alhamdulillah yg terkeluar.. Syukur sgt2.. ni la pertama kali buat kuih yg merekah semekar2 nya. berjambak2 lak tu... hehe.. Seronok sgt tp tak la sampai meloncat2 kat dapur ... Satu permulaan untuk mencuba lebih banyak lg resipi apam.. insyaallah...

Try la resipi Bahulu Batik ni.. mmg sedap.. lembut jer.. Puas hati betul bila makan.. sedap!!!


K.Fida mintak izin ya nk letak resipi tu kat sini..



Bahulu Batik Mekar Kukus by K.Fida MyR
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 115 g gula halus
  • 1/2 sk penuh ovallete
  • 4 1/4 sb susu cair
  • 1 biji telur - A
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
  1. Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
  2. Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
  3. Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
  4. Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
  5. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
  6. Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

Sapa2 nak tengok step by step sila klik link kat nama K.Fida tu ya..



#peringatan utk K.Nor dikemudian hari :
1. utk dua adunan, sukatan gula cuma 190gm
2. disebabkan adunan nampak agak pekat K.Nor tambah 60ml minyak sayuran dlm adunan (bukan kata salah resipi tp berkemungkinan besar telur yg K.Nor guna dah lama sket kut)
3. letak adunan 3/4 penuh cup aje.



Haaa... yg ni versi letak adunan 1/2 penuh jer dlm cup tu.. tu yg tak membuak2. Yg dlm gambar kat atas tu K.Nor letak hampir2 penuh. Rasanya lain kali kena letak 3/4 penuh jer baru cantik sket.

Ayam Masak Kicap Berempah


Menu campak mencampak aje nih.. Hasil dr resipi Daging Hitam Manis Berempah yg dah diejjas situ sini. Tapi hasilnya tak menghampakan.. sedap ... alhamdulillah...



Jom pekena smuti...

Tak payah cakap banyak la deh.. layan jer penyejuk anak tekak ni.. Resipi Watermalon Smoothies ni hasil Che Mat Gebu.. Mekasih Che Mat.. mmg nyaman... Dan cam biasa mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini ... tq ya..


WATERMELON SMOOTHIES by Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g isi tembikai merah
2 - 3 camca besar gula pasir
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan air masak3 cawan ais kiub
Secubit garam (sikitt jee tau!!)
Tembikai yang dibentuk untuk hiasan (optional)
Ais kiub secukupnya (tambahan)




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali tembikai untuk hiasan. Kisar dengan kelajuan tinggi hingga semua sebati dan halus. Kalau boleh biar kisaran menghasilkan buih..
  2. Bentuk kan tembikai untuk hiasan mengikut kreativiti masing, dan selit tepi gelas yang telah disediakan. Letak kan 3 - 4 biji ais kiub (tambahan) dan tuang watermelon smoothies tadi secukunya. Hidangkan sebagai pembasah tekak.....

Thursday, March 25, 2010

Gift lagi....

Salam di malam Jumaat...

K.Nor dpt hadiah lagi.. hehe... Ada yg jeles? Meluat? Alaaa... jgn la jeles..jgn la meluat... Bukannya sokmo2 K.Nor terima hadiah2 nih.. Tahun ni cukup meriah .. dah 30 hari birthday K.Nor tapi masih lg terima hadiah.. Alhamdulillah.. sukerrrr sgt.. Sapa tak suka hadiah?? Tipu la kan.. Mana ada org tak suka dpt hadiah..

Kali ni K.Nor dpt hadiah dr sorang lagi adik tersayang.. nun di hujung tanah air... Tiap2 tahun mesti dpt hadiah birthday dr dia ni.. Mudah2an Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat dia sekeluarga. Semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan..


Yg ni jam bergelang kristal.. (betul ke nama dia gitu ek.. )
cantik2... :)

Satu set pisau pemotong, ada utk pizza, cake dll..
wahhh sukerrr sangat.. tq2

Ada brown purse yg sweet.. mmg kegemaran kalau kaler brown nih.. :)
mmmmuah tuk adik sorang nih hehe

Ehh... terlupa la pulak nak snap 2 lagi item.. rasanya bukan birthday gift kut.. sbb mmg dia dah janji lama dulu nk hantar benda tu.. tepung takoyaki dan bonito flakes.. alhamdulillah.. kebetulan stok bonito flakes mmg dah pinish.. mentako lagi la nampaknya lepas nih.. hehe mekacihhhhhhhhh dear.. kiss & hug for **** semoga dipermudahkan dan selamat semuanya ya... amiiin...

Sup Lobak Putih dgn Ayam

Ni la pertama kali beli lobak putih dan masak lobak putih. Tak tau nak masak camna, dah skodeng resipi kat MyR tp tak ada yg berkenan di hati. Meronda rumah Ummi dan CMG pun tak jumpa gak resipi yg menggunakan lobak putih ni.. mungkin ada tp sbb nak cepat tu yg tak terjumpa kut. Last2 wat sup aje la.. Letak ayam sket utk upkan lagi kesedapan sup ni.

Bila dah dibuat sup, letak cili api sket biar ada rasa pedas2.. ermm... sedap la pulak cik abg kata. Partnerkan dgn ikan selar panggang berlada.. Cukup la menu lunch utk hari ni. Masak pun kelam kabut jer tadi. Nak buat camna dr awal pagi hingga ke hampir tengahari duk di spital.. balik tu singgah pasar tani kejap terus masuk dapur.. uhhhh penat... Layan jer la ya menu simple hari ni..

Mango Sago


Sedap kan.. Bila pekena di musim panas2 gini mmg nyaman .... Disebabkan K.Nor tak letak pomelo jd K.Nor pendekkan aje nama dessert ni menjadi Mango Sago. Nama asalnya adalah Mango Sago Pomelo dan resipi ni K.Nor ambil kat blog Happy Home Baking, org Kota Singa ni.. Try la buat, mudah aje. Lagipun sekarang ni buah mangga dah banyak dipasaran. Santan tu K.Nor tukar kepada Low Fat Milk dan gula pun K.Nor tak sukat banyak mana sekadar utk rasa manis sket2 jer. Sekarang ni dah kena jaga pemakanan utk K.Nor sekeluarga terutamanya cik abg yg kurang sihat kebelakangan nih..


Kepada tuan punya blog Happy Home Baking, mintak izin nak C&P resipi tu kat sini. Kalau tak silap resipi asal dia dpt dr majalah Food & Travel tp tak per la sbb dia yg publish resipi tu kat blog dia kan.. TQ so much ...


Mango Sago with Pomelo by Happy Home Baking

Ingredients:
100g sago pearls
150g mango puree**
1 fresh mango, peeled and diced
1/4 fresh pomelo, peeled and separated
200 ml fresh milk** (I used Meiji Low Fat milk)
250 ml evaporated milk (I used low fat version)
120g white granulated sugar**
200 ml water
200g ice cubes

(**note:
- original recipe calls for 120ml coconut milk and 80ml of full cream milk, I replaced it with low-fat fresh milk.
- I cut down the sugar from 150g to 120g
- I used 150g mango puree instead of 30g)

Method:
  1. To make the mango puree, remove the flesh of 1 mango and blend it in a blender. If you do not have a blender like me, simply mash the mango (use very soft and ripened mango) with a fork.
  2. Soak sago pearls in water for 5 mins, drain and set aside. Place about 2 litres of water in a large pot and bring it to a full boil. Add the sago pearls and cook until translucent (about 5 ~ 10mins). Keep the water at a rolling boil all the time, stirring occasionally to prevent the pearls from setting to the bottom of the pot. Remove from heat, cover the pot and set aside for about 5 mins. Drain and rinse the sago pearls under running water until cool (this helps to remove any excess starch), drain and set aside.
  3. Mix fresh milk, evaporated milk, sugar and water in a pot. Heat over low heat and bring to a boil. Remove from heat and add the ice cubes. When the ice cubes are melted, add in mango puree. Stir to combine. Mix in the sago pearls.
  4. Allow the mixture to cool completely and chill it in the fridge for at least 3 hours.
  5. Serve with diced mango and pomelo.

Wednesday, March 24, 2010

Choco Raising Bread


Resipi roti ni K.Nor amik kat rumah Ika nun di Siam. Dah lama teringin nak meroti.. hari ni baru mood meroti dtg balik. Sebelum Naim balik ke asrama K.Nor buat la roti ni sbb dia mmg suka makan roti yg bercoklat gini. Roti ni mmg lembut dah sedappp..

Ijah.. akak mintak izin ya.. nk C&P resipi tu kat sini.. maceh dear...


CHOCO RAISIN BREAD

Source DIY HOME BREAD by chef Khoo See Yew


Ingreadients

A

300 g High Protien Flour/Bread Flour
5 g Milk Powder
3 g Bread Improver ~ k.nor tak letak
10 g Choc Powder


B

50 g Castor Sugar

1/2 tsp Salt

30 g Egg>>
yg ni kita tak masukkan :D ganti dgn 1 sb WATER ROUX
180 g Cold Water
7.5 g Yeast

1/2 tsp Choc Emulco


C

15 g Butter

15 g shortening


D

150 g Raisin
~ k.nor ganti dgn choc chip (70gm)



Method
  • Combine A and B to form a dough. Add in C, knead until smooth and elastic.
  • Add in D,mix till well blended.
  • Cover n rest for 30 minute.
  • Divide into 40g each. Let them prove for 10 minutes. Roll into balls.
  • Arrange into (8x8x4)" greased tin. Let it prove double in size, brush with egg wash and sprinkle sesame seeds.
  • Bake at 180C for 20-25minutes.
ATAU
Masukkan sume dlm BM bermula dgn liquid dulu barulah masuk bhn kering.. set kan On n tunggu sampai siap bergantung jenis BM masing2 ya..Bila dah berenti tumbuk2 kuarkan angin n bg rest 10 minute sebelum dbagi2 kan kepada bebola kecil.. Selepas tu boleh leh dbahagikan setiap satu lebih kurang 40g bentuk2 kan, penaikkan lg 2 kali ganda. pastu bakar mcm biasa.


Banana Pancake

Banana Pancake.. ada yg terliur tak? Dengan lelehan choc tu.. walla!! best sgt. Resipi Banana Pancake ni masih lagi menggunakan resipi pancake Hajar yg sedap tu tp K.Nor tambah sebiji pisang masa blend bahan2 tersebut. Kat sini K.Nor letak sukatan bagi satu adunan bg Banana Pancake ni ya.. Kalau nak banyak buat la 2 adunan pastu double jer volume dia..


BANANA PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
hasil olahan dari resipi Pancake by Hajar

3 sudu besar butter ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecil gula castor
1 cawan susu segar
1bj pisang ~ yg dah masak ranum
1 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam

Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.

** bila dimasukkan pisang dlm adunan pancake utk menghasilkan Banana Pancake, K.Nor kurangkan sedikit sukatan gula. Kerana pisang dah sedia manis kan.. Tapi terpulang la pada citarasa masing2 ok..

Tuesday, March 23, 2010

Roti Kismis Gebu


Mood meroti udah kembali.. Berkenan tengok Roti Kismis Gebu kat rumah Che Mat, so terus jer godek roti ni smlm. Harap2 lepas ni mood meroti tak hilang lagi..

Resipi asalnya dr blogger kat tanah seberang kalau tak silap. Che Mat, mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini pulak ya... Mekasih




ROTI KISMIS GEBU

sumber : Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee)50 g kismis
1 biji telur
*
1/2 camca teh esen vanilla
*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
  3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...

Monday, March 22, 2010

Happy Birthday Zura...


Happy Birthday to Azura Rahman...

Baru tau hari ni rupa2nya birthday Zura.. 22 Mac. Dah bertambah setahun lagi usia ya Zura.. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat dan keberkatan dlm kehidupan seharian. Diberikan kesihatan yg terbaik sepanjang kehidupan dan dimakbulkan segala doa yg dipanjatkan.. aminn....

K.Nor tak bg kek la ya.. sbb ayah dan bonda Zura dah pun bg kek kan.. hehe

Terung Bakar Bersambal


Resipi Terung Bakar Bersambal ni hasil dari adegan main campak2 jer kat dapur tadi. Hasilnya.. sedap kata Qualiti Control kat rumah ni ^____^



TERUNG BAKAR BERSAMBAL


4 -5 bj terung
2 bj bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar perahan limau nipis
1/2 cawan air
daun ketumbar
garam dan gula (terpulang pd citarasa masing2)
minyak

Sapukan terung yg dibelah 2 dgn sedikit minyak. Bakar/goreng atas frying pan hingga masak/lembut. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah serta bawang putih hingga berubah warna kecoklatan/perang.
Masukkan cili mesin dan goreng sekejap lebih kurang 2 minit.
Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi hingga pecah minyak dan hampir garing.
Masukkan pula kicap manis, sos ikan, garam dan gula. (hati2 bila masukkan garam kerana dah ada rasa masin dr sos ikan)
Bila dah garing padamkan api.
Masukkan perahan limau nipis dan daun ketumbar. Gaul rata.
Tuangkan sambal yg dah siap ni keatas terung dan hidangkan panas2.
Selamat mencuba ...

Yogurt Fried Chicken lagi...


Menu hari ni Yogurt Fried Chicken, resipi ayam goreng yg sedap oleh Love2cook ni.. mmg yummy.. ratah aje pun sedap. Lagi lama perap laaaaaagi sedap. Love mintak izin ya cam biasa na C&P resipi mabeles Love tu kat sini.. TQ ! :)



YOGURT FRIED CHICKEN by Love

Bahan-bahan

* Bahan (A)
* 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
* 1 cwn/250ml plain yogurt
* 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
* 2 inci halia ~ ditumbuk halus
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari
* garam secukup rasa
* 2 tangkai daun kari
* Bahan (B)
* 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
* 1 sk baking powder
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari
* secubit garam
* -------------------------
* jus lemon (optional)
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).- hana buh skali jus lemon ngan bhn A tuh.
2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

Singgang Pedas Ikan Talapia


Singgang Pedas Ikan Talapia.. menu yg mudah disediakan.. sedap dihirup kuah tu musim panas2 gini.. Ni la menu utk K.Nor sekeluarga hari ni disamping Yogurt Fried Chicken by Love dan Terung Bakar Bersambal.. resipi hasil campak2 jer tadi..

Sunday, March 21, 2010

Mihun Soto

Di sana sinun org duk buat Mi Bakso kan.. Tak per.. lain kali cuba yg tu sbb anak2 nak makan mihun soto kegemaran dia org ni. Cam biasa K.Nor guna resipi Diana MyR. Yang bulat2 tu telur ya.. yer la kan, dah musim cuti ni, banyak kenduri kawin maka banyak ler telur rebus yg dapat. Dah dibuat masakan sambal telur tu pun masih ada balance. Letak ajer la dlm mihun soto, sedap gak.. tak la membazir gitu jer kan.. Ok la.. not in the mood to pot pet banyak2.. Layan jer la ya menu repeat ni..

Award dr Liza@Cun09

Terima kasih banyak2 buat Liza yg sudi hadiahkan award ni.. Dengan ni K.Nor nk panjangkan award ni pada sapa2 saja yg bertandang ke rumah yg tak seberapa ni. Harap sudi2kan la amik ya.. Kita kongsi2kan award ni ya... tq

~~ * ~~

Award yg sama gak ni K.Nor terima dr Fida@aMida, Dubai. Jadi K.Nor letak sekali la kat sini ya Fida, harap tak keberatan.. Mekasih banyak2 atas award ni walaupun kita baru jer berkenalan dan bertukar2 link, Fida dah sudi bg award utk K.Nor.. Mekasih sekali lagi :)

~~ *** ~~~

Dapat lagi award yg sama.. kali ni dr Azura Rahman.. thanks ya Zura.
Disebabkan dah dpt award yg sama jadi K.Nor letakkan kat sini aje la ya.. psst semoga cepat sembuh jari yg terluka tu ya...