f Secubit Garam: Lempeng atau Pizza Jepun

Sunday, April 11, 2010

Lempeng atau Pizza Jepun

Kenapa panggil Lempeng atau Pizza Jepun? Sekali pandang mmg mcm lempeng kan.. cuma penuh dgn harta kat dlm dan atasnya tu.. Kalau nak kata pizza pun ya gak.. cuma bahan2 jer berbeza.. Ikutlah nk panggil apa pun tp nama dlm surat beranak sudah pastinya Okonomiyaki hehe...

Dah lama pasang niat nak buat Okonomiyaki ni.. (mcm Kakyu the supermom jer main pasang niat hehe.. kalau member forum MYR mmg tau sangat dgn Kakyu dan pasang niatnya tu.. hehe.. Kakyu... miss U). Hari ni baru sampai hajat buat.. tu pun secara ringkas jer. Tak cukup bahan mana pun. K.Nor skodeng dapur Ros sebelum buat ni, mcm2 yg sepatutnya diletakkan dlm okonomiyaki ni. K.Nor cuma letak kobis, daun sup sbb daun bawang yillek.. pastu letak apa ek yg cam kerepek beras kecik2 tu.. pastu letak udang dan sosej. Tu jer bahan2 dlm Okonomiyaki ni. Lepas dah masak baru ditabur dgn serbuk daun hijau , picitkan sos dan mayo pastu tabur bonito flakes.... Cukup la tu wat syarat kan... Asal ada ghuper Okonomiyaki dah... Sapa2 yg nak tau resipi complete buat Okonomiyaki ni sila gi rumah Ros JintanManis ni ya... Mekacih ya Ros tumpang skodeng resipi tu.. :)