f Secubit Garam: Terung Bakar Bersambal

Monday, March 22, 2010

Terung Bakar Bersambal


Resipi Terung Bakar Bersambal ni hasil dari adegan main campak2 jer kat dapur tadi. Hasilnya.. sedap kata Qualiti Control kat rumah ni ^____^



TERUNG BAKAR BERSAMBAL


4 -5 bj terung
2 bj bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar perahan limau nipis
1/2 cawan air
daun ketumbar
garam dan gula (terpulang pd citarasa masing2)
minyak

Sapukan terung yg dibelah 2 dgn sedikit minyak. Bakar/goreng atas frying pan hingga masak/lembut. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah serta bawang putih hingga berubah warna kecoklatan/perang.
Masukkan cili mesin dan goreng sekejap lebih kurang 2 minit.
Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi hingga pecah minyak dan hampir garing.
Masukkan pula kicap manis, sos ikan, garam dan gula. (hati2 bila masukkan garam kerana dah ada rasa masin dr sos ikan)
Bila dah garing padamkan api.
Masukkan perahan limau nipis dan daun ketumbar. Gaul rata.
Tuangkan sambal yg dah siap ni keatas terung dan hidangkan panas2.
Selamat mencuba ...