f Secubit Garam: Sotong Masak Lada Hitam

Tuesday, March 2, 2010

Sotong Masak Lada Hitam


Hari ni K.Nor mencuba salah satu resipi dr buku masakan Makanan Laut, Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza... Sotong Masak Lada Hitam. Sedap dan mudah aje menyediakannya.. Tq utk K.Liza dn kat sini K.Nor nak share bersama yg lain .. Slmt mencuba..




SOTONG MASAK LADA HITAM by K.Hanieliza

Bahan A
300gm sotong (dipotong kecil)
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar ladan hitam (ditumbuk kasar)
1 pokok daun bawang
garam (sekiranya perlu)

Bahan B (kesemuanya dihiris)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 bj cili merah

Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga layu.
Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar, cili merah dan sos lada hitam.
Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
Tutup api dan taburkan daun bawang.
Sedia dihidangkan.

tip dr K.Liza:
garam tidak perlu ditambah kerana sos lada hitam sudah masin


#tip dr K.Nor :)
sotong tak perlu dimasak lama utk mengelakkan dr rasa liat/keras

boleh gak dicuba cara ni: (ni kaedah K.Nor ya.. bukan nak menunjuk pandai.. terpulang pd cara masing2)
  • panaskan sedikit minyak dan goreng dulu sebentar sotong yg dah ditoskan sehingga keluar air.
  • angkat dan ketepikan.(jgn goreng terlalu lama)
  • panaskan sedikit minyak yg lain, baru la ditumis bahan2 B hingga layu dan masukkan sos lada hitam, lada hitam tumbuk dan bawang besar.
  • masukkan air sotong td dan masak hingga sedikit pekat baru la dimasukkan sotong.
  • kacau2 hingga rempah2 mesra dgn sotong dan bolehlah dihidangkan.